You are on page 1of 2

ABSTRAK

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai
bagi merawat air yang tercemar. Terdapat tiga kaedah rawatan air yang telah
digunakan iaitu kaedah penapisan air, kaedah biosand dan kaedah rawatan air
solar. Sampel air yang tercemar diperoleh daripada dua batang sungai iaitu Sungai
Gelugor dan Terusan Wan Mat Saman. Air bersih yang diperoleh daripada kaedah
rawatan ini dapat digunakan untuk kegunaan harian contohnya membasuh,
menyiram, mandi, dan sebagainya. Kaedah yang digunakan merupakan suatu alat
mudah alih yang mudah untuk diperoleh, mesra alam dan tidak menggunakan kos
yang tinggi. Berdasarkan kepada keputusan uji kaji, didapati bahawa kaedah
rawatan air melalui penapisan merupakan keadah yang paling berkesan kerana telah
berjaya menjernihkan air yang tercemar serta menghilangkan baunya.
TUJUAN PROJEK
Merawat air tercemar menggunakan penapis air bagi mendapatkan air bersih dari
segi rupa, warna, dan bau untuk kegunaan seharian seperti mencuci pakaian,
membasuh kain, mandi dan sebagainya.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sumber air yang bersih sangat penting untuk manusia bagi menjalankan proses
hidup dan seterusnya melaksanakan tugas seharian seperti mandi, membasuh, dan
sebagainya. Jika dilihat pada zaman dahulu, sungai merupakan sumber utama bagi
manusia mendapatkan air yang bersih sebagai minuman dan melaksanakan tugas
seharian seperti yang dinyatakan di atas. Manusia mendapatkan sumber air ini terus
daripada sungai tanpa perlu melalui proses seperti penapisan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, dapat dilihat pada hari ini sungai bukan lagi sumber utama
bagi mendapatkan air bersih ekoran pencemaran air yang giat berlaku di kawasan
ini. Sungai-sungai pada hari ini kebanyakannya sudah tercemar dengan sampah,
sisa kumbahan, sisa toksik dari kilang dan sebagainya terutamanya sungai yang
terletak di kawasan industri. Hal ini sangat menyedihkan. Mungkin sukar bagi kita
untuk menghentikan tindakan pihak-pihak terbabit yang mencemarkan sungai ini.
Akan tetapi melalui cara lain, air sungai ini boleh dirawat dari segi rupa, warna dan
bau untuk terus digunakan bagi melakukan aktiviti seharian seperti mencuci pakaian,
mencuci kereta, dan sebagainya.
BAHAN
Kain kasa, batu sungai, pasir sungai, batu kerikil, pasir pantai, arang, tawas, gelang
getah, botol air mineral 1.5 liter

You might also like