You are on page 1of 40

PENGENALAN

Dadah



Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis
bahan yang mendatangkan kemudaratn kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani
(fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan. Akibat
daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada
dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah
serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan
bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri.

Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada
hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang
dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak
digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang
sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak
digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius.
Dengan perkataan lain dadah membawa risio yang amat tinggi sehingga boleh
mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan
kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.



Secara kasarnya, kecelaruan penyalahgunaan dadah terbahagi kepada empat jenis utama
seperti berikut:
Jenis Dadah Kesan/ Tindakan Contoh
Depressants
(Penenang)
Kumpulan dadah yang boleh
mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat.
Fungsi dadah ini ialah menurunkan aras
rangsangan psikologikal agar dapat
menenagkan fikiran manusia.
Alkohol,
barbiturates,
transquillizers,
dan
zodiazepines.
Stimulants
(Perangsang)
Berbeza dengan depressants
Ia boleh meningkatkan daya tahanan dan
menjadikan seseorang itu lebih bertenaga.
Amphetamine,
kokain, nikotin,
dan kafein.
Opiates Lebih banyak digunakan untuk
mengurangkan kesakitan serta membantu
individu supaya tidur dengan lebih nyenyak.
Heroin, morfin
dan kodein.
Hallucinogens
(Pengkhayal)
Boleh menghasilkan sensasi khayalan
yang mempesonakan penggunanya.
Marijuana dan
LSD.
Antara semua dadah yang disebut kan di
atas, amphetamine (stimulants) merupakan
salah satu jenis dadah yang amat popular dan
agak berleluasa penggunaannya dikalangan
pemuda-pemudi di Malaysia.



Di petik daripada:
Mingguan Malaysia, Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja, Ahad, 16 Disember 2007

PENYALAHANGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah
secara berlebihan . Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan
perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri
daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian
setiap individu terganggu .Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara
berterusan walaupun berlaku madalah dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan
masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya.

CONTOH KES KES

Berikut merupakan satu kisah benar berhubung kait dengan dadah amphetamine
(ekstasi).Long Seng berasal daripada keluarga yang miskin. Bapanya meninggal dunia ketika
Long Seng berusia 6 tahun. Ibunya pula terpaksa memikul tanggungjawab menyara
kehidupan seisi keluarga dengan menjual kuetiau di sebuah gerai kecil. Long Seng dan ke
empat-empat adik-beradiknya hidup dalam keadaan yang miskin seperti resmi ayam, kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang. Long Seng tidak suka belajar dan selalu ponteng
sekolah. Dia juga mula berkawan dengan kumpulan gangster dan mulai keluar pada waktu
malam. Tidak lama kemudian, Long Seng mula melibatkan diri dengan jenayah delinkuen.

Long Seng mula mengambil pil khayal ekstasi yang mudah diperolehi dari pusat hiburan
untuk mendapatkan perasaan up atau melayang yang begitu mengghairahkan dirinya. Dia
juga berasa amat seronok dengan fantasi yang diperolehi, seolah-olah sampai ke syurga
ataupun berada di puncak langit dengan lagu yang rancak. Perbuatannya itu menyebabkan
ibu Long Seng berasa amat sedih dengan perbuatan anaknya. Demi mencari wang untuk
memenuhi ketagihan diri, Long Seng turut mengedar pil ekstasi kepada pemuda-pemudi yang
lain. Walaupun puas dipujuk oleh ibu, saudara-mara dan guru supaya berpatah balik daripada
jalan yang sesat itu, dia langsung tidak memperdulikannya. Bagaimanapun malang tida
berbau dan setahun selepas keluar dari bangku sekolah, Long Seng telah ditangkap oleh polis
dan terus dihantar ke pusat pemulihan.

Dalam kes ini Long Seng mengambil dadah kerana ingin:
i) Melarikan diri daripada memikirkan masalah keluarganya yang miskin
ii) Memenuhi perasaan ingin tahu tentang apa itu dadah sebenarnya.
iii) Mengambil dadah bersama-sama dengan kawan dan meyakinkan mereka bahawa
dia adalah ahli kumpulan (geng) mereka.
iv) Mengalami perasaan memberontak dan ingin menentang nilai norma masyarakat.

Di petik daripada:Mingguan Malaysia, Bahaya Dadah Di Kalangan Remaja, Ahad,
16 Disember 2007
Contoh Jenis Dadah

Mengikut buku yang telah saya baca dadah pada amnya yang sering di salahgunakan boleh di
bahagikan kepada empat jenis iaitu, perangsang (stimulant), penekanan (depressant)
,halusinogen dan narkotik.

