You are on page 1of 24

Shakirin (1 - 13)

August 23, 2014 at 5:29pm


(1)
"Assalamualaikum !! Assalamualaikum !! Uwaann.. Uwannn.. Ado ko takdo ughang ni ha.. "
Satu suara yg baru jadi garau dan kasar akibat transformasi aqil baligh memecah kesunyian sebuah
rumah di penghujung Kampung Bongek.
Shaari melaung memanggil neneknya.
"Haih mano Uwan ni? Ughang dahago ni ha. Nak tumpang minum air Sarsaparila sejuk."
Rungut Shaari lagi. Dia nampak amat penat. Dia baru lepas pulang memotong getah di kebun getah
milik ayahnya.
Dia yang baru berumur 14 tahun sudah sebati dengan kerja kampung begini. Faktor ekonomi
keluarga yang tak berapa nak cantik memaksa beliau ikhtiar seawal umur 14 tahun.
"Ha apo kono ekau ni Ayie ??
Dah naik naik !!"
Kedengaran suara Uwan yg membuka pintu kayu sambil menggenggam kemas kacip sirih milik
moyan beliau. Kacip pusaka baru sedap sirih kata Uwan.
Shaari adalah anak ke 4 dari 6 beradik. Kerja menoreh dan memetik petai di dalam hutan itu
sebenarnya bukan tugas beliau, tetapi tugas kakak sulung beliau iaitu Nur Shakirin.
Pernah juga Shaari melawan arahan ayahnya yg menyuruh beliau ganti tugas Shakirin namun
alasan "Ughang laki boleh hidup kalau campak dalam hutan" itu benar-benar melemahkan
semangat beliau untuk ingkar arahan ayahnya.
Shakirin sekarang sudah semakin dewasa dan banyak membantu tugas ibu di rumah menjaga adik-
adik.
Adik kedua Shakirin iaitu Nur Shalala juga perempuan yg berumur 18 tahun sedang belajar di Kolej
Matrikulasi Tangkak. Agak bijak Shalala ini namun sosial dia pun juga boleh tahan.
Bawah Nur Shalala pula Ahmad Shaberi yg berumur 16 tahun. Malangnya kuasa Allah Shaberi
dilahirkan sebagai insan kurang upaya. Juling matanya hingga takde sorang manusia pun dalam
dunia ni yg pernah nampak mata hitam Shaberi.
Shakirin seorang yg dikhabarkan mempunyai kelebihan dalam bidang ilmu gho'ib dan pandai
mengurut. Sepadan dengan cita-cita Shakirin yg mahu menjadi seorang Physiotherapist.
Pernah satu ketika dulu, Pakcik Omar yg menjual nangka di tepi jalan disampuk penunggu pokok
nangka. Dia meratah buah nangka yg hendak dijual hingga berpuluh-puluh bijik.
Kebetulan Shakirin yg pulang dari pekan cowboy di kampungnya itu ternampak Pak Omar, cuma
dengan satu jelingan tepat halkum Pak Omar, Pak Omar terus tersedar dan mengalami sembelit
selama 2 bulan. Mungkin getah nangka kuat sangat.
Jadi, Shakirin memang terkenal di Kampung Bongek dan sekitarnya dengan ilmu ghaib beliau.
"Kak Yong, tolong susukan adik tu jap. Asyik menangis aje. Ibu dah takde susu ni."
(Sorry gua tak pandai langsung bahasa nogori ni huhuhu)
Arah Puan Hafsah kepada anak sulungnya itu.
Shakirin pantas meninggalkan cili padi yg sedang dicincang dan pergi mendapatkan adik
bongsunya, Ahmad Shaarawy.
Shakirin mengangkat sedikit baju beliau dan terus menyumbat mulut adiknya itu dengan nipple
beliau.
Defak maannn.
Sebenarnya nipple itu cuma fake dan ditampal di atas nipple asal, dengan niat main psycho adik
bongsu beliau itu.
(to be cont.)
(2)
Pakcik Shamsuddin iaitu ayah kepada Nur Shakirin merupakan seorang Tok Imam di kampung
beliau.
Ayahnya mahukan anak-anaknya mendalami ilmu agama seperti dia, namun buat masa sekarang
cuma seorang dari 6 anaknya yg nampak cenderung ke arah itu iaitu Shakirin.
"Kak Yong nanti jadi Ustazah tau. Ayah nak Kak Yong jaga adik semua elok-elok. Tolong la
tengokkan adik kau Nur Shalalala tu. Ayah marah betul dia amik gambar selfie freehair kat Starbuck
lepas tu tag ayah kat Facebook. Malu tahu kawan-kawan ayah tengok.
Sampaikan Imam Felda Bukit Rokan share gambar tu. Malu ayah Kak Yong. Tolong tegur adik kau
sorang tu."
Kata imam tua itu. Sudah lama dia menjadi imam di masjid kampunh beliau, sejak beliau menang
pertandingan imam muda peringkat daerah Rembau tahun 1960an lagi hingga sekarang.
Shakirin mengangguk sambil tangan mengurut belakang badan ayahnya. Sesekali dia
menggunakan kudrat siku menekan urat belikat ayahnya.
Menggeliat imam tua tu bila terkena punchline.
Suasana petang itu senyap sunyi. Ye la kampung mana ada nak kecoh2 macam bandar. Sambil
mengurut ayahnya Shakirin merenung jauh ke luar jendela, tenungannya sangat jauh sehingga
sampai ke Tampin. Dia berbisik di dalam hati,
"Kalau boleh nak bising-bising cam pokan Tampin."
Shakirin tersentak dari lamunan bila terdengar dengkuran ayahnya. Ayahnya dah tertidur rupanya.
Tiba-tiba,
" Luruskan saf, rapat-rapatkan saf.."
Rupanya ayahnya mengigau menjadi imam. Itu terbukti Imam tua ini memang berjiwa imam sampai
mengigau pun jadi imam lagi.
Shakirin tersenyum dan bingkas bangun ke dapur.
Dia menyurusi lantai papan rumah kampungnya itu. Sekali dia melangkah maka berbunyilah kriukk
kriukk seperti bawang goreng mee sedap.
Shakirin ni sebenarnya tak belajar tinggi macam Nur Shalalala. Dia cuma bersekolah sampai darjah
enam dan kemudian belajar feqah di madrasah sebelah masjid yg diajar oleh Ust Usman.
Shakirin adalah penuntut termuda kelas fardhu ain di masjid tersebut kerana penuntut lain
semuanya sudah bertaraf nenek dan makcik-makcik.
Itu membuatkan dia amat disenangi dan terkenal di seluruh Kampung Bongek.
Baru-baru ini dia belajar cara menguruskan jenazah perempuan, dia amat pikap dan sekali belajar
sudah pandai.
Barangkali faktor umur yg masih muda.
"Pinnn!! Pinnn!!"
"Kak Yong !! Kak Yong !! Sini kejap. Urgent ni !!"
Suara enjin Ex5 tanpa mudgad itu tenggelam dek suara jeritan Pe'ah.
Shakirin segera menerpa ke beranda rumah.
"Ha Pe'ah, kenapa cemas sangat ni ?? Mak Jembah jadi balik ke ??"
Tanya Shakirin kepada Pe'ah anak Mak Jembah.
Pe'ah mengangguk dan terdiam seketika lebih kurang 4 saat kot. Kemudian membalas,
"Kali ni mama jadi cimpanzi pulak Kak Yong. Jom cepat !!"
Shakirin pantas membonceng seat Ex5 Pea'ah yg sudah tidak berbalut itu.
5 minit kemudian selepas merentas beberapa kebun getah dan kebun moktan mereka akhirnya tiba
di rumah Mak Jembah The Ape.
Shakirin turun dari moto, tercengang melihat bumbung zink rumah Mak Jembah yg berkocak-kocak
seperti ada satu kuasa luar biasa yg menggoncang dari dalam!!
Shakirin yg bertangan kosong terus melangkah masuk tanpa bicara.
"Astaghfirullahal aziiiim !!"
"Mak Jembah, turun cepat. Jatuh nanti!"
Tempik Shakirin apabila melihat Mak Jembah bergayut di kayu 2x4 ataupun kayu kekuda
rumahnya.
Mak Jembah bergayut dan menghenjut-henjut kayu itu, serius gua cakap lu sebijik cam beruk.
2 minggu lepas Mak Jembah berkelakuan seperti harimau, habis bercalar badan suami beliau
dicakar Mak Jembah. Sudahlah dicakar lepas tu Mak Jembah yg dirasuk itu memerah asam limau
nipis di atas badan suaminya. Dan kerana kes itu juga suaminya itu terus menalak Mak Jembah
dengan talak satu.
Shakirin menempik lagi,
"Kenapa kau ganggu dia? Aku dah bagi amaran kat kau. Kenapa kau degil wahai jin yg kufur ?!! Kau
memang mencari nahas. Kau keluar dari badan dia dalam kiraan 10. Kalau kau degil aku akan azab
kau !!"
Shakirin cuba tabletalk dgn jin yg merasuk Mak Jembah, namun ternyata usaha Shakirin itu gagal
sama sekali.
Jin merasuk Mak Jembah itu cuba menganjing Mak Jembah.
Mak Jembah yg dirasuk kemudian membalas,
"Lu sapa wa mau goyang?"
Kemudian Mak Jembah pada awalnya bergayut dengan dua tangan sekarang kelihatan bergayut
dengan satu tangan dan satu tangan lagi cuba membuka seluar dalam, kemudian dicampakkan
seluar dalam itu kepada Shakirin dan Mak Jembah menjerit,
"Nah jilat !! Hahahahaha !!"
Shakirin menyambut seluar dalam Mak Jembah itu.
