You are on page 1of 26

PEMARKAHAN

PPG PJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014


BMK3043
SENI MENGARANG

TAJUK ESEI ILMIAH
ARTIKEL ILMIAH
NAMA NO. MATRIK
MOHD FIKRI BIN OMAR D20112056162
DISEDIAKAN OLEH

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI07(A132PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: SITI SANIAH BINTI ABU BAKAR

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL


PENGENALAN
Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan
amalan beralih kod ( mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan ) yang serupa
dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa
Melayu. Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila satu
entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan pelabuhan ini
menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai
bangsa dan budaya.
Pedagang dunia dan penduduk yang menguna pakai pelbagai bahasa dalam satu
perbualan amat biasa berlaku. Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya)
ini merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa
Rojak di Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin
memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa Inggeris,
dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan bahasa Tamil dan
menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun. Semasa pemerintahan
Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu bahasa kongsian, mereka akan cuba
untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam memahami
antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin suatu pijin atau Rojak.
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan bahasa Melayu
yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak.
Sebagai contoh, TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom
Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.
Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering
diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk
memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara
khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempakdan Kreko menggunakan bahasa yang
lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak
LOKASI KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian saya ini di sekitar kawasan Pulau Pinang. Ini kerana, tugasan ini
saya laksanakan semasa saya pergi bercuti ke pulau mutiara tersebut sewaktu cuti sekolah yang
lalu.


Pulau Pinang Pulau Mutiara







ANALISIS KAJIAN

Contoh Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia





Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam semua aspek
tatabahasa. Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan
iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau
pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap
mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau
salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi
pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa
yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru,
terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka.





Memandangkan kesalahan dan kecelaruan bahasa pada papan tanda ini semakin
berleluasa, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berkerjasama dengan Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) bagi memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang
betul dan tepat. Hasil kerjasama ini telah terjalin sejak tahun 2007 dan masih berterusan sehingga
sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda
perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa
pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonan mahupun pembaharuan lesen bagi peniaga
dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak MBJB.
Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan
mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan
pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan
pengesahan bahasa daripada DBPWS.
Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi
meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri
pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan
papan iklan.




Papan tanda hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan
masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau
pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap
mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau
salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi
pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa
yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru,
terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka.
Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
i. Konsortium Bas Ekspress yang sepatutnya adalah Bas Ekspress Konsortium.
ii. Goreng Pisang Panas sepatutnya Pisang Goreng Panas
iii. Perlantikan sepatutnya Pelantikan
iv. Kedai Kerinting Rambut sepatutnya Kedai Keriting Rambut
Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa
Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Zaba dalam
buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian
banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda,
Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu
kerana umum sudah pun tahu.
Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna
bahasa Melayu.Contohnya kesalahan penggunaan kata di sebagai kata sendi nama dan
penggunaan kata di sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaan kata di
sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:-
1) Kerja pembersihan sedang di jalankan.
2) Di larang masuk
3) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat
4) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini.
Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama.
Penggunaan kata di dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya
perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara
terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan di sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui
di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar
papan tanda di bawah.
Gambar1


Gambar 2






Gambar 3


Gambar 4






Kata di dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja
namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna. Bagi kesalahan penggunaan di sebagai kata
sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai
makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney
ialah dalam ayat berikut:
a) Kari kepala ikan ada dijual disini.
Dalam ayat di atas penggunaan kata di ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk
menunjukkan tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata
di dieja secara rapat dengan perkataan sini yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga
dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan
gambar di bawah :
a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi.
b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8.
c) Menjadi yang pertama di kalangan










Gambar5


Gambar 6


Gambar 7



Penggunaan kata di dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya
dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat. Selain itu, saya turut menemui kesalahan
ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja
perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan
kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat
dalam gambar di bawah :
Gambar 8











Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat
dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah:

a) Happy hair is beautiful hair
Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai rambut yang sihat ialah rambut yang
cantik. Penggunaan kata happy dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya.

