You are on page 1of 19

Sekatan perdagangan adalah dasar

perdagangan luar kerajaan dalam


mengawal eksport dan import negara.

Kebanyakan negara menggunakan
mekanisme tersendiri untuk menyekat
kemasukan import ke dalam negara masing-
masing.
Sekatan bukan tarif merangkumi pelbagai
langkah dan jenis. Sesetengah sekatan
bukan tarif tidak memberi kesan kepada
perdagangan antarabangsa.

Contohnya, pembungkusan dan perlabelan
boleh menghalang perdagangan tetapi biasanya
hanya sedikit.



i) Kuota import
ii) Embargo
iii) Kawalan pertukaran asing
iv) Subsidi eskport
v) Piawai kesihatan dan keselamatan


Kuota merupakan tindakan kerajaan
mengehadkan kuantiti maksimum barang atau
perkhidmatan yang boleh diimport dari luar
negara untuk satu tempoh masa tertentu.
Sebelum perdagangan antarabangsa,
DD=keluk permintaan dan SS=keluk
penawaran.

Selepas perdagangan antarabangsa, keluk
penawaran=S
A
S
A
. Tingkat harga kereta 0P
0
.
Jumlah permintaan kereta=0Q
3
. Jumlah
penawaran kereta dalam negara =0Q
0
. Jumlah
kereta diimport=Q
0
Q
3
.

Selepas kuota import dikenakan, keluk
penawaran=S
K
S
K
. Tingkat harga kereta 0P
1
.
Jumlah permintaan kereta=0Q
2
. Jumlah
penawaran kereta dalam negara =0Q
1
. Jumlah
kereta diimport=Q
1
Q
2
.
Harga kereta meningkat.
Permintaan kereta menurun.
Penawaran kereta dalam negara meningkat/
Pertumbuhan industri pengganti import.
Jumlah kereta diimport berkurangan/
Perbelanjaan import menurun.
Peningkatan guna tenaga dan pengurangan
kadar pengangguran

Embargo ialah perintah daripada kerajaan
yang melarang kapal perdagangan masuk
atau keluar dari pelabuhan (biasanya dalam
masa permusuhan).
Sekatan embargo bertujuan menyekat import
dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara
musuh atau negara yang melanggar prinsip
kemanusiaan dunia

Malaysia mengamal embargo dengan negara
Israel kerana negara itu menindas penduduk
palestin yang majoritinya beragama Islam.
Wikipedia mengeluarkan satu artikel
mengenai hubungan Malaysia dengan Israel
dari segi ekonomi yang menunjukkan Malaysia
tidak berurusan dengan Israel dari setiap segi.

Kawalan pertukaran asing merupakan tindakan
kerajaan campur tangan dalam pasaran pertukaran
asing. Bank pusat mengawal terhadap jumlah
pelbagai mata wang asing yang dapat dibeli oleh
pengimport tempatan.
Mata wang asing diperlukan untuk mengimport
barang dari luar negara. Bagi mengurangkan import
dari sesebuah negara, kerajaan akan mengurangkan
penawaran mata wang negara tersebut dalam
pasaran.
Apabila Bank Negara Malaysia mengurangkan jumlah
Dolar Amerika yang dapat dibeli oleh pengimport
Malaysia, import dari Amerika akan disekat.
Apabila Bank Negara Malaysia menghadkan hanya
RM1000 per orang yang boleh dibawa ke luar negara,
jumlah perbelanjaan di luar negara akan
dikurangkan.
Oleh yang demikian, kawalan pertukaran asing dapat
mengurangkan permintaan tempatan terhadap
barang import. Seterusnya, dapat menggalakkan
penggantian import dalam negara.


KEPENTINGAN
KAWALAN
PERTUKARAN ASING
MEMBIAYAI
MEMBAYAR
BALIK
HUTANG LUAR
NEGARA
MEMBUAT
PELABURAN KE
LUAR NEGARA
MEMPERTAH
ANKAN NILAI
MATA WANG
Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada
pengeluar yang berorientasikan eksport.
Subsidi eksport akan mengurangkan tanggungan kos
pengeluar dan seterusnya menurunkan harga barang
eksport.
Subsidi eksport akan meninggikan kuasa persaingan
barang eksport dan menyekat persaingan eksport
negara asing di pasaran antarabangsa.
Contohnya, kerajaan Malaysia kepada pengeluar
minyak kelapa sawit di Malaysia telah meningkatkan
eksport minyak kelapa sawit Malaysia dan
mengurangkan eksport minyak kacang soya Amerika
di pasaran antarabangsa.

Imbangan Pembayaran
Sekatan melalui subsidi eksport boleh
menambahkan jumlah eksport. Hal ini
akan menambhakan nilai eksport. Maka
penerimaan oleh sebuah Negara dari
eksport akan bertambah.
Apabila pembayaran untuk import kurang
daripada eksport, imbangan pembayaran
dapat diperbaiki.

Melindungi industri Muda dan Tempatan

Sekatan perdagangan dapat melindungi industri
muda yang belum kukuh atau matang untuk
berdikari. Misalnya subsidi yang diberikan oleh
kerajaan dapat mengurangkan kos pengeluaran
industri muda. Dengan ini, industri muda dapat
menjual barang pada harga yang relatif rendah
dan memperoleh permintaan tempatan yang
lebih tinggi.
Keadaan ini memberi peluang kepada industri
muda dan tempatan untuk terus berkembang dan
berdaya saing diperingkat dalam Negara dan luar
Negara.



Sekatan perdagangan boleh dilakukan dalam
bentuk peraturan yang mengawal jenis barang
import.
Sekiranya barang import tertentu tidak
mematuhi Piawai Kesihatan Dan Keselamatan
yang ditetapkan oleh kerajaan, maka barang
tersebut tidak boleh dibawa masuk ke dalam
negara.


1. Sekatan bukan tarif adalah sekatan yang
dikenakan oleh sesebuah negara yang
dapat mengurangkan import dan
menambahkan eksport.

2. Sekatan bukan tarif terdiri daripada lima
iaitu kuota import, kawalan pertukaran
asing, subsidi eksport, embargo dan piawai
kesihatan dan keselamatan.
Rumusan
3. Kuota import ialah tindakan kerajaan
mengehadkan kuantiti maksimum
barang atau perkhidmatan yang boleh
diimport dari luar negara untuk satu
tempoh masa tertentu.

4. Kawalan pertukaran asing ialah
kawalan bank pusat terhadap jumlah
pelbagai mata wang asing yang dapat
dibeli oleh pengimport tempatan

5. Subsidi eksport adalah bantuan kewangan
daripada kerajaan kepada pengeluar yang
berorientasikan eksport.

6. Embargo adalah dasar pemulauan yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import
dari negara tertentu.

7. Piawai kesihatan dan keselamatan dilakukan
dalam bentuk peraturan yang mengawal jenis
barang import.

You might also like