Dia memandang ke atas dengan perasaan yg sangat marah.
"Pe'ah pegi amik tilam paling tebal, letak bawah ni. Mak kau boleh jatuh bila-bila masa je ni kalau
aku kerjakan iblis ni.."
Bisik Shakirin kepada Pe'ah.
(bersambung)
(3)
Pe'ah pantas datang membawa tilam udara yg sudah diisi angin. Tilam diletakkan betul-betul di
bawah tempat Mak Jembah bergayut macam cimpanzi di kekuda rumahnya itu.
Kelihatan mulut Shakirin sudah mula bergerak, Shakirin memejamkan mata fokus terhadap bacaan
rahsia itu.
Shakirin sudah mula menjampi !!
" ALLAHUmmasolli a'la Muhammad, wa la Hawla walaquwwata illa bILLAH !!"
Kelihatan Mak Jembah yg dirasuk jin beruk itu sudah mula gelisah. Asalnya dia gelakkan Shakirin
dan baling seluar dalam, sekarang mukanya sedih.
Mak Jembah yg dirasuk itu mula menangis.
Shakirin tidak berpuas hati dengan itu. Menangis saja tak settle masalah, Shakirin mahu jin itu
keluar dari jisim Mak Jembah dalam keadaan paling azab.
"Lau anzalna hazal quran a'la jabalilla roaitahu, khoshia'mmutasoddia'mmin khoshyatillah....."
Terdengar sedikit suara Shakirin membaca penghujung Surah Al-Hashr itu.
Ya ayat itu digunakan dengan meluas untuk menghalau jin dan iblis yg merasuk manusia.
Mak Jembah menangis semakin kuat! Teresak-esak dia.
"Jangan la buat aku macam ni. Aku sayang Mak Jembah. Jangan ganggu aku. Aku suka dia."
Kata Jin Beruk itu.
" Kau jangan nak spin. Memang spesies iblis sama je macam Zionis, dah tersepit baru nak buat
baik. Baru nak mintak belas. Orang cakap baik-baik kau suruh aku jilat spender !!"
Shakirin membalas dengan marah.
Mak Jembah menangis semakin kuat. Hingus cair mula meleleh dengan deras.
Satu tangan Mak Jembah mengelap hingus, sekarang cuma satu tangan digunakan untuk bergayut.
" Bila Izrael datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan. Seluruh tubuh akan menggigil,
sekujur badan nan kedinginan."
Entah sape pulak yg pasang lagu El Suraya dalam rumah tu tengah-tengah keadaan genting camtu.
Menambahkan lagi suasana seram.
Tiba-tiba seekor nyamuk Aedes terbang perlahan di sebelah telinga Shakirin yg sedang sibuk
menjampi.
Melihat keadaan Mak Jembah yg bergayut dengan sebelah tangan, Shakirin mendapat idea.
Dia menangkap nyamuk Aedes tadi dengan berhati-hati kerana takut membunuh nyamuk itu. Dia
membisik sesuatu kepada nyamuk itu dan melepaskannya seperti Gandalf melepaskan rama-rama
untuk menyerang Nazgul di Mordor.
Nyamuk itu terbang perlahan-lahan menuju Mak Jembah dan hinggap di bontot.
Lantas nyamuk membenamkan belalainya ke dalam daging Mak Jembah.
"Aduhh, celaka punya nyamuk !! Jaga kau!!"
Mak Jembah sedang dirasuk terus menampar bontotnya menggunakan lagi satu tangan dan ......
Dusshhhhh !!!
Mak Jembah yg tadi bergayut di kekuda bumbung kini gugur ke bumi yg beralaskan tilam udara.
Shakirin segera menerpa dan menangkap ibu jari Mak Jembah!!
"Hah mana mau lari?? Tadi kau kat atas bukan main berlagak kau dengan aku kan?? "
Shakirin mengamuk sambil memicit-micit ibujari Mak Jembah yg disyaki menjadi laluan masuk Jin
Beruk tadi.
"Tolong aku. Jangan buat aku macam ni!! Aku anak yatim !! Aku jin susah !! Aku jangan seksa aku.
Lepaskan aku!!"
Rayu Jin Ape tersebut. Namun Shakirin tidak mempedulikan tabletalk dari Jin tersebut.
She have no mercy toward her enemies.
She born to be ghostbuster.
"Tolong la aku manusia. Aku sakit. Maafkan aku. Sedangkan Nabi ampunkan umat. Kau sape nak
judge aku?"
Rayu Jin itu lagi. Kali ni dia merayu bermodalkan nama Nabi pulak. Haih dah macam batakian, bila
tersepit baru ingat agama. Tapi Jin ni Jin kapiaq punya, apa kaitan dia dengan Nabi?
Shakirin tidak punya belas, dia membantai Jin itu habis-habisan, baru dia lepaskan.
Begitulah rutin hidup Shakirin sejak jadi Ghost Buster Oncall ni. Tak ramai yg mampu buat kerja
macamni, tak ramai yg kuat. Cuma insan yg terpilih seperti Shakiri sahaja.
Shakirin pulang ke rumah dihantar Pe'ah, dia nampak penat.
Bila melangkaj masuk ke rumah, kelihatan Nur Shalalala yg baru sampai dari kolej beliau untuk cuti
sem.
" Hahaha ghostbuster sudah pulang !! Muka kau pun dah macam hantu la Kak Yong, berjelaga sana
sini. Malu ade kakak macam kau ni. Hahaha"
Nganjing Shalalala sambil membalas komen skandalnya di facebook.
Shakirin tersenyum mendengar, dia melangkah masuk ke rumah menuju ke bilik.
Kriiukkk kriuukk bawang goreng sekali lagi kedengaran.
(Sambung)
(4)
Jam menunjukkan 4:50 petang.
Shakirin yg sudah tersedia melepak atas sejadah ingin berdiri qiam menghadap qiblat kedua umat
Islam itu selepas kedengaran Bilal Hasan melaungkan azan.
Shakirin yg terdengar laungan azan berbisik dalam hati,
"Macam Sheikh Ali Mulla la suara Pak Hassan ni. Hehehe."
Shakirin cuba bangun, dia terduduk balik. Dia cuba lagi, terduduk balik!!
Akhirnya dia berjaya berdiri.
Semasa Shakirin cuba berdiri beliau hampir terjatuh terlentang !!
Ahhhh apa sudah jadi Nur Shakirin ??
Parkinson ??
Stroke??
Ohh rupa-rupanya beliau terpijak kain telekung sendiri. Labuh sangat barangkali.
Shakirin lafazkan niat dan mengangkat takbir, tiba-tiba dia berhenti.
Dia meraba-raba sesuatu di dalam kain dan sedikit fingering. Basah !! Melekit !!
"Haikkkk.. Aku period lagi ke ?? Baru minggu lepas habis period, takkan minggu ni datang lagi ??"
Bisik hati nurani Shakirin itu musykil. Dia cuba melihat warna cecair dan basah yg melekat di hujung
jarinya tengahnya itu, jernih !! Nasib baik bukan kemerahan atau kecoklatan.
Shakirin cuba cium untuk pastikan.
"Macam bau badan Pe'ah. Pelik betul."
Shakirin sangat pelik, dia membuka mulut dan menghulurkan lidah, disua jari itu ke lidah untuk
merasa apa sebenarnya cecair itu. Hampir 2 inci lagi jarinya nak sentuh lidah tiba-tiba dia tarik balik
jari dia.
Fuhhhh!!
Berdebar betul gua dengan habitat dan teknik Shakirin ni selesaikan keraguan.
Shakirin menggenggam jari, dia tersenyum dan terus mengangkat takbir.
Sebenarnya, yg basah dan cecair tu bukanlah darah haid atau darah daging, tapi adalah air dari
seat moto Ex5 Pe'ah yg Shakirin naik tadi. Seat moto Pe'ah tu tak berbalut, tinggal span je. Bila
kena hujan atau embun air meresap dalam span. Bila Pe'ah duduk, sedikit sebanyak mesti la air
peluh Pe'ah meresap ke dalam span tu. Pastu bila orang lain duduk pulak keluar la air musta'mal
dari seat dia tu. Sebab tu Si Shakirin terbau macam bau Pe'ah tadi.
Suspen betul gua dengan part ni.
Selesai solat Asar, Shakirin kembali memakai baju t-shirt lengan pendek dan seluar track lambang
burung dan bertulis Puna (bukan Puma okay).
Shakirin melangkah keluar bilik menuju ruang tamu di mana Nur Shalalalalalala sedang meniarap
berwasap dengan skandalnya.
Shakirin jalan perlahan-lahan, taknak mengejutkan adik kesayangannya itu yg disyaki bakal jadi
Doktor.
Shakirin nak basuh adik dia seperti yg diarahkan ayahnya, Imam Shamsuddin.
Shakirin duduk di atas kerusi rotan manakala Shalalala di sebelahnya tetapi meniarap di atas lantai.
Shakirin mencapai akhbar Hairan Metroll bertarik hari itu dan diselaknya perlahan-lahan.
Ini semua taktik drama melayu, acah-acah baca paper, pastu baru bukak mulut sembang dengan
orang sebelah sambil mata baca paper. Kalau nak lagi asli drama itu, baca paper sambil pakai spek
yg betul2 hujung hidung, pandang ke arah orang sebelah 1 kali dalam 10 saat dan ending dia
perbualan ditamatkan dengan suasana tegang dan akhbar ditutup hingga keronyok.
Ini contoh je, takde kaitan dengan cerita gua.
Shakirin terus membelek-belek surat khabar yg bertarikh 20 Ogos 2014 itu bersamaan 24 Syawal.