Gambar 9











Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan
bahasa Melayu yang disertakan.Antaranya ialah perkataan masuk dan way in.Way in jika
diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah jalan masuk. Selain itu, dalam ayat kawalan
sprinkler injap dan pam, diterjemahkan sebagai sprinkler control valves and pumps
menunjukkan bahawa perkataan bahasa Inggeris sprinkler dikekalkan dalam bahasa Melayu.
Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah perenjis. Contoh-contoh kesalahan
lain yang boleh dilihat ialah:

a) Ayat sumber,
TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN
Ayat sasaran,
PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON

b) Ayat sumber
Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld.
Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada
tahun 1880an.
Ayat sasaran
Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street used
to have sea frontage until land reclamation in 1880s move.

Gambar 10


Gambar 11



Gambar12






Gambar 13




Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada satu
papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat dilihat pada
perkataan SALE di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga kedai yang
menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat
dalam perkataan dan gambar di bawah :
Gambar 14
Gambar 15












Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya,
kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif
dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina.Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih
banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan
Melayu. Saya mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka
bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila saya memasuki kedai, mereka
menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa
Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.
















KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini.
Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu adalah
dari aspek penggunaan bentuk panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan bentuk panggilan
yang betul oleh pekerja kedai adalah penting untuk menunjukkan tanda hormat kepada
pengunjung. Begitu juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak sepatutnya berlaku di tempat-tempat
awam yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam.
Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu
di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Negara kita. Kerajaan juga
perlu peka dengan aspek kesalahan ejaan serta bahasa yang terdapat pada setiap papapn tanda
yang terdapat di Negara kita. Ini kerana bahasa melambangkan bangsa. Kerajaan juga boleh
mengambil tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi
masalah.













CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Pencemaran bahasa yang semakin berleluasa ini sudah pasti akan memberikan kesan
negatif kepada bahasa itu sendiri. Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa
Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot. Perkara ini dapat dilihat dalam bidang
pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-
istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati
kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan
istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para
pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam
perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah.
Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah
pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri, iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada
pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin
menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak
mengenal apa itu pantun dan syair. Begitu juga pencemaran bahasa dalam bidang pentadbiran
akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan merosot. Sekiranya pihak
pentadbir menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan ucapan atau menggunakan bahasa
rojak dalam urusan surat menyurat, sudah pasti akan menyebabkan mutu Bahasa Melayu itu
merosot.
Selain itu, pencemaran bahasa juga menyebabkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Umumnya, Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan telah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Selaras dengan bahasa kebangsaan negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, maka
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di semua sekolah. Penggunaan bahasa rojak
seperti percampuran Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam perbualan harian secara tidak
langsung telah menggugat kedudukan Bahasa Melayu di negara ini. Hal ini kerana, penggunaan
bahasa rojak yang melibatkan bahasa Inggeris dalam perbualan dianggap satu standard yang
tinggi dalam kalangan masyarakat. Ditambah lagi, bahasa Inggeris yang merupakan bahasa
ekonomi dan pendidikan peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian kerajaan mula
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa
Inggeris. Pelaksanaan ini telah mengubah bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu Kepada
Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang sama sekali bertentangan dengan
bahasa kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama disekolah.
Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang
indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang
sinonim dengan masyarakat Melayu. Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa
pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu
mempunyai peranan yang sangat penting, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pentadbiran,
bahasa pengantar, bahasa rasmi dan sebagainya. Melalui peranan yang dinyatakan, kita
seharusnya memahami dan mengaplikasikan peranan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian
kita. Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian, kita seharusnya menggunakan Bahasa
Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.
Walau bagaimanapun, pada masa ini, Bahasa Melayu kian dilupakan dan semakin kurang
penggunaannya dalam pertuturan seharian. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah tercemar
disebabkan oleh wujudnya bahasa lain dan pencampuran bahasa. Bahasa Melayu yang indah
kian dilupakan oleh generasi-generasi pada zaman ini, khususnya generasi muda. Mereka telah
terpengaruh dengan bahasa asing. Dengan menggunakan bahasa asing, mereka berfikir mereka
adalah orang yang paling terkenal dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka juga
beranggapan bahawa mereka akan sentiasa dipandang tinggi kerana mempunyai pengetahuan
bertutur dalam bahasa asing. Tanpa mereka sedari, tindakan mereka ini akan menyebabkan
mereka kian lupa dengan satu bahasa yang sangat penting, iaitu Bahasa Melayu.
Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada
generasi akan datang. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada
generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan
terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian.
Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu
bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa
tersebut.
Pencemaran bahasa ini akan menyebabkan masyarakat Melayu mengagung-agungkan
bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dan berasa malu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.
Hal ini kerana bahasa Inggeris kini memonopoli semua urusan di bidang komunikasi, pendidikan
dan sebagainya. Perkara ini akan melahirkan satu tanggapan dalam diri mereka bahawa orang
lain akan memandang tinggi terhadap mereka jika menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu,
pelbagai golongan masyarakat seperti mahasiswa, pihak pentadbiran dan juga pemimpin lebih
suka bertutur menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai. Hal ini juga menyebabkan para
ibu bapa pada masa ini lebih suka mengajar anak-anak mereka bertutur dalam bahasa Inggeris
sebagai bahasa pertama sehingga melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Perbuatan ini
akan meletakkan bahasa Inggeris bukan lagi sebagai bahasa kedua tetapi mengatasi Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
Bagi mengelakkan masalah pencemaran bahasa ini, tanggungjawab sesebuah
kementerian, jabatan atau agensi adalah sangat penting. Antara langkah yang boleh diambil oleh
kementerian, jabatan atau agensi tersebut adalah seperti yang berikut:
1) memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu yang
baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan
rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan
negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih
berkomunikasi dalam bahasa asing).
2) mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan,
istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-menyurat, arahan pada
papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan perumahan, premis
pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan kepada
keperluan sahaja.
3) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusan yang bertujuan
meningkatkan kemahiran dalam Bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pegawai dan
kakitangan.


