You are on page 1of 6

ENGLISH MALAY IKUTI KAMI HUBUNGI KAMI SERTAI KAMI KENALI KAMI

LOGIN | IP LOGIN | SUBSCRIBE NOW | LUPA KATA LALUAN?


Carian | RSS | Mobile | Iklan
UTAMA BERITA KOLUM SURAT VIDEO CJ.MY KINIBIZ MAP PROPERTY PEKERJAAN BOOKS
TRENDING Government performance UMNO Police Religion YourSay/VoxPop Judiciary
Human Rights Democracy DAP MCA
SHARE THIS STORY
Tweet Tweet
-
CARTOONKINI
Advertise here
Kalimah Allah: Apa selepas ini?
Mujahid Yusof Rawa
10:34AM Okt 18 2013

ULASAN Tarikh 14 Oktober 2013 akan diingati oleh semua pihak
kerana ia jatuh pada 9 Zulhijjah ketika para jemah haji berwukuf dan
mereka yang di luar Arafah bersiap untuk menyambut Aidiladha.
Pada hari yang sama Mahkamah Rayuan menetapkan penghakiman
rayuan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa majalah
Kristian The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam
penerbitannya.
Penghakiman ini mendapat
perhatian antarabangsa kerana
Malaysia menjadi negara unik
yang mengharamkan perkataan
ini digunakan oleh penganut
Kristian.
Saya dihujani soalan daripada
pemberita tempatan dan luar
negara meminta respons
keputusan mahkamah Malaysia.
Hari wukuf itu saya sibuk
melayan soalan dan telah
kemaskini status perkembangan
terkini isu kalimah Allah dalam
media sosial saya.
Saya juga dimaklumkan respons
awal kelompok ekstrim kanan
mahu melebarkan keputusan ini ke Sabah dan Sarawak kerana
penganut Kristian sana menggunakan Bible yang tertera di dalamnya
kalimah Allah sebagai terjemahan dari perkataan "Elohim".
Di sebalik kegembiraan golongan ekstrim kanan dan sebahagian
orang Melayu, masyarakat Kristian Katolik pula bersedih dan marah
bahawa hak mereka dikecewakan oleh keputusan panel tiga hakim.
Suasana raya untuk saya pada hari itu dipenuhi dengan pelbagai
soalan.

14
Suka
Online sekarang pada 22:07:50
Adakah anda fikir SPRM akan
berjaya untuk membuktikan kes
korupsi?
Ya
Tidak
Tidak tahu
Sertai sekarang dan menangi baucer
pasaraya bernilai RM 1,000!
Terms &Conditions apply
converted by Web2PDFConvert.com
Advertise here
soalan.
Ke manakah
dasar kebebasan
agama hendak
dibawa? Adakah
negara kita kini
dikuasai
kelompok
ekstrim kanan?
Apakah masa
depan hubungan
antara agama
akan dipengaruhi
unsur rasis
daripada
kesucian agama
itu sendiri?
Adakah ekstrimism agama akan subur?
Saya cuba bersikap jujur untuk menjawab persoalan di kepala saya.
Kejujuran hanya boleh dipandu dengan prinsip dan prinsip terpandu
dengan keilmuan, manakala keilmuan pula asasnya ialah objektiviti
dan bukan sentimen.
Saya melihat sejak awal isu kalimah Allah ditunggangi prinsip yang
salah maka kewajaran ilmu yang sepatutnya memandu prinsip
dikuasai oleh sentimen lalu objektiviti tajuk menjadi tersasar dari
perbincangan yang ilmiah dan mendasar.
Prinsip rahmat seluruh alam
Prinsip Islam dalam hubungan dengan bukan Islam terbina atas asas
rahmatan lil alamin (rahmat kepada seluruh alam).
Kesejahteraan yang Islam angkat dan usung mencakupi perlindungan
kepada kebebasan beragama dan hak untuk agama lain
melaksanakan keperluan agamanya.

