You are on page 1of 2

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN AKTIVITI AKADEMIK

YANG BERKAITAN DENGAN KEPERLUAN PROGRAM-PROGRAM DI JABATAN KEJURUTERAAN AWAM,


POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS), KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR SESI JUN 2011

1.0 Tujuan

Kertas kerja ini bagi memohon kelulusan peruntukan kewangan dan kebenaran daripada Pengarah, Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan bagi melaksanakan aktviti-aktiviti akademik untuk memenuhi
keperluan kurikulum program-program di Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS yang akan dijalankan di luar
kampus POLISAS.

2.0 Pendahuluan

Program-program di Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS perlu melaksanakan beberapa aktviti akademik
untuk memenuhi kehendak kurikulum program-program berkenaan. Syarat-syarat melaksanakannya
terkandung dalam kursus-kursus berikut.

Program Kejuruteraan Awam
C4003 Makmal Kejuruteraan Awam (Penyelidikan Tapak) /Program Penyelidikan Tapak Satu Kajian Kes (PTSKK)

Program Seni bina
C5333 Lukisan Terukur / Program Amali Lukisan Terukur (PALT)

Program Ukur Tanah
C3343 Ukur Kejuruteraan 3 / Program Khemah Kerja Ukur Tanah (PKKUT)


3.0 Objektif

Aktiviti-aktivti ini secara keseluruhannya diadakan bagi mencapai objektif-objektif berikut.

i. Memberi kemahiran-kemahiran untuk mengendalikan sesuatu tugasan dalam persekitaran sebenar,
dan menyelesaikan masalah yang ditemui secara langsung menggunakan ilmu teori yang dipelajari di
dalam bilik kuliah.

ii. Melatih pelajar kemahiran-kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerja berpasukan, berfikiran
kritikal, berinovatif dan kreatif dalam melaksanakan dan menyiapkan tugasan yang diberi.

iii. Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dalam melaksanakan tugasan dan
menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang aktiviti ini berlangsung.

4.0 Peserta

Peserta-peserta aktiviti ini terdiri daripada pensyarah dan pelajar program-program berkenaan.

Program Kejuruteraan Awam Pelajar Semester 5 ( 157 orang ) 4 kumpulan Pensyarah ( 12 orang )
Program Senibina Pelajar Semester 6 ( 30 orang ) 3 kumpulan Pensyarah ( 3 orang )
Program Ukur Tanah Pelajar Semester 3 dan 4 (148 orang ) 4 kumpulan Pensyarah ( 16 orang )
(Boleh rujuk kertas kerja bagi setiap program untuk maklumat terperinci)
5.0 Masa, Tarikh dan Tempat

Aktiviti-aktiviti ini diadakan pada masa-masa tertentu mengikut kesesuaian program masing-masing. Tempat-
tempat aktiviti ini kebanyakannya di luar Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur. Kebiasaannya, Program
Kejuruteraan Awam memerlukan selama 3 hari, Program Seni bina mengambil masa selama 9 hari dan
Program Ukur Tanah selama 6 hari (Boleh rujuk kertas kerja bagi setiap program untuk maklumat terperinci)

6.0 Kos

Jumlah peruntukan kewangan yang diperlukan juga bergantung kepada program-program yang berkenaan.
Kos perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh pelajar merangkumi perkara-perkara seperti kos makan dan
minum, kos penginapan dan kos penyediaan laporan. (Boleh rujuk kertas kerja bagi setiap program untuk
maklumat terperinci)

7.0 Keperluan Lain

Pengangkutan merupakan keperluan lain yang utama dalam menjayakan aktiviti akademik ini. Kebiasaannya,
hanya sebuah bas diperlukan untuk menghantar dan mengambil balik pelajar dan pensyarah dari tempat
aktiviti dilaksanakan. Selain daripada itu, peralatan-peralatan dari bengkel atau makmal yang berkaitan perlu
dibawa untuk membuat tugasan ini. Dan kebiasaannya, seorang juruteknik akan dibawa bersama untuk
membantu dalam penyelenggaraan peralatan yang dibawa. (Boleh rujuk kertas kerja bagi setiap program
untuk maklumat terperinci)

8.0 Penutup

Aktiviti-aktiviti akademik ini merupakan keperluan bagi setiap pelajar menjalaninya untuk memenuhi
kehendak kurikulum dan syarat penganugerahan sijil atau pelajar berkenaan. Pada setiap semester, aktiviti-
aktiviti akademik ini akan dijalankan samada terdapat peruntukan atau bantuan kewangan bagi meringankan
perbelanjaan pelajar-pelajar yang terlibat. Oleh itu, phak kam amatlah berbesar hati sekiranya pihak
pengurusan POLISAS dapat memberi kebenaran dan membantu pelajar-pelajar yang terlibat sebarang bentuk
bantuan kewangan yang dapat meringankan kos perbelanjaan mereka. Semoga bantuan ini dapat memberi
dorongan dan semangat kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk memberi yang terbaik kepada tugasan
yang diberi. Secara tidak langsung dapat mempertingkat sahsiah dan kemahiran insaniah mereka dalam
mencapai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi khususnya dan Negara amnya.



Disediakan oleh:




SULAIMAN BIN ABDUL KADIR
Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam
POLISAS Kuantan

You might also like