You are on page 1of 10

Pengenalan

Perkataan Tekimetri diambil dari perkataan Greek Takhus Metron bermaksud suatu
pengukuran cepat . Ia merupakan satu cabang pengukuran di mana ketinggian (aras laras)
sesuatu titik dan jarak ufuk antara titik-titik ditentukan secara optik sahaja (iaitu tanpa perlu
mengukur jarak).
Ini adalah cara yang cepat untuk mengukur bagi kawasan yang besar dengan ketepatan yang
terhad. Walau bagaimanapun penggunaan teodolit dan setaf sudah semakin beralih kepada
penggunaan alat EDM atau Total Station kerana ianya lebih mudah dan cepat.
Ukur Tekimetri adalah satu kaedah pengukuran bagi mendapatkan jarak secara tidak langsung
termasuk ketinggian dan kedudukan bangunan yang terdapat pada kawasan pengukuran.
Mempraktikkan kaedah cerapan jarak menggunakan kaedah Ukur Tekimetri dapat mengetahui
maklumat dengan lebih tepat dan mudah difaham dalam melakukan persembahan (plan).
Ukur tekimetri = mempunyai 2 cara,iaitu :
1) alat EDM + setaf aras
2) total station + pole






Prinsip asas tekimetri

T
A
: Tinggi alat
T
s
: Bacaan staf ( tengah)
Objektif
Untuk memastikan atau mengetahui setiap ketinggian titik-titik yang diukur dengan
menggunakan alat total station dan pole
Untuk mendapatkan setiap butiran yang terdapat dikawasan pengukuran
Untuk mendapatkan setiap titik-titik kontur yang diukur dikawasan pengukuran
Mewujudkan suatu pelan butiran dan aras laras atau pelan tekimetri bagi kawasan Dewan
Badminton Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Teori
Jenis-jenis sistem Ukur Tekimetri bergantung kepada konsep, jenis alat yang digunakan dan
ketepatan yang diperlukan.






Tekimetri EDM :
1. Tekimetri EDM Teodolit
2. Tekimetri Elektronik
Tekimetri EDM .
Kaedah kerja ukur ini berdasarkan konsep Pengukuran Jarak Elektronik (EDM).

2 konsep ukur tekimetri
Tekimetri Optik

Tekimetri EDM

Tekimetri Optik
Ukur Tekimetri Optik adalah satu kaedah kerjaukur yang berdasarkan konsep pengukuran
jarak optik
Penentuan Beza Tinggi.
Beza Tinggi (AB)=H,IV-h
H.I =Tinggi alat
V =komponen pugak
(+ve bile sudut dongak/-ve bila sudut tunduk)
h =Tinggi Pancang Jajar







Penentuan Aras Laras
Jika diketahui aras laras kedudukan STN A,maka aras laras stesen-stesen pancang jajar lain
boleh diketahui dengan menggunakan formula seperti di bawah:
Aras Laras STN B=Aras Laras STN A+H.IV-h




Peralatan
SENARAI PERALATAN
Mini prisma
- Memantulkan gelombang daripada total station.


Total station
- Mengukur jarak dan bearing, sudut pugak dan jarak tegak secara elektronik


Kaki Tiga/(tripod)
- Mendirisiap alat aras
- Digunakan untuk alat teodolit



Pita ukur

- Untuk mengukur jarak jarak



Piket kayu

- Penanda di setiap stesen



Pole

- Untuk memegang mini prism.







Setaf aras

- Untuk mengukur ketinggian seseuatu titik dia atas muka bumi.



Alat aras

- Untuk mengukur perbezaan ketinggian antara dua titik atas muka bumi.


Gelembung aras
- Memastikan kedudukan setaf bersifat 90
o
dari aras bumi

Q SLOKASI KAWASAN.