Tiba-tiba dia ketawa besar !! Begitu besar dia ketawa hingga bergegar rumah itu, bunyi kriuukk
kriukk kedengaran di seluruh rumah.
Apa yg lawak sangat Shakirin oi??
Rupa-rupanya Shakirin terbaca satu artikel berbunyi begini.
[Kuala Lumpur : Sekumpulan anak muda membuat demonstrasi aman di hadapan kedutaan
Thailand di ibukota hari ini kerana berang dengan sikap peniaga restoran ala thai yg masih gagal
membuka kedai walaupun sudah hari raya yg ke 24. Temubual dengan salah seorang aktivis dan
penggemar makanan thai iaitu Encik Badrul 26 tahun berkata,
" Kami lapar !! Kami bujang mana reti masak !! Takkan kitorang nak makan kat KFC hari-hari? Kami
dah malu tanya openhouse sana sini. Korang janji cuti seminggu je, sekarang dah lebih 3 minggu !!
Hampir semua kedai siam tutup. Kalau korang semua tak bukak kedai sampai hujung minggu ni,
kami semua akan berdemo di sempadan thailand dan sekat kamu di sana !! Jangan cabar anak
melayu !!"
Demikian kata pemuda yg berang tersebut. Dikhabarkan juga mereka sudah ikhtiar dengan
mencuba maggi perisa thai namun kebanyakkan mereka mengalami cirit birit dan resdung.]
Itu rupanya cerita yg Shakirin baca sampai tergelak besar. Ingatkan baca cerpen Parjo tadi. Hehe
"Eh kau ni apahal Kak Yong? Dah kene sampuk hantu ke ape gelak macam orang gila ni?"
Marah Shalalala kepada kakaknya, Shalalala terkejut dengan gelak Shakirin dan tersilap hantar
wasap kepada boyfriend dia dan terkantoi sudah yg dia selingkuh sama boyfriend dia.
Itu yg membuatkan dia memarahi Shakirin.
"Kau ni bodoh la Kak Yong !! Dah la belajar tak pandai, gelak kuat-kuat sampai aku tersilap wasap!!
Entah pandai baca ke tak tu, entah-entah main gelak je. Bodoh punya kakak !!"
Suara Shalalala semakin tinggi. Dia bangun dan terus masuk ke bilik Shakirin yg dikongsi bersama
sejak bayi.
Shakirin tak peduli adik dia tu, dia terus gelak dan gelak.
"Hahaha kelakar betul sampai nak kono buat demo bagai. Hensem muka Encik Badrul ni, apo kato
kalau ekau menikah dengan eden ni ha. Eden masak kat ekau sodap-sodap. Kobar yo nak make
gapo, ambo masok.
Masak podeh-podeh linggi pun buleh haa!! Hahahaha"
(Suka betul Shakirin ni. Seram pulak gua tengok Shakirin jadi camni. Siang karang la sambung
cerita lagi, meremang bulu kening aku dengan Shakirin ni. K bye)
(Bersambung)
(5)
Di dalam bilik, Shalala tercari-cari pengecas telefon Samsung Galaxy Bimaksakti S3 beliau.
"Baru kejap tadi cas dah habis. Ape bende la bateri ni. Ijoy pulak tengah merajuk ni, nak kena call
jap pujuk, bateri sikit tak best la."
Rungut Shalala sendirian apabila bateri telefon dia cepat habis, yela S3 quat core kot. Sendiri mau
ingat la.
"Sorry la. Tu ex boy ayang dulu. Anje jangan la marah. Mak dia masak ikan sardin, tapi sadin tu
keras. Tu yg dia wasap ayang tadi nak mengadu. Dah la anje jangan la marah. Pelissss."
Kedengaran suara Shalala merengek manja memujuk bakal imam syiahnya iaitu Ijoy yg belajar satu
matrik dengan beliau, tapi Ijoy dah kena buang sebab repeat semester sampai 2 kali.
Shakirin yg sudah kejang perut gelak sakan di kerusi rotan mula tercungap-cungap. Dia pandang kiri
dan kanan, dia seolah-olah baru tersedar.
"Astaghfirullah, aku lalai padaMu. Aku gelak kuat sangat sampai lupa dunia. Ehh mana adik aku?
Aku datang nak nasihat dia."
Bisik hati Shakirin apabila melihat kelibat Shalala sudah tiada. Dia cuba intai di bawah kerusi rotan
takut-takut Shalala yg tadi meniarap bergolek ke situ, tapi tiada.
" Ya Allah ayah aku suruh aku nasihat adik aku, tapi Kau uji aku dengan berita lawak kat paper dan
aku lupa TUJUAN ASAL aku."
Ya, Shakirin lupa tujuan asal dia. Macam ustazah google selalu cakap kat KHK, KHK dah lupa
tujuan asal...
Tujuan asal...
Tujuan asaaal...
Tujuan asaaaaaaal...
Tujuan asal abah kau!!
Shakirin yg sedang mengelamun terkenangkan tujuan asalnya itu tiba-tiba dikejutkan dengan
kehadiran adik lelakinya iaitu Shaari.
"Kak yong Abang Bri mana? Aku bawak balik makanan feveret dia ni."
Ujar Shaari sambil menjinjit satu beg plastik berisi makanan.
"Kau beli ape Ayie? Shaberi kat belakang tu tengah tolong mak siang ikan bilis. Nak masak cucur
ikan bilis. "
Kata Shakirin kepada Shaari yg masuk dan duduk di sebelah beliau.
" Aku bukan beli pape pun. Pau daging je. Aku pegi jual getah tadi, selalu aku pegi sendiri naik
basikal, tadi basikal aku tayar pancit kat kebun, terlanggar kulit durian punya pasal. Aku tumpang
motor Karim, tu yang terus pegi pekan jap beli Pau ni. Aku tahu dia mesti suka punya."
Kata Shaari bersemangat. Begitu kuat dan rajin remaja 14 tahun ini, dikorbankan masa belajar
beliau semata-mata mahu membantu menyara keluarga.
Shakirin yg mendengar penjelasan Shaari itu tiba-tiba sebak. Dia mengusap-usap ubun-ubun
adiknya itu. Mata Shakirin bersinar, mulutnya kelihatan seperti ingin menyatakan sesuatu tapi
terkunci rapat.
"Kau ni pahal Kak Yong? Nak goda aku ke? Aku adik kandung kau tahu tak."
Kata Shaari kasar tapi dengan nada bergurau.
Shakirin terus terhenti, babak sedih serta merta hilang dan dia terus bertanya tentang hasil jualan.
"Berapa dapat jual getah tadi Ayie? Meh kat Kak Yong, nak masuk akaun. Petang dah ni, boleh
closing akaun dah."
Ayie menyeluk poket baju dan mengeluarkan beberapa not RM10 dan not RM1.
"Dapat RM68 je hari ni Kak Yong. Tolak RM10 aku bayar duit minyak moto Karim, tampung tayar
basikal dengan beli pau, tinggal la RM58.
Aku potong start dari 4:30 pagi sampai pukul 11 pagi tu. Getah harga makin murah la Kak Yong.
Susah la kita kalau asyik macam ni."
Kata Shaari sambil menghulurkan kesemua duit kepada Shakirin.
"Sabar la Ayie. Ingat la Ayie yg Allah tahu semua masalah kita ni. Allah tahu ayah dah tak larat
kerja, Allah tahu mak ada minor stroke, Allah tahu kita penat kerja dari pagi sampai petang. Sabar
la. Kak Yong pun sekarang nak kena cari sumber lain la nak cukupkan duit kita.
Kak Yong pun malu asyik nak mintak upah tolong berubat orang kena rasuk.
Kak Ngah kau Shalala pun nanti bukak semester baru mesti nak pakai duit banyak. Nasib baik Kak
Yong ade kau Ayie, kau je yang boleh tolong Kak Yong cari duit bantu keluarga kita ni."
Kata Shakirin panjang lebar. dia cuba meniup semangat ke dalam diri adiknya itu. Shaari kelihatan
tunduk dan tergaru-garu di belakang badan.
Gua syak dia gatal tu, dari pagi tak mandi pastu main keluar masuk hutan mesti la miang.
"Ape bende la korang berbual ni. Tak syukur lagi ke tinggal kat Malaysia ni??"
Tak semena-mena Shalala muncul dan memotong perbualan Shakirin dan Shaari.
Dia melangkah keluar bilik dan menghala menuju ke jendela, dia melabuhkan siku dan menongka
dagu di situ, kaki kanannya disilang ke atas kaki kiri dan membelakangi kerusi tempat Shakirin dan
Shaari sedang duduk.
"Cuba korang tengok kat luar ni, ada kereta kebal? Ada budak berlari kena kejar dengan askar? Ada
nampak bom meletup? Takde kan? Itu tanda Malaysia aman dan kita ni patut bersyukur. Otak cam
korang ni la yg membantutkan ekonomi negara tahu tak. Dapat hasil tak banyak nak salahkan sana
sini. Usaha malas! Belajar malas! Semua nak free lepas tu nak untung lebih je !!"
Sindir Shalala, dia yg baru setengah tahun belajar di Kolej Matrikulasi itu kini benar-benar berubah.
Dulu dia sama macam Shakirin, seorang anak gadis Kampung Bongek yg pemalu dan pendiam, tapi
sekarang dia sudah semakin lancang dan lanjioooo.
"Kak Yong, mak cakap kat aku kalau nak duit mintak kat kau. Aku nak RM50 ni, nak pegi print
assignment aku. Kang lepas cuti aku nak hantar kat pensyarah aku, kang tak hantar kang aku kena
buang kolej, dah takde sape nak tolong korang nanti, sampai ke tua kita hidup susah."
