Program pendakian Gunung Irau di Cameron Highlands melibatkan 10 peserta yang menginap di rumah rehat pejabat hutan sebelum memulakan pendakian pada hari Sabtu. Mereka melalui beberapa check point sepanjang trek yang lembab sebelum tiba di puncak gunung pada petang hari. Walaupun menghadapi cabaran cuaca sejuk, semua peserta berjaya menyelesaikan pendakian dengan selamat.
Program pendakian Gunung Irau di Cameron Highlands melibatkan 10 peserta yang menginap di rumah rehat pejabat hutan sebelum memulakan pendakian pada hari Sabtu. Mereka melalui beberapa check point sepanjang trek yang lembab sebelum tiba di puncak gunung pada petang hari. Walaupun menghadapi cabaran cuaca sejuk, semua peserta berjaya menyelesaikan pendakian dengan selamat.
Program pendakian Gunung Irau di Cameron Highlands melibatkan 10 peserta yang menginap di rumah rehat pejabat hutan sebelum memulakan pendakian pada hari Sabtu. Mereka melalui beberapa check point sepanjang trek yang lembab sebelum tiba di puncak gunung pada petang hari. Walaupun menghadapi cabaran cuaca sejuk, semua peserta berjaya menyelesaikan pendakian dengan selamat.
Selepas berehat panjang sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK Kembali meneruskan aktivitinya. Program pada kali ini ialah program pendakian menawan puncak Gunung Irau di Cameron Highlands, Pahang. Buat pertama kalinya Unit Kembara Alam menggabungkan program pendakian dan program Jalan-jalan ke Cameron Highlands bagi peserta yang tidak mendaki Gunung Irau.
Semua peserta bertolak dengan bas jabatan dari Ibu Pejabat AADK jam 3.00 petang pada 28.9.2012 (Jumaat). Dalam perjalanan peserta berehat untuk makan dan sembahyang di R&R Tapah. Semua peserta selamat sampai di Cameron Highlands pada jam 10.00 malam dan bagi peserta mendaki Gunung Irau akan menginap di Rumah Rehat Pejabat Hutan Cameron Highlands. Suhu yang agak sejuk dapat dirasakan semasa menginap di rumah rehat itu. Di pejabat hutan tersebut terdapat juga Camp Site yang boleh menampung sehingga 300 orang peserta dalam satu-satu masa.
Hari kedua, 29.9.2012 (Sabtu), semua peserta mendaki Gunung Irau bangun pada jam 6.00 pagi untuk sembanyang subuh dan kemas diri. Sejurus kemudian pada jam 7.00 pagi, kenderaan dari pejabat renjer datang untuk menjemput peserta dan menghantar ke pintu masuk Gunung Irau. Selepas membeli sarapan dan makan tengahari secara packing, pergerakan ke Gunung Irau pun bermula.
Pintu masuk Gunung Irau adalah terletak berhampiran dengan puncak Gunung Brinchang dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan kecil sahaja. Dalam perjalanan tersebut, semua peserta akan dapat melihat keindahan dan kedamaian ladang teh Boh, Sungai Palas iaitu ladang teh terbesar di Cameron Highlands. Peserta juga disajikan dengan permandangan ladang-ladang sayur yang begitu subur dan segar. Peserta sampai di pintu masuk gunung Irau pada jam 7.40 pagi. -1-
Gunung Irau juga dikenali sebagai MOSSY FOREST kerana keadaan hutannya yang agak berlumut dan cantik. Gunung ini mempunyai ketinggian 6,924 kaki @ 2,110 meter dari aras laut. Semua peserta merasakan seolah-olah masuk ke dunia khalayan dengan panorama hutanya yang unik dan misteri. Ada juga dikalangan pendaki-pendaki menggelarkan hutan ini sebagai hutan Lord Of The Rings. Untuk mendaki Gunung Irau, peserta hendaklah memohon permit dari pejabat Hutan Raub/Cameron Highlands dan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang.
Selepas bersarapan ringkas, semua peserta memulakan pendakian dari pintu masuk Gunung Irau pada jam 8.15 pagi yang diketuai oleh GUIDE Saiful Onni. Untuk program pada kali ini seramai 5 peserta lelaki dan 5 peserta wanita yang mengambil bahagian.
CHECK POINT SATU - Setelah anda memasuki Pintu Masuk Hutan Mossy yang berkayu dan bertanggan maka anda akan mula memasuki trek Gunung Irau di tangga pondok terakhir. Dari pondok terakhir ini ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoin satu anda mula mendaki.
CHECK POINT 2 - Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Tiada pemandangan menarik disini. Tetapi dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau). -2- CHECK POINT 3 - Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya oranag kakan champing disini. Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.
CHECK POINT 4 - Di cek point ini tiada pemandangan yang menarik kecuali pemandangan hutan mossy yang cantik. Sebelum sampai ke cekpoin ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.
Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak. Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati-hati di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.
Semua peserta selamat tiba di puncak Gunung Irau pada jam 2.00 petang iaitu selepas hampir 6 jam pendakian. Untuk sampai ke Puncak Irau, pendaki akan melalui trek yang mempunyai batu sempadan negeri Perak dan Pahang,.Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. Kawasan ini tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Selepas berehat untuk makan dan bergambar kenang-kenangan, pendakian turun dari puncak Gunung Irau bermula pada jam 2.30 petang.
-3-
Dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Irau terdapat seorang peserta yang mengalami kekejangan otot disebabkan keadaan suhu yang sejuk dan trek pendakian yang sentiasa lembab dan basah. Berkat kerjasama dari semua peserta dan renjer yang bertugas, semua peserta selamat keluar dari Gunung Irau. Secara keseluruhan semua peserta berjalan sejauh 12 km pergi dan balik bagi mennakluk Gunung Irau.
Secara kesimpulannya, untuk menakluk Gunung Irau, seseorang itu hendaklah mempunyai kekuatan mental dan fizikal. Keadaan trek yang becak dan basah, suhu yang sentiasa dingin dan sejuk menambahkan lagi cabaran kepada semua peserta. Apa yang membanggakan ialah semua peserta AADK yang mendaki gunung ini adalah peserta yang sudah matang dan agak berpengalaman dan telah dibentuk untuk menghadapi apa-apa cabaran dan halangan tidak kira mendaki pada waktu siang atau pada waktu malam. Sesungguhnya rasa bangga yang jelas terbayang kerana dapat mencapai objjektif program ini dengan menpamerkan semangat berpasukan yang tinggi..SYABAS SEMUA.
Pintu masuk ke Gunung Irau, MOSSY FOREST
Permulaan pendakian Gunung Irau Menuruni tangga ke permulaan trek pendakian
Check Point 1- Papan tanda yang menunjukkan trek Gunung Irau
Trek Gunung Irau, sentiasa lembab dan basah serta licin
Di Check Point 2 Gunung Irau
Check Point 3 Puncak Tipu atau Mini Irau
Pendakian ke puncak Gunung Irau
Trek terakhir sebelum sampai ke puncak Gunung Irau
Laluan bahaya sebelum sampai ke puncak Gunung Irau. Laluan curam dan begitu dekat dengan trek pendakian
Bergambar kenang-kenangan di Puncak Gunung Irau
SELAMI MISTERI DUNIA FANTASI DUNIA LORD OF THE RINGS
SELAMI MISTERI DUNIA FANTASI DUNIA LORD OF THE RINGS
SELAMI MISTERI DUNIA FANTASI DUNIA LORD OF THE RINGS
SENARAI PESERTA MENDAKI GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLANDS 29.9.2012 (SABTU)