You are on page 1of 47

Puan Siti Azura Bahadin

Jabatan Psikologi dan Kaunseling


Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
PERKARA-PERKARA YANG
AKAN DISENTUH

1. NEURON DAN SINAPS

2. SISTEM SARAF PUSAT–Bahagian Otak

3. SISTEM ENDOKRIN MANUSIA


PENDAHULUAN

• Satu daripada pendekatan yang digunakan bagi


memahami jiwa & tingkah laku manusia ialah melalui
perspektif psikobiologi: gabungan psikologi dan
biologi.

• Pakar-pakar psikobiologi biasanya melakukan kajian


ke atas otak, sistem saraf, endoktrin & hormon-
hormon bagi mengenal pasti pengaruh-pengaruhnya
ke atas tingkahlaku manusia.

• Contoh: Pendarahan dalam kepala akibat


kemalangan atau individu yang secara mengejut
dikejar oleh seekor badak.
1 - NEURON-NEURON
dan SINAPS
1.1. SEL-SEL NEURON

- Sel-sel neuron adalah sel yang terpenting kerana ia


mengendalikan isyarat saraf dalam tubuh manusia.

- Sel-sel ini mempengaruhi tingkahlaku manusia.

- Sel-sel neuron mempunyai bentuk dan saiz yang


berbeza-beza.

- Rupa bentuknya bergantung kepada tugas yang


dikendalikan.

- Walaupun demikian, strukturnya adalah sama.


1.2. DENDRIT

• Bahagian atas sel ada satu struktur yang


dikenali sebagai “Dendrit”.

• Fungsi dendrit ialah menerima isyarat


yang datang daripada sel-sel neuron
yang lain.
1.3. AKSON

• Isyarat ini kemudian melalui badan sel dan


bergerak ke arah batang akson yang diliputi oleh
sarung meilin.

• Seterusnya, isyarat ini terus dibawa ke arah bouton


hujung atau terminal akson.

• Apabila isyarat ini sampai ke terminal akson, ia


tidak dapat meneruskan perjalanan kerana neuron-
neuron tidak bersentuhan antara satu sama lain.
1.4. SINAPS

• Jadi apabila tidak bersentuhan, ada ruang antara


penghujung satu neuron dengan neuron yang lain.

• Ruang ini dikenali sebagai “Sinaps”.

• Sinaps bertindak sebagai penghubung


antara neuron (Zimbardo, 2000).

• Sinaps adalah persimpangan di mana semua


isyarat mengalami ‘loncatan’.

• Loncatan ini dipermudahkan oleh sejenis bahan


kimia iaitu “neurotransmitters”.
1.5. TIGA (3) JENIS NEURON

• Ada tiga (3) jenis neuron:

– Neuron Deria,

– Neuron Motor, dan

– Neuron Perantaraan
1.5.1. NEURON DERIA

Neuron jenis ini mengendalikan isyarat


saraf daripada organ deria (mata,
telinga, hidung, kulit dan lidah) kepada
sistem pusat.
1.5.2. NEURON MOTOR

Neuron jenis ini pula


mengendalikan isyarat saraf
pusat, iaitu daripada sistem
saraf pusat kepada otot dan
kelenjar.
1.5.3. NEURON PERANTARAAN

Neuron jenis ini menghubung


isyarat daripada neuron deria ke
neuron motor.
1.6. DUA (2) JENIS ISYARAT

• Dua (2) jenis isyarat yang dibawa oleh neuron:-

1.6.1. Impuls Afren :

Isyarat yang pergi ke saraf pusat melalui neuron deria


untuk memberitahu saraf pusat mengenai aktiviti
yang berlaku dalam tubuh manusia dan persekitaran.

1.6.2. Impuls Eferen :

Isyarat yang bergerak dari tubuh manusia melalui


neuron motor dan mengarahkan organ efektor untuk
bertindak.
2 - SISTEM SARAF PUSAT:
BAHAGIAN OTAK
• Merupakan pusat kawalan sistem saraf dan amat
sensitif.

