You are on page 1of 21

PSIKOLOGI

KESIHATAN
Puan Siti Azura Bt Bahadin
Jabatan Psikologi dan Kaunseling
Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
1
PSIKOLOGI KESIHATAN

Psikologi kesihatan mengkaji faktor-


faktor behaviorisme di dalam perubatan,
kesihatan fizikal dan rawatan.

2
TEKANAN (STRES)
1. Tekanan (Stres) - keadaan fizikal dan mental
yang berlaku apabila individu perlu berubah
atau menyesuaikan diri didalam persekitaran.
2. Tekanan yang bagus digelar ‘eustress’ di
mana ia merangsang, memberi tenaga dan
kepuasan kepada individu seperti memanjat
gunung, mendapat pekerjaan baru dan
berkenalan dengan rakan baru.
3
3. Reaksi stres adalah gerak balas fizikal
terhadap tekanan yang meliputi
perubahan badan, seperti ketegangan
otot, berpeluh yang berkaitan dengan
bangkitan sistem saraf autonomik.

4
TANDA-TANDA EMOSI
1. Kerisauan (Anxiety)
2. Apathy
3. Sering marah
4. Keletihan mental

5
TANDA-TANDA TINGKAH LAKU
1. Mengelak daripada tanggungjawab dan
perhubungan.
2. Tingkah laku yang membahayakan diri
(atau ekstrim).
3. Tidak mengendahkan diri.
4. Hilang pertimbangan atau Pertimbangan
yang lemah.
6
TANDA-TANDA FIZIKAL
1. Kerisauan melampau terhadap penyakit
2. Sering sakit
3. Keletihan
4. Penggunaan ubat yang berlebihan
5. Kesakitan dan rungutan mengenai fizikal
diri
7
PUNCA TEKANAN (STRES)
1. Bencana, kesilapan manusia-tumpahan toksik
2. Perubahan penting dalam kehidupan manusia
juga memerlukan penyesuaian dan boleh
menyebabkan tekanan.
3. Konflik-apabila individu perlu memilih satu di
antara dua matlamat / cita-cita yang bersaing
atau masing-masing mempunyai kelebihan dan
sukar dibuat pemilihan.
8
RICHARD LAZARUS
 Dua cara dalam menangani sesuatu keadaan
yang dilihat sebagai merbahaya atau gangguan.
1.PENILAIAN UTAMA (PRIMARY APPRAISAL)
Di mana individu membuat pilihan sama ada
sesuatu situasi itu penting atau tidak penting,
positif atau satu gangguan.
2.PENILAIAN KE 2 (SECONDARY APPRAISAL)
Di mana individu menilai apa yang dimiliki
untuk menghadapi tekanan atau cabaran
tersebut.
9
DAYA TINDAK
1. PENAFIAN (Denial)
Ia bertujuan untuk membantu diri-sendiri
menerima sesuatu hakikat yang pahit atau realiti
yang tidak menyenangkan sama ada dengan cara
menolak realiti tersebut, tidak menerimanya,
atau mempercayainya.
Penafian biasanya berlaku akibat kesukaran
menerima suatu berita buruk seperti kematian,
sakit atau peristiwa yang menyedihkan dan
menjadi ancaman ke atas kestabilan emosi.
10
2. MEMENDAM (Repression)
Freud percaya bahawa manusia melindungi
dirinya dengan memendam perasaan sebagai
cara untuk melupakan peristiwa pahit atau
trauma yang dialami.
Nama orang yang dibenci dan perkara yang
memalukan atau kegagalan sering dipendam
dan tidak diceritakan kepada orang keliling.

11
3. REACTION FORMATION
Daya tindak ini menghalang impuls merbahaya
daripada diekspresikan sebagai tingkah-laku
dan individu akan mempunyai tingkah laku
yang bertentangan dengan tingkah laku yang
dipendam.

Contohnya, seorang ibu yang membenci


anaknya melalui daya tindak ini akan mengawal
ketat anaknya (overprotective), atau
memanjakannya (overindulgent), supaya dia
dapat lari dari kenyataan bahawa dia membenci
anaknya .
12
4. REGRESI (Regression)
‘Regresi’ bermaksud kembali ke asalan, situasi atau
perangai semakin merosot dan kurang mencabar.
Seorang anak sulung yang baru menerima adik baru
mungkin akan mengalami regresi sebagai cara untuk
menarik perhatian ibu-bapanya.

Dia mungkin ingin memakai lampin atau menyusu


botol seperti adiknya walaupun dia sebenarnya telah
lama meninggalkan tahap tersebut.
13
5. PROJEKSI (Projection)

Projeksi merupakan proses di bawah sedar


yang melindungi manusia daripada kerisauan
yang dirasai.

Seorang individu akan melihat orang lain yang


bermasalah walaupun dia sebenarnya yang
menghadapi masalah tersebut
14
6. RASIONALISASI (Rationalization)
Memberi justifikasi ke atas tingkah laku
individu dengan memberi sebab-sebab
yang munasabah, rasional walaupun
sebenarnya sebab-sebab yang diberikan
tidak berkaitan atau tidak benar.
Contohnya seorang pelajar gagal
menghantar tugasan tepat pada waktunya.
Pelajar tersebut akan memberi pelbagai
alasan yang munasabah walaupun ianya
bukan sebab yang sebenar. 15
7. GANTI RUGI (Compensation)
Daya tindak ke atas perasaan rendah
diri. Individu yang mempunyai
kekurangan atau kelemahan sama ada
ianya benar atau hanya imaginasi akan
cuba sedaya upaya untuk menutup
kelemahan tersebut dengan berjaya
dalam bidang lain.

16
8. SUBLIMASI (Sublimation)
8.1. Daya tindak ini didefinisikan sebagai
melepaskan perasaan geram/tekanan melaui
aktiviti sosial yang diterima masyarakat.
Freud percaya bahawa aktiviti kreatif seperti
muzik dan seni memberi laluan kepada
individu untuk mengawal tenaganya ke arah
yang produktif.
8.2. Contohnya individu yang bersikap langsang
akan diterima masyarakat jika menggunakan
sikap tersebut dalam menceburi kerjaya
askar, ahli tinju dan sebagainya.
17
General Adaptation Syndrome (GAS)
1. General Adaptation Syndrome (GAS) dalam Bahasa
Malaysia dikenali sebagai “Sindrom Adaptasi Umum”
2. GAS merupakan beberapa reaksi yang diberikan oleh
tubuh manusia apabila berhadapan dengan tekanan
atau stres yang berterusan.
3.Hans Selye (1976), menyatakan bahawa badan
manusia memberi tindak balas yang serupa terhadap
apa jua jenis tekanan tidak kira sama ada ianya
adalah peristiwa yang memalukan, pekerjaan baru,
atau kegagalan.

18
4. GAS terbahagi kepada tiga peringkat:
(a)Reaksi yang mengejutkan simptom
seperti sakit kepala, sakit badan dan
badan mula cuba untuk menghadapi
tekanan tersebut. Kalenjar pituitary
menghantar maklumat kepada kalenjar
adrenal untuk menghasilkan lebih
banyak adrenalin dan noradrenalin.
(b)Peringkat melawan yang menentukan
ketahanan
(c)Peringkat mengalah dan keletihan 19
CARA MELEPASKAN DIRI DARI TEKANAN
1. Progressive Muscle Relaxation
2. Guided Imagery
Individu dipandu untuk mengimaginasi
peristiwa-peristiwa yang memberi
ketenangan dan merehatkan individu
tersebut.
3. Sukan & Meditasi
20
21

You might also like