You are on page 1of 3

Saya Tipu

Peserta: Kumpulan
Durasi: Bergantung kepada jumlah peserta.
Langkah-langkah:
1. Arahkan peserta membuat bulatan.
2. Setiap peserta dalam bulatan perlu beritahu 2 fakta yang benar dan 1 fakta tipu
tentang diri mereka. Contoh:
Betul: Saya anak keempat
Betul: Saya lahir di Terengganu
Salah: Saya seorang duda.
3. Fasi perlu merangsang aktiviti ini. Seterusnya fasi mengarahkan peserta yang lain
untuk meneka mana fakta yang tipu.
4. Individu itu akan menerangkan yang mana tipu pada peserta lain.
5. Teruskan dengan peserta lain sampai akhir.

Motif:
1. Untuk kenal mengenal.
2. Beramah mesra.









Bangun atau Duduk

Peserta: 2 dan keatas
Durasi: bergantung kepada jumlah peserta

Langkah-langkah:
1. Arahkan peserta cari pasangan dahulu.
2. Setiap pasangan mesti berdiri bersandar antara satu sama lain.
3. Tangan mestilah dia angkat ke atas.
4. Arahkan pasangan duduk dan bangun serentak, tanpa berpegangan.
5. Pasangan yang jatuh dikira kalah.
6. Tambah pasangan menjadi 3 dan seterusnya menjadi kumpulan yang besar.
7. Ulang permainan, pastikan peserta duduk dan bangun serentak.

Motif:
1. Permainan yang membina nilai kerjasama dan kepercayaan.
2. Juga menguji keberanian.













Awak

Peserta: kumpulan
Durasi: bergantung kepada jumlah peserta

Langkah-langkah:
1. Setiap peserta akan mendapat satu helai kertas.
2. Arahkan peserta tulis nama masing-masing.
3. Dalam bulatan, arahkan peserta tutup mata dan kemudian buka dan pandang rakan-rakan
ahli kumpulan.
4. Peserta diarahkan beri kertas mereka kepada rakan yang disebelah kiri.
5. Arahkan peserta tulis satu tanggapan positif mereka terhadap pemilik kertas itu. Boleh
mulakan ayat dengan Awak..
6. Beri masa hanya 30 hingga 60 saat, kemudian agihkan lagi kertas itu ke kiri sehingga lengkap
satu pusingan.
7. Beri pesanan kepada peserta: simpan kertas itu jadikan ingatan untuk diri sendiri dan untuk
masa hadapan.

Motif:
1. Merangsang nilai positif.
2. Bersangka baik.

You might also like