You are on page 1of 1

Nama : Low Wai Kang

Unit : PISMP PC 1 / PJ / ELM


Tajuk : Refleksi Kerja Kursus Waj 3131
Refleksi
Selepas menyempurnakan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa fikiran
telah menjadi matang berbanding dengan sebelum ini. Saya akan berkata ini sebab
melalui membuat kerja kursus ini saya dapat memperolehi ilmu pengetahuan baru.
Melalui kerja kursus ini, saya berpeluang untuk mengenali konsep dan jenis
Persatuan ditubuhkan di sekolah dan juga di pusat pengajian tinggi. Sebelum ini,
saya hanya mengetahui contoh-contoh persatuan yang biasa jumpa sahaja, semasa
menjalankan kerja kursus ini, saya telah mencarikan banyak maklumat tentang
persatuan-persatuan di Negara kita dan saya telah mendapati bahawa setiap
persatuan mempunyai peranan masing-masing dalam mencapai intergrasi nasional.
Oleh itu, saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan baru tentang persatuan-
persatuan di sini.
Selain itu, saya juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam menyediakan
dokumentasi-dokumentasi seperti laporan minit mesyuarat, merancang aktiviti
persatuan, menyediakan garis panduan persatuan dan yang paling saya rasa
menarik ialah saya dapat berpeluang berjasama dengan rakan-rakan untuk mereka
cipta identity persatuan iaitu Logo dan Motto.
Di samping itu, saya juga menghadapi masalah semasa melaksanakan
aktiviti di Kuantan. Walaupun begitu, saya berasa amat bersyukur kerana saya
terdapat rakan-rakan yang baik, oleh kerana kaki saya pernah terseliuh dan berasa
amat sakit semasa cuba mendaki gunung, rakan-rakan saya amat menjaga saya dan
memapah saya sehingga aktiviti mendaki tamat. Di sini, saya dapat belajar bahawa
semangat kerjasama adalah amat penting dalam melaksanakan sesuatu.
Kesimpulannya, dengan kerja kursus ini, saya dapat membantu diri saya
sendiri dalam mencabar diri saya untuk menyempurnakan sesuatu dan selain itu,
saya juga menerima pengalaman yang baru semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti
semasa berada di Kuantan. Yang saya berasa amat gembira adalah tanpa kerja
kursus ini, pastinya saya tidak dapat mempunyai kenangan yang indah bersama
rakan-rakan semasa melaksanakan akitiviti ini.

You might also like