You are on page 1of 3

100 Peribahasa

No Peribahasa Maksud
1 Kurang ringgit boleh di cari kurang akal habis bicara Susah kerana harta boleh di cari, susah kerana tidak berfikir tambah
bermasalah
2 Mencurah air di daun keladi Nasihat yang sia-sia
3 Kerana nila setitik rosak susu sebelanga Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang
4 Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu
5 Ada udang sebalik batu Berbuat baik kerana ada hajat terselindung
6 Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal
lengan
Apabila melakukan sesuatu kerja lakukan sehingga berjaya walaupun
menghadapi kesusahan
7 Bagai kerakap di batu hidup segan mati tak mahu Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya
8 Bagai rumput di tepi jalan Hidup daif dan terbiar
9 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan Satu urusan tidak akan selesai jika selalu bertangguh
10 Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan berjaya
11 Pipit dengan pipit, enggang sama enggang Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan
12 Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung)
13 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri
Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri
14 Jong pecah, yu yang kenyang Kejatuhan sesebuah Negara
15 Di mana ada kemahuan, Disitu ada jalan Jika ada azam ada kejayaan
16 Biar berputih tulang jangan berputih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik sendiri di rampas
orang
17 Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Baik buruk perangai seorang bapa itu sedikit sebanyak akan turun kepada
anaknya.
18 Rosak bawang ditimpa jambak Rosak bawang ditimpa jambak
19 Bapa borek anak rintik Anak-anak akan menurut baka/perangai bapanya
20 Ketam menyuruh anaknya berjalan betul Menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap
21 Air perabung mengalir ke cucur utap Semua perwatakkan ibu bapa diikuti oleh anak-anak
22 Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum balik Perpecahan antara ahli keluarga lambat laun berbaik semula
23 Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri Perbuatan menjatuhkan maruahkeluarga sendiri, akhirnya kita yang
mendapat malu
24 Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga Memberi malu pada kaum keluarga sendiri, akhirnya diri kita pun terasa.
25 Lesung sama antan bertelingkah ayam yang kenyang Bergaduh sesama adik-beradik musuh yang mendapat habuan.
26 Rosak anak kerana menantu Merosakkan darah daging sendiri kerana percayakan orang lain
27 Tangan yang mengayun buaian yang memerintah dunia Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak
28 Tidak ada harimaau yang membaham anak Segarang-garang bapa hanya untuk mendidik
29 Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidk anak biarlah sejak mereka kecil lagi
30 Menarik rambut di dalam tepung Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah
31 Sudah terhantuk baru tergadah Sudah susah baru teringat
32 Sediakan paying sebelum hujan Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik
33 Nasi sudah menjadi bubur Sesuatu pebuatan yang sudah terlanjur/terlewat tidak dapat dibaik lagi
34 Alah bias tegal biasa Segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah
biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi
35 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh,
sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya.
36 Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari Kebenaran yang dapat dilihat oleh semua pihak
37 Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan Adat sesuatu yang xpernah berubah tetapi utuh
38 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa
39 Bagai aur dengan tebing Hubungan yang rapat saling membantu
40 Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab
41 Ada asap adalah api Sangat rapat tidak boleh dipisahkan
42 Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya/ serba sulit
43 Biar mati anak, jangan mati adat Orang kuat berpegang pada adat
44 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Habuan dan nasib kadang-kadang bergantung pada tuah
45 Cencaru makan petang Memperoleh kejayaan pada akhir sesuatu perlawanan/kegiatan
46 Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha yang kecil-kecilan dan akhirnya
menjadi besar da mencapai apa-apa yang dihajati
47 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Tekun dan usaha tentu berjaya
48 Bermandi peluh Bekerja dengan bertungkus lumus
49 Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak di
rasa
Orang yang suka merantau, mempunyai pengalaman yang luas dan orang
tua yang panjang umur tentulah banyak suka duka yang pernah di rasai.
50 Indah khabar dari rupa Berita nya lebih hebat dari yang sebenar
51 Ke bukit sama di daki, kelurah sama di turuni Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu
52 Kerumpun bak serai, sesusun bak sirih Hidup yang saling bermuafakat
53 Bak bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana Kata sepakat yang di capai melalui mesyuarat
