You are on page 1of 14

1

SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATOH


36100 BAGAN DATOH
PERAK DARUL RIDZUAN

FOLIO BIOLOGI
PENIPISAN LAPISAN OZON


NAMA : FATIMAH YASMIN BINTI TAJUDIN
KELAS : 4 AL-FARGHANI
NAMA GURU : PN. NURUL DIYANA BINTI MOHD NOR
2

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 1.0 PENGENALAN 3
2 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENIPISAN LAPISAN OZON
2.1 PENGGUNAAN BAHAN KLOROFLUOROKARBON
(CFC)
2.2 PENGGUNAAN JET SUPERSONIK
2.3 PELEPASAN GAS NITROGEN OKSIDA
2.4 PENYAHUTANAN SECARA MELUAS
2.4 BILANGAN KENDERAAN BERMOTOR
4
3 3.0 KESAN-KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON
3.1 KESAN TERHADAP KEIHATAN MANUSIA
3.2 PERUBAHAN IKLIM DUNIA
3.3 KENAIKAN ARAS LAUT
3.4 KESAN TERHADAP EKOISTEM DARATAN DAN
HIDUPAN AKUATIK
7
4 4.0 CARA MENGATASI MASALAH PENIPISAN
LAPISAN OZON
4.1 PENGURANGAN PENGGUNAAN BAHAN YANG
MENGANDUNGI KLOROFLUOROKARBON
4.2 MELALUI PERSIDANGAN
4.3 KEMPEN KESEDARAN DAN BADAN SUKARELA
4.4 MEWARTAKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
4.5 KESEDARAN MELALUI PENDIDIKAN
4.6 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG AKTA
KUALITI ALAM SEKITAR 1974
10
5 5.0 LAMPIRAN 13
6 6.0 PENUTUP 14
3

1.0 PENGENALAN


Pada permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas yang dinamakan sebagai lapisan ozon.
Lapisan ozon ini mula dikenali oleh seorang ilmuwan dari Jerman yang bernama Christian
Friedrich Schonbein pada tahun 1839. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan
Mesosfera dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi. Ozon (O3)
merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul yang berwarna biru
pucat. Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi
kepada 5 lapisan, iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan
ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera untuk melindungi bumi daripada
sinaran ultra-lembayung. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan
menghalang menembusi ke permukaan bumi.
Penipisan Lapisan Ozon merupakan keadaan di mana lapisan ozon berada di bahagian
stratosfera mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC, iaitu kesan daripada aktiviti
manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terurai. Molekul oksigen terurai
mengakibatkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi. Masalah penipisan lapisan ozon
pernah menggemparkan seluruh dunia apabila saintis telah menemui lubang ozon pada tahun
1987. Penemuan ini berlaku di kawasan Antartika. Dengan kata lain, penipisan lapisan ozon
bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku apabila
jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada
pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.




4




2.0 FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI
PENIPISAN LAPISAN
OZON
2.3
PELEPASAN
GAS
NITROGEN
OKSIDA

2.2
PENGGUNAAN
JET
SUPERSONIK

2.5 BILANGAN
KENDERAAN
BERMOTOR
2.4
PENYAHUTANAN
SECARA
MELUAS
2.1 PENGGUNAAN
BAHAN
KLOROFLUORO-
KARBON (CFC)

5

2.1 PENGGUNAAN BAHAN KLOROFLUOROKARBON (CFC)
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama dalam penipisan ozon. Ia terdiri
daripada atom klorin, flourin dan karbon. Lazimnya, penggunaan bahan ini dikaitkan dalam
pembuatan pendingin hawa, aerosol, peti sejuk, dan juga melalui pembuatan busa dan bahan
pelarut terutamanya di kilang-kilang elektronik. Dalam hal ini, klorofluorokarbon yang digunakan
telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang secara tidak langsung menyebabkan
kemerosoton secara beransur-ansur dalam paras ozon. Penyingkiran ozon yang berlaku ini
akan menghakis lapisan ozon sedikit demi sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang. Akhirnya,
lapisan ozon ini akan mengalami kebocoran secara serius.


2.2 PENGGUNAAN JET SUPERSONIK
Kemajuan aeroangkasa yang menggunakan jet supersonik tidak terkecuali dalam menyumbang
kepada penipisan lapisan ozon. Dalam hal ini, jet supersonik yang menembusi atmosfera bumi
akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Gas-
gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-
balas terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.


