You are on page 1of 3

LIANG KIEN LOONG

Isu-isu semasa dalam pengajaran geometri, sukatan dan pengendalian data


Sebagai seorang guru Matematik, kita sering menghadapi masalah tentang
pengajaran geometri, sukatan dan pengendalian data. Kebanyakkan murid sering tidak
memahami konsep, ciri-ciri atau miskonsepsi bagi ketiga-tiga topik tersebut. Dengan itu,
mereka akan berasa bosan dan tidak minat untuk belajar Matematik. Walaubagaimanapun,
kita harus memahami isu-isu yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah.
Dalam pengajaran geometri, murid harus difahamkan dengan konsep geometri dari
yang paling asas iaitu pengetahuan tentang bentuk-bentuk 2D dan 3D. Dalam konsep
geometri, ia memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang tinggi terhadap sesuatu
keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina melalui aktiviti manipulatif dimana dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman mereka terhadap konsep
geometri. Tetapi ramai kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran yang betul
terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan aktiviti
manipulatif semasa pengajaran dan pembelajaran. Manakala kesukaran atau miskonsepsi
yang berkemungkinan dialami oleh pelajar adalah pelbagai. Antaranya adalah kesukaran
mengenalpasti dan keliru terhadap nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran memahami
ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran membayangkan bentangan dan lain-lain. Bagi penyelesaian
terhadap miskonsepsi, guru boleh meminta murid menggunakan unit kubus untuk membina
lapisan-lapisan pepejal supaya murid sedar terdapat lapisan yang tersembunyi. Selain itu,
guru juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dan bahan konkrit yang ada di
sekeliling murid dalam menyampaikan konsep geometri. Dengan itu, murid akan lebih
memahami konsep geometri. Di samping itu, bahasa Matematik juga menimbulkan isu
kepada murid kerana ia berbeza dengan bahasa yang biasa. Dalam pengajaran geometri,
bahasa yang digunakan melibatkan terminologi yang khusus dan memerlukan perhatian dan
kefahaman yang betul sebelum digunakan dengan berkesan. Kadang-kala murid akan keliru
dan tidak faham terhadap bahasa geometri, contohnya poligon, iaitu bentuk yang
mempunyai garis lurus sahaja. Begitu juga bagi terminologi geometri yang lain. Dengan itu,
guru harus memperkenalkan istilah dan bahasa Matematik daripada mudah kepada
kompleks dan mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.
Bagi pengajaran sukatan atau ukuran pula, topik yang terlibat adalah panjang,
isipadu dan kapasiti, timbangan berat dan waktu. Keempat-empat topik ini mempunyai
konsep dan ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, kebanyakkan murid menghadapi masalah dalam
konsep matematik atau dikenali sebagai miskonsepsi. Guru harus peka terhadap kesilapan
yang murid lakukan supaya dapat membantu mereka memahami dan membantu mereka
memperbetulkan kesalahan yang dilakukan. Dalam topik masa dan waktu, murid seringkali
LIANG KIEN LOONG
melakukan kesalahan dalam menukar pecahan jam kepada minit. Maka kesalahan dan
kesilapan menukar pecahan jam kepada minit akan menyukarkan murid dalam mengira
operasi tambah dan tolak yang melibatkan jam dan minit. Guru boleh menggunakan gambar
pecahan seperti permukaan jam untuk memudahkan murid mengingati minit apabila diberi
jam dalam pecahan. Manakala dalam ukuran panjang, miskonsepsi sering berlaku dalam
penukaran unit kilometre (km) kepada meter (m), meter (m) kepada sentimeter (cm) dan
sentimeter (cm) kepada millimetre (mm). Ini disebabkan terlalu banyak formula pernukaran
unit harus diingatkan. Murid sering melakukan kesalahan ini adalah kerana tidak teliti atau
menghiraukan unit yang diberikan. Bagi mengatasi masalah ini, guru harus mempelbagaikan
kaedah cara penukaran unit. Contohnya menggunakan pembaris dalam penukaran cm
kepada mm. Begitu juga dengan unit yang lain, menggunakan bahan konkrit untuk
memudahkan penukaran unit. Selain itu, bagi timbangan berat pula, kesalahan yang sering
dilakukan oleh murid adalah dalam membaca alat penimbang. Secara konseptualnya, aktiviti
menimbang objek menggunakan pelbagai jenis penimbang akan membantu murid
memahami konsep kg dan g. contohnya, arahkan murid menimbang beg sekolah
menggunakan penimbang senggatan 10 dan merekod bacaannya. Kemudian timbang
menggunakan penimbang senggatan 5. Dengan aktiviti ini, murid akan lebih peka terhadap
alat penimbang yang mempunyai senggatan yang berbeza dan secara tidak langsung akan
lebih teliti dalam membaca dan merekod bacaan. Topik isipadu dan cecair pula adalah
miskonsepsi dalam penukaran unit dalam pecahan. Murid sering mengambil jalan mudah
dengan menulis semula digit-digit yang ada pada pecahan. Dengan itu, guru harus
menerangkan konsep dengan terlebih dahulu sebelum mengajar mereka menukar unit
dalam pecahan.
Dalam pengajaran pengendalian data, isu yang sering berlaku dalam kalangan murid
adalah miskonsepi dalam mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang terlibat.
Penggunaan istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data seperti pembolehubah
kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data kualitatif dan data kuantitatif boleh mengelirukan
murid. Dengan itu, guru harus mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah dan data, guru
hendaklah menerangkan dengan jelas supaya murid tidak keliru. Penggunaan peta minda
bagi memperjelaskan konsep dan membezakan jenis-jenis pembolehubah serta data boleh
digunakan. Dalam perwakilan data juga murid menghadapi masalah iaitu simbol dan gambar.
Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan bilangan item
kerapkali memberi interprestasi yang salah kepada murid. Contohnya, piktograf ialah satu
bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data
selanjar. Murid sering silap dalam menginterprestasi data yang melibatkan simbol atau
gambar yang diwakili sebahagian bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta
LIANG KIEN LOONG
asas akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Selain itu,
kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz
dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan
perwakilan simbol. Guru berperanan untuk menjelaskan cara-cara menginterprestasi data
dengan langkah demi langkah yang betul. Murid-murid juga hendaklah diingatkan bahawa
meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi.
Secara kesimpulannya, isu yang sering dihadapi oleh murid adalah miskonsepi
dalam sesuatu topik. Mereka tidak memahami konsep dengan teliti dan melakukan
kesilapan dalam penyelesaian masalah. Ini akan menyebabkan murid berasa kehilangan
keyakinan dan bosan kerana sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Oleh itu, guru
harus berperanan untuk mendidik murid dengan menjelaskan konsep terlebih dahulu
sebelum menyelesaikan masalah. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan pendekatan
pengajaran supaya murid tidak berasa bosan dan menganggap matematik adalah sukar
bagi mereka. Oleh itu, guru harus peka terhadap masalah yang dihadapi oleh murid dan
memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah supaya tidak mengulanginya pada masa
akan datang.

You might also like