You are on page 1of 21

Disediakan oleh::

Gan Mei Wen


Hong Huey Ting

Ragam ayat Susunan ayat
Ayat aktif Ayat pasif
Susunan
songsang
Susunan
biasa
Ayat penyata
Ayat tanya
Ayat perintah
Ayat seruan

Ayat Penyata
Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang
sesuatu hal.
Dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat yang menyatakan atau menerangkan sesuatu kejadian, benda,
cerita dan sebagainya.

Contohnya : Kakak sedang menyiram bunga.
Budak-budak itu bermain layang-layang di padang.

Ayat Tanya
Ayat yang digunakan untuk menanya sesuatu hal.
Digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat , benda ,
manusia dan sebagainya.
Ayat tanya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
(1) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
(2) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya ( apa, siapa, berapa, bila ,
mana, bagaimana, kenapa dan mengapa )
Contohnya
1. Berapakah harga kasut awak ?
2. Sudahkah adik minum susu ?
3. Kamu belum hantar buku ?

Ayat Perintah
Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan
sesuatu.
Ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta
seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah terbahagi kepada 4 jenis :
1. Ayat suruhan
2. Ayat permintaan
3. Ayat larangan
4. Ayat silaan

Ayat Perintah
Ayat suruhan
Ayat yang bertujuan memberi arahan atau perintah.
Partikel _lah digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku ini sebelum pulang.
Cuci kasut kamu.

Ayat Permintaan
Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
Bermula dengan kata tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ke bilik gerakan.
Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.


Ayat Perintah
Ayat larangan
Bertujuan melarang melakukan sesuatu.
Ia menggunakankata silaaan seperti usah, tak usah dan jangan.
Partikel_lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan pergi ke situ.
Usahlah menangis lagi.

Ayat silaan
Bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
Ia menggunakan kata sila dan jemput pada permulaan ayat.
Contoh : Sila datang ke rumah saya.
Jemputlah menikmati makanan ini.
Ayat Seruan
Diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,
hairan, sakit, terkejut dan sebagainya.
Diakhiri dengan tanda seru (!)
Dimulai Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya :
1. Amboi, cantiknya baju kamu!
2. Aduh, sakitnya perut saya !
3. Oh, ibuku sudah pergi ke pasar !
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
Kedua-dua ayat berlainan bentuk struktur perkataannya tetapi
mempunyai maksud yang sama.
Ayat Aktif
Ayat yang mengutamakan subjek asal dan mempunyai kata
kerja berimbuhan me-, mem-, men-, meng- dan menge-.
Contohnya : Emak memasak nasi.
Ketua kelas menaikkan bendera sekolah.
Emak dan Ketua kelas subjek asal
memasak dan menaikkan kata kerja
Ayat Pasif
Ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau
unsur yang diterangkan dan menggunakan imbuhan di-.
Contohnya :
Dinding dicat oleh Ah Meng.





Kata kerja
Objek asal
Bil Ayat Aktif Ayat Pasif
1.
Irfan menendang bola. Bola ditendang oleh Irfan.
2.
Pak Mah menggali lubang. Lubang digali oleh Pak Mah.
3.
Encik Lee menjual kereta
terpakai.
Kereta terpakai dijual oleh Encik
Lee.
4.
Puan Hanijah memarahi
pekerja yang curi tulang.
Pekerja yang curi tulang
dimarahi oleh Puan Hanijah.

Contoh:
Ayat Pasif
Imbuhan kata
kerja pasif di-
Imbuhan
kata kerja
ter-
Imbuhan
kata kerja
ke-
Imbuhan
kata kerja
ber-
Kata Ganti
Nama Diri
Pertama
Kata Ganti
Nama Diri
Kedua
Kata Bantu
Pasif Kena
Contoh :

1. Sampah-sarap itu dibakar oleh ayah.
2. Roti itu dibeli oleh Hashim.
3. Aktiviti itu dikelola oleh Persatuan Geografi.
4. Pembunuh bersiri itu dikehendaki oleh pihak
berkuasa.

Imbuhan kata kerja pasif di-, dikan, dii,
diperkan, diperi

Imbuhan kata kerja pasif ter-
Contoh :
1. Tembok itu terlanggar oleh motosikal.
2. Susu itu terminum oleh adik.

Imbuhan kata kerja pasif ke-
Contoh :
1. Penduduk kampung itu kegelapan sepanjang malam.
2. Peserta kursus pertanian itu kepanasan.


Imbuhan kata kerja pasif ber-
Contoh :
1. Pinggan itu sudah bersusun.
2. Lantai itu sudah bersapu.

Kata Ganti Nama Diri Pertama
Contoh :
1. Bunga itu akan aku petik.
2. Jadual itu sudah kami susun.

Contoh :
1. Masalah itu perlu kalian selesaikan.
2. Kerja ini perlu anda siapkan.
Contoh :
1. Rambutan itu kena kait.
2. Baju itu kena jahit.

Kata Bantu Pasif Kena
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Susunan dalam ayat
Susunan biasa
Susunan songsang
Binaan ayat yang
mempertahankan pola ayat
dasar iaitu unsur frasa subjek
mendahului predikat.
Apabila susunan frasa
predikat mendahului frasa
subjek, maka terbentukkan
ayat songsangan.
Susunan biasa
Menggunakan kata penegas seperti lah, -tah, -kah. Kata
penegas akan mengalami proses pendepanan.
Contoh : Dialah bapa saya.
Datangkah adik kami semalam ?

Selain itu, kata penekan seperti pun-, jua-, juga ,sahaja,dan lagi
juga digunakan.
Contoh : Orang itu tidak akan datang lagi.
Pegawal itu pun tidak melayan kita.
Saya ingin juga ke sana.

Susunan songsang
Predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat.
Terdapat 2 cara proses pendepanan predikat iaitu :
(a) Pendepanan Seluruh Predikat
(b) Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
Pendepanan Seluruh Predikat
Contoh
Ayat biasa : Baju dan seluar saya belum bergosok.
Ayat songsang : Belum bergosok baju dan seluar saya.
Pendepanan sebahagian daripada Predikat
Pendepanan
frasa kerja
Pendepanan
frasa adjektif
Pendepanan
frasa sendi nama
1. Berkerja
mereka setiap
hari.
2. Menangis bayi
itu setiap
malam.
3. Menulis surat
dia di bilik.
1. Terkejut dia
apabila
mendengar
berita itu.
2. Lesu
badannya
sepanjang
masa.
1. Pada janji saya
pegang.
2. Ke
perpustakaan
Ali pergi.
3. Di Kuala
Lumpur dia
sekarang.
Sekian, terima kasih !

You might also like