Jenis Perangsang

Dadah jenis perangsang sama ada yang asli atau yang tiruan boleh merangsang aktiviti
system saraf pusat. Dadah jenis ini boleh merangsang otak dan menjadikan seseorang gemar
bercakap. Dadah jenis inilah yang boleh membuatkan seseorang kurang keinginan untuk
tidur dan sentiasa ingin bercakap. Ramai dalam kalangan pelajar mengambil dadah jenis ini
untuk belajar kerana ia dapat menghilangkan rasa mengantuk. Ini memberikan gambaran
kepada pelajar bahawa dengan mengambil dadah jenis ini mereka dapat belajar dengan lebih
tekun lagi sedangkan jika dadah ini di ambil terus menerus ia boleh menyebabkan seseorang
itu pitam dan tidak sedarkan diri. Antara dadah yang tergolong dalam jenis ini ialah
kokain,kafein epinefrina dan ephedrine.

Jenis Penekanan

Dadah jenis penekanan pula dari segi perubatan di gunakan sebagai ubat tidur, bagi
mengubati penyakit sukar untuk tidur. Dadah jenis ini menjadikan seseorang berasa senang
dan gembira serta melegakan ketegangan dan rasa terikat . akibatnya seseorang tidak rasa
segan silu,sebaliknya menjadi yakin dan banyak bercakap. Bagaimana pun kadangkala
seseorang itu akan hilang pertimbangan dan sukar mengawal diri. Seseorang akan menjadi
mabuk jika dadah jenis ini di ambil secara berlebihan. Dia akan mengantuk dan tidak
sedarkan diri malah akhirnya boleh membawa maut. Dadah asli yang termasuk dalam
golongn ini ialah kurare manakala tiruannya ialah ubat penenteram bartirurat yang bertujuan
untuk menekan system saraf pusat.

Jenis Halusinogen

Dadah jenis halusinogen ialah apa jua dadah atau bahan kima yang menyebabkan halusinasi.
Dadah yang termasuk dalam golongan ini lazimnya menghasilkan perubahan pengamatan
terhadap rupa bentuk. Misalnya warna yang di lihat kelihatan lebih terang. Muzik yang di
dengar lebih mengandungi erti dan orang yang mengambil dadah jenis ini akan melihat corak
yang spontan. Dadah LSD dan mescaline menghasilkan kesan yang ganjil seperti perubahan
imej tubuh, menyebabkan seseorang penagih berasa dirinya membesar dan berasa tubuhnya
boleh melayang . jika berada di bangunan tinggi dia berasakan bahawa bangunan itu rendah
sahaja dan apabila dia terjun dia merasakan bahawa dirinya melayang dan boleh terbang.
Terdapat juga penagih yang menbunuh orang lain dan membunuh diri sendiri semasa di
bawah pengaruh dadah ini. Antara dadah yang termasuk dalam jenis ini yang asi ialah
ganja,peyote (mescaline) hallucinogenic mushrooms(psilocybin), moring glory seeds
manakala yang tirunannya ialah lysergic acid diet (LSD) Diethyltryptamine( DET )
dimethyltryptamine (DMT) STP(dom),phencyclidine (PCP).

Jenis Nakotik

Dadah jenis nakotik adalah dadah yang paling bahaya sekali dan yang paling banyak
disalahgunakan . dadah dalam golongan ini ialah candu, heroin, morfin dan kokain. Itu
adalah jenis yang asli manakala yang tiruan ialah petidiana (mepuidine/Demerol), metadon
(dolophine). Dadah jenis ini akan menghilangkan rasa kecewa,marah takut dan sebagainya.
Selepas mencuab beberapa kali seseoarng itu akan menyimpan keinginan yang hebat untuk
mencuba lagi. Akhirnya seseorang itu memerlukan dadah untuk bergerak secara normal.
Seseorng akan mengalami pengunduran diri seperti muntah ,cirit-birit kadangkala pitam dan
boleh membawa maut jika dadah tidak di ambil.

PANDANGAN AGAMA

Pandangan Agama Islam

Mengikut fatwa yang di keluarkan oleh mufti AL DIER AL Masriah Al Sabiq ( Bekas Mufti
Mesir) Al Syeikh Hasanin Makluf Dalam Kitabnya Fatwa Al-Syriyah,halaman 184,
mengatakan bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan : Pemberian dan
penjualan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie Dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah
Dari Ulama Hambali. Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah mengeluarkan fatwa berdasarkan
beberapa aspek. Antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan
masyarakat seluruhnya. Jadi dadah termasuk dalam kategori hadis yang bermaksud tiap-tiap
yang memabukkan adalah haram. ( di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) berdasarkan
keterangan daripada beberapa aspek yang tersebut di atas serta pendapat ulama tentang dadah
dan hukumnya maka jawantankuasa fatwa telah menetapkan bahawa hukum sebarang
penyalahgunaan dadah adalah haram dan di tegah sama sekali dan dadah hanya boleh di
gunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak.

Pandangan Agama Hindu

Menurut pandangan Agama Hindu di antara falsafah dan kitab Tamil (Kural) ada menyebut
bahawa:Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah),
tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati.Manusia adalah
makhluk yang berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tindak tanduknya
dengan kuasa pemikirannya dan tidak sekali-kali membiarkan pemikirannya menyeleweng
daripada sebab memasukkan dadah ke dalam badan, yang bukan sahaja memusnahkan
pemikiran tetapi juga tubuh fizikal.Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan
seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah
laku yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira
adharmicyang mana pembalasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan
dadah juga dianggap adharmic.Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi
oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan
keangkuhan dengan mengambil dadah.Daripada hujah dan pandangan di atas, maka jelaslah
bahawa penganut agama Hindu dilarang menggunakan dadah.



