You are on page 1of 5

SK BUKIT GARAM

W.D.T. 13, 90200 Kinabatangan,


Sandakan, SABAH.


CATATAN MINIT MESYUARAT
PANITIA SAINS
BIL.1 Tahun 2014


TARIKH : 10 Jan 2014
MASA: 10.00 pagi
TEMPAT: Makmal ICT
SK Bukit Garam


Kehadiran :
1. Pn. Faridah bt. Haji Jamil
2. Pn. Nurul Hidayati Ching
3. En. Tai Chin Fui
4. En. Sirajuddin b. Yunus
Agenda :
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK panitia
Sains SK Bukit Garam.
Makluman

2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN SEKOLAH
2.1 Penolong kanan 1 SK Bukit garam Pn.Faridah bt. Haji Jamil
Mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru.
2.2 Mengharapkan segala pogram yang dirancangkan oleh Panitia Sains
Sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
2.3 Mengucapkan tahniah kepada semua guru Sains diatas peningkatan
pencapaian bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR pada Tahun
2013.
Makluman

3.0 PELANTIKAN SETIAUSAHA
3.1 Pelantikan setiausaha baharu Panitia Sains bagi Tahun 2014.
3.2 En.Sirajuddin b. Yunus telah dilantik sebagai Setiausaha Panitia Sains
SK Bukit Garam bagi Tahun 2014.
Makluman




4.0 YURAN AHLI
4.1 Yuran dikutip sebulan sekali setiap seorang.
4.2 Semua ahli sebulat suara bersetuju menetapkan yuran bulanan
sebanyak RM5.
Tindakan: AJK Panitia
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
5.1 Semua guru Sains perlu mempunyai RPT sendiri.
5.2 Satu salinan RPT perlu disimpan dalam fail panitia.
Tindakan: Semua guru

6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
6.1 Semua guru harus menyediakan RPH bagi setiap pengajaran dan
pembelajaran(PDP).
Tindakan: Semua guru

7.0 UJIAN GERAK GEMPUR
7.1 Ujian dijalankan sebanyak 3kali setahun.
7.2 Dijalankan pada 3 Mac, 5 Mei dan 6 Ogos 2014.
7.3 Dikira juga sebagai ujian bulanan.
Tindakan: semua guru
8.0 UJIAN TOPIKAL
8.1 Dijalankan pada setiap akhir topik pengajaran.
8.2 Bentuk ujian mengikut guru mata pelajaran tersebut.
Tindakan: semua guru
9.0 ANALISIS UPSR 2013
9.1 Analisis pencapaian UPSR Tahun 2013 dibentangkan oleh Pn. Nurul
Hidayati Ching, Ketua Panitia Sains. Analisis lengkap rujuk lampiran 1.
Tindakan : Ketua Panitia
10.0 AKTIVITI PANITIA
10.1 Pelantikan penyelaras Tahap 1 En. Sirajuddin Yunus
10.2 Pelantikan penyelaras Tahap 2 Pn. Nurul Hidayati Ching

Makluman

11.0 AKTIVITI YANG DIRANCANG
11.1 Mengadakan mesyuarat 4kali setahun iaitu pada bulan Jan, Apr,
Ogos dan Nov.
11.2 Mengemaskini makmal sains seperti inventori, kerusi meja dan
sebagainya pada bulan Feb.
11.3 Menganjurkan minggu COSMATE pada bulan Mei.
11.4 Mengadakan mesyuarat post-mortem ujian pertengahan Tahun
pada bulan Jun.
11.5 Membina pondok Sains bagi kegunaan untuk PdP luar kelas.
11.6 Ceramah motivasi Tahun 6
11.7 Kelas tambahan dan bengkel teknik menjawab UPSR
11.8 Mengadakan ujian PEKA untuk Tahun 5 dan Tahun 6
Tindakan : Guru terlibat
12.0 BELANJAWAN TAHUNAN
12.1 Menentukan kos pembinaan pondok Sains.
12.2 Menentukan kos untuk semua program anjuran panitia Sains.
Makluman
13.0 MODUL SAINS
13.1 Menentukan penggunaan Modul Sains bagi Tahun 4,5 dan 6
sahaja.
Makluman


14.0 PENCERAPAN
14.1 Pencerapan oleh Penolong kanan SK Bukit Garam dan Ketua
Panitia Sains Sk Bukit garam.
Makluman
15.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
15.1 Pengerusi mengucapkan terima kepada semua guru yang hadir.
Mesyuarat Panitia Sains SK Bukit Garam Bil.1 Tahun 2014
ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.
Makluman


Disediakan oleh, Disemak Oleh,

--------------------------------- ------------------------------
(En. Sirajuddin b. Yunus) (Pn.Nurul Hidayati Ching Abdullah )
Setiausaha Panitia Sains, Ketua Panitia Sains
SK Bukit Garam SK Bukit Garam



s.k:
1. Guru Besar SK Bukit Garam
2. Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran SK Bukit Garam
3. Ketua Panitia Sains SK Bukit Garam

You might also like