You are on page 1of 5

SIMPULAN BAHASA

1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.
A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda
2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin
3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ .
A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang
4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.
A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah
5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah
6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu
7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.
A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati
8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.
A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran
9. Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh
10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .
A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf
11. Aida suka membaca, maka dia digelar _______.
A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin D kaki bangku
12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga D buah hati
13. Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.
A mulut tempayan B telinga kuali C tangan panjang D kepala angin
14. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh D berjimat cermat
15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
A makan suap B makan angin C makan tuan D makan hati
16. Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu .
A mata duitan B buah tangan C gaji buta D durian runtuh
17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi _______ negara ke Sweeden .
A Guru Besar B Hakim Besar C Menteri Besar D duta besar
18. Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah
dikemudian hari.
A cerdik pandai B gagah perkasa C kurus kering D tinggi lampai
19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ .
A air hujan B air mata C air terjun D air laut
20. Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya .
A panjang tangan B lepas tangan C ringan tangan D dalam tangan
21. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami .
A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati D bertegang urat
22. Kerja-kerja _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan .
A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia D menaik taraf
23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat _______hendak mencuba lagi .
A sakit hati B baik hati C tawar hati D iri hati
24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau _______ dengan syarikat di luar negara itu .
A bercampur aduk B berumah tangga C berurus niaga D beramah mesra
25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan
itu.
A tarik diri B tangkap mata C tangkap muat D tangkap buta
26. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
A ringan mulut B ringan tangan C ringan lidah D ringan kepala
27. Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
A sakit hati B samar muka C sakit mata D sabung nyawa
28. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu D Pening lalat
29. Siti Aisyah _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya.
A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing D senyum sumbing
30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk
mengatasi masalah yang rumit itu.
A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah
31. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu.
A berjimat cermat B bermandi peluh C berputih tulang D bertegang urat
32. Persembahan Zaki yang _______ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang
pertandingan mendeklamasikan sajak itu.
A ada akal B ambil berat C atas pagar D ada gaya
33. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit.
A bodoh sepat B bongkok udang C buaya tembaga D bintang terang
34. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya.
A patah kandar B hilang akal C ganti tikar D retak seribu
35. Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu walaupun
_______ sudah turun.
A bunga dedap B embun jantan C emas urai D bintang terang
36. Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah.
A makan garam B mandi kerbau C mandi bunga D mandi peluh
37. Nenek Limah tinggal _______ di pondok buruknya itu.
A sekapur sirih B isi perit C sebatang kara D orang harapan
38. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.
A tali barut B tebal telinga C teluk rantau D tulang belakang
39. Ayah membayar _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2.
A buah pena B hutang darah C wang hantaran D wang muka
40. Malik menanam sayur di tanah yang lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya.
A dapat terpijak B retak seribu C sekangkang kera D sehelai sepinggang
41. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai _______ yang luas.
A tahi minyak B teluk rantau C isi perit D pasar gelap
42. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket baru.
A buruk siku B hilang akal C makan diri D hangat hati
43. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu.
A muka tembok B lintah darat C pisau cukur D alim kucing
44. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba _______ kerana buruk padahnya.
A sakit mata B serkap jarang C ringan mulut D potong leher
45. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ .
A jauh hati B jalan buntu C kera sumbang D makan angin
46. Untuk mengelakkan _______ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara itu daripada Ainol.
A patah hati B pasang kaki C perang mulut D naik darah
47. Sekiranya Sharul ada, tentu kita _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya.
A tak kering gusi B makan hati C telinga lintah D tin kosong
48. Keberanian Alim dan kawan-kawannya menangkap pencuri itu telah menjadi _______ penduduk kampung.
A buah mulut B buah hati C buah fikiran D buah tangan
49. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja _______ .
A bintang terang B makan garam C fajar menyinsing D pasar gelap
50. Kerani bank itu menjadi _______ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya.
A jejak barat B gelap mata C cupak hanyut D bodoh sepat
51. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang _______ kepada hadirin.
A panjang akal B cari akal C masuk akal D ada akal
52. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi _______ pengganas.
A patah kandar B mata petai C tali barut D hilang lenyap
53. Tidak usahlah kamu percaya akan _______ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai kopi itu.
A khabar angin B omong kosong C hangat hati D jinak merpati
54. Bakul-bakul ini adalah _______ orang-orang yang cacat penglihatan.
A ringan tangan B bekas tangan C buah tangan D dalam tangan
55. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung.
A gelap hati B rambang mata C mata durian D gelap fikiran
56. Mereka mendapat _______ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar.
A tulang belakang B mata durian C durian runtuh D langkah kanan
57. Rahsia kita telah dobocorkan oleh si _______ itu.
A mulut murai B mulut tempayan C mulut manis D mulut biawak
58. Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di mahkamah.
A makan suap B makan hati C makan darah D buruk makan
59. Kami _______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak.
A putih hati B ada hati C putih mata D mata hati
60. Liyana merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya.
A tulang belakang B batu loncatan C senapang bambu D kucing bertanduk
61. Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah.
A batu lesung B batu loncatan C kepala batu D batu api
62. Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu.
A rambang mata B mata keranjang C mata hati D bidan terjun
63. Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______, kata Malek.
A pasang telinga B mulut murai C ada angina D senapang bambu
64. Kadar _______ di kalangan penduduk luar Bandar sudah jauh berkurangan.
A buta ayam B buta huruf C buta perut D buta tuli
65. Banyak syarikat bumiputera terpaksa _______ akibat kelembapan ekonomi negara.
A cabut nyawa B balik gagang C hutang darah D gulung tikar
66. Encik Idrus gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang.
A halwa telinga B buah pena C bidan terjun D daki dunia
67. Daud terkenal sebagai _______ di kampong itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut malam.
A kepala batu B kepala angina C kutu embun D kera sumbang
68. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _______.
A baik sangka B buruk siku C putih mata D pilih kasih
69. Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu.
A cacing kepanasan B kerang busuk C sampah masyarakat D saudara pