You are on page 1of 13

KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT

Aki Sim 2013 (IPG Kampus Sarawak, Miri)


Definisi
Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma,
konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah.Penyelesaian masalah
merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam
pembelajaran matematik. Ia juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang
tertinggi (Gagne, 1985). Murid diharapkan dapat membina pengetahuan dan
kemahiran baru melalui proses penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kurikulum matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi
penyelesaian masalah matematik dalam konteks yang berbeza. Masalah matematik
berayat sememangnya merupakan komponen penting dalam kurikulum matematik
KBSR. Menurut Lim (1982, dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati
murid menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan
perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan angka. Kesulitan ini
mungkin merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya dalam matematik.
Menurut artikel yang di tulis oleh David Tall dan /mohamad Rashidi Razali (1991),
kesukaran memmuridi matematik yang dihadapi oleh murid yang kurang
berkebolehan (koordinasi proses mental) adalah lebih tinggi daripada murid yang
berkebolehan (manipulasi konsep mental). Segolongan murid yang lemah pula tidak
dapat menterjemahkan soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada
persamaan atau ketaksamaan matematikk yang betul untuk membuat pengiraan
yang selanjutnya. Dalam memmuridi simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah
matematik, seseorang murid seolah-olah menghadapi sesuatu situasi pembelajaran
bahasa asing (Radatz, 1979). Sebahagian tatatanda matematik telah menimbulkan
kesukaran intrinsik. Terdapat juga murid yang tidak memahami kehendak soalan.
Maka ini mengakibatkan mereka menggunakan peraturan-peraturan atau strategi
penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut. Kelemahan
daya berfikir menjadi punca kelemahan murid bumiputera dalam matematik. Tidak
dapat di nafikan bahawa mata muridan matematik memerlukan kuasa pemikiran
kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh murid. Juga penguasaan kemahiran
matematik adalah penting bagi murid menunjukkan inisiatif sendiri untuk membuat
latihan dan menyelesaikan masalah matematik dari semasa ke semasa. Bahasa
matematik juga menjadi kesulitan kepada murid. Bahasa matematik berbeza dengan
bahasa biasa kerana ia mempunyai makna yang tersendiri dan di gunakan dalam
konteks matematik yang tertentu. Di samping itu, banyak istilah matematik digunakan
dalam kurikulum matematik tidak dapat di fahami oleh murid. Kekeliruan tentang
istilah merupakan satu masalah yang di hadapi oleh murid yang menyebabkan
mereka tidak dapat memahami maksud istilah tersebut.

Ciri-Ciri
Masalah ini sering dihadapi oleh murid sekolah rendah. Murid biasanya didapati
kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah.
Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada murid untuk mencapai kejayaan
dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan
dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian tidak
begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan
kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang
berpencapaian rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat
dan menggunakan pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai
keupayaan yang terhad dalam pencapaian jika di bandingkan dengan rakan-rakan
yang sebaya dengan mereka. Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang
berpencapaian rendha menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian kepada
langkah yang terlibat dalam pencapaian masalah. Kesukaran ini boleh membawa
kepada ketidakupayaan murid untuk menyelesaiakan masalah yang melibatkan
banyak langkah penyelesaian (multi step). Selain itu, murid yang berpencapaian
rendah dalam matematik juga menghadapi kesukaran mengingat. Ini merupakan
ketidakupayaan murid dalam menguruskan maklumat untuk penyimpanan.
Kesukaran mengingat meghalang murid daripada menyimpan fakta dengan lama.
Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga menunjukkan kesukaran dalam
keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah menulis dalam garis lurus,
menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller dan Mercer, 1997).
Terdapat juga antara mereka yang menunjukkan kesukaran dalam penggunaan
strategi kognitif dan metakognitif (Miller dan Mercer, 1997). Murid- murid ini
menghadapi masalah matematik menentukan dan memilih strategi yang betul dalam
menyelesaikan masalah. Mereka juga menghadapi masalah menguruskan maklumat,
membuat perancangan, membuat pengesanan terhadap proses penyelesaian
masalah dan membuat generalisasi kepada situasi yang serupa.


Penyebab Kepada Masalah
Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa murid menghadapi
kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat
berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal. Adalah menjadi persoalan pula
sama ada cara pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu murid untuk
menghadapi pelbagai penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam
mata muridan matematik. Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang
strategi yang lebih efektif untuk membantu murid mengatasi kelemahan mereka
dalam menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di samping menarik minat
mereka semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan murid
di peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan
dan seterusnya dapat membantu murid menguasai kelemahan dan membina
keyakinan serta minat mereka terhadap matematik khususnya. Cara penyelesaian
masalah tidak dapat dihafal seperti sifir atau menyelesaikan soalan-soalan bentuk
mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan berperingkat dengan
melibatkan kefahaman konsep asas matematik yang dikuasai di tahap satu. Salah
satu objektif pendidikan matematik sekolah rendah yang dinyatakan dalam KBSR
ialah untuk membolehkan murid menyelesaikan masalah bercerita atau penyelesaian
masalah dan penekanan diberi secara menyeluruh bagi semua tajuk kerana ia
merupakan komponen penting dalam Kurikulum Matematik KBSR. Murid-murid telah
mula didedahkan dengan unsur-unsur penyelesaian masalah atau masalah
matematik berayat pada tahap satu. Murid dikehendaki memilih operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi bergantung kepada arahan soalan yang melibatkan satu
langkah penyelesaian sahaja. Kebanyakan dapat diperhatikan murid cukup berminat
dalam mengikuti kelas matematik dan prestasi pencapaian pada tahap satu amat
membanggakan dan ia mengambarkan bahawa mata muridan matematik pada saat
itu amat menyeronokkan. Tidak lupa juga penekanan diberikan terhadap aspek
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah
juga dimasukkan dalam sukatan muridan matematik. Pada tahap dua pula murid
dikehendaki menyelesaikan masalah yang memerlukan lebih daripada satu langkah
penyelesaian. Strategi penyelesaian dengan memilih operasi yang betul sahaja
mungkin tidak menepati arahan soalan kerana ia juga mungkin mempunyai dua
langkah penyelesaian untuk menghasilkan penyelesaian yang sempurna. Maka
kebanyakkan keseronokkan tadi akan berubah apabila minat murid mula
berkurangan terhadap mata muridan matematik yang juga menghantui murid kepada
bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. Minat di sini bermaksud tertarik
kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Prestasi murid
tahap dua juga kurang memuaskan berbanding dengan tahap satu murid tersebut.
Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang menghadapi kesukaran mengingat
akan memberi kesan kepada keupayaannya menyelesaikan masalah berayat
dengan cara berikut:
i. Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru
ii. Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma
iii. Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji muridan
iv. Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa
v. Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan
lebih dari satu langkah.








KAJIAN KES
Kelemahan murid dalam mata muridan matematik sering menjadi tajuk perbincangan
setiap lapisan masyarakat dan menjadi fokus utama media terutamanya semasa
keputusan peperiksaan diumumkan. Rata-rata mengatakan prestasi murid dalam
menjawab soalan penyelesaian masalah amat rendah. Program Matematik KBSR
bertujuan untuk membimbing murid menguasai kemahiran asas mengira empat
operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka kandungan sukatan matematik
KBSR adalah asas untuk murid menangani masalah kehidupan harian di samping
persediaan mengikuti program matematik KBSM, (Mohd Khairuddin Mohd Taib,
1992). Kemahiran penyelesaian masalah dapat memupuk kemahiran berfikir, dan
murid dapat menggunakannya untuk kegunaan harian serta untuk masa depan
apabila telah mahir atau menguasainya. Menurut Ng See Ngean (1983),
pembelajaran penyelesaian masalah bukan bergantung kepada cara malahan lebih
kepada pembelajaran strategi umum yang mementingkan latihan dalam pemikiran.
Kajian masalah dan kesukaran murid peringkat pengajian tinggi dalam
menyelesaikan masalah matematik berperkataan telah banyak dikaji seperti Clement
(1980;1982), Stern (1993), Rudnitsky (1995), Noraini (1994) dan Hassan (1978).
Namun begitu berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pengkaji kajian mengenai
masalah murid di peringkat pengajian tinggi dalam penyelesaian masalah matematik
berperkataan masih kurang diberi perhatian. Selain itu, masalah matematik
berperkataan ini sebenarnya tidak terhad dalam mata muridan matematik sahaja
namun ia terdapat juga dalam matamuridan lain contohnya kimia, fizik dan
sebagainya. Ini kerana subjek-subjek tersebut perlu menggunakan matematik ketika
melalui proses penyelesaian masalah. Kajian ini memberikan gambaran sebenar
kesukaran yang dihadapai oleh murid dalam menyelesaikan masalah matematik
berperkataan secara kualitatif. Menurut Lim (1982,dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam
kajiannya mendapati murid menghadapi kesukaran dalam masalah matematik yang
dinyatakan dengan perkataan berbanding masalah yang melibatkan simbol dan
angka. Kesulitan ini mungkin merupakan sebab mengapa mereka kurang berjaya
dalam matematik. Sebagai satu kajian sosial, Matematik bukan sahaja
membincangkan alat-alat dan tatacara yang berkaitan dengan sistem-sistem nombor
tetapi Matematik itu juga membicarakan masalah-masalah yang dialami oleh orang
semasa cuba memahami dan membuat penyelarasan yang sesuai dengan semua
jenis pengalaman yang bersabit dengan kuantiti. (Frank J. Swetz, Liew Su Tim,
1983). Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat,
mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah
memerlukan kaedah yang sesuai supaya tidak menimbulkan rasa takut di dalam diri
murid.(Hairulazim,2002). Oleh itu, guru perlu bijak menggunakan kreativitinya serta
inovatif dalam menyampaikan isi pengajaran terutamanya tentang penyelesaian
masalah agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif.
Kemahiran kognitif murid perlu dijana dengan baik agar mereka dapat menggunakan
kemahiran yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah Matematik. Menurut
Radatz (1979), perwakilan menggunakan simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah
Matematik merupakan bahasa asing kepada murid kerana mereka perlu menghafal
dan memahami simbol yang jarang digunakan dalam kehidupan mereka seharian.
Matematik adalah mata muridan yang abstrak, maka pembentukan sesuatu konsep
matematik tidak akan berjaya dengan kaedah penghafalan sahaja. Masalah sebegini
mungkin tidak akan dihadapi oleh murid yang berada pada aras kebolehan yang
tinggi. Namun bagi para murid ang berada pada aras kebolehan yang rendah,
mereka merasakan Matematik ini adalah sukar untuk dikuasai dan membosankan
(Mohd Salahuddin Salleh, 2006). Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989)
mengatakan bahawa mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat
mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik
daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam
matematik kerana, mereka berkata, itu meliputi kemahiran dan fungsi yang
merupakan bahagian penting dari kehidupan sehari-hari. Kajian menunjukkan murid
sekolah rendah belum berupaya menyelesaikan masalah matematik berayat
walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan operasi secara prosedural
(Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and Science Study [TIMSS],
1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997). Fenomena ini
nampaknya secocok dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et al. (1999),
Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati masalah
matematik berayat menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid
peringkat awal persekolahan. Mayer (1985, 1987) mengusulkan empat peringkat
yang harus dilalui oleh seseorang individu semasa penyelesaian masalah iaitu (1)
menterjemahkan masalah, (2) mengintegrasi masalah, (3) merancang dan mencari
strategi, dan (4) melaksanakan penyelesaian.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Menurut faham konstruktivis pengetahuan merupakan konstruksi (bentuk) dari orang
yang mengenal sesuatu (skemata). Pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari guru
kepada orang lain, kerana setiap orang mempunyai skema sendiri tentang apa yang
diketahuinya. Pembentukan pengetahuan merupakan proses kognitif di mana terjadi
proses asimilasi dan akomodasi untuk mencapai suatu keseimbangan sehingga
terbentuk suatu skema yang baru. Seseorang yang belajar itu bererti membentuk
pengertian atau pengetahuan secara aktif dan terus-menerus (Suparno, 1997).
Kontruksi bererti bersifat membangun, dalam konteks falsafah pendidikan,
Konstruktivisme adalah suatu upaya membangun tata susunan hidup yang
berbudaya moden.Konstruktivisme merupakan landasan berfikir pembelajaran
konstektual iaitu pengetahuan dibangun oleh manusia sedikit demi sedikit, yang
hasilnya diperluas melalui konteks yang terbatas. Pengetahuan bukanlah seperti
fakta-fakta, konsep, atau kaedah yang siap untuk di ambil dan di ingat. Manusia
harus mengkontruksi pengetahuan itu dan memberi makna melalui pengalaman
nyata. Menurut Mahmud (2001, dalam Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti
Suardi, 2008 ), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam matamuridan matematik. Dengan adanya maklumat ini
juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka
agar murid dapat memmuridi matematik dengan lebih seronokdan bermakna .
Kaedah Konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik, khususnya di sekolah menengah. Untuk membantu murid
membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif
yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap
untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru
tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
Konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran
bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Manakala Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah
tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina
pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh
seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu
tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari
luar. Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka
sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman
dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman
secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Scaffolding
Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada murid pada tahap awal
pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan kesempatan untuk
mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya
(Slavin, 1997). Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada murid untuk
belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk,
dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan,
memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan murid itu
belajar sendiri. Ini merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki
kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan.
Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada murid yang
lemah. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu is menjadikan
murid berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga Berjaya.
Murid dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman
pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu di
capai. Sumbangan kedua ialah ia dapat mengembangkan prestasi dan zon
perkembangan proksimal murid. Zon perkembangan proksimal yang disarankan oleh
Vygotsky menghubungkan perbezaan antara apa yang boleh dimuridi oleh murid
tanpa bantuan dengan apa yang boleh dimuridi dengan bantuan guru atau rakan
sebaya yang berkebolehan. Menurut Hartman (2002), tujuan guru mengajar
berpandukan scaffolding adalah untuk murid menjadi seorang penyelesai masalah
dan individu pembelajar yang bebas. Pendekatan ini mnejurus kepada
konstruktivisme sosial yang disebut pendekatan konstruktivisme sosial. Pendekatan
konstruktivisme sosial memandang kebenaran matematik tidak bersifat tepat dan
mengidentifikasi matematik sebagai hasil dari pemecahan masalah dan pengajuan
masalah (problem posing) oleh manusia (Ernest, 1991). Dalam pembelajaran
matematik, Cobb, Yackel dan Wood (1992) menyebutnya dengan konstruktivisme
sosio (socio-constructivism), murid berinteraksi dengan guru, dengan murid lainnya
dan berdasarkan pada pengalaman tidak formal murid mengembangkan strategi-
strategi untuk memberi respon kepada masalah yang diberikan. Pendekatan ini
sesuai dengan masalah pembelajaran yang di hadapi murid. Menurut Roslina
Radzali (2007) kepercayaan murid yang naive tentang ciri penyelesaian masalah
perlu diperbetulkan. Murid perlu diberi kesedaran, bimbingan dan pengalaman
bahawa memahami konsep yang mendasari masalah adalah penting untuk berjaya
dalam penyelesaian masalah matematik. Murid perlu diberikan pendedahan melalui
latihan, supaya mereka melihat masalah yang hendak diselesaikan dari sudut
prinsip asasnya dan tidak melihat masalah secara permukaan. Kesedaran mesti
diberikan kepada murid bahawa tidak ada satu prosedur khusus tertentu, langkah
demi langkah yang boleh menyelesaikan semua masalah matematik. Oleh itu
menyemai kepercayaan yang betul tentang ciri penyelesaian masalah matematik
adalah penting. Pendedahan kepada murid bahawa penyelesaian masalah
matematik adalah melalui kefahaman yang jelas terhadap situasi masalah yang
hendak diselesaikan, membuat gambaran mental dan kemudiannya membina
perwakilan bagi masalah tersebut, mesti diamalkan.


Pembelajaran Koperatif
Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah
pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif.
Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu
satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996). Pembelajaran koperatif memberi peluang
kepada murid untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara (Effandi,
2003). Bagaimanapun, kerja kumpulan haruslah terancang dan guru perlu banyak
membantu. Guru tidak boleh membiarkan murid begitu sahaja. Pembelajaran
kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi
pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk
pengajaran dan pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan murid belajar bersama-
sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti
dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan
dalam pelbagai mata muridan.Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan
kecil supaya murid-murid dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk memmuridi isi
kandungan muridan dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya,
pembelajaran kooperatif melibatkan murid bekerjasama dalam mencapai satu-satu
objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Pembelajaran jenis ini juga
merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas
dalam pembelajaran koperatif adalah (1) saling bergantung antara satu sama lain
secara positif (2) saling berinteraksi secara bersemuka (3) akauntabiliti individu atas
pembelajaran diri sendiri (4) kemahiran koperatif, dan (5)pemprosesan kumpulan.
Terdapat beberapa kaedah pembelajaran koperatif seperti (1) Kaedah Jigsaw II, (2)
Kaedah STAD, (3) TAI (Team Assisted Individualization). Untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran ini, ketiga-tiga kaedah ini boleh di gunakan.

Kaedah Jigsaw II
Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi juru dalam sub-unit sesuatu topik.
Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap juru mengajar
pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku
semasa proses ini membolehkan juru dan ahli sama-sama memikirkan
pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari
itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada murid yang kurang cemerlang dan
mengajar mereka untuk menjadi juru dan mengajar mereka yang mempunyai
prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan
keyakinan diri mereka dalam subjek Matematik terutamanya dalam masalah
penyelesaian masalah ini.

Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions.
Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah
perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain.
Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji pemahaman
murid. Setiap murid akan mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang
ditunjukkan oleh setiap murid akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan
ditolak dengan purata markah murid itu sendiri. Perbezaan markah individu akan
dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan
diperolehi berdasarkan peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling
bekerjasama supaya mendapat markah yang maksimum. Kaedah ini juga sesuai
dalam mengatasi masalah ini kerana ia akan menimbulkan minat kepada para murid
untuk menyelesaikan masalah.

TAI
TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk dengan menggabungkan antara
motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah
bersesuaian dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap murid. Murid dalam setiap
kumpulan mestilah terdiri daripada murid yang mempunyai keupayaan yang berbeza-
beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar helaian
jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan
rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor
mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan di jumlahkan , kumpulan yang
melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil. Kaedah ini sekaligus akan
meningkatkan nilai motivasi dalam diri murid dalam memmuridi subjek ini.


PENUTUP
Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan
penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh murid
membuatkan mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat
mereka untuk terus belajar semakin kabur. Murid seringkali membuat berbagai
andaian apabila mereka cuba memahami sesuatu muridan yang cuba di sampaikan
oleh guru mereka dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud
pembentukan konsep yang berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan
hasrat yang ingin dicapai oleh pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang
murid yang tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan
menghadapi masalah pemahaman dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong
(1987), kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan
yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk hiraki. Ramai murid tidak dapat menyelesaikan
masalah atas sebab-sebab tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya
kesalahfahaman konsep. Laporan Cockroft (1982), sesuatu muridan matematik yang
baik lagi efektif harus mengandungi unsur - unsur seperti eksposisi atau
penyampaian isi muridan oleh guru, perbincangan antara murid dan guru serta
perbincangan antara murid itu sendiri. Di samping itu muridan itu juga seharusnya
mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi kemahiran asas, aktiviti
penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagai cara penyelesaian masalah
matematik. Dewey (1859) melalui bukunya The School and Society (1899) dan
The Child and The Curriculum (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran
berbentuk pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa
kini baik dari segi teori mahupun dari segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi
yang betul ialah dengan menyedari pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan
bagaimana menggunakan daya kreatif untuk menyediakan pelbagai peluang
pembelajaran untuk menangani cabaran yang mendatang. Menurut Webb (1989
dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof 2004), pengaruh guru terhadap
pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan guru dalam merancang
strategi pengajaran dengan baik amat perlu. Mengikut kajian yang telah dibuat ke
atas murid rata-rata menunjukkan bahawa mereka tidak mampu fahami soalan, tidak
tahu merancang strategi dan sudah tentu tidak tahu melaksana strategi.
Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif. Murid perlu membina skim-skim
matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu
murid juga perlu di beri peluang berbincang dan bertukar-tukar fikiran semasa
menyelesaikan masalah.

You might also like