Bijak sungguh Shalala mengatur ayat, mengaitkan semua isu untuk membolehkan dia dapat duit.
Yela memang la mak dia suruh mintak kat Shakirin sebab mak dgn ayah dia mana kerja dah,
Shakirin dengan Shaari je yang kerja dan cari duit. Sebenarnya Shalala ni bukan nak print
assignment pun, dia nak pegi subscribe internet baru. Dia masih belum settle dengan Ijoy.
"Eh busuk la kau ni Ayie. Bau getah sekerap! Pegi la mandi cepat! Kalau kau kolej datang dalam
keadaan macam ni, baju kotor, seluar jeans singkat, kasut boot getah warna hitam, badan bau getah
sekerap, jangan harap aku nak mengaku kau adik aku. Buat malu aku je depan kawan-kawan aku.
Malu aku kalau kawan-kawan aku dapat tahu adik aku Budak Getah."
Shalala menambah lagi. Shaari makin menunduk dan terdiam. Kata-kata kakaknya itu sangat pedih
dan melukakan hati beliau. Dia memandang pau daging yg dipegang, dia bangun dan terus menuju
ke dapur mencari abang OKU beliau.
Shalala menerpa ke arah Shakirin dengan pantas, tubuhnya yg solid dan mantop itu melangkah
deras menuju ke Shakirin yg masih memegang duit hasil getah yg dijual Shaari tadi.
Shaari pergi ke dapur, dia serahkan pau kepada Shaberi.
Kemudian dia duduk bersila di atas lantai dan keluarkan buku 555 dari poket.
Ahhh apa yg dia buat?
Kira hutang?
Main SOS?
Kelihatan di dalam buku itu tertulis,
28/07/14 [ Aku 0-0 Shalala ]
Kemudian dia keluarkan pen dan menulis di helaian mukasurat baru,
20/08/14 [ Aku 0-1 Shalala ]
Ape benda Shaari ni buat gua pun tak paham la.
Ni kod rahsia apa ni ??
"Bak la duit cepat Kak Yong!!"
Shakirin memandang ke arah muka Shalala dan tersenyum, dia menghulurkan duit itu dan berkata,
"Allah bagi kau otak yg bijak. Dalam 6 beradik kita ni kau paling pandai. Nanti dah berjaya tolong
kami tau."
Shalala menjeling dan mengambil duit itu, dia terus berlalu pergi. Dia keluar rumah dalam keadaan
freehair, seluar pendek dan baju kemeja ketat berjalan menuju ke kedai runcit selang 6 bijik rumah.
10 saat dia keluar dari rumah tiba-tiba kedengaran suara Bilal Hassan menjerit.
"Dummmmm!!"
Rupa-rupanya Bilal Hassan terbabas melanggar pokok pinang !!!
Gara-gara terlihat curve Shalala dari belakang.
Kau musibat Shalala, serius kau musibat.
(Bersambung)
(6)
Jam pukul 12:15am di Kuala Lumpur, Ijoy sedang melepak ngemilo dengan kawan baiknya Amin di
sebuah kedai Mapley di Q Bistro, Bandar Tasik Permaisuri. Amin ngeteh.
"Apsal ko lepak sini dooowwwwhh ?? Dalam banyak-banyak restoran, tempat lepak saki baki kaum
Nabi Luth ni jugak yg ko berkenan.
Eiiii geli shell !!"
Amin memulakan perbualan sambil mengacau air teh dengan sudu teh dalam usaha memecahkan
ikatan kimia h2o dan melepaskan haba panas ke udara. Dia pantas menyambar rokok Pine Merah
milik Ijoy.
Ijoy atau nama sebenar Mehmed Feizul Iman tidak mempedulikan pertanyaan Amin. Dia sibuk
dengan henfon beliau.
Setakat ni gua tak pasti apa model telefon dia. Nanti kalau dah tahu gua akan bgtau korang cepat2
okay.
Ijoy yg ralit kelihatan senyum, tergelak, buat muka jijik dan muka masam.
Entah apa benda dia buat sampai dalam satu masa, macam2 muka dia boleh buat.
Palancau eh?
" Oi kimak !! Ko ni kalau dah dapat beli internet ko bukan main ralit lagi kan ?? Mentang-mentang
internet tengah laju ko buat bodo je aku tanya. Kalau ko nak ajak aku lepak sini pastu ko nak main
tepon baik tak payah la kimak !!"
Amin mula tacing. Amin yg baru sahaja habis hisap rokok tadi mencapai rokok Pine milik Ijoy buat
kali kedua. Dicucuhnya, disedutnya dalam-dalam sambil memandang tepat ke arah muka Ijoy yg
menunduk segan akibat dimarah Amin.
Amin menarik pandangan memandang ke siling dan menghembuskan asap rokok sambil mengeluh.
"Haihhhhh !! Ijoyy Ijoyyyy ....
Ko tunggu la esok lusa, kuota internet ko dah habis, ko sembang dengan aku, aku buat tak dengar
je. Itu jam ko akan hargai erti sebuah persahabatan."
Amin makin serius, Ijoy pulak sudah semakin tidak selesa dan meletakkan talipon atas meja. Dia
memandang ke arah muka Amin. Amin mengambil peluang itu dengan mengangkat satu kaki dan
diletakkan di lutut sebelah.
Sila panggung kata orang tua-tua.
"Kimak kimak jangan main la Der. Pantang keturunan aku main kimak kimak ni. Okay la aku mintak
maaf. "
Ijoy mula bersuara. Pantang keturunan apa entah la Si Ijoy ni.
"Ahhh sebut kimak baru reti nak marah. Kalau aku sebut kipak tadi mesti ko tak habis-habis dengan
tepon ko.
Eh ko lepak sini watpe la sial? Lepak kedai Siam Jalan Jujur lagi best la. Downtown ke, Sg Besi ke. "
Amin menjawab.
"Okay la aku terus terang la dengan ko Amin. Aku sebenarnya dari minggu lepas dah plan. Satu
pagi tu aku nampak banyak awek-awek melintas kat depan ni. Dari apartment Penara, Cemara,
condo Cengal pun ramai pun tahu tak!! Huhuhu. "
Ijoy membalas.
" Habis tu yg ko datang lepak sini malam ni dapat apa? Aku tak nampak cikaro pun kat sini. Owner
belalai banyak la keliling ko tu, nampak tak diorg tengah usha-usha ko tu. Diorang usha leher ko."
Kata Amin separa marah. Dia tak puas hati dengan penjelasan Ijoy yg mengheret dia ke port Gay
itu.
"Tempat kita duduk sekarang ni strategik tahu tak."
Terang Ijoy lagi.
"Strategik abah kau !! Strategik nak buat apa? Perang? "
Amin meninggi suara.
Amin kini marah sepenuhnya!!
" Shhhhhhuhhhh !! Jangan bising la Amin. Tempat ni strategik untuk kita buat look around !! "
Kata Ijoy, akhirnya terbongkar jugak mengapa dia pilih tempat tu.
Amin yg tadi marah terus ternganga dan berkata,
"Masibai !! Makan soraanggg !!"
Amin terus mencapai henfon dan pantas membuat look around. Dia pun jadi cam Ijoy jugak, kejap
gelak bila nampak awek gemuk dan hodoh, kejap buat muka jijik bila nampak bapok shemale mintak
kena sontot, kejap senyum bila nampak awek dgn dp berlurah.
Mereka menghabiskan masa berjam-jam di situ tanpa berbual sesama mereka malam itu.
Sementara itu di Kampung Bongek, Rembau.
Shakirin yg sedang bermimpi sedang menarik kain langsuir yg cuba terbang melarikan diri darinya,
kini tersentak dan terbangun dari tidur.
Shakirin bangun menggosok-gosok mata. Dia melihat sekeliling bilik dia,
cerah !!
Dia ternampak nur yang menerangi segenap ruang biliknya. Nur itu masuk melalui celahan papan
dinding rumahnya yg berlubang sana sini.
Shakirin gementar, dia pandang kiri dan kanan.
Kelihatan Shalala sedang tidur dengan boxer Hush Puppies beliau dan cuma memakai tube.
"Ya Allah, kau dah hantar wakil nak cabut nyawa aku ke? Aku belum bersedia Ya Allah. Dosa aku
banyak. Ya Allah bagi la aku kesempatan, bukannya hukuman."
Shakirin mulai takut. Nur yg menerangi biliknya semakin terang dan semakin hampir. Dia tahu nur
itu datang dari luar rumah.
Shakirin mesti memberanikan diri untuk keluar melihat, dari mana nur yg menerangi itu datang dan
apa puncanya.
Shakirin melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu depan rumah.
"Kerrrrrr...... Riukkk.... Keerrrr... Riukkk...."
Lantai papan rumah Shakirin berbunyi lagi seperti bawang goreng mee sedap tetapi bunyinya kali ini
lambat.
Dia mendengar seperti bunyi yg pelik, dia kenal bunyi itu tapi dia tak ingat di mana. Dia yakin bunyi
itu punca cahaya nur itu.
Shakirin menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka tiba-tiba ......
(sambung)
(7)
Shakirin menyelak daun pintu perlahan-lahan.
Tiba-tiba,
"Pinnnn !! Pinnnnn !!"
Bunyi hon dari kereta Abang Man, anak Bilal Hassan.
"Laaahhh lampu kereta rupanya!! Aku ingatkan Gandalf tadi."
Shakirin berbisik di dalam hati.
Ceh penakut jugak rupanya Ghost Buster freelance ni.
"Assalamualaikum. Sape tu? Kak Yong eh? Ayah dah tidur ke??"
Tanya Abang Man. Dia baru sampai dari Kuala Lumpur seorang diri memandu.