Teori-Teori yang Menyokong dan Menentang

Teori Psikologi

Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia
juga melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi, pelajar, ahli-ahli professional di
samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Kita boleh melihat beberapa
perspektif atau teori dalam menerangkan permasalahan sosial ini iaitu;

Perspektif Psikologikal

Menurut Rational Choice Theories, setiap individu mempunyai pilihan untuk bertingkah laku
dan tingkah laku mereka tersebut merupakan pilihan mereka sendiri. Terdapat banyak idea
atau konsep yang mempengaruhi pembuat keputusan seseorang untuk bertingkah laku,
antaranya ialah konsep kendiri (self-concept), sosialisasi, peranan, status atau identiti. Teori
Lindesmith (1968), menghuraikan proses psikologikal sosial adalah hubungan dadah keatas
kesan dan keinginan untuk menghilangkan withdrawal symptoms iaitu kesan semasa dalam
proses pemulihan daripada dadah. Teori Lindesmith digunakan dalam menjawab persoalan
mengapa penagih dadah tidak dapat menghentikan ketagihan mereka dan punca penagihan
semula.

Selain daripada itu, individu yang terlibat dengan dadah juga membuat pilihan sama ada
pengalaman menghadapi pain of withdrawal atau pengalaman euphoria iaitu keadaan ketika
separuh sedar dan khayal semasa mengambil dadah. Richard Stephens (1991) telah
menjumpai penagih heroin jalanan mengambil dadah bukan sahaja kerana menghilangkan
pain of withdrawal seperti dalam teori Lindesmith tetapi kerana dorongan pengalaman
euphoria atau experience the drug high.

Perspektif Struktur Sosial

Mengikut struktur sosial, masalah devian ini berlaku kerana terdapat masalah dalam struktur
sosial dan masyarakat tersebut bermasalah dan masalah ini mendorong individu melakukan
devian. Dalam perspektif struktur sosial ini, masalah penyalahgunaan dadah ini diterangkan
menggunakan Teori Anomie.

Mengikut teori anomie, masalah devian ini berlaku kerana individu tersebut mendapat
tekanan daripada masyarakat disekelilingnya. Teori tekanan atau Strain dalam teori anomie
adalah tekanan yang dihadapi individu dalam sesuatu masyarakat, akibat daripada tidak
mendapat peluang untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik, perkerjaan, pendidikan
yang tinggi dan sering ditindas atau berlakunya diskriminasi oleh golongan atasan, berada
dan berkemampuan. Tekanan untuk meneruskan kehidupan dan demi mencapai matlamat
mereka memaksa individu melakukan devian sebagai pengedar dadah kerana tidak mendapat
peluang perkerjaan walaupun mempunyai kelayakkan kerana berlakunya diskriminasi.

Teori Strain, tekanan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dengan berkerja keras
dengan tenaga yang terhad juga menyebabkan berlakunya penyalahgunaan dadah. Ini boleh
dibuktikan dengan statistik dimana, golongan professional dan golongan berpendidikan tinggi
seperti pelajar universiti dan kolej turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tekanan
bebanan tugasan yang berat yang dialami olehi pelajar menyebabkan mereka menggunakan
dadah seperti gam untuk dapat bercengkang mata pada waktu malam untuk menyiapkan
perkerjaan.

Perspektif Interaksi (Label)

Perspektif interaksi atau teori label juga menjadikan masyarakat sebagai punca kepada
masalah devian. Mengikut teori ini, devian merupakan reaksi daripada interaksi masyarakat
dan label yang diberikan kepada individu mampu mengubah sikap dan tingkah laku
seseorang. Masyarakat sering letakkan sesuatu label kepada seseorang individu berdasarkan
sikap, tingkah laku dan ciri-ciri yang ada pada individu tersebut berdasarkan perbandingan
dan pengalaman masyarakat. Sekiranya, seseorang individu mempunyai sikap yang malas,
akan dilabelkan oleh masyarakat sebagai pemalas. Jika individu tersebut perna melakukan
kesalahan seperti mencuri akan dilabelkan sebagai pencuri. Label yang diberikan kepada
individu akan berterusan dan mempengaruhi kognitif, sikap dan tingkah laku individu
seterusnya.

Kuasa yang ada pada label oleh masyarakat adalah sangat kuat ianya merupakan faktor utama
mengapa masalah penyalahgunaan dadah ini berlaku dan berterusan. Bekas penagih dadah
sukar untuk berhenti daripada menagih dadah kerana masyarakat telah melabelkan bekas
penagih dadah ini sebagai penagih dadah walaupun, mereka telah bebas daripada dadah.
Tekanan daripada label ini menyebabkan individu terlibat semula dengan penagihan dadah
semula.

