You are on page 1of 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

*
5.0 ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
SISTEM RANGKAIAN DAN
DUNIA INTERNET
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1. Membuat penilaian terhadap bahan yang dimuat naik atau
dimuat turun dari aspek etika dan kesan terhadap diri dan
masyarakat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5.1 Kebaikan dan Keburukan Internet.
5.2 Kod Etika KPM.
5.3 Undang-undang Siber.
5.4 Privasi.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Perkongsian Maklumat
i. Pelbagai maklumat dapat dikongsi dan diperolehi dengan hanya melayari
internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan had masa.
ii. menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat seperti
google.com, search.com dan yahoo.com
Alat Komunikasi
i. Internet sebagai platform untuk berkomunikasi dan tanpa memerlukan
kos yang tinggi.
ii. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah
memudahkan komunikasi.
iii. berkomunikasi dengan menggunakan teks, suara dan video atau
menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing menggunakan
internet.
i. Jimatkan Kos dan Masa
ii. Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos
seperti kos panggilan telefon dan kos pengangkutan.
iii. Penggunaan skype yang tidak mengenakan sebarang caj.
iv. Caj penggunaan voice over internet protocol (VOIP) yang dikenakan
jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa.
v. Mesyuarat atau perbincangan dapat dilakukan hanya dengan
menggunakan video conference atau tele-conference.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Berita Terkini
i. Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini
disampaikan dengan cepat
ii. Bahan berita sentiasa dikemas kini dan memaparkan berita
terkini yang berlaku di seluruh dunia.
Promosi
i. Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk
sesebuah syarikat.
ii. Internet bukan sahaja murah malah lebih berkesan kerana
boleh diakses di seluruh dunia.
Hiburan
i. Pelbagai bentuk hiburan boleh dinikmati hanya dengan
melayari internet.
ii. Menonton secara dalam talian seperti
http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com.
iii. Permainan (games) yang boleh dimainkan secara dalam talian
bersama-sama dengan gamers dari serata dunia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Secara Dalam Talian
i. Terdapat banyak universiti yang telah menawarkan pendidikan secara
jarak jauh yang memerlukan perkhidmatan internet.
ii. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah
dilakukan secara dalam talian dan pelajar hanya mengaktifkan video
conference untuk menghadiri kuliah.
iii. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara dalam talian, kuliah
boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara
berulangkali.
iv. Keputusan peperiksaan juga boleh diperolehi secara dalam talian.
Perkhidmatan
i. Syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel
dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian
bagi memudahkan pengguna.
Contohnya, para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara
atas talian pada bila-bila masa.
i. Sosial
i. Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia secara maya.
ii. Antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan
Instagram.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Ketidaktepatan Maklumat
i. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan
menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-
masing.
ii. Ada yang menggunakan internet untuk menabur fitnah bagi
tujuan menjatuhkan pihak tertentu.
iii. Oleh yang demikian, kita mestilah bijak menilai kesahihan
sesuatu maklumat yang diterima
Virus/Malware/Worm/Trojan
i. Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk
menyebarkan segala virus, malware, worm atau trojan.
ii. Virus, malware, worm atau trojan ini bukan sahaja menyerang
sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang
terdapat dalam rangkaian yang sama.
iii. Serangan ini akan menyebabkan kerosakan kepada sistem
komputer seterusnya akan menganggu prestasi komputer dan
juga rangkaian.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahan-Bahan yang Tidak Bermoral
i. Banyak bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gambar-gambar dan
video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan
remaja.
ii. Bahan-bahan ini memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat
secara umumnya.
iii. Ibu bapa perlu memantau laman-laman web yang diakses oleh anak-
anak mereka.
Isu Keselamatan
i. Pelayan yang mudah digodam oleh para penggodam boleh
menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke
tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
ii. Tahap keselamatan dalam mengakses ke pelayan dan sistem sekuriti
rangkaian haruslah dipertingkatkan serta dikemaskini dari semasa ke
semasa.
Pembaziran Masa dan Melalaikan
i. Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain
permainan dalam talian, sembang maya dan melayari laman-laman
yang tidak berfaedah.
ii. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan
mestilah dihadkan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0.
Menerangkan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami
dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)
Garis panduan ini sebagai panduan penggunaan dan pengurusan e-
mel semua bahagian khususnya dalam pengurusan penghantaran
dokumen melalui e-mel.

Garis Panduan Norma Agihan dan Tatacara Penggunaan Bagi
Capaian Internet, E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan
Pengurusan dan Pentadbiran KPM.
Satu garis panduan berkaitan norma pengagihan dan tatacara
penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan broadband
tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan pengurusan dan
pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
o Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 Garis Panduan Mengenai
Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal
Kementerian Pendidikan Malaysia
Memberi panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian, Jabatan/Agensi
dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai
pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal
Kementerian Pendidikan Malaysia.
o Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa
Laman web/ Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Memberi garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/ Bahagian
untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir
urus Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian Pendidikan
Malaysia

o Surat pekeliling atau garis panduan boleh diperolehi di
laman http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
i. Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber
di Malaysia.
ii. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi
negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar
nasional bagi industri komunikasi dan multimedia
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
i. Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk
mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti
internet.
ii. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spektrum
penyiaran dan telekomunikasi.
Akta Tandatangan Digital 1997.
i. Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah
segala urusan melalui online termasuk penggunaan
tandatangan secara digital.
ii. Tujuan utamanya ialah sebagai usaha meningkatkan
e-commerce atau e-dagang.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah
khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan
komputer.

Akta Teleperubatan 1997.
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain
menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari
jarak jauh.

Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997.
Sebarang hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah
terlindung di bawah Akta Hakcipta.

Akta Perdagangan Elektronik 2006
Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang
semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang
sama tidak menghalang transaksi secara konvensional.

Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi
pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara
Kerajaan dengan orang awam.



KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
5.4.2 Isu-isu berkaitan privasi:
Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi
pengguna. Bagi isu keselamatan melibatkan aksi
pencerobohan (intrusion) terhadap sistem maklumat,
merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem.
Penyebaran virus menerusi sistem internet.
Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem
maklumat.
Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store
penyimpanan data tanpa perlu pengesahan.
Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam
facebook yang membenarkan perkongsian data tanpa perlu
pengesahan.





KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
*

You might also like