Prinsip Islam juga mempertahankan hak agama lain dari dicerobohi
kerana atas nama kemanusiaan tiada siapa yang berhak menodai
atau memaksa umat lain menerima agamanya.
Dalil kepada prinsip di atas dipraktikkan sepanjang penguasaan
tamadun Islam yang merentasi Timur dan Barat dunia.
Kewujudan agama lain di bawah pemerintahan Islam tidak pernah
dinafikan, khusus dengan pengikut Kristian dan Yahudi, Islam
senantiasa menganggap mereka sebagai saudara Ahlul Kitab.
Walaupun kebanyakan mereka menggunakan kalimah Allah dalam
kitab Injil mereka dengan bahasa Arab, namun ia tidak pernah
menjadi isu, bahkan tidak pernah umat Islam takut jika digunakan
kalimah itu atas alasan akan berlaku kemurtadan.
Ia tidak menjadi isu
kerana prinsip
rahmatan (sejahtera)
membenarkan, maka
siapalah kita hendak
menodai prinsip ini.
Keagungan prinsip ini
dalam konteks hak
agama lain
ditafsirkan oleh asas
yang cukup suci
dalam Islam iaitu
"tiada paksaan dalam
beragama".
converted by Web2PDFConvert.com
Ia bukan sahaja bermakna kita tidak boleh memaksa orang lain ke
dalam agama Islam tapi juga bermakna kita tidak boleh mencampuri
urusan agama lain dalam kegiatan seharian mereka.
Siapalah kita hendak memaksa kalimah yang sama yang mereka guna
seperti Allah mesti difahami menurut kehendak agama kita?
Antara tanda kebesaran Allah ialah menjadikan kewujudan agama
berbeza-beza sebagai sesuatu yang berkekalan sifatnya.
Wala yazaluna mukhtalifeen apabila ada perbezaan agama maka
perbezaan teologi pasti akan berlaku.
Mampukah kita mengubah panduan Ilahi dengan melarang agama lain
menggunakan perkataan yang kita pakai dengan pentafsiran yang
berbeza-beza?
Sebab itu prinsip ini senantiasa dipelihara oleh ulama dan umarak
silam bagi memartabatkan rahmatan Islam kepada manusia yang
berbilang agama.
Keilmuan memimpin 'benar-sesat'
Kebenaran yang kita junjung tidak bererti kita harus mewajarkan
kesesatan' orang lain dengan mencerobohi hak mereka.
Jika perasaan itu tidak terkawal maka akan huru-hara perhubungan
antara agama lantas keilmuan Islam memimpin hubungan benar dan
sesat' ini melalui nilai peradaban yang tinggi iaitu dialog dan
perdebatan yang sihat.
Maka Islam
menggariskan
pendekatan bil
hikmah wal
mauizatul hasanah
(hikmah dan kata
nasihat) dan jidal
billati hia ahsan
(berdebat secara
sihat).
Inilah keilmuan yang
memandu sentimen
dan emosi demi
memelihara tujuan Islam dibangkitkan oleh Allah iaitu kedamaian dan
rahmatan kepada semua.
Sebab itu semua buku dalam daerah keilmuan yang mendebatkan
sama ada kalimah Allah boleh dipakai oleh bukan Islam atau tidak
adalah dalam aspek perdebatan intelektual dan bukan undang-
undang yang menghalang maksud kebebasan agama yang dijunjung
oleh Islam.
Memelihara kemurnian prinsip ini lebih utama dari melayani perasaan
puak sempit agama dan rasis yang tidak bertanggungjawab.
Adakah para hakim kita melayan prinsip Islam atau melayan kerenah
sebahagian manusia bigot yang jahil?
Sempit agama
Mereka yang membaca Islam atas sentimen kebencian pada agama
lain harus memahami bahawa di sana Islam telah meletak disiplin dan
kerangka yang jelas hubungan antara agama.
Pernyataan keras Islam terhadap kesesatan' adalah berpandukan
kepada premis haq dan batil, tauhid dan kesyirikan. Begitu juga
dalam membentangkan premis permusuhan yang berpotensi
menggugat keberadaan Islam.
Tanpa suasana yang
disebutkan maka
Islam meletakkan
kembali asas
kesuciannya
memelihara hak
kebebasan, hak
beribadat agama lain
dan hak keperluan
mereka. Itu adalah
asal dan asasnya.
Permusuhan Islam kepada orang lain adalah atas sikap permusuhan
orang kepadanya kerana Islam juga perlukan kekuatan. Selain
converted by Web2PDFConvert.com
daripada alasan ini maka asasnya ialah kedamaian dan
kesejahteraan.
Apakah kalimah Allah digunakan oleh penganut Katolik diwarnai
konteks permusuhan?
Ataukah ia konteks menyatakan haknya?
Golongan sempit agama terpaksa lebih teliti dalam melanggani isu ini.
Teori memurtadkan
orang Islam jika benar
ada kerana kekeliruan
perkataan mesti
didatangkan dengan
bukti yang jelas, dan
saya yakin para hakim
yang membuat
keputusan jika membuat
keputusan atas andaian
yang hipopetikal dan
dalam kes yang mungkin
(jika ada) terlalu terasing.
Bolehkah hanya dengan andaian sesuatu hukum itu ditetapkan?
Mereka tidak akan bergelar hakim jika mereka bukan orang yang bijak
dan berhikmah kerana kesan penghakiman akan memberi implikasi
yang kepada prinsip besar Islam iaitu prinsip kesejahteraan.
Apa selepas ini?
Saya bangun awal pada hari raya pertama untuk membuat
persediaan khutbah Aidil Adha di Masjid Al-Huda Sungai Ara, Pulau
Pinang.
Di waktu yang sama saya terdengar sebelum subuh takbir raya
dengan suara yang merdu dari corong masjid berdekatan rumah ayah
saya iaitu almarhum
Haji Yusof Rawa di
Gelugor.
Laungan Allahu Akbar
saya sambut dalam
hati saya sambil air
mata saya
berlinangan dan
sempat saya berdoa.
"Ya Allah Engkau
maha mengetahui hamba-Mu, berikanlah aku kejelasan dan kekuatan
untuk mengagungkan nama-Mu dengan menitipkan rahmah-Mu di
mata manusia, berikan aku kekuatan untuk berhujah dengan manusia
melalui prinsip dan bukan melalui kemarahanku."
Tanpa disedari kedengaran azan subuh selesai doa pada hari raya
Aidildha itu, lantas saya terus tertanya apa selepas ini?
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ialah pengerusi pertama bagi
South East Forum for Interfaith Networking for Peace dan menulis
pengalaman berdialog antara agama dalam buku terbaru, Berdialog
Dengan Gereja: Sebuah Travelog Kedamaian.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan
tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko
akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Tambah Komen
converted by Web2PDFConvert.com
Plugin sosial Facebook