Shakirin yang tak bertudung menyorok di sebalik pintu, penampakan sosok tubuhnya di sebalik
rekahan pintu membuatkan Abang Man dapat meneka dengan betul.
Mau teka tak betul, Shakirin ni la saban hari jadi bahan di alam fantasi Abang Man.
Yang si bapak dia Bilal Hassan trauma dengan curve Shalala.
"Bang Man tutup la lampu dulu, silau mata la !! Abah dah tidur la Bang Man. Kenapa?"
Enjin kereta empat darab empat Abang Man iaitu Cherokee beliau segera dimatikan. Lampu
terpadam.
Nur tadi yg terang benderang hilang dan suasana jadi gelap gelita.
Ahhhhh sudahhhhhh !!!
"Ni ha Kak Yong, Ayah kau ade kirim barang kat Abang Man ni. Ubat sakit jantung dia."
Kata Abang Man.
Shakirin yg terdengar ayat yang ayah dia ada sakit jantung terus terkejut.
"Apa dia Bang Man?"
Shakirin tanya sekali lagi untuk memastikan dia tak salah dengar.
Abang Man menggeleng-geleng kepala, dia leceh la nak kena ulang balik kan. Dua kali kerja plak.
Dah la penat drive jauh-jauh. Entah-entah Abang Man balik tadi ikut off road.
" Apppppakkk engkau, kirim obat sakit jantung !! Ni haaaaa !! Dia tak dapat pegi amik sebab jauh !!"
Abang Man ulang suara.
Shakirin tersentak, dia yg masih menyorok dan mengintai dari belakang pintu berasa sangat
terkejut.
"Takpe la Abang Man. Abang Man letak atas beranda tu, kang saya amik."
Shakirin membalas.
Abang Man atau nama penuhnya Jumanja meletakkan ubat dan berlalu pergi.
Shakirin keluar dalam keadaan gelap gelita, mengambil ubat dalam beg plastik tadi.
Semasa Shakirin ingin menutup kembali pintu rumahnya, tiba-tiba dia terbau busuk yang amat
sangat.
Dia kenal bau itu, bau musuhnya.
Shakirin terus bersedia untuk sebarang kebarangkalian.
" Imam Shamsudin ade sakit jantung rupanya. Tak lama kang mampos la tu. Gugur la sorang Imam
berkaliber kat kampung ni. Aman hidup aku. Kahkahkah!!"
Kata satu suara yg datang dari satu lembaga, iaitu Pocong.
Shakirin memandang tepat ke lilitan kain kepala hantu pocong itu. Mahu saja dia jerut leher pocong
itu. Dia merenung dengan geram ke arah iblis tersebut yang menganjing ayahnya.
"Amaannnn !!! Amannnn !! Amannnn !! Hahahaha !!"
Kata Pocong itu lagi sambil berlalu pergi terlompat-lompat seterusnya hilang dalam gelap.
Shakirin kembali tidur dalam keadaan hiba. Mengalir air mata anak gadis ini.
"Selamatkanlah ayah aku, Ya Allah. Kau yg beri penyakit, Kau juga yang sembuhkan penyakit.
Cuma kepada Kau sahaja orang-orang yang bertawakkal itu bertawakkal."
Selepas 10 minit Shakirin tertidur.
Shalala pula terjaga. Shalala tercari-cari henfon beliau. Dia melihat kalau-kalau ada sekelumit
Whatsapp dari kekasihnya berdarah Pakistan beliau iaitu Ijoy.
Ijoy lahir di Islamabad. Ijoy berpindah ke Malaysia mengikut pakcik dan ibunya selepas ayahnya
iaitu Encik Ali Jabbar dikhuatiri diculik oleh askar Russia. Ayahnya seorang pejuang Afghan -
Pakistan.
Ijoy ni baik sebenarnya, tapi selepas membesar dalam kalangan kawan-kawan yang rosak, dia turut
rosak.
Sudah la Ijoy rosak, mahu dirosakkan pula Shalala.
"Takpe la kalau Anje taknak balas. Ayang tahu Anje marahkan Ayang lagi. Ayang tak dapat tidur
langsung dari semalam pikirkan Anje. Jangan la seksa Ayang. Ambillah gambar selfie Ayang ni.
Kalau Anje dah tak merajuk balas cepat tau sayang. Mmmuahhhh !! Sayang Anje mampat-mampat
!! "
Kata Shalala menipu. Tak tidur konon, padahal baru terjaga dari tidur. Meraih simpati dengan
menipu. Tapi bijak la Shalala ni berbanding budak-budak bodoh yang toreh tangan semua tu. Itu
memang bangang terang-terang tanpa takwil dan ragu lagi.
"Kecakkk !!"
Satu selfie diambil oleh Shalala yg sedang plesing dengan tube beliau.
Ahhhhhh lingkup anak imam sekor ni.
Henfonnya Shalala berbunyi menandakan Ijoy sudah membalas.
"Tak clear la Ayang. Hantar lagi satu. Kamera rapat sangat dengan badan Ayang."
Ijoy berkata dalam Whatsapp.
Shalala tersenyum girang, bakal imamnya sudah tak merajuk.
Dia pun terus mencapai monopod dan membawa henfonnya ke dalam tandas.
Selamaaaattttt !!!
(Sambung)
(8)
Hari demi hari berlalu, sehinggalah masuk hari ke 5.
Shakirin sudah tidak mampu menahan lagi.
Membuak-buak perasaan dari jauh lubuk hatinya untuk bertanya kepada ayahna tentang penyakit
kronik ayahnya itu.
Sambil menyusun belahan buah pinang, Shakirin berperang dengan perasaan sendiri. Dia
menyusun dengan baik belahan buah pinang itu yg dipotong ibunya di atas tikar mengkuang di
perkarangan rumah.
Air mata suci gadis 20 tahun itu meleleh perlahan menyusuri bentuk hidungnya. Setitik, dua titik dan
semakin banyak.
"Kesian ayah aku, ubat mesti mahal. Kalau ayah tak sakit pun hidup kita dah susah. Mak pun bukan
sihat sangat, ada stroke. 2 3 jam baru dapat potong sebijik buah pinang."
Shakirin mengelamun, air matanya yg termasuk ke dalam mulut membuatkan dia tersentak dan
menyapu air mata dengan tangan.
"Kak Yong, ni baju ni mak dah letak kat depan. Kang tolong sidai ye."
Ibunya melaung. Shakirin menyusun buah dengan lebih pantas kerana ada tugas baru.
"Kak Yong, kenapa tu? Ayah nampak Kak Yong menangis. Panas sangat ke matahari sampai cair
hingus? Baru pukul 11 ni."
Ahh kantoi!! Imam Sudin sudah nampak!! Imam Sudin melepak di beranda rumah sambil membaca
akhbar kegemarannya, Hairan Metroll.
Seusai Shakirin menyidai baju, dia mendapatkan ayahnya yg cuma berkain pelekat Gajah Baring.
"Ayah, Kak Yong nak tanya ni. Ayah jangan terkejut ye. Ayah kena tenang, tarik nafas dalam-dalam
dan istighfar banyak-banyak sebelum dengar Kak Yong nak cakap ni."
Kata Shakirin. Dia taknak ayahnya terkejut dengan soalan beliau, kang tak pasal ayahnya heart
attack kat situ.
Lagi suka la hantu Pocong yang menunggu Imam Sudin padam tu.
"Teruskan."
Kata Imam Sudin cool.
Dah macam Jason Setatam Imam tua ni.
"Ayah sakit ke? Kenapa tak bagitau kami? Rupa-rupanya ayah cakap ayah ada kursus induksi kat
KL dua bulan lepas tu tipu la kan? Ayah mmg dah janji dengan Dokter nak kena masuk wad kan?
Kenapa tak bagitahu kami ayah?"
Tanya Shakirin yg duduk dihadapam ayahnya sambil tangan diletak di atas peha Imam Sudin.
Sambil bertanya Shakirin merentap-rentap kain pelekat Imam Sudin.
Imam Sudin yang melayu cam besa cool membaca paper. Lebih kuranh 6 saat selepas tu dia
mengeluh sambil menutup akhbar.
"Haihhhhh !! Ayah bukan taknak bagitahu pada kamu semua. Tapi ayah taknak kamu semua panik.
Jangan risau, ayah okay. Bukan sakit teruk pun."
Imam Sudin cuba meyakinkan Shakirin. Shakirin sebak, hingusnya kembali cair.
"Buktikan pada kami ayah masih sihat. Buktikan yg ayah tak teruk."
Kata Shakirin.
"Malam ni solat maghrib, ayah akan baca surah Al-Baqarah sampai habis rakaat pertama, Surah Ali
Imran rakaat kedua. Itu bukti ayah masih kuat."
Kata Imam Sudin sedikit juah.
Shakirin bingkas bangun ke dapur dan membantu ibunya memasak. Ternyata bantuan adik OKU
beliau iaitu Shaberi cuma menambah duka ibu beliau di dapur.
"Mak, Kak Yong nak kerja di bandar. Kita perlu duit lebih. "
Kata Shakirin sambil membasuh ikan kembung yg baru lepas disiangnya.
"Nape plak? Dah tak suka tangkap hantu ke Kak Yong?"
Tanya Puan Hafsah, ibunya yg tercinta.
" Tu pun satu hal mak, hantu-hantu kat kampung ni dah tak berani rasuk orang dah. Diorang semua
dah kenal Kak Yong. Semua dah jadi jinak."
Balas Shakirin sambil teringat muka Pocong yg menganjing dia satu malam di minggu lepas. Ohh
berdendam sungguh Shakirin ni.
"Habis tu sebab apa? Sebab penyakit ayah? Mak tahu Kak Yong baru tahu. Mak dah tahu lama dah.