2.3 PELEPASAN GAS NITROGEN OKSIDA
Gas nitrogen oksida terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, nuklear, dan
pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear
menyebabkan lapisan ozon musnah seperti di negara Amerika, India, dan Pakistan


2.4 PENYAHUTANAN SECARA MELUAS
Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida
melalui proses fotosintesis. Namun, penyahutanan secara meluas menyebabkan kandungan
oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
6

2.5 BILANGAN KENDERAAN BERMOTOR
Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada
zaman ini,setiap individu memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri. Oleh itu,
bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa.
Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida di atmosfera
menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu
mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.
7


3.1 KESAN TERHADAP
KESIHATAN MANUSIA
3.2 PERUBAHAN IKLIM
DUNIA
3.4 KESAN TERHADAP
EKOSISTEM DARATAN DAN
HIDUPAN AKUATIK
3.3 KENAIKAN ARAS LAUT
3.0 KESAN-KESAN PENIPISAN LAPISAN
OZON
8

3.1 KESAN TERHADAP KESIHATAN MANUSIA
Kesihatan manusia merupakan kesan ancaman utama yang paling ketara. Penyakit yang paling
serius ialah kanser kulit. Dalam hal ini, pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang antara
290-320 namometer boleh mengakibatkan penyakit barah kulit seperti melanoma. Penyakit ini
terjadi apabila gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian
sel-sel tidak sistematik lantaran daripada pancaran ultra ungu yang terlalu kuat. Berdasarkan
kajian para saintis, pengurangan 1% dalam lapisan ozon akan menyebabkan pertambahan
sebanyak 5% dalam kes penyakit kulit. Masalah ini amat ketara di negara-negara barat kerana
kebanyakkan penduduknya berkulit putih yang lebih sensitif dan berisiko terhadap pancaran ini.
Selain itu, pancaran ultra ungu ini juga akan menyebabkan penyakit mata. Seseorang yang
terlalu lama terdedah kepada pancaran ultra ungu ini akan menghidap penyakit katarak mata
yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada ketumbuhan selaput putih yang menutupi
anak mata. Penduduk-penduduk yang kurang mampu membiayai pembedahan mata dan
membeli cermin mata bagi mengelakkan pancaran ini akan lebih terdedah kepada risiko
penyakit katarak. Selain itu, pertambahan sinaran ultraungu juga akan memusnahkan urat
saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibodi badan
dan melemahkan sistem imuniti badan dan mengakibatkan gangguan pernafasan. Kajian juga
menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia,
menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman
penyakit seperti radang paru-paru.


3.2 PERUBAHAN IKLIM DUNIA
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu mengakibatkan
perubahan iklim dunia dalam jangka pendek dan jangka masa panjang. Dalam jangka masa
pendek, fenomena ini akan menyebabkan berlakunya pemanasan global manakala dalam
jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan
tidak terperangkap oleh atmosfera menjadikan suhu bumi sejuk.


9

3.3 KENAIKAN ARAS LAUT
Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan peningkatkan suhu bumi. Suhu bumi yang melebihi
paras normal akan mengakibatkan glasier di utara Artik dan selatan Antartika mula mencair.
Fenomena pencairan yang berlaku ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan isipadu air
laut dan akan menyebabkan kawasan tanah rendah lenyap ditelan laut. Contohnya Pulau
Maldives, Bangladesh, Amazon di Amerika dan beberapa kawasan lain. Lantaran itu, menjelang
tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7
meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah.


3.4 KESAN TERHADAP EKOSISTEM DARATAN DAN LAUTAN
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan sel dan
mikroorganisma yang terdapat di dalam badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Radiasi
ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan
kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis. Umpamanya,
kajian yang dijalankan oleh ahli botani, Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika
Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya
merosot apabila terkena pancaran ultraungu. Ekosistem akuatik juga akan terjejas dengan
peningkatan sinaran ultraungu yang mengganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton.
Hidupan laut yang bergantung kepada plankton ini juga akan semakin berkurangan dan
mungkin akan mengalami kepupusan lantaran daripada ketiadaan sumber makanan. Ini akan
menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.

