You are on page 1of 6

Pelan BIlik Sains

Cadangan pelan bIlik sains SJK (C) Sam Chai



































Meja Guru

Kerusi Guru

Meja Murid

Kerusi Murid

Pintu

Tingkap

Papan Kenyataan

Basin

Almari





Papan Putih

Komputer

LCD

Skrin LCD dengan
Papan Putih

Rak Buku

Peti Kecemasan

Alat Pemadam Api


Papan penyataan









Dari segi kemudahan, Bilik Sains SJK (C) Sam Chai telah dilengkapi
dengan kerusi dan meja, papan putih, kipas, tingkap, pintu, papan putih,
almari dan basin. Kemudahan ini berada dalam keadaan yang baik dan
mewujudkan keadaan yang selesa untuk belajar Sains. Bilik sains sekolah ini
berada di aras 3 . iaitu tingkat teratas. Kawasan pekeliling adalah sunyi dan
sesuai untuk menjalankan aktiviti.
Dari segi susunan fizikal bilik sains, cadangan saya ialah meja dan
kerusi murid-murid harus disusun dengan lebih kemas dan rapi mengikut
kumpulan. Saiz meja harus besar bagi memastikan semua murid mendapat
tempat duduk yang menghadapi depan bilik. Jarak antara meja perlu lebih
jauh agar kumpulan dibahagikan dengan lebih jelas. Selain ini, dalam bilik
sains ini, tidak ada meja untuk guru. Cadangan saya adalah menambah satu
meja untuk guru.
Dari segi teknologi , pihak sekolah boleh menyediakan sebuah
komputer yang boleh mengakses internet supaya guru dan murid boleh terus
mendapat maklumat dari internet. LCD dan skrin LCD juga boleh
melengkapkan kemudahan di Bilik Sains sekiranya pihak sekolah
berkemampuan untuk menambah kemudahan tersebut. Penggunaan ICT
semakin penting pada masa kini. Guru-guru boleh memperkembangkan
penggunaan ICT supaya murid-murid tidak ketinggalan zaman. Penggunaan
ICT juga dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Dari segi susunan fizikal bilik sains, cadangan saya ialah menambah
langsir pada tingkap untuk menghalang cahaya yang terlalu terang. Meja dan
kerusi murid-murid harus disusun dengan lebih kemas dan rapi mengikut
kumpulan. Saiz meja harus besar bagi memastikan semua murid mendapat
tempat duduk yang menghadapi depan bilik. Jarak antara meja perlu lebih
jauh agar kumpulan dibahagikan dengan lebih jelas.





Dari segi kebersihan dan keselamatan kelas ini, saya tidak ada tong
sampah, peti rawatan dan alat pemadam api dalam bilik sains. Keadaan
dalam bilik sains bersih tetapi tiada tong sampah.. Peti rawatan kecemasan
dan alat pemadam api penting untuk menjamin keselamatan murid di bilik
sains. Peti rawatan kecemasan dan alat pemadam api perlu mudah dicapai
oleh guru supaya dapat mengambil tindakan yang pantas semasa berlaku
kemalangan. Guru juga perlu menyempurnakan diri dengan pengetahun
pertolongan cemas dan cara menggunakan alat pemadam api.

Bagi susun atur alatan boleh ditingkatkan lagi kerana tidak ada label
alatan yang digunakan dalam bilik sains. Setiap peralatan sepatutnya
disimpan mengikut jenis peralatan dan dikunci dengan baik supaya tidak
mudah dirosakkan oleh murid. Guru juga perlu memastikan peralatan
sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik. Almari dalam bilik sains tidak
mencukupi dan saya bercadang untuk menambah satu rak buku supaya lebih
banyak bahan mengenai Sains dapat dipamerkan dalam bilik sains.

You might also like