Dalam masa yang sama, DBP telah berusaha dalam pengembangan dan peningkatan
kualiti bahasa di tempat awam melalui Pantau Tegur Bahasa. Pantau Tegur Bahasa bermaksud
mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti
di papan iklan atau papan tanda, sama ada di luar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang
jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Antara ciri pencemaran bahasa ialah pengutamaan bahasa asing, sama ada dari segi
saiz atau warna, penggunaan bahasa yang tidak menepati tataBahasa Melayu, termasuk sistem
ejaan, pemilihan kata, pembentukan kata, pengolahan ayat, dan penggunaan laras, ataupun
pencampuradukan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Bagi memastikan tindakan segera
diambil setelah proses pengenalpastian kesilapan dibuat, pemantau disediakan dengan sehelai
borang untuk dipenuhi dan dipulangkan kepada DBP. Pegawai DBP yang bertanggungjawab
akan mengambil tindakan segera menghubungi syarikat atau agensi yang berkenaan bagi
membuat pembetulan.
Selain itu, satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk
penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan terhadap
paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang diguna
pakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada
159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk
melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa. Tindakan ini akan mengatasi
masalah pencemaran Bahasa Melayu ini daripada berleluasa.







CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Cadangan yang boleh saya berikan setelah saya selesai melaksanakan tugasan ini ialah,
kita boleh mengkaji masalah penggunaan ejaan dan tanda baca di dalam buku-buku ataupun
novel yang terdapat di pasaran. Ini kerana, terdapat banyak kesalahan tanda baca mahupun ejaan
yang terdapat dalam buku-buku yang telah diterbitkan dan menjadi tatapan umum oleh
masyarakat Malaysia sekarang.
Oleh yang demikian, kita sebagai guru bahasa perlu peka dengan apa yang dibaca oleh
sebahagian besar rakyat Malaysia pada masa kini.
Diharap agar dengan kajian yang akan dijalankan ini, akan membolehkan kita
membentuk generasi akan datang dengan meminimakan kesalahan ejaan dan tanda baca dalam
penulisan mereka.












RUJUKAN
Hassan, A. (2008). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2 (Siri Pendidikan Guru). Selangor:
Oxford Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008), Bahasa Melayu 1 (Siri Pendidikan Guru), Oxford Fajar Bakti
Sdn.Bhd. Selangor
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008),
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Normal Mohamad Yusof, Bahasa Iklan Perlu Dipertingkatkan, Dilayari pada 25 Mac 2014 di
URL http : ///www.beritaharianonline.com.
http://www.scribd.com/doc/164163284/laporan-ejaan
http://hayatiymn.blogspot.com/p/kesalahan-penggunaan-bahasa-melayu.html

You might also like