You are on page 1of 7

Minit Mesyuarat

Mesyuarat Kokurikulum Kali ke 4 Tahun 2013



Tarikh: 30 Oktober 2013
Masa: 1.40 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SKGN
Pengerusi: Pn Noorizah binti Shuid
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

Kehadiran: 1) Pn. Noorizah binti Shuid (GURU BESAR)
2) Pn. Mohd Nadzari bin Baharom (GPK PENTADBIRAN)
3) En. Chatri A/L Sing (GPK KOKURIKULUM)
4) En. Osman bin Osman (GPK HEM)
5) Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman
6) Pn. Athiyah binti Shuid
7) Pn. Azizah binti Hassan
8) Pn. Fauziah binti Musa
9) Pn. Hartina binti Rosdi
10) Pn. Hasnah binti Wahab
11) Pn. Hasniyanti binti Mohd Hanafiah
12) Pn. Hayati binti Yahaya
13) Pn. Jamalulhaslina binti Fuad
14) En. Yusrizal bin Yusoff
15) En. Muhamad Ridzuan bin Hj. Ismail
16) Pn. Norliza binti Kadir
17) Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil
18) Pn. Nur Nasihah binti Abdullah
19) En. Rohisyam bin Abidin
20) Pn. Salihah binti Abd Kadir
21) Pn. Sharizah binti Abdullah
22) Pn. Siti @ Lebar binti Rejab
23) Pn. Suraiza binti Abdullah
24) Pn. Suriany binti Idris


Tidak Hadir Bersebab: 1) En. Mohamad Sofi bin Hassan
2) En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe




1. PERUTUSAN PENASIHAT (Guru Besar)

1.1 Ucapan Aluan
Terima kasih atas kesudian guru-guru hadir ke mesyuarat. Guru yang tidak dapat hadir telah
memaklumkan ketidakhadiran pada pentadbiran.
Tindakan: SEMUA GURU

1.2 Kelolaan Aktiviti Dan Program Tahun 2013
Tuan Penasihat amat berpuas hati dengan aktiviti dan program yang dijalankan di bawah
kelolaan Unit Kokurikulum sepanjang tahun ini.
Tindakan: SEMUA GURU

1.3 Komitmen Dan Kerjasama Guru
Tuan Penasihat juga memohon kepada seluruh warga guru supaya terus memberikan
komitmen dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti dan program yang bakal
dilaksanakan seterusnya.
Tindakan: SEMUA GURU



2.0 UCAPAN PENGERUSI (GPK KO)

2.1 Ucapan Aluan
Ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir kerana dapat memberikan kerjasama
walaupun terdapat banyak tugas yang lain.
Tindakan: SEMUA GURU

2.2 Mesyuarat 4 Kali Setahun
Tahniah dan terima kasih juga untuk guru-guru kerana telah berjaya melaksanakan mesyuarat
kokurikulum 4 kali setahun seperti sasaran dan kehendak pentadbiran sekolah.
Tindakan: SEMUA GURU

2.3 Kehadiran Pihak JPN Perlis
GPK KO telah memaklumkan bahawa Unit Kokurikulum telah dipantau oleh pihak JPN
Perlis dan akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantapan unit
Kokurikulum sekolah.
Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

2.4 Laporan Aktiviti
GPK KO memaklumkan setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan laporan yang lengkap
dan dihantar kepada GPK KO untuk dipantau. Setiap laporan perlu mempunyai kulit hadapan
dan isi kandungan yang mengikut keperluan laporan.
Tindakan: SETIAUSAHA PROGRAM DAN KELAB DAN PERSATUAN


3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 2 TAHUN 2013
Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Hartina binti Rosdi dan disokong
oleh Puan Jamalulhaslina binti Fuad.

4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL. 3 TAHUN 2013
Minit mesyuarat dibentangkan untuk disahkan oleh Puan Ainun Kamaliyah binti Kamarul
Zaman dan disokong oleh Puan Salihah binti Abd Kadir.


5.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (MAKLUM BALAS MINIT
MESYUARAT YANG LEPAS)

5.1 Majlis Penutup Dan Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang
Tuan Guru Besar mencadangkan agar Majlis Penutup dan Majlis Pembukaan Kejohanan
Balapan dan Padang dibuat pada hari yang sama.
Tindakan: SEMUA GURU


6.0 LAPORAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM

6.1 Bantuan Dan Tunjuk Ajar
S/U Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru terutama
kepada GPK KO kerana telah banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam
menjalankan amanah sebagai Setiausaha Kokurikulum sekolah.
Tindakan: SEMUA GURU

6.2 Kemaskini Fail
S/U Kokurikulum mengharapkan agar fail-fail kelab, persatuan, badan beruniform dan rumah
sukan agar mengemaskini maklumat yang diperlukan bagi tahun 2013.
Tindakan: SEMUA GURU


7.0 LAPORAN SETIAUSAHA SUKAN

7.1 Laporan Kejohanan Bola Sepak
Sekolah telah mendapat saguhati dalam penyertaan kejohanan kali ini. Namun dapat
dibanggakan kerana melihat prestasi peserta dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Tindakan: GURU DAN JURULATIH BOLA SEPAK

7.2 Laporan Kejohanan Sepak Takraw
Peserta sekolah telah berjaya menggondol Johan PKP Arau dan telah mewakili PKP ke
peringkat Negeri dan mendapat saguhati.
Tindakan: GURU DAN JURULATIH SEPAK TAKRAW

7.3 Laporan Kejohanan Bola Jaring
Dalam kejohanan yang dilangsung di SKGN, peserta sekolah mendapat tempat Naib Johan
PKP dan S/U Sukan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru kerana telah berjaya
mengelola kejohanan ini dengan baik.
Tindakan: SEMUA GURU