Tapi mak rahsiakan dari korang. Takut-takut korang panik. Tambah-tambah Shaari tu, kalau dia tahu
ayah nak pakai duit lebih silap-silap dia over time menoreh hari-hari. Silap-silap buat rumah terus kat
dalam hutan tu."
Kata ibunya panjang lebar.
Shakirin nekad, dia nak kerja luar. Dia perlukan sumber pencarian yg tetap dan banyak dari
sekarang ni. Tapi malangnya, dia takde kawan yg kerja di sana. Dia juga tiada kenderaan untuk
pergi kerja ke pekan setiap hari.
Shakirin terdengar suara orang sedang berbual dengan ayahnya di beranda.
Shakirin pergi menjenguk dan kelihatan Abang Jumanja sedang galak berbual dengan ayahnya.
"Takdenye imaaaam !! Saya duduk Ampang tu ha.. Air takde, sampah banyak. Sewa tapak bazar
Ramadhan pun mahal. Ape bendeeeeeeee la diorang ni.
Tu la bla bla bla sayangi selangor bla bla bla yakini BN bla bla"
Shakirin mendapat idea apabila ternampak kelibat Abang Jumanja. Ahh apa pula idea gadis ini?
(sambung)

(9)
"Okay la Imam Sudin, saya pun dah nak balik ni. Saya pegi beli santan kedai depan tu, diorang nak
memasak tu. Adik saya Intan nak masak kari kepala ikan bilis. Huhu sedap tu Imam, lama tak
makan karipuley ni. Saya gerak dulu ye."
Kata Abang Jumanja, mengakhiri perbualan politiknya dengan Imam Sudin.
Mereka berdua beredar, Imam Sudin masuk ke dalam dan menuju ke dapur dalam usaha menjamah
makanan tengahari.
Orang tua ni bukan boleh, tepat pukul 12 tengahari kalau takde makanan dia dah ketar tangan.
Biasa la orang tua, cukup time dia mesti nak patuk.
Melihat ayahnya masuk, Shakirin bergegas ke beranda dengan harapan Abanh Jumanja masih
belum balik.
Mujurlah ada tahi burung di cermin kereta Abang Jumanja, tahi burung keras itu melengahkan
Abang Jumanja yg sedang mengopeknya dari cermin. Kalau tidak sudah pasti Abang Jumanja dah
sampai di rumah dengan kereta Cherokee beliau itu.
"Abang Man, jap jap! Jangan balik lagi. Kak Yong nak cakap kejap. "
Shakirin pantas turun ke tanah mendapatkan Abang Jumanja.
Abang Jumanja pelik dengan tindakan Shakirin itu, dia melihat atas bawah susuk tubuh Shakirin.
"Kenapa ni Kak Yong? Macam penting sangat je. Nak cakap apa?"
Tanya Abang Jumanja sambil menyambung mengopek tahi burung dari keretanya. Keras betul tahi
kering itu, barangkali tahi burung unta.
Sambil itu Abang Jumanja menjeling ke susuk tubuh Shakirin, nak buat modal di alam fantasi la tu.
"Abang Man, tempat keje Abang Man yg lama kat pekan tu apa nama? Kedai Apkat? Kedai Akkat?"
Tanya Shakirin serius. Dia terpacak di hadapan Abang Man dengan berseluar track Adibas, baju
lengan panjang dan bertudung ala-ala fareeda 9 layer.
"Kedai mana satu ni? Kedai Apkat? Kedai ape tu? Mana ada Abang pernah keje kedai tu. "
Tanya Abang Man, berkerut dahinya mengimbas kembali pengalaman kerjanya, tiada pula dia
pernah keja kedai Apkat.
"Ala, kedai yg jual barang kereta tu. kedai tu banyak kereta separuh-separuh! Ala takkan Abang Man
dah lupa? "
Terang Shakirin lagi.
Mendengar sahaja Shakirin sebut kereta separuh-separuh, Abang Man terus tergelak besar !!
"Ooooohhhh yang tu rupanya!! Hahahahahahrghhh harghhh harghhhh !! Tu bukan kedai Apkat. Tu
kedai Halfcut !!
Hadoi ingatkan kedai apa la tadi. Ya memang Abang Man pernah keja kat situ dulu. Kedai tu kawan
Abang Man punya. Nama dia Bob, dok kat Rembau jugak, hah kenape kau tanye Kak Yong?"
Jawab Abang Jumanja selepas gelak besar. Punya besar dia gelak bukan setakat air je tersembur,
kahak dia pun tersembur sekali. Haih bahaya betul Abang Man ni.
"Boleh tolong tanye tak, ade keje kosong lagi tak? Kak Yong nak keje. Tolong cari duit beli ubat
ayah. Mintak tolong sangat-sangat Abang Man."
Rayu Shakirin.
Abang Man pun gerak pulang ke rumah selepas berjanji kepada Shakirin yg dia akan tanyakan kerja
kosong di kedai kawannya itu.
Sementara itu di KL, Ijoy dan kawannya Amin sedang melepak di maplek lagi. Kali ini dia As Safa
Sri Damansara pula. Jauh betul diorang datang dari Cheras ke Damansara semata-mata nak buat
look around.
" Bapak jauh kita datang ni Ijoy. Kalau takde hasil aku tepuk muka kau. Kau tu mudah sangat
percaya kata Razi tu. Entah betul ke tak dia dapat awek anak orang kaya. Berpunca dari look
around kat kawasan ni. Ahh aku tak caye. Razi kencing je tu."
Kata Amin, sekali lagi dia memulakan perbualan.
Ijoy masih diam membisu. Dia tekun membuat look around. Habis look around dengan Wechat, dia
gunakan senjata kedua iaitu Beetalk.
Mukanya nampak pucat.
Dia nampak tak bermaya.
Adakah Ijoy sakit?
Tiba-tiba wasap Ijoy berbunyi !!
Dia pantas membukanya.
Ohhhh rupa-rupanya Shalala hantar gambar lagi.
" Ko lepak jap, aku sakit perut la. Nak pegi tandas kejap."
Kata Ijoy kepada Amin selepas mendapat gambar dari Shalala.
Kenapa kalau dua orang ni wasap mesti nak ke tandas?
Adakah itu punca Ijoy nampak pucat? Haihhh besar sebelah la tangan ko Ijoy kalau hari-hari cam
gini.
(sambung)

(10)
Lebih kurang 10 minit Ijoy di dalam tandas restoran Mapley itu, Ijoy akhirnya muncul dengan wajah
selamba dan tangan kanan yg bersih lagi wangi.
Dia melangkah perlahan ke meja di mana Amin yg sedang berusaha membuat Look Around
mencari awek anak orang kaya di sekitar Sri Damansara itu.
Ijoy kembali duduk di kerusi mengadap muka Amin.
Deringan bunyi telefon Lenovo Ijoy bertalu-talu tanda Whatsapp dari Shalala.
"Anje? Anje? Nape diam je? Dapat gambar terus diam.
Hmmmmm...."
Kata Shalala di dalam Whatsapp.
Ijoy membaca dengan muka bersahaja. Nafasnya sedikit tercungap. Dis menyalakan sebatang
rokok, sedutan pertama dia terbatuk!! Ahh kenapa terbatuk pulak??
"Anje. Balas la. Nape diam je ni. Gambar tadi clear tak? Jangan la diam je. Ayang dah berpeluh
dalam toilet ni. Lama sangat Anje diam. Kalau taknak Ayang keluar je dari toilet ni."
Kata Shalala lagi. Rupanya Shalala sudah dekat sejam lebih duduk dalam toilet rumah dia dengan
monopod, semata-mata nak amik gambar 18sx untuk dihantar kepada Ijoy.
Kesian adik OKU Shalala iaitu Shaberi yg nak masuk toilet. Tunggu punya lama sampai tertido atas
kain pengelap kaki depan pintu toilet.
"Ikut suka kau lah nak keluar toilet ke ape. Aku bizi ni."
Jawab Ijoy fedup.
Ohh dah puas kau tinggal camtu je. Musibat Ijoy.
Amin ralit dengan look around, Ijoy pula sudah tak selesa.
Lututnya terketar-ketar, rasa nak demam dan nafas tercungap.
Suasana di Mapley sunyi sepi dan hambar. Sehambar page KHK yg didakwa segelintir pihak baru-
baru ini.
Sementara itu di rumah Abang Jumanja.
"Salamelekom Bob. Ko bizi ke? Aku nak tanye ni, ko nak pakai orang lagi tak kat kedai ko? Ade
budak nak keje la."
Tanya Abang Jumanja melalui perbualan telefon.
"Walakomsalam! Ha Man.
Aku pun memang tengah cari orang ni. Runner yg lama dah berenti la. Ko suruh budak tu datang
esok. Start keje terus."
Jawab Bob bertenaga.
"Eh apsal runner lama ko berenti? Ko bayar gaji murah sangat kot. "
Tanya Abang Man lagi.
"Bukan laaaahhhh. Budak tu eksiden, mati. Dah jadi mayat takkan nak keje kan."
Jawab Bob.
"Ohhh. Okay2. Nanti esok aku suruh dia pegi kedai ko. Budak baik ni. Semayang punya orang. K
bai."
Abang Jumanja menamatkan perbualan. Dia berkawan lama dengan Bob. Beliau juga pernah
berkerja di situ satu masa dahulu sebelum berpindah ke KL. Adiknya iaitu Intan juga sekarang ini
berkerja dengan Bob sebagai kerani data.
Jadi sekarang kerja untuk Shakirin sudah ada di kedai Halfcut milik bumiputera iaitu Bob.
