You are on page 1of 2

Kajian lapangan

Kajian lapangan adalah satu strategi yang memboehkan murid membuat


kajian terhadap sesuatu topik melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat,
menganalisis dan mentafsir data. Kajian boleh dijalankan di kawasan sekolah,
atau membuat lawatan ke situasi sebenar. Matlamat kajian lapangan adalah
memerhati persekitaran semula jadi dan mengumpul sampel. Aktiviti ini dapat
mengaitkan pembelajaran murid dengan kaedah sebenar. Biasanya, ia
mengambil masa selama satu hari atau lebih.
Satu rancangan perlu disediakan dengan teliti supaya ia dapat dijalankan
dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang
penting dalam perkara ini.
Sebelum kajian dijalankan, guru perlu meninjau tapak untuk mendapat
maklumat dan menilai perkaitan dengan kurikulum, masalah serta merancang penggunaan
masa murid. Guru juga harus mendapatkan kebenaran pihak berkenaan tapak lawatan dan
kenal pasti bayaran masuk. Kemudian, aktivti spesifik yang ada disenaraikan dan merancang
bagaimana murid menggunakan masa mereka. tarikh, kewangan, cara pengangkutan dan
bilangan guru pengiring ditentukan.Selepas itu, guru perlu menerangkan objektif lawatan
kepada murid dan apa yang akan mereka lakukan di sana.. Akhir sekali, guru harus
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa dan menjelaskan tujuan dan aktiviti kajian
lapangan (termasuk program lawatan, urusan bas, tarikh lawatan, kos,urusan makan) kepada
mereka.
Semasa kajian dijalankan, guru perlu mengingatkan murid berkaitan dengan objektif
lawatan. Perbincangan berkaitan peraturan keselamatan diadakan. Kemudian, guru
menjalankan interaksi dengan murid seperti di dalam kelas inkuiri sains. dan memberikan
peluang kepada murid untuk mengkaji secara individu atauberkumpulan. Selepas itu, catatan
tentang ciri-ciri menarik semasa lawatan dilakukan dan kehadiran diambil setiap kali
berpindah lokasi.
Selepas kajian berakhir, guru boleh menyoal murid apa yang telah dipelajari semasa
lawatan dan meminta mereka menulis laporan dan refleksi. Akhir sekali, surat penghargaan
dihantar kepada pihak tapak lawatan dan guru perlu mengendalikan aktiviti susulan dan
projek.

Pameran Sains
Pameran sains adalah pertunjukkan di mana peserta menghasilkan projek
berkaitan sains dan teknologi. Peserta mempersembahkan hasil projek sains
mereka dalam bentuk laporan, poster, bahan pameran, atau model. Pameran
sains adalah peluang kepada murid menggunakan kaedah saintifik untuk
menjalankan kajian.
Satu rancangan perlu disediakan dengan teliti supaya ia dapat dijalankan
dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang
penting dalam perkara ini.
Sebelum pameran dijalankan, guru perlu menentukan peraturan seperti
saiz projek, penggunaan spesimen hidup, penggunaan barang elektrik, saiz
kumpulan dan sebagainya. Tarikh akhir pameran akan ditetapkan. Borang
penyertaan juga disediakan untuk dipamerkan. Guru juga perlu menentukan
ruang dan meja pameran dan dapatkan nasihat daripada guru besar atau guru
lain. Maklumat umum berkaitan pameran dipaparkan kepada warga sekolah.
Semasa pameran dijalankan, gambar perlu dirakamkan untuk
dokumentasi dan sebagai sumber idea untuk projek akan datang. Selepas
pameran berakhir, guru perlu menentukan murid yang bertanggungjawab kepada
projek ini. Peralatan disusun dan dipulangkan semula. Ucapan penutup ditujukan
kepada semua pihak yang terlibat.

You might also like