Teori peer-cluster

Teori peer-cluster (Beauvais, Chavez, Oetting, Deffenbacher, dan Cornell, 1996; McWhirter,
2004) menyatakan bahawa masalah-masalah yang berkaitan dengan pengaruh rakan sebaya
berkaitan dengan masalah tingkah laku dan sikap remaja itu. Teori ini mencadangkan tingkah
laku anti-sosial dan masalah sekolah merupakan faktor utama dalam membentuk peer-cluster
deviant. Remaja atau orang muda yang terlibat dengan masalah tingkah laku mempunyai
kecenderungan untuk berjumpa atau mencari antara satu sama lain. Kumpulan peer-cluster
devian ini saling menyokong dan menggalakan tingkah laku devian antara satu sama lain.

Penagih dadah yang telah melalui rawatan dan intervensi atau daripada pusat pemulihan
dadah akan menerima pandangan yang negatif dan penolakkan dalam masyarakat atau
komuniti. Oleh demikian, bekas penagih dadah ini akan cederung akan mencari kawan-
kawannya yang mempunyai masalah yang sama dan kecenderungan untuk menagih semula
adalah tinggi ekoran daripada galakan dan sokongan daripada rakan atau penagih dadah yang
lain. Kumpulan peer-cluster devian ini boleh terdiri samaada kumpulan kecil atau besar.

FAKTOR DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan remaja terlibat dengan penyalahgunaan
dadah. Faktor yang paling utama ialah kurangnya peranan ibubapa, masalah keluarga, faktor
diri sendiri dan pengaruh rakan sebaya. Faktor-faktor lain pula seperti sekolah dan
masyarakat.

Faktor Kurangnya Peranan Ibu Bapa

Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam
pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga
mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran
(Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-
faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan
anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi dan
pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi
dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin
yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaja meningkatkan motivasi
kejayaan di dalam pelajaran.

Dalam kajian ke atas 408 orang kanak-kanak, pengkaji mendapati keadaan di rumah adalah
lebih cepat dikaitkan dengan kemajuan sekolah daripada kecerdasan. Sungguhpun begitu,
kedua-duanya mempunyai hubungan signifikan (Ibid; 1990). Dengan ini jelaslah betapa
penting dan besarnya peranan ibu bapa dalam membentuk, mendidik dan mengasuh anak-
anak. Dengan kata lain, keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan
remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti.

Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi
pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa
menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian
remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu
bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku remaja menyebabkan
berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja
tersebut.

Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja
khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Contohnya, ibu bapa yang
mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autokratik dipercayai menyebabkan lahirnya
personaliti yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu
pesimis. Remaja yang bersifat agresif dan memberontak kebiasaannya lebih gemar
menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah.
Maka, dari sini bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-
kawan yang devian, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca berjinak-jinak
dengan najis dadah.




Faktor Masalah keluarga

Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-
duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta
tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa
sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan
perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan
personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan termilik dan kasih
sayang (Maslow, 1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi
punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.

Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibubapanya bercerai mempunyai IQ yang
lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan,
zalim dan tiada kasih sayang (Goldfarb: Petikan Wan Azmi, 1987). Krisis keluarga seperti
penceraian dan pertengkaran ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja kehilangan obor
panduan hidup. Maka, lahirlah personaliti remaja yang tidak sihat dan lemah pencapaian
akademiknya. Seterusnya menyumbang kepada pelbagai gejala negatif termasuklah
penagihan dadah.

Kedudukan kewangan sesebuah keluarga menentukan jenis-jenis kemudahan yang dapat
disediakan untuk anak-anak. Keluarga yang berada mampu menyediakan bahan-bahan
pengajaran tambahan seperti komputer, tutor bimbingan, alat permainan (raket, tenis, skuasy,
alat muzik seperti piano, organ elektrik) dan sebagainya. Dengan kemudahan ini anak-anak
mendapat pendedahan yang begitu luas. Seseorang remaja yang memperoleh pencapaian
akademik yang baik serta dapat bermain pelbagai permainan dan alat muzik, memang
mempunyai aras keyakinan diri yang tinggi. Sebaliknya, remaja daripada keluarga yang
miskin mengalami pelbagai jenis masalah seperti ketiadaan tempat khas hendak belajar
ataupun ketiadaan tutor ataupun buku panduan tambahan. Walaupun remaja itu mungkin
hendak menyertai permainan tenis ataupun skuasy, mereka menghadapi masalah hendak
membeli raket berkenaan. Perkembangan personaliti remaja berkenaan turut terjejas dan
mempengaruhi proses pembelajarannya. Hal ini, jika tidak dibimbing dengan baik akan
membawa kepada hilangnya minat belajar, ponteng kelas atau sekolah seterusnya membawa
kepada masalah yang lebih serius seperti menghidu gam, mencuri, dan menagih dadah.

Faktor Pengaruh Sekolah

Remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua
pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah
seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya
menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi
akademik (T. Marimuthu, 1980).

Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti remaja.
Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada remaja,
keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu tugasan
Sebaliknya pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula. Ini boleh
menyebabkan remaja menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif
dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya.

Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar
yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan
setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian
pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970). Hal ini seterusnya menyebabkan keinginan untuk
ponteng dari kelas atau sekolah, kerana semangat untuk belajar kian luntur dari diri remaja
terbabit. Apabila gejala ponteng telah menyerap masuk ke dalam diri remaja, maka, pelbagai
pengaruh negatif akan melanda remaja tersebut antaranya ialah penyalahgunaan dadah.

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya



Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat.
Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk
menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak
dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman
sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang
perilakunya (Beyth-Marom, et al., 1993; Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds,
2001
1
)

Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan
sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan
sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa,
menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya
sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan menghasilkan seseorang individu yang amat

1
Beyth-Marom, et al., 1993; Conger, 1991; Deaux, et al, 1993; Papalia & Olds, 2001

menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan,
bertimbang rasa dan bekerjasama.

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan
pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata
kumpulan masyarakat sekelilingnya.. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti
sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya kumpulan sebaya yang
dipilih cenderung berbuat baik, maka remaja ini terpengaruh hendak menjalankan aktiviti
yang sihat. Tetapi sekiranya kumpulan sebaya yang dipilih cenderung berbuat jahat, maka
remaja ini akan cenderung melakukan aktiviti-aktivit yang negatif.

Ini kerana remaja ingin dirinya diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa
sanggup melakukan apa sahaja supaya diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yang berasal
daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin
senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif,
remaja turut melakukan perkara yang sama supaya diterima oleh kumpulannya seperti meniru
dalam peperiksaan, merokok dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran. Paling teruk
lagi ialah pengaruh rakan sebaya ini akan mengaruh remaja terlibat dengan najis dadah.

Faktor Masyarakat


Aspirasi, harapan dan nilai satu-satu masyarakat dapat mempengaruhi pembentukan
personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja
yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab,
berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain.

Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta
benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa
mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan
menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan
guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah.
Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi
perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah
penyalahgunaan dadah.

Faktor Diri Sendiri (Rasa Ingin Tahu)

Faktor lain yang membawa kepada berlakunya penagihan dadah adalah sikap remaja yang
ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu memang wujud
dalam diri remaja. Biasanya mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang
dilarang, itulah yang ingin diteroka oleh mereka. Sebagai contohnya fenomena lumba haram,
di mana mereka ingin menunjukkan belang mengecap keseronokan bersama rakan sebaya.

Selain itu juga, remaja sekarang lebih suka kepada cabaran dan mudah terikut dengan gaya,
cara hidup lain daripada orang lain. Jika tidak kena pada caranya, masalah seperti hamil luar
nikah mudah terjadi. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan akhbar Utusan Malaysia (30
September 2002) menyatakan, sikap terpedaya dan sukar mengawal nafsu dikenal pasti
sebagai antara punca utama berlakunya gejala kehamilan luar nikah di kalangan remaja. Ini
membuktikan, sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu tanpa mengetahui baik dan
buruknya serta akibat yang bakal diterima. Perkara sedemikian hanya mengundang pada
keruntuhan akhlaknya sendiri.

Masalah jenayah seperti penyalahgunaan dadah juga adalah daripada sikap ingin tahu yang
tidak kena pada tempatnya. Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Masalah dadah
yang merupakan masalah utama, masih merupakan ancaman besar negara (Utusan Malasyai,
2004). Ini membuktikan, betapa seriusnya masalah dadah yang kebanyakan penagihnya
terdiri daripada golongan remaja.

Selain itu, remaja sering dilabelkan sebagai moodiness kerana sekiranya remaja gagal
menangani gangguan emosi yang melanda, maka ia membawa pada masalah remaja seperti
penyalahgunaan dadah, delinkuensi dan kecenderungan hendak membunuh diri. Menurut
penterjemah buku berjudul Psikologi Pendidikan iaitu Noran Fauziah Yaakub (1991), beliau
menyatakan sebab utama berlakunya delinkuensi adalah perasaan kekecewaan. Keadaan ini
menunjukkan remaja yang mengalami tekanan dalam diri cenderung melakukan masalah.
Mereka tidak dapat mengawal emosi dan kematangan fikiran lantas mengambil jalan mudah
dengan melibatkan diri dalam pelbagai perkara negatif seperti mengambil dadah.

Menurut Dr Syed Hasan Ahmad (2004) menyatakan, Apabila remaja membuat andaian
bahawa ibubapa cuai dalam tanggungjawab mereka dan berlaku sesuatu yang tidak diingini
dalam keluarga terbabit, remaja itu akan berasa marah, kecewa dan memendam perasaan.
Keadaan ini membawa pada perilaku yang tidak baik seperti vandalisme, lepak dan
penyalahgunaan dadah kerana mereka ingin mengelak daripada berada di rumah. Andaian
yang dibuat oleh remaja ini menjejaskan hubungan antara ahli keluarga dan sekiranya tidak
diatasi pasti semakin seriuslah masalah remaja. Begitu juga dengan apa yang diperkatakan
oleh pakar motivasi iaitu Rubiah Hamzah (Utusan Malaysia, 1999
2
) iaitu sikap marah dan
tidak puas hati dapat memberi kesan negatif dan positif. Kesan negatif adalah apabila seorang
itu mengambil sikap berdiam diri serta memendam rasa tanpa mahu meluahkan atau
menceritakan masalah yang membelenggu diri kepada orang lain.


KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

2
Utusan Malaysia, 1999

Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Fizikal Remaja

Dadah yang disalahguna mempunyai impikasi atau risiko yang menjejaskan kesihatan tubuh
badan manusia. Setiap jenis dadah yang diambil mempunyai tindakbalas yang berbeza.
Sebagai contoh kesan pengambilan dadah jenis Stimulants (Perangsang) seperti
amphetamine menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh,
muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma dan lain-lain. Malahan, kesan jangka
panjang hasil pengambilan dadah tersebut berkemungkinan diserang sakit jantung yang
menyebabkan kematian.

Secara rasionalnya, perkembangan fizikal remaja akan terjejas akibat penyalahgunaan
dadah. Menurut teori tugas perkembangan Havinghurst, di peringkat remaja seseorang
manusia mengalami pertumbuhan fizikal yang pesat. James E. Gardner menyebut fasa
remaja sebagai masa turbulence (masa penuh gelojak). Di peringkat ini, remaja perempuan
cenderung untuk menjaga penampilan diri supaya kelihatan menarik. Tanpa bimbingan yang
betul, ada di antara mereka ini mengambil dadah untuk melangsingkan badan. Kesannya,
mereka akan mengalami ketagihan dadah tersebut sehingga mengalami anorexia nervosa
iaitu keadaan di mana seseorang individu itu mengalami gangguan diet pemakanan yang
serius sehingga menyebabkan susut berat badan yang terlampau.

Remaja lelaki pula pada awalnya terlibat dalam aktiviti merokok sehingga segelintir mereka
ini ingin cuba mencari sesuatu yang lebih memberi impak kepada mereka. Dadah merupakan
jalan penyelesaian untuk mereka memenuhi keinginan mereka ini. Akibat yang ditanggung
bukan sedikit, kesan negatif pada perkembangan fizikal seperti kemerosotan berat badan dan
daya ketahanan badan mungkin akan berlaku. Kaedah perkongsian jarum suntikan
umpamanya menyebabkan seseorang remaja itu terdedah kepada penyakit berjangkit malahan
lebih teruk lagi mereka ini mungkin menerima risiko penyakit HIV Aids. Secara umumnya,
kesan penyalahgunaan dadah di kalangan remaja akan merencatkan proses perkembangan
fizikal remaja yang pesat berlaku. Gangguan perkembangan fizikal remaja ini juga akan
mempengaruhi perkembangan emosi remaja yang ketagihan dadah.

Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Emosi Remaja

William James (1884) menyatakan emosi adalah perubahan perasaan yang bertindak sebagai
reaksi kepada sesuatu yang menarik yang berlaku disekeliling. Di peringkat usia remaja,
mereka mengalami konflik atau krisis mencari identiti dan kekeliruan peranan. Fasa remaja
sering dianggap sebagai fasa yang sangat tidak stabil dalam perkembangan manusia.
Pendapat Elkind menyatakan bahawa remaja memiliki semacam perasaan invulnerability
iaitu keyakinan bahawa diri mereka tidak mungkin mengalami keadaan yang membahayakan
diri. Keadaan ini menyebabkan remaja seringkali terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
Kesan emosi yang ketara hasil tindak balas dadah terhadap remaja tersebut seperti cepat
marah, panik dan mungkin mengalami kemurungan.

Remaja yang ketagihan dadah menunjukkkan perubahan emosi yang sangat jelas, sama ada
menjadi terlalu gembira, asyik ketawa, berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak
mahu melakukan aktiviti. Remaja yang mengambil ganja suka bunyi bising, jadi mereka
mungkin memasang radio atau televisyen sekuat hati. Emosi akan menjadi tidak stabil akibat
kesan dadah. Apabila mengambil dadah, mereka berasa lebih yakin dan gembira, sebaliknya
menjadi murung dan gelisah jika tidak mendapat dadah. Apabila keinginan untuk
mendapatkan dadah tidak dapat dipenuhi, akan berlaku gangguan dan ketidaktenteram jiwa.
Remaja yang dalam keadaan ketagihan dadah yang memuncak mungkin akan bertindak
agresif untuk menghilangkan ketagihan dadah yang sedang dialami.