• Antara tugas asas otak :

– Menerima maklumat,
– Menyimpan maklumat, dan
– Mentafsir maklumat.

• Fungsi-fungsi mental berlaku di otak.

• Otak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:-

– Bahagian Hadapan Otak (Serebrum),


– Bahagian Tengah Otak, dan
– Bahagian Belakang Otak.
2.1. BAHAGIAN HADAPAN OTAK
(SEREBRUM)

• Serebrum berperanan mengawal pola-pola rumit


tingkahlaku dan sumber aktiviti tahap maksima.

• Bahagian ini terdiri daripada 3 struktur am :-


(a) Talamus,
(b) Hipotalamus, dan
(c) Korteks Serebrum
2.1.1. TALAMUS
Talamus :

Menyambung isyarat pergi dan balik dari


otak.
Menganalisis isyarat-isyarat deria manusia.

o Kegagalannya untuk berfungsi boleh


menyebabkan manusia hilang deria
pendengaran, penglihatan, rasa, sentuhan
kecuali bau.
2.1.2. HIPOTALAMUS

o Hipotalamus - merupakan bahgian otak terkecil


di hadapan sereblum dan di bawah talamus.

o Fungsinya :
o Mengendalikan emosi dan tingkahlaku manusia,
o Mengawal fungsi fisiologi badan.

o Contoh dari segi emosi dan tingkahlaku:


o Tingkahlaku seksual, kawalan suhu badan, makan dan
minum, tidur dan perasaan marah.

o Contoh dari segi fisiologi:


o Mengawal degupan jantung dan tekanan darah.
Sistem Limbik

• Hipotalamus dan Talamus membentuk satu


sistem – “Sistem Limbik”.

• Sistem Limbik dapat menghasilkan emosi serta


tingkahlaku bermotivasi, antaranya :-
– takut,
– gerak balas seksual, dan
– cemburu.

• Sistem Limbik terbahagi kepada 2 bahagian :-


(i) Hipokampus,
(ii) Amigdala.
2.1.2.1. HIPOKAMPUS

o Berkaitan dengan pembentukan daya


ingatan.

o Kerosakannya boleh menyebabkan


seseorang itu hilang ingatan.
2.1.2.2. AMIGDALA

o Iaitu ketakutan terhadap bahaya dan respons


terhadapnya.

o Bahagian ini akan membuat penilaian, sama


ada wujud keadaan bahaya, atau selamat
untuk ia bertindak.

o Kecelaruannya boleh menyebabkan


terbentuknya tingkahlaku yang abnormal,
seperti meniarap di lantai apabila ternampak
pancaran cahaya (seperti kilat atau cahaya
lensa fotograf).
2.1.3. KORTEKS SEREBRUM

• Satu lagi struktur yang berada di bahagian


hadapan otak ialah “Korteks Serebrum”.

• Korteks Serebrum mengandungi dua struktur


yang sama bentuknya tetapi mengendalikan
fungsi yang berbeza.

• Struktur-struktur ini dikenali sebagai hemisfera


kanan dan hemisfera kiri.
KORTEKS SEREBRUM (sambung)

• Kedua-dua hemisfera ini mengendalikan fungsi


badan yang berbeza-beza kecuali sentuhan dan
penglihatan.

• Hemisfera kanan bertanggungjawab dalam


mengendalikan bahagian kiri badan, seperti mata
kiri, kaki kiri dan tangan kiri.

• Hemisfera kiri pula berperanan dalam


mengendalikan bahagian kanan badan, seperti
mata kanan, kaki kanan dan tangan kanan.
KORTEKS SEREBRUM (sambung)

• Korpus Kolosum mengandungi kumpulan-


kumpulan akson yang menyambung
komunikasi kedua-dua hemisfera ini, iaitu
hemisfera kanan dan hemisfera kiri.
2.2. BAHAGIAN TENGAH OTAK
• Bahagian ini merupakan sebuah bahagian kecil dan
terletak di atas belakang otak.

• Peranannya sebagai stesen:


– menerima isyarat-isyarat dari organ-organ deria
manusia.

• Contohnya apabila kepala bergerak ke kiri, kanan


dan ke atas, mata manusia masih mampu
menumpukan perhatian kepada sesuatu objek
dengan tepat.

• Kadangkala kepala turut sama mengarah kepada


objek yang dilihat oleh mata agar nampak lebih
jelas. Ini dinamakan ‘Rangsangan Akoustik’.
2.3. BAHAGIAN BELAKANG OTAK

• Ia terletak dipangkal tengkorak dan merupakan


bahagian yang paling bawah.

• Apabila saraf tunjang menyambung ke otak, ia


semakin membesar dalam batang otak.

• Terdapat dua struktur yang penting dalam


bahagian ini iaitu :-

– Medula, dan
– Serebelum
2.3.1. MEDULA

• Medula mempunyai pusat yang penting


bagi mengawal pernafasan, degupan jantung,
penghadaman dan pergerakan refleks.

• Medula juga adalah tempat di mana saraf dari


otak dan saraf tunjang bertemu dan bersilang.

• Jadi, ia amat sensitif dan sebarang hentakan kuat


di belakang otak (kawasan leher) boleh
menyebabkan maut.
2.3.2. SEREBELUM
• Serebelum berfungi untuk mengawal otot-otot dan
kordinasi dalam badan.

o Serebelum kelihatan seperti korteks sereberum


yang kecil dan terletak di bahagian dasar otak.

o Ia memainkan peranan untuk mengawal


keseimbangan badan, penyelarasan dan
pergerakan otot.

o Ia turut menyimpan ingatan dalam bentuk tabiat


dan kemahiran, seperti menyuapkan makanan dan
bermain alat muzik, sambil bernyanyi.

o Kecederaannya mungkin menyebabkan seseorang


tidak mampu bergerak, seperti berjalan, berlari dan
bermain.
3 - SISTEM ENDOKRIN
MANUSIA
• Sistem saraf manusia dibantu oleh satu sistem
lain yang dinamakan ‘Sistem Endokrin’.

• Sistem ini mengawal proses-proses tubuh


manusia dengan penggunaan bahan kimia.

• Dalam sistem endokrin, terdapat lapan (8)


kelenjar yang mengeluarkan hormon-hormon
tertentu.
3.1. KELENJAR ADRENAL
• Kelenjar ini terdapat di atas kedua-dua buah
pinggang.

• Ia penting dalam mencetuskan emosi, metabolisme


dan nafsu seks.

• Apabila dirangsang, sama ada oleh hormon daripada


sistem saraf autonomi atau kelenjar pituitari,
kelenjar ini akan mengeluarkan tiga (3) hormon
penting iaitu:-

• Kortisol,
• Norepinefrina, dan
• Epinefrina.
• Tujuan kelenjar ini ialah untuk :-

(a) Bertindakbalas terhadap Tekanan (iaitu


hormon norepinefrina dan epinefrina).

(b) Membentuk antibodi melawan penyakit (iaitu


hormon kortisol).
3.2. KELENJAR LANGERHANS

• Merupakan sel-sel endokrin dalam pankreas yang


mengawal aras gula dalam darah.

• Ia mengawalnya melalui dua (2) hormon yang


bertindak secara berlawanan, iaitu hormon
glukogen dan hormon insulin.

• Fungsi Hormon Glukogen merangsang hati untuk


menukarkan gula kepada glukose bagi
membekalkan tenaga.

• Fungsi Hormon Insulin pula mengurangkan


jumlah kandungan glukose dengan cara
menyerapnya daripada aliran darah.
3.3. KELENJAR SEKS

• Kelenjar seks terdapat pada kemaluan


lelaki dan wanita:

– Ovari untuk wanita, dan


– Testis untuk lelaki.

• Ovari pada kelenjar seks wanita akan


mengeluarkan hormon – ovum, serta
menghasilkan telur --- ova.

• Testis pada kelenjar seks lelaki akan


mengeluarkan hormon --- sperma.
• Kedua-dua kelenjar ini penting untuk
membangkitkan rasa sensasi dan seksual.

• Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan ciri-ciri


seks sekunder, seperti bentuk badan, dan bulu
badan.

• Kelenjar testis (lelaki) akan mengeluarkan hormon


‘Testosteron’.

• Kelenjar ovari (wanita) akan mengeluarkan hormon


‘Estrogen’.

• Kelenjar seks juga amat perlu kepada pasangan


untuk mendapatkan zuriat (anak).
3.4. KELENJAR TIROID

• Ia terletak di bawah peti suara.

• Ia mengawal kadar metabolisme tubuh


organisme.

• Hormon yang dikeluarkan ialah ‘hormon


Tiroksina’, iaitu hormon yang dapat menentukan
perkembangan aspek-aspek berikut secara am:

– Fizikal,
– Mental, dan
– Otot-otot.
• Kekurangan pada hormon tersebut boleh
menyebabkan seseorang menjadi lembab,
terencat akal, manakala otot-ototnya akan
menjadi lemah.

• Hormon Tiroksina juga mengaitkan berat badan


seseorang dengan kadar metabolisme.

• Orang gemuk biasanya memiliki kadar


metabolisme yang rendah kerana kandungan
hormon Tiroksina rendah.

• Orang kurus dilihat sebagai memiliki kadar


metabolisme yang berlebihan kerana kandungan
hormon Tiroksina yang berlebihan.
3.5. KELENJAR PARATIROID

• Kelenjar ini terletak dalam kelenjar tiroid.

• Ia mengeluarkan sejenis hormon –


“Paratormon”.

• Hormon ini membantu sistem saraf


manusia.

• Ia penting untuk perkembangan dan


keaktifan sistem saraf.
3.5.1. PARATORMON

• Paratormon mengawal keadaan aktif sistem


saraf melalui peningkatan dan pengurangan
tahap-tahap ion (cas-cas ion) dalam sel neuron.

• Individu akan mengalami penyakit lelah jika


hormon paratormon terhasil secara berlebihan.

• Ini kerana sistem saraf akan menjadi lebih aktif


daripada biasa.
3.6. KELENJAR PITUITARI

• Ia terletak di bawah otak.

• Ia dikawal oleh bahagian hipotalamus.

• Ia dikenali sebagai “Kelenjar Induk” kerana ia


mengeluarkan hormon-hormon bagi mengatur
aktiviti kelenjar lain dalam sistem endokrin.

• Fungsinya paling penting ialah :-

– Mengatur reaksi tubuh badan terhadap tekanan, dan


– Penentangan terhadap penyakit.
• Kelenjar Pituitari mengeluarkan hormon pertumbuhan.

• Hormon ini mempunyai kesan penting ke atas tubuh


manusia, terutama dari segi:-

– Tumbesaran, dan
– Mengawal tekanan darah.

• Kandungan hormon pertumbuhan yang terlalu sedikit akan


melahirkan individu bersaiz kerdil.

• Manakala kandungan hormon yang terlalu banyak akan


melahirkan individu bersaiz gergasi.
3.7. KELENJAR PINEAL

• Kelenjar Pineal berada di antara hemisfera


serebrum dan atas talamus.

• Hormon utama yang dikeluarkannya ialah


“Melatonin”.

• Ia berperanan dalam merancang dan melaksanakan


rentak kehidupan manusia antaranya,

– Rasa ingin berehat,


– Tidur, bangun,
– Ingin bermain, dan
– Kitaran haid untuk wanita.
• Kadar hormon melatonin adalah perlu dalam menentukan
perasaan ceria, atau muram, seseorang individu itu.

• Kadar yang tinggi membantu keceriaan hidup manusia.

• Kandungan hormon melatonin dapat dikesan dengan cara


mendedahkan manusia kepada cahaya matahari.

• Rawatan terhadap perasaan manusia dapat dilakukan


dengan kaedah cahaya kerana cahaya mempengaruhi aras
melatonin.
Pagi-pagi breakfast meegi,
Minum kopi tanpa gula,
Rajin-rajin ler mengulangkaji,
Jika anda ingin BERJAYA….

You might also like