Dewan Badminton
PROSEDUR
Terdapat 4 peringkat kerja dalam menjalankan kerja ukur tekimetri ini iaitu :
1. Ukur Terabas Kawalan Ufuk (Terabas Total Station)
2. Ukur Aras (Ukur Kawalan Pugak)
3. Pengambilan Butiran
4. Pengambilan Plotan
Pengambilan Butiran (Kaedah Rawak)
1. Dirisiapkan alat Total Station pada kedudukan stesen 2.
2. Setkan bearing ke stesen rujukan.
Contohnya : Dari stesen 2 ke stesen 1 (merujuk kepada bearing yang diperolehi
dalam ukur terabas)
3. Pole dan mini prisma dijadikan sebagai rujukan stesen di stesen 1. Seterusnya pole
dan mini prisma tersebut boleh digunakan untuk pengambilan butiran seperti bucu
bangunan.
4. Ketinggian alat dan pole diukur dan dicatatkan.
5. Gunakan gelembung aras untuk mendapatkan keadaan pole yang lebih stabil.
6. Ketinggian pole boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan.
7. Setkan bacaan bearing dari stesen 2 ke stesen 1 pada Total Stesen. Kemudian
rekodkan bacaan bearing dan beza tinggi yang diperolehi dalam boring cerapan
Pengambilan Butiran.
8. Ukur ketinggian alat dan pole.
9. Cerap setiap butiran yang dapat dilihat dari stesen 2. Contohnya seperti pokok,
longkang, bangunan, pondok dan sebagainya.
10. Pindahkan ke stesen yang seterusnya setelah semua butiran habis dicerap.
11. Kemudian ulangi langkah kerja 1-9 di stesen seterusnya sehingga selesai.
Sekiranya terdapat butiran longkang semasa cerapan dibuat :
Bagi longkang yang kurang dari 1 meter lebar, pole hendaklah diletakkan
di tengah-tengah longkang dan lebar serta dalamnya diukur.
Bagi longkang yang lebih dari 1 meter, ambil tepi dan tengah longkang.
Pokok : pole perlu diletakkan di tengah-tengah bahagian batang pokok.
Bangunan : butiran boleh diambil dengan meletakkan pole dan mini
prisma di bucu setiap bangunan.
Jalan : pole dan mini prisma diletakkan dibahagian tengah jalan.
PEMBUKUAN KE DALAM BORANG CERAPAN TEKIMETRI
1. Pembukuan hendaklah dilakukan secara terus di padang dengan menggunakan pen
sahaja ke dalam Borang Cerapan yang disediakan.
2. Ketinggian alat perlu direkodkan.
3. Ketinggian pole hendaklah direkodkan setiap kali cerapan ke butiran diambil dan
dicatatkan ke dalam ruangan yang disediakan dalam Borang Cerapan.
4. Bacaan bearing (HR) ke butiran hendaklah direkodkan dalam unit darjah dan minit.
5. Bacaan ke butiran hendaklah dibaca pada penyilang kiri sahaja.
6. Jarak yang direkodkan adalah jarak mendatar. (HD).
7. Nyatakan dalam ruangan dalam catatan dalam Borang Cerapan tentang butiran yang
diambil.
8. Jika perlu, lakarkan dengan ringkas keadaan butiran yang terdapat pada stesen yang
diduduki.
PLOTAN
1. Daripada bearing dan jarak mendatar yang diperolehi, lukiskan plotan tentang
butiran-butiran yang telah dicerap.
2. Plotan dilukis menggunakan perisian SDRMap dan Autocad.
3. Pelan butiran ini dihasilkan dengan memplot setiap bearing, vertical distand,
horizontal distand dan tinggi pole yang telah diperolehi daripada cerapan yang
dibuat dengan menggunakan Total Station.
ANALISIS DATA.
Dalam kerja-kerja ukur tekimetri, semua maklumat yang dibaca dicatatkan dalam ruangan
cerapan. Nilai-nilai cerapan ufuk dan pugak diambil langsung daripada alat total station.
Pelarasan bacaan sudut pugak perlu dilakukan. Jarak mengufuk perlu dicatitkan hampir kepada
0.01 m. Antara butiran yang biasa diambil:-
i) Ketinggian selerak. ( spot heigt untuk menghasilkan kontur)
ii) Butiran yang terpencil: pokok, bangunan, menara dan lain-lain.
iii) Butiran linear: pagar, jalan raya, sungai, landasan kereta api dan lain-lain.
Berdasarkan data-data yang diperolehi terus daripada lapangan adalah tinggi alat, bering
muktamad (diperolehi daripada data ukur terabas), jarak mendatar, tinggi pole dan nilai V
(beza tinggi).
Untuk pengukuran ukur aras, terdapat dua cara untuk mengira aras laras suatu kawasan. 2 kaedah
tersebut ialah kaedah naik turun dan kaedah tinggi kolimatan.
Aras Laras Titik = Aras Laras Stesen + Tinggi Alat Tinggi Pole Beza





PERBINCANGAN
Sebelum kerja ukur tekimetri dijalankan di sekitar Dewan Badminton UTHM, kerja ukur aras
dilakukan untuk menentukan aras ketinggian bagi setiap stesen. Seterusnya, aras ketinggian ini
digunakan untuk menentukan nilai aras ketinggian bagi butir-butir yang penting.
Dalam proses ukur tekimetri, selisih berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor utama
dalam kerja terabas ini ialah faktor manusia. Antara kesilapan yang paling ketara ialah
pemusatan yang tidak tepat. Selisih berlaku apabila alat total station tidak berada tepat di atas
titik rujukan atau pole didirikan di kedudukan yang betul. Ini akan mempengaruhi nilai sudut
ufuk yang dicerap. Untuk mengurangkan selisih ini, proses perlarasan sementara hendaklah
dilakukan dengan teliti dan sempurna supaya kesan dari pemusatan tidak tepat dapat
diminimakan.
Seterusnya, selisih berlaku apabila pencerap tidak mensasarkan sasaran dengan tepat. Kesilapan
ini sentiasa berlaku disebabkan jarak yang jauh antara prisma dengan total station. Ini akan
mempengaruhi nilai selish dalam cerapan sudut. Untuk meminimakan selisih ini, pencerap mesti
mensasarkan sasaran dengan tepat betul-betul ke tengah prisma tersebut.
Di samping itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi kesan terhadap kerja pengukuran terabas.
Keadaan cuaca yang panas terik akan menyebabkan terjadinya biasan untuk jarak yang jauh,
sasaran prisma menjadi kurang jelas. Selain itu, keadaan tanah yang lembut akan menyebabjan
kakitiga bergerak sedikit demi sedikit. Kedudukan piket dan stesen terabas juga tidak kukuh dan
bergerak semasa data sedang diambil.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam proses kerja ukur tekimetri, beberapa data yang direkod semasa mengira
aras ketinggian butiran ialah ketinggian alat total station, ketinggian pole dan bering atau sudut
mengufuk ke arah butiran yang dicerap.
Pengiraan aras laras titik (A.L.Titik) bagi setiap butiran yang dicerap ialah :
Aras Laras Titik = Aras Laras Stesen + Tinggi Alat Tinggi Pole Beza
Tinggi

Plotan dilukis menggunakan perisian SDRMap dan Autocad untuk menghasilkan Pelan Butiran
dengan memplotkan setiap bering yang dicerap, beza tinggi, jarak mendatar dan tinggi
sasaran(pole) yang telah diperolehi daripada cerapan yang dibuat dengan menggunakan Alat
Total Station.

You might also like