Menurut Teori Emosi Plutchik (1980), gabungan emosi primer marah dan benci akan
menghasilkan emosi sekunder iaitu emosi agresif. Emosi agresif akan diterjemah melalui
tindakan agresif remaja yang ketagihan dadah. Untuk mengatasi rasa gian dadah remaja
sanggup melakukan apa sahaja sehingga bertindak ganas malahan sanggup melakukan
pembunuhan. Menurut Perunding Terapi Penagihan Chris Sekar, kesan kronik
penyalahgunaan dadah adalah kebergantungan kepada dadah yang dipecahkan kepada tiga
jenis iaitu kebergantungan yang membolehkan seseorang itu berfungsi seperti berasa
gembira, kebergantungan fizikal seperti badan ada keinginan memuncak pada dadah dan
kebergantungan minda seperti fikiran asyik tertumpu pada dadah. Penyalahgunaan dadah
seperti ganja memberi impak yang kuat kepada otak sehingga menyebabkan penagih
mengalami psikosis iaitu sakit mental yang teruk.

Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Sosial Remaja

Perkembangan sosial pada waktu remaja lebih melibatkan kelompok teman sebaya
dibandingkan orang tua (Congar, 1991; Papalia & Olds, 2001). Dalam tahap perkembangan
psikososial yang dikemukakan oleh Erikson, tugas utama yang dihadapi oleh remaja ialah
membentuk identiti yang stabil, kesedaran mengenai perubahan pengalaman dan peranan
yang mereka miliki dan mengakhiri zaman kanak-kanak dan memasuki alam dewasa yang
akan mereka tempuhi (Stevens-Long & Cobb, 1993
3
). Kegagalan menyedari peranan dan
membentuk personaliti yang betul dan faktor tekanan psiko-sosial menyebabkan remaja
sering terjebak dalam kancah najis dadah dan juga pelbagai perkara negatif yang lain.

Secara umumnya, remaja yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah akan mula
menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakannya. Mereka lebih cenderung untuk

3
Stevens-Long & Cobb, 1993

bersama kelompok yang terlibat sama dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Kebanyakan
penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri,
keluarga da masyarakat. Prestasi dalam bidang akademik mahupun pekerjaan merosot,
tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan
sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya.

Remaja yang ketagihan dadah tiada kecerdasan interpersonal. Kecerdasan
Interpersonal menurut teori pelbagai kecerdasan Gardner ialah keupayaan untuk memahami
niat orang lain dan mengenalpasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Mereka ini
tidak suka mempunyai ramai kawan, tidak gemar menyertai aktiviti berkumpulan dengan
rakan-rakan dan tidak bijak bersosialisasi dalam masyarakat.

Kesan Penyalahgunaan dadah mendorong remaja melakukan jenayah seperti
merompak, mencuri dan jenayah yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat.
Implikasi dadah juga mengakibatkan remaja hilang kawalan dalam pergaulan sosial. Mereka
cenderung untuk melakukan seks bebas di bawah pengaruh dadah. Kesan pengambilan dadah
Metamfetamin atau ICE misalnya boleh menyebabkan remaja tersebut bertindak ganas dan
berkemungkinan terlibat dalam pergaduhan dan cenderung melakukan delinkuen. Masalah-
masalah lain mungkin interaksi antara ibubapa dan remaja itu sendiri akan semakin renggang
dan berkemungkinan remaja tersebut melarikan diri dari rumah dan tinggal bersama rakan-
rakan yang sealiran dengannya.


CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

Melalui Peranan Ibu Bapa
Telah kita ketahui antara punca utama dalam penagihan dadah adalah kurangnya perhatian
dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini dari terus
berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan
kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori
motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia
perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu
sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya
keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri.
Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri.
Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi
gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih
lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan
sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang
yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti
rakan sebaya.

Melalui Peranan Sekolah


Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dengan mengadakan pendidikan pencegahan dadah
secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan
guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan pencegahan dadah adalah elemen penting dalam
strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat
Malaysia yang bebas dari dadah. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi
mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan
berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru
dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi dadah, menyediakan
alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan dadah dan
mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan dadah itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai
hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha
melaksanakan pelbagai pendekatan diantaranya seperti:
Semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang dadah dan pendidikan pencegahan
dadah melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan.
Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di Tadika/Pra sekolah.
Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM yang
lebih mantap.
Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di IPTA/IPTS.
Semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang
bermasalah.
Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan
rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk pibg/guru,
program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing,
seminar/ceramah/pameran/tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan
skuad antidadah di ipt.
Melalui Peranan Masyarakat
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada
terlibat dengan dadah. Sungguh pun masalah dadah bermula dengan masalah individu tetapi
jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya.
Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan
HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran
tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat
setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-
satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan dadah dan
memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala dadah.
Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu
kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program
pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan
kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa mudarat kepada
diri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu dalam menangani masalah dadah, penglibatan secara
sukarela masyarakat setempat amat diperlukan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian
dalam menangani maslaah dadah dalam masyarakat adalah:
Meningkatkan kesedaran penduduk di satu-satu kawasan tentang bahaya dan ancaman
dadah.
Menimbulkan kesedaran penduduk satu-satu kawasan bahawa masalah dadah perlu
ditangani bersama.
Meningkatkan pengetahuan penduduk satu-satu kawasan tentang peranan yang boleh
dilakukan bagi menangani masalah dadah.
Meningkat kerjasama pemimpin masyarakat dalam satu-satu kawasan untuk
menghapus/membersihkan gejala dadah di kawasan mereka.
Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; GEMPADAH (Gempur
Dadah), Hari Antidadah Kebangsaan, program gerak tindak NGO/ JKKK, ujian saringan air
kencing, program belia berwawasan, program bersama kementerian belia dan sukan, forum
perdana, aktiviti ceramah, pameran, dan tayangan video.
Melalui Tanggungjawab Diri Sendiri
Remaja perlu bijak mengawal diri dan maklum tentang bahaya dadah. Mereka perlu diberi
maklumat tentang bahaya dadah. Pendedahan tersebut perlu datang dari ibu bapa, sekolah
dan juga masyarakat. Mereka perlu dibimbing dalam membina identiti dan personaliti diri
mereka. Perhatian dan sokongan dari semua pihak penting untuk membantu remaja dalam
membentuk keyakinan dan kekuatan diri dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran.
Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada
dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap
paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah.
Disamping itu, memilih rakan yang baik juga perlu diambil kira. Ini kerana rakan mempunyai
pengaruh yang besar dalam pembentukkan akhlak remaja. Kawan yang baik akan membawa
kepada perkara kebaikan manakala kawan yang tidak bermoral akan membawa kepada
sebaliknya.
Melalui Pelaksanaan Undang-Undang

