You are on page 1of 10

Tahap-tahap Sesi Kaunseling

Goh Veng Shie


Ngu Ing Ding
Teh Sin Ying
T4MT3
Pada suatu pagi, Susan, seorang murid
perempuan menjejak langkahnya ke bilik
kaunseling dengan perasaan murung. Susan
memberitahu guru kaunselingnya, Puan
Alice bahawa dia tidak ingin balik rumah
selepas waktu persekolahan.
Andaikan anda adalah Puan Alice, terangkan
bagaimana anda melalui tahap-tahap sesi
kaunseling dalam proses membantu murid tersebut
secara individu.
Tahap-tahap sesi kaunseling
Pra-sesi
Membina hubungan rapport
Meneroka dan menganalisa isu perbincangan
Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik isu
Mengambil alternatif atau langkah-langkah
wajar
Menamat sesi
Langkah susulan (Follow up)
Pra-sesi
Puan Alice sepatutnya menyediakan tempat
dan situasi yang selesa untuk Susan supaya dia
rasa selamat dan dapat membina kepercayaan
dalam diri bagi menceritakan masalahnya
dalam sesi kaunseling.
Membina hubungan rapport
Puan Alice perlu membina hubungan baik
dengan Susan [menstruktur sesi kaunseling:
menerangkan definisi kaunseling, peranan
kaunselor dan klien, etika kerahsiaan dalam
kaunseling, matlamat sesi kaunseling, had
masa *m/s 132] dengan memberi layanan baik
dan berkomunikasi dengan cara yang berkesan
dalam keadaan yang selesa dan teraputik
(therapeutic). [memberi perhatian terhadap
jarak antara kedua-dua pihak]

Meneroka dan menganalisa isu
perbincangan
Puan Alice perlu meneroka keadaan emosi,
pemikiran dan kestabilan diri Susan. Dalam
proses ini, Puan Alice perlu mengikis dan
menghindarkan segala perasaan yang tidak
logik, tidak rasional dalam diri sendirinya dan
juga Susan.
Puan Alice akan menggunakan kemahiran
tersendiri dan teori kaunseling.
Mengenal pasti sebab-sebab
di sebalik isu
Puan Alice harus memberi perhatian sepenuhnya
kepada cerita Susan dan mendapatkan kepastian
daripada Susan mengenai masalah yang dihadapi
dan seterusnya membantu Susan menentukan
matlamat yang ingin dicapai mengikut
kemampuan Susan.
Puan Alice perlu memastikan Susan membuat
pilihan sendiri. Sebagai contohnya, matlamat
Susan adalah untuk menghentikan keganasan
abang dia.

Mengambil alternatif atau langkah-
langkah yang wajar
Susan perlu mengambil tindakan selepas memilih alternatif
yang sesuai dengan masalahnya. Puan Alice harus meneroka
tindakan yang akan diambil dan mengetahui kesan daripada
tindakan tersebut. Sebagai contohnya, Puan Alice harus
mencadangkan tindakan dan kesannya seperti:
Pilihan 1:
Tindakan: Memberitahu ibunya tentang keganasan abang.
Kesan: Ibu akan menasihati abang supaya tidak berbuat
demikian lagi tetapi ibu akan melindungi Susan.
Pilihan 2:
Tindakan: Memberitahu ayahnya tentang keganasan abang.
Kesan: Ayah akan memukul abangnya kerana perangai
ayahnya yang lebih ganas.
Menamatkan sesi
Peringkat ini merupakan peringkat akhir dalam sesi
kaunseling di mana sebuah permasalahan telah
diselesaikan.
Setelah mendengar cadangan dan nasihat daripada
Puan Alice, Susan dapat menentukan dan memilih
pilihan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
(memberitahu ibunya bahawa dia telah dibuli oleh
abangnya)
Puan Alice perlu memberi galakan dan peneguhan
kepada Susan agar Susan dapat meningkatkan
keyakinan diri berdepan dengan keluarganya.

Langkah Susulan
Puan Alice perlu menyemak dan mengambil
berat tentang perkembangan Susan dari
semasa ke semasa.
Puan Alice boleh menjarakkan perjumpaan
sekiranya Susan menunjukkan kemajuan yang
baik (tidak mempunyai niat yang tidak ingin
pulang ke rumah)

You might also like