Jawatan yg ditawarkan adalah sebagai seorang runner.
What??
Shakirin berkerja sebagai Runner?
Runner JDM?
Dafuq maannnnnn !!
Kelihatan Abang Jumanja bergegas ke rumah Shakirin ingin memaklumkan berita baik itu. Pacuan 4
darab 4 Cherokee beliau mengaum aummm aummm membelah hutan menuju ke rumah Shakirin.
Poyo je Abang Jumanja ni, jalan tar ade je tapi saje nak masuk off road jugak. Nak kata kereta dia
hebat la tu.
(Sambung)

(11)
Lebih kurang 30 minit meredah jalan belukar dan sukar akhirnya Abang Jumanja tiba di laman
rumah Imam Sudin yg cuma 100 meter dari rumahnya kalau ikut jalan tar.
"Jadi esok Kak Yong dah boleh start keje la. Keje ni senang je, orang nak barang apa-apa Kak Yong
tolong carikan, pastu pegi hantar kat customer"
Jelas Abang Man kepada Shakirin.
"Tapi Bang Man, Kak Yong mana ada kenderaan. Cam mana nak pergi kerja? Nak hantar barang
kat customer lagi, tapi saya nak sangat keje ni."
Kata Shakirin, dia nampak sedih.
"Okay la Kak Yong, camni.
Abang Man ada moto sebijik kat rumah. Lama dah tak pakai, terbiar enjin tak hidup lama-lama pun
tak bagus jugak kan. Apa kata Kak Yong pakai je dulu moto Abang Man tu. "
Cadang Jumanja, Shakirin kelihatan memandang ke muka Jumanja dan mengangguk ayu sambil
buat mata yg dah mula nak menangis.
"Dah dah jom ikut Abang Man balik rumah, kita pegi tengok moto."
Ajak Abang Man ikhlas.
Ya ikhlas.
Imam Sudin tak tahu pasal anak sulungnya nak kerja di luar.
Kalau dia tahu pasti dia tak benarkan.
Shakirin terus memanjat Cherokee Abang Man pergi tengok moto.
5 minit kemudian,
" Laaaaa moto apa ni Abang Man? Tinggi sangat la. Panjang pulak tu. Saya mana reti bawak moto
panjang macam ni."
Kata Shakirin.
Abang Man memeriksa kondisi moto beliau. Sudah sekian lama pelesit itu berkhidmat untuknya,
sejak dari kecil lagi.
Dia tidak mempedulikan pertanyaan Shakirin, sambil menyapu habuk di atas seat dan tangki, dia
terbayang memori lama.
Dia mendongak memandang pucuk pokok durian, ahhh memori cinta luka beliau kembali terbayang.
Dia terkenang kisah dia menunggang pelesit itu dari Rembau ke Jelobak ke Jolobu semata-mata
mencari joki.
"Bang Mannnn !! Bang Mannn !!"
Suara Shakirin melaung memecahkan kesunyian, menyedarkan Bang Man yg sedang mengambil
coner lutut di selekoh Bukit Putus di alam mimpinya.
"Ya ya!! Sorry la Bang Man terkenang zaman-zaman jahiliyyah dulu."
Kata Abang Man. Air mukanya berubah seketika.
Abang Man menyambung lagi,
"Bang Man dulu nakal Kak Yong. Nakal sangat. Moto ni la jadi saksi Bang Man beraksi di atas jalan.
Atas seat moto ni jugak la banyak minah rempit kecundang dengan Bang Man."
Kata Abang Man sambil mengusap-ngusap kusyen moto itu.
"Eiii Abang Man ni, dah dah. Geli la Kak Yong camni. Ajar Kak Yong bawak moto clucth ni. "
Kata Shakirin yang sudah mula geli dan jijik dengan throwback Abang Man itu.
Mujur kau bagi respon negatif Shakirin, kalau la ko bagi respon positif, gua yakin atas kusyen moto
tu jugak ko direbahkan Si Jumanja ni.
Ikhlas la sangat ko Jumanja.
Setelah beberapa minit mengajar, Shakirin sudah bijak. Dia memang cepat tangkap.
"Okay la Bang Man, Kak Yong balik dulu la. Nak masak tengahari kat ayah tu, kan ketar tangan plak
ayah."
Kata Shakirin.
"Eh jap-jap, ni helmet ni."
Abang Man menghulur helmet Bell Five Button beliau, helmet berjalur yg labuh ke bawah tu dipakai
oleh Shakirin.
Comelnya ko Shakirin.
Hihihi...
"Ingat tau Kak Yong, 1 tekan lepas tu cungkil cungkil cungkil sampai 5 kali."
Pesan Jumanja lagi. Dia memerhatikan sahaja fizikal Shakirin yg slim menunggang motonya.
"Kalau lah aku dapat bertukar jadi moto tu kan bagus."
Kotor sungguh pemikiran Jumanja.
Shakirin menunggang moto itu pulang ke rumah. Kebetulan Shaari sedang melepak di beranda,
mendengar ngauman paip AHM moto yg ditunggang Shakirin itu, dia bingkas berdiri melihat.
" Allahuuuuuu!! Panther Jerung !!
Mana kau dapat ni Kak Yong ?!!"
Melompat Shaari ke tanah mendapatkan Shakirin. Dia berpusing mengelilingi moto itu berkali-kali.
"Wahhh aku lama sangat berkenan kat Panther Jerung cam ni.
Ko tengok kak moto ni.
Ekzos nyaring, sport rim bintang, kulit enjin chrome, tayar sotong, stiker shining potong sendiri,
helmet ko pakai pun rare lah !!
Tapi kenapa moto ni ade box Givi kat belakang? Cam terencat la."
Tanya Shaari yg nampak sangat teruja.
"Ahhh mana Kak Yong tahu. Bukan Kak Yong punya moto:
Bang Man kasi pinjam ni. Dah la akak nak pegi memasak."
Kata Shakirin lalu bergegas masuk ke dalam rumah.
Langkahnya separa laju, berseluar track suit, t shirt lengan panjang dan bertudung bawal, cukup
menggambarkan watak belia sebagai seorang gadis kampung yang baru nak menempuh dunia luar.
Sementara itu Abang Man sedang bersunyi-sunyi keseorang di dalam biliknya lebih kurang sejam.
Dia akhirnya mandi di sungai berhampiran rumahnya.
Kenapa nak kena mandi sungai lepas dok dal bilik lama-lama?
Hmmm Jumanja oh Jumanja.
(Bersambung)
(12)
Pagi itu Shakirin bangun awal. Dia mesti keluar rumah sebelum ayahnya Imam Sudin pulang ke
rumah. Ayahnya pergi ke masjid menjadi imam subuh.
Adiknya pula sebelum subuh sudah keluar menoreh.
Shalala? Shalala buat apa?
Shalala membuta hari ni. Tiada selfie, tiada monopod.
Kerana dia period!!
Kahkahkah!!
Shakirin menolak moto Panther Jerung yg disorok di belakang toilet rumahnya semalam.
Jam menunjukkan 6:44pg.
"Preenngggg !!! Prengggg !!!"
Bergema kawasan kejiranan itu akibat bunyi yg terhasil oleh paip AHM moto Jipang tersebut.
Shakirin menarik choke, menyarung helmet Bell labuh yg terkenal dengan gelaran Bell Spender itu,
Shakirin bergerak perlahan-lahan.
Dia mula memecut lebih kurang 50-60km/j.
"Prrrrrrreerrrrrrrr prerrrrrrrrr wooppp wopppp !! Wopp wopppp !!"
Moto itu bertukar bunyi.
"Aik tadi preng preng, sekarang woppp wopp pulak.. Apahal la pulak ni??"
Shakirin panik.
Kemudian dia teringat choke yg masih belum ditutup!
Ahh patut la paip bunyi sebu.
Tak cukup angin, ko tutup lobang carburator daaaa..
Shakirin terpacak di depan pagar halfcut Bob itu.
Dia menunggu lebih kurang 30 minit, lebih kurang 7:45pg baru la Intan sampai datang membuka
kunci pagar.
"Eh buat apa sini Kak Yong? Beli barang kereta ke? Eh ni bukan moto Bang Man ke? "
Tanya Intan yang baru sampai, dia pakai EK9 wa cakap lu.
Kereta ke 4 Bob itu disewakan tanpa bayaran kepada kerani mantop itu selaku skandalnya.
Shakirin menunduk mendengar soalan Intan, apatah lagi bila mendengar soalan tentang moto Bang
Man tu.
"Errr... Moto ni Bang Man bagi pinjam... Errr... Intan, Kak Yong nak kerja kat sini... Semalam Bang
Man dah call kawan dia yg boss kat sini.. Nama apa ntah, Pejal Bob ke apa ke nama dia tu."
Jawab Shakirin dalam suara tersekat-sekat. Ternyata dia segan.
Ni la yg gua respect pasal Shakirin ni. Dia selamber je buat bodo g cari keje sebab nak bantu
keluarga.
Budak laki pun belum tentu nak kalau diorang dok kat tempat Shakirin sekarang.
"Jom la masuk ofis dulu. Awal lagi ni. "
Ajak Intan. Dia membuka pintu ofis beliau itu.
"Aku ingatkan ofis betul tadi, kotak kontena je rupanya. Hahaha!!"
Bisik hati nurani Shakirin tanpa adab.
Sementara Shakirin duduk di kerusi menunggu, Intan bersiap-siap memakai uniform kerja. Alah
bukan uniform cam polis, just baju kurung warna biru. Pekerja kat luar yg hardcore punya kerja
pakai t shirt biru.
Tiba-tiba mata Shakirin terpandang tepat ke arah nametag Intan!!
"Eh Intan datang dekat sikit Kak Yong nak tengok nama kau."