Disamping beberapa cara yang telah disebutkan sebelum ini perkara yang tidak kurang
pentingnya dalam pencegahan penyalahgunaan dadah ialah melalui penggubalan undang-
undang yang berkesan terhadap pesalah-pesalah dadah. Undang-undang dadah di Malaysia
meliputi aspek-aspek pencegahan hinggalah pemulihan. Di dalam pelaksanaannya, terdapat
kelemahan-kelemahan perundangan yang dikenalpasti secara berterusan dibuat pindaan
supaya lebih berkesan. Penalti berat yang dikenakan adalah menggambarkan kesungguhan
Kerajaan Malaysia membanteras masalah dadah. Lima (5) undang-undang utama yang
berkaitan dengan dadah ialah :-
Akta Dadah Berbahaya, 1952
Akta Racun 1952
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 Pindaan 1998
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas), 1985
Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta), 1988






KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penyalahgunaan dadah adalah amat sukar untuk dibendung tanpa
kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa, sekolah, dan masyarakat. Sebagai
pewaris kepada kepimpinan negara pada masa hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada
remaja dari segenap aspek perkembangan mereka. Ini kerana kesilapan pada satu aras
perkembangan dimana adanya pihak yang tidak memainkan peranan pada tahap tersebut
terutamanya ibubapa akan menyebabkan kecacatan pada tingkahlaku remaja yang seterusnya
mengaruh remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan
dadah. Oleh itu folio ini kita dapat mempelajari bagaimana masyarakat terlibat dengan
penyalahgunaan dadah, mencari kesan daripada kegiatan tersebut dan akhirnya mencari cara
untuk mengatasi tingkahlaku negatif tersebut.


















BAHAN RUJUKAN
Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif. 2005. Membentuk Identiti Remaja: Identiti Adalah
Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.

Jamal Darus, 1989.Membimbing Anak Muda Dengan Sempurna. Singapura: Sempurna Jaya
Publishing.

Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak : Trauma Terselindung. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Maslow, A. H. 1954. Motivation and personality. New York: Harper and Row Publishers.

McCrae.R Robert and Costa Jr. Paul. 1990. Personality in Adulthood. USA: Guiford Press.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. 2004. Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari,
Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd.

T. Marimuthu, 1990.Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Terry F. Pettijohn. 1998. Psychology : A connectext. Fourth Edition. Dushkin/Mc Graw-
Hill.

Wan Azmi Ramli. 1987. Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. Hubungan Antara Tingkahlaku
Keibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja.

Dr Tam Cai Lian. 2007. Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Mingguan Malaysia. Muka
Surat 8. 16 Disember 2007.

Norlaila Hamima Jamaluddin 2007. Penagihan bermula pada zaman remaja. Metro Ahad.
Muka Surat 28. 9 Disember 2007.

http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan78_files/filelist.xml (akses 29
Februari 2008).

Margot Trotter Davis. 2004. Spirituality in Adolescent Decision to use drugs : A review of
the literature and theory. http : //www.brandeis.edu/gradjournal (akses 18 Februari 2008).

Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak. Dadah : Senario Sejagat Yang Membimbangkan
http://www.esmartstart.com/ad.html (akses 15 Februari 2008).
LAMPIRAN A


Profil Penagih Mengikut Umur Ketika Dikesan




Sumber daripada:
Laman web PEMADAM, Data Penagih Terkumpul Di Malaysia Bagi Tahun 2005, akses
pada 29 Februari 2008.

LAMPIRAN A


Keratan Akhbar Yang Digunakan Sebagai Rujukan Isu



Sumber daripada:
Mingguan Malaysia, Bahaya Dadah Di kalangan Remaja. Muka Surat 8.
16 Disember 2007.

You might also like