You are on page 1of 1

Sekolah Saya

Nama sekolah saya ialah S.J.K(C) Nan Kai. Sekolah saya di Kuala Lumpur. Sekolah saya kecil dan
cantik.

Sekolah saya ada kelas, kantin, bilik guru, bilik Guru Besar, bilik Sains, bilik komputer, bilik pekerja,
tandas, padang, perpustakaan, koperasi, bilik alat bantu mengajar, gelanggang bola badminton,
gelanggang bola keranjang dan sebagainya.

Pada waktu rehat, murid-murid pergi ke kantin untuk membeli makanan. Ada murid-murid yang pergi ke
perpustakaan untuk membaca buku. Ada juga murid yang pergi ke padang untuk bermain seperti
badminton, bola keranjang, bola sepak dan sebagainya.

Saya suka sekolah saya kerana sekolah saya bersih dan cantik.
Sekolah Saya
Saya belajar di sebuah sekolah yang terletak di bandar. Ia adalah sebuah sekolah yang besar. Ada lebih
kurang seribu orang murid di dalam sekolah saya itu. Guru Besarnya adalah seorang perempuan Melayu
yang cantik. Ia bertimbang rasa kepada semua murid-murid dan guru-guru di sekolah saya.
Ada tiga puluh orang guru di sekolah saya. Setengah daripadanya adalah Melayu, setengahnya Cina dan
India. Kebanyakan mereka adalah guru-guru perempuan. Mereka adalah guru-guru yang bijak dan
bertimbang rasa. Mereka berkerja keras supaya murid-murid dapat memahami pelajarannya dengan baik.
Perpustakaan di sekolah saya adalah sangat besar. Ada berjenis-jenis buku di dalamnya. Padang
sekolah juga sangat luas. Murid-murid bermain berjenis-jenis permainan di padang.
Sesungguhnya saya sangat sayangkan sekolah saya itu.
Sekolah Saya

Saya bersekolah di S.J.K(C) Pei Hua. Sekolah saya terletak di Ipoh, Perak.
Sekolah saya besar dan cantik. Di sekolah saya ada sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, sebuah
kanti, sebuah dewan, dan empat puluh buah bilik darjah.
Di sekolah saya ada lebih kurang seribu orang murid dan empat puluh orang guru. Semua murid
belajar dalam sesi pagi.
Saya berasa gembira kerana dapat belajar di sekolah ini.

You might also like