10





4.0 CARA MENGATASI MASALAH
PENIPISAN LAPISAN OZON
4.1 PENGURANGAN
PENGGUNAAN BAHAN YANG
MENGANDUNGI
KLOROFLUOROKARBON
4.2 MELALUI PERSIDANGAN
4.3 KEMPEN KESEDARAN DAN
BADAN SUKARELA
4.4 MEWARTAKAN KAWASAN
HUTAN SIMPAN
4.5 KESEDARAN MELALUI
PENDIDIKAN
4.6 PENGUATKUASAAN UNDANG-
UNDANG AKTA KUALITI ALAM
SEKITAR 1974
11

4.1 PENGURANGAN PENGGUNAAN BAHAN YANG MENGANDUNGI
KLOROFLUOROKARBON
Untuk membendung masalah penipisan lapisan ozon, kita perlu mengurangkan penggunaan
bahan CFC. Antaranya ialah dengan mencari bahan alternatif lain bagi menggantikan
penggunaan klorofluorokarbon dalam pelbagai industri. Dalam hal ini, pihak tertentu seharusnya
meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti
klorofluorokarbon. Contohnya, melalui penggunaan gas helium yang telah dikaji dan mampu
digunakan dalam alat penghawa dingin sebagai agen pendingin. Hal ini dapat dibuktikan
melalui teknologi tanpa klorofluorokarbon dalam perindustrian alat pendingin udara A1 Nearh
yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.



4.2 MELALUI PERSIDANGAN
Pengawalan penggunaan klorofulorokarbon ini juga boleh dilakukan dengan mengadakan
konvensyen dan persidangan peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerjasama dan komitmen
daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan pencinta alam sedunia
adalah penting. Konvensyen ini mampu menimbulkan kesedaran kepada ketua-ketua negara
yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara
langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan para ketua
negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon
di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan
mengawal pengeluaran serta penggunaan klorofluorokabon yang dikenali sebagai protokol
telah dipersetujui. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memerangi pengunaan bahan
klorofluorokarbon. Hal ini dapat dibuktikan melalui persidangan antarabangsa mengenai ozon
tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia
(USM) pada 20 hingga 23 Februari 1990. Begitu juga dengan negara Singapura yang telah
mengambil tindakan mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan.



12

4.3 KEMPEN KESEDARAN DAN BADAN SUKARELA
Badan-badan sukarela sepeti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada
masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel. Melalui kempen ini, rakyat akan
didedahkan dengan kesedaran mengenai penipisan lapisan ozon supaya semua pihak boleh
berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini.

4.4 MEWARTAKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara yang sedang membangun menyebabkan
pemanasan global berlaku. Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartakan kawasan hutan
sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi. Selain itu, konsep penghijauan
juga perlu disemai dalam kalangan rakyat supaya pembebasan gas karbon dioksida yang
berlebihan dapat dikurangkan.

4.5 KESEDARAN MELALUI PENDIDIKAN
Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan
pelajaran seperti Geografi dan Sains. Dengan penerapan nilai dalam pendidikan, kesedaran
murid-murid atau pengguna dapat ditingkatkan. Kesedaran pengguna akan mengurangkan
pembakaran terbuka dan mengurangkan peggunaan bahan CFC. Dalam sektor pertanian,
pengguna perlu menggunakan kaedah tebang reput, baja organik dan teknik kawalan biologi
untuk menjaga lapisan ozon kita.

4.6 PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG AKTA KUALITI ALAM
SEKITAR 1974
Akta ini akan mengenakan dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca
penipisan lapisan ozon. Laporan EIA (Environment Impact Assessment) bagi projek
pembangunan perlu dihantar kepada Pengarah JAS.

13

5.0 LAMPIRAN



Molekul gas CFC Rajah menunjukkan proses penguraian molekul
ozon oleh atom klorin


14

Carta pai menunjukkan kandungan gas klorofluorokarbon dalam bahan-bahan tertentu
6.0 PENUTUP

Penipisan lapisan ozon berfungsi sebagai penapis yang menapis cahaya lampau ungu dari
sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Namun demikian, lubang ozon di
Antartika telah dikesan oleh saintis pada tahun 1987.
Masalah ini telah menjadi semakin serius kerana tingkah laku manusia yang tidak
bertanggungjawab, iaitu penggunaan CFC yang berlebihan, penyahutanan secara berleluasa,
pelepasan gas nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang berlebihan. Penipisan lapisan ozon
telah membawa banyak kesan negatif terhadap benda hidup. Antara yang paling serius ialah
penyakit barah kulit.
Masalah penipisan lapisan ozon telah kian serius pada zaman kini. Oleh itu, semua
manusia haruslah memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan bekerjasama
untuk mencegah mahupun mengurangkan masalah penipisan lapisan ozon supaya generasi
yang akan datang dapat menikmati alam sekitar yang baik.

You might also like