Stefanus Hawariyun Top Commenter SMK
Matius 27:46
"Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
Markus 15:34
"Eloi, Eloi, lama sabakhtani?", yang berarti: Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eloi, Eloi, lama sabakhtani?", yang berarti: Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eloi, Eloi, lama sabakhtani?", yang berarti: Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eloi, Eloi, lama sabakhtani?", yang berarti: Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
"Eloi, Eloi, lama sabakhtani?", yang berarti: Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?
Wahai kristian, gunalah kalimah "Eli" atau "Eloi" sepertimana Jesus ajarkan. Kalau masih tak mahu guna ajaran Jesus asli ini sebaiknya kristian campak sahaja salib tu dalam tandas.
Balas Suka 5 minit yang lalu
Dayang Aini Aisyah Top Commenter Universiti Teknologi Petronas - Main Page
Jesus bukanlah anak ALLAH seperti yang kristian katakan.
Lihat video debat JESUS BUKANLAH ANAK ALLAH.
http://youtu.be/phJDw9fPdck
Akidah umat islam di malaysia akan lebih terpesong seperti di indonesia yang membolehkan kahwin campur antara islam dan bukan islam.
Balas Suka 4 minit yang lalu
Nafis Mohd Shah Alam, Malaysia
allah bukan tuhan bagi mazhab roman katholik...tak caya kita boleh gi tanya pemimpin besar puak Roman Katholik, Pope John Paul. sudah tentu dia akan kata Allah bukan tuhan mazhab
itu. Saya cadangkan supaya kita hantar Wakil yg terdiri dari para Mufti dan juga paderi dari malaysia buat perjumpaan dgn pope atas isu ini.
Balas Suka 8 minit yang lalu
Yong Chun Wah Top Commenter
Kau jangan menyesatkan orang lain. Mereka dengan kepercayaan dan amalan mereka dan kau dengan kepercayaan dan amalanmu. Jika kau ada banyak masa, kau boleh
pergi ke dunia arab untuk berbincang dengan ulama2 mazhab hanafi, syiah , dll. Mind your own biz. Islam ada suruh kau masuk campur dalam kepercayaan dan amalan
orang lain? Hahaha
Balas Suka 25 saat yang lalu
Dayang Aini Aisyah Top Commenter Universiti Teknologi Petronas - Main Page
Jesus bukanlah anak ALLAH seperti yang kristian katakan.
Lihat video debat JESUS BUKANLAH ANAK ALLAH.
http://youtu.be/phJDw9fPdck
Mereka hanya ingin mengoncang akidah umat islam secara senyap..
Balas Suka 12 saat yang lalu
Yong Chun Wah Top Commenter
Isu ni dimulakan oleh seekor botak umno dulu. Dah berak, tolong suruh dia dan partinya pergi bersihkan taik yang ditinggalkan? :)
Balas Suka 10 minit yang lalu
Dayang Aini Aisyah Top Commenter Universiti Teknologi Petronas - Main Page
Jesus bukanlah anak ALLAH seperti yang kristian katakan.
Lihat video debat JESUS BUKANLAH ANAK ALLAH.
http://youtu.be/phJDw9fPdck
Jangan samakan ALLAH umat islam dengan tuhan kamu.
Balas Suka 48 saat yang lalu
converted by Web2PDFConvert.com
2013 Malaysiakini. All rights reserved. English | Malay | |
Malaysiakini Account
Subscribe to Malaysiakini
Payment Methods
Terms of Services
Search
About
About Malaysiakini
The Team
Advertising
Join Us
Contact Us
FAQ
Partners
Partner Sites
Property
Map
Our Digital Network
KINITV
Citizen Journalism
FeedGeorge
New Media School
Digital Library
SEACeM
Manage4me
Mobilekini
Kinibooks
Undi.info
Follow Us
Facebook EN BM CN
Twitter EN BM CN
YouTube
Email newsletter
SMS news alert
Mobile web
converted by Web2PDFConvert.com

You might also like