Kata Shakirin.
Intan mara mengadap ke arah Shakirin. Dia suspen!
Adakah Shakirin merasakan aura hantu di sekitar situ?
Shakirin memegang nametag Intan seraya berkata,
"Ni nama betul kau ke??"
Tanya Shakirin serius.
Intan yang sangat suspen mengangguk perlahan dan berkata,
"Ye la Kak Yong. Nape? Baru tahu ke?"
Jawab Intan perlahan.
Rupa-rupanya nama penuh Si Intan ni adalah
JINTANA !!
Patut la Shakirin terkejut sangat, ada penampakan JIN kat nama Intan tu !!
Haih Bilal Hassan ni pun terpengaruh sangat dengan isteri dia tu masa letak nama anak-anak
diorang.
Yang sulung patut nama Yusuf, mak dia tibai Jusuf.
Yang kedua patut nama Ya'kub, mak dia balun letak nama Ja'cub.
Yang ketiga patut nama Manja, mak dia letak nama Jumanja.
Bang Man dapat nama Manja sebab masa kecik manja sangat, mak dia dalam toilet pun masih
taknak lepaskan nipple mak dia.
Jadi, nama last anak dia yang patut nama Intan, mak dia nak letak nama Jintan.
Tapi mendapat tentangan keras orang kampung sebab dah macam nama bahan masakan.
So jadilah Jintana.
Mak dia sebenarnya berdendam dengan Pegawai Polis yang tersilap letak nama mak dia dulu.
Asalnya nama mak dia Nur Maya. Tapi tersilap tulis kat surat beranak jadi Nur Jaya.
Dah macam nama mufti perlis pulak. Hmmm.
"Kak Yong, Abang Bob tak datang keje ari ni. Dia suruh Kak Yong wat keje cam besa dulu. So
sekarang Kak Yong jadi runner kan kat sini?"
Kata Jintana.
Shakirin mengangguk. Dia berdebar dengan tugasan pertamanya.
"Okay Kak Yong, sekarang ni Kak Yong pegi hantar barang kat customer kita ni. Semalam ada
pekerja lain dah hantar, tapi tersilap. Dia order Doorvisor EF9 dia. Kita tersilap bagi Doorvisor EF9.5
pulak. Yang jadi kantoi tu sebab kereta customer kita tu 2 pintu je, tapi kita bagi untuk 4 pintu. "
Jelas Jintana panjang lebar.
Shakirin tekun mendengar.
"Sekarang Kak Yong dah ada transport kan? Dia request COD, rumah dia kat Batu Kikir Kuala Pilah.
Kak Yong pandai-pandai la cari ek. Nah duit minyak RM20 dan duit makan. Papehal contact je saya
guna walkie talkie ni.
Doorvisor ni balut elok-elok dan sisip tepi pinggang, ikat dengan tali rapia. Okay Kak Yong?"
Kata Jintana lagi. Ahh makin lama makin menyinga Jintana ni. Kerani data je padahal, tapi dia
punya order mengalahkan Mandur.
Shakirin tanpa banyak bicara membuat seperti yang diarahkan.
Dia tak peduli dengan sarapan, yang penting barang pertama dia mesti sampai ke tangan customer
pertama dia yang terkenal dengan gelaran di dalam FB sebagai Encik Goku atau Wahai Firdaus
yang sudah mencarut-carut di rumah semalam akibat tersilap barang.
Shakirin memecut Panther Jerung dan sesekali kelihatan menunduk memotong angin.
Pray For Shakirin.
(Bersambung)

(13)
Jam menunjukkan pukul 12:20pm,
di atas sebatang jalan di suatu tempat sekitar Kuala Pilah,
sebuah moto Jipang yg dijockey Shakirin memecut. Sudah 12 kali dia pegi balik pegi balik jalan tu.
"Mana Batu Kikir ni? Aku dah la 1st time datang Pilah ni. Mak aihhh panasnya sini. Aku sarapan pun
belum ni.
Dahaga semua cukup."
Bisik Shakirin di dalam hati, sambil itu dia membetulkan Doorvisor Ef9 yang diikat rapi di
pinggangnya menggunakan tali rapya itu.
Akhirnya dia givap dan fedap.
Dia berhenti di sebuah bus stop. Banyak tahi lembu di bus stop itu.
"Apa aku nak buat ni. Nak lepak makan pun dah takde modal. Rm20 dah habis isi minyak moto ni.
Kuat betul makan minyak. Minyak tinggal ngam-ngam nak balik kedai je ni."
Keluh Shakirin. Tiba-tiba dia teringat Walkie Talkie di dalam box givi !!
Shakirin mencapai walkie talkie beliau dan melihat skrin.
Tertulis
"You have 5 missed call and 3 voice message"
Shakirin cepat-cepat play voice message di walkie talkie itu.
"Intan sini bercakap dari base, Kak Yong kat mana, lokasi terkini di mana? Roger."
Terdengar suara Jintana.
"Kak Yong, ko kat mane? Customer marah dah ni. Tunggu lama sangat!! Roger balik !!"
Suara Jintana semakin kasar.
Shakirin tersentak! Dia takut nak bukak yg seterusnya, dia tak sanggup.
Shakirin terus buat panggilan melalui walkie talkie memanggil Jintana.
"Intan, Kak Yong ni. Kak Yong sesat. Sekarang kat simpang arah nak pegi pekan Kuala Pilah
dengan Jempol.
Kak Yong nak balik lah."
Kata Shakirin.
"Roger"
Shakirin menambah lagi.
"Hah ade pun ko !! Jimbet ko sesat !! Ko merayap pegi Terminal One kan? Customer dah tunggu kat
kedai ni. Dia dah tak sabar nak pasang doorvisor, ko boleh main-main eh Kak Yong. Roger!!"
Marah Jintana.
Shakirin terkesima dimaki. Dia terus sebak. Dia menggenggam throttle PlayLife moto itu.
Dia marah. Dia geram. Dia kecewa. Dia juga sedang kelaparan.
Bukan dia tahu jalan-jalan kat situ, lagipun Jintana punya arahan tak jelas. Jintana sengaja nak
kenakan Shakirin.
Allahuuuuuu !!
Sebaknya gua terbayang Si Shakirin ni. Sabarlah sayang.
La tahzan, innallahama'ana.
Kenapa Jintana tergamak buat macam ni sekali pada Shakirin? Apa salah Shakirin pada Jintana?
Sebenarnya, Jintana ni adalah rakan sekelas Shalala. Dia dan Shalala adalah sebaya.
Sehingga kini dia dan Shalala berkawan rapat. Cuma selepas Shalala belajar di Matrikulasi
Tangkak, Jintana banyak berhubung dengan Shalala melalui laman sosial.
Rupa-rupanya Shalala banyak mengadu kat Jintana pasal Shakirin.
Shakirin bodoh lah, Shakirin malas lah, Shakirin selalu tersilap pakai seluar dalam Shalala lah,
Shakirin tidur berdengkur kuat lah dan lain-lain lagi.
Itu yang membuatkan Jintana amat membenci dan tak horman Shakirin selaku kakak kawan baik
beliau.
Lebih kurang 1 jam 45 minit Encik Goku dan Jintana menunggu di dalam ofis kotak kontena itu,
akhirnya Shakirin sampai.
"Haaa sampai pun doorvisor aku. Awak jangan lupa add saya tau dalam facebook. Wechat pun
sama. Nanti saya add awak masuk kelab Honda. Ek9 awak pun cantik."
Kata Encik Goku kepada Jintana, mereka berbual panjang di dalam ofis sementara menunggu
Shakirin.
Di dalam tempoh masa menunggu itu, Encik Goku terpedaya dengan Jintana yg mengaku Ek9 itu
adalah miliknya sedangkan Ek9 itu kereta ke 4 boss beliau iaitu Pejal Bob.
Encik Goku yg sama galak juga memancing dengan menawarkan wechat id dan akaun facebook,
konon-konon nak ajak TT dan konvoi geng-geng Honda.
"Assalamualalaikum. Kak Yonh mintak maaf sangat. Kak Yong sesat. Encik, saya mintak maaf ye.
Saya betul-betul tak pernah pegi Kuala Pilah."
Kata Shakirin sayu. Mukanya nampak pucat. Dia meletakkan Doorvisor Ef9 itu di atas riba Encik
Goku. Tangan Shakirin nampak terketar-ketar.
Nampaknya simptom hypoglycaemic attack sudah ada. Kesian Shakirin, lapar sampai gula habis
langsung dalam badan.
"Puihhh !! Bau 2T kat kau ni. Busuklah !! Orang mana pakai moto dah sekarang. Orang pakai kereta
laaahh. Honda tahu Honda??"
Sindir Encik Goku sambil menjeling ke arah Jintana.
Jintana membalas jelingan dengan senyuman yang cukup menganjing.
"Ha Kak Yong, pegi belakang. Pegi tengok camna cara diorang cuci barang spare part. Lain kali
kalau ko free ko pun kena tolong diorang kat belakang."
Arah Jintana. Shakirin mengangguk lemah, dia melangkah keluar dari kontena menuju ke belakang.
Dia tercari-cari tandas. Dia dahaga sangat, dia perlukan air dengan segera. Dari pagi tadi dia belum
makan. Dia takde modal nak beli sarapan.
Bila ternampak tandas, Shakirin dengan segera melangkah masuk.
Tapi kat tandas mana ada air untuk diminum.
Eh jap, faqqqqq!!
Shakirin minum air paip!!
Ahhh gua terpaksa berhenti kat sini dulu.
Air mata gua dah menitik.
Esok gua sambung.
Allahuuuuuu......
(Sambung)

You might also like