7.4 Laporan Kejohanan Bola Baling
Tahniah kepada peserta dan guru yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini kerana
skuad bola baling lelaki telah berjaya menggondol johan dan telah mewakili PKP Arau ke
peringkat negeri.
Tindakan: GURU DAN JURULATIH BOLA BALING

7.5 Laporan Kejohanan Balapan dan Padang PKP Arau
Kita hanya berjaya meraih 2 gangsa. Namun begitu, kesungguhan atlet sekolah sangat
dibanggakan.
Tindakan: GURU DAN JURULATIH OLAHRAGA



8.0 LAPORAN PENYELARAS BADAN BERUNIFORM

8.1 Aktiviti Luar
Penyelaras memaklumkan murid agak kurang penyertaan luar bagi aktiviti kokurikulum.
Tindakan: SEMUA GURU

8.2 Perkhemahan Jamboree Pengakap
Perkhemahan tahunan ini akan diadakan di Johor pada 8 hingga 11 November 2013.
Tindakan: GURU PENASIHAT PENGAKAP


8.3 Perkhemahan Badan Beruniform SKGN 2013
Aktiviti dan program yang dirancang berjaya dijalankan dengan baik kerana cuaca sepanjang
perkhemahan juga baik.
Tindakan: SEMUA GURU

8.4 Cadangan Pemakaian Pakaian Beruniform
Guru Besar mencadangkan pemakaian pakaian beruniform pada tahun hadapan. Pemantauan
hendaklah sentiasa dijalankan terutama pada hari Rabu. Wujudkan juga baju Tshirt sebagai
baju uniform kedua.
Tindakan: SEMUA GURU



9.0 LAPORAN PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

9.1 Waktu Yang Sesuai
Guru penyelaras mencadangkan agar masa bagi menjalankan aktiviti kokurikulum terutama
untuk kelab dan persatuan dikaji semula agar bersesuai dengan waktu murid.
Tindakan: UNIT KOKURIKULUM

9.2 Agihan Murid Mengikut Kelab dan Persatuan
Guru penyelaras juga mencadangkan agar murid diagihkan kepada kelab dan persatuan
dengan baik dan saksama.
Tindakan: UNIT KOKURIKULUM


10.0 TAKWIM SUKAN 2014

10.1 Takwim Unit Kokurikulum 2014
Takwim bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum tahun 2014 telah siap disusun oleh GPK KO dan
dapat dikongsikan bersama guru-guru bagi pelaksanaan pada tahun hadapan.
Tindakan: SEMUA GURU

10.2 Perpindahan Bilik Setor Sukan
GPK KO telah memaklumkan pemindahan bilik setor sukan yang lama ke bilik setor sukan
yang baru iaitu bersebelahan Pra Sekolah.
Tindakan: SEMUA GURU


11.0 LADAP PAJSK 2014

11.1 Bahan Disediakan
GPK KO memaklumkan bahawa bahan untuk PAJSK 2014 telah dimuatnaik ke dalam web
sekolah dan guru boleh memuatturun untuk rujukan lanjut.
Tindakan: SEMUA GURU


11.2 Pengetahuan Guru Tentang PAJSK
GPK KO mengingatkan kepada guru supaya memberi perhatian dan mengetahui lebih lanjut
mengenai PAJSK.
Tindakan: SEMUA GURU






12.0 HAL-HAL LAIN

12.1 Data Kokurikulum 2013
GPK Pentadbiran mengingatkan guru kelab dan persatuan dan badan beruniform agar
mengisi maklumat data kokurikulum 2013.
Tindakan: GURU KELAB DAN PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM


12.2 Kertas Kerja Tuntutan
GPK Pentadbiran juga memaklumkan bahawa perlu ada kertas kerja tuntutan bagi tujuan
pengauditan perbelanjaan.
Tindakan: SEMUA GURU


12.3 Laporan Panitia
GPK Pentadbiran memaklumkan untuk tahun hadapan, laporan panitia perlu disediakan
dalam dua salinan iaitu untuk fail panitia dan untuk GPK Pentadbiran. Namun, untuk tahun
ini, hanya memerlukan satu laporan sahaja.
Tindakan: SEMUA GURU


12.4 Pemantauan Guru Besar Dari JPN Perlis
Guru Besar memaklumkan telah dipantau oleh dua orang pegawai dari JPN Perlis.
Tindakan: GURU BESAR


12.5 Jamuan Akhir Tahun Guru dan Staf SKGN 2013
Puan Jamalul memaklumkan jamuan akhir tahun akan diadakan pada 13 November 2013 jam
8 malam di Putra Palace. Tema adalah bebas.
Tindakan: SEMUA GURU


12.6 Sistem PBS Tidak Begitu Stabil Buat Waktu Ini
Puan Azizah memaklumkan sistem atas talian bagi pengisian PBS untuk waktu ini adalah
tidak memuaskan. Sistem ini ditutup buat sementara waktu pada 1 Disember 2013.
Tindakan: SEMUA GURU


13.0 PENUTUP

13.1 Ucapan Terima Kasih
Guru Besar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Unit Kokurikulum kerana berjaya
melaksanakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun.
Tindakan: SEMUA GURU

13.2 Memohon Kemaafan
Guru Besar juga memohon kemaafan andai tersalah bicara sepanjang pengendalian sesi
mesyuarat kali ini.
Tindakan: SEMUA GURU



Mesyuarat ditangguh : 4.30 petang.



................................................ Minit dicatat oleh:
Disediakan oleh Rohisyam bin Abidin
Setiausaha Kokurikulum Setiausaha Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka Sekolah Kebangsaan Guar
Nangka
Tarikh: 1 November 2013

You might also like