muafakat
54 Berat sama di pikul ringan sama di jinjing Mengalami susah senang bersama
55 Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama di cicah Pengagihan yang sama banyak
56 Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing
Pentingkan diri sendiri, orang yang tidak muafakat dan berpegang pada
pendapat masing-masing sahaja
57 Rendah hati Tidak meninggi diri
58 Murah hati Pemurah
59 Buta Huruf Tidak tahu membaca dan menulis
60 Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Perlu berhati-hati supaya tidak menyesal kemudian hari
61 Seperti katak bawah tempurung Orang yang sempit pengetahuannya
62 Wau melawan angin Tidak ambik hirau sekeliling
63 Guruh tak berbunyi, malang tak berbau Malang tidak di ketahui bila ia akan terjadi
64 Bata berat mata memandang,berat lagi bahu memikul Walau bertapa susah seseorang melihat kesusahan yang di tanggung oleh
orang lain tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu.
65 Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga Sudah terlanjur/buat salah, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang
besar.
66 Hutang keliling pinggang Hutang yang banyak
67 Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya
68 Ibarat berdagang buluh kasap, hokum hilang pangkal lesap Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi
69 Yang jolok tak jatuh, penjolok tersangkut Untung tidak dapat modal pun lesap
70 Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang Tanpa usaha tiada tambahan untung
71 Tidak lari gunung di kejar, hilang kabus tampak lah ia Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah
72. Ulat dalam batu pun ada rezeki Jika kuat beruasaha pasti ada rezeki
73 Tak kenal maka tak cinta Kalau tahu baru timbul suka
74 Samil menyelam minum air Sekali melakukan pekerjaan beberapa maksud tercapai
75 Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan/selalu sakit, keadaan yang
melarat/tidak maju
76 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung Di mana mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu
77 Berat sama di pikul ringan sama di jinjing Mengalami susah senang bersama
78 Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Kemahuan dan kegemaran setiap orang berbeza-beza
79 Berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian, bersakit-
sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada
kemudian hari
80 Kata yang benar di tidakkan, Rahmat tuhan dilarikan Tidak mahu mengaku kebenaran
81 Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat Hendak berbuat sesuatu, eloklah di rundingkan dengan kaum keluarga
supaya pekerjaan itu selamat
82 Mengalih kain di balik rumah, mengalih kata ke hadapan Memungkiri janji dengan tiba-tiba
83 Katak di timpa kemarau Berkeluh kesah dengan tidak keruan
84 Katak hendak jadi lembu Ingin melakukan sesuatu dengan melebihi kesanggupan sendiri, hendak
menyamai orang besar
85 Alim bagai katak tepi air Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah dari ilmunya
86 Bagaimana hari tak hujan, katak betung dalam telaga
berteriak selalu
Orang yang selalu pergi ke rumah seseorang dengan tidak berketika dan
dengan maksud yang tersembunyi
87 Laksana katak sedikit hujan banyak bermain Orang yang suka memperbesarkan perkara-perkara yang kecil
88 Terkilap-kilap bagai katak di semburi Orang yang diam sahaja di dalam sesuatu perbincangan
89 Tidak akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan berkali
pun
Orang yang hodoh jika memakai perhiasan sekali pun tidak akan elok
90 Sekati sama berat, di uji sama merah Sama tinggi darjatnya
91 Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah Hidup mati terletak di tangan tuhan
92 Kaut laba dengan siku Sentiasa hendak beroleh untung banyak
93 Umpama burung tumpang beramai dengan kawan banyak Perihal orang dagang yang tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri
orang
94 Sungguh kawat yang di bentuk, ikan di tebat yang di adang Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri
95 Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah di tabur urai,
hendak berani berlawan ramai
Hemat itu lah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan
itu mendatangkan berani
96 Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu jadi
budak
Perihal perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak
97 Orang baru kaya jangan di hutangi, orang lepas nikah
jangan di tandangi
Sia-sialah mengerjakan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah
98 Orang kaya suka di makan, orang elok (muda) selendang
dunia
Orang hartawan yang selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan
dunia
99 Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang Hendaklah berusaha sendiri untuk mencapai kemuliaan dalam hidup dan
janganlah mengharapkan bantuan orang
100 Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan,
tempat berlindung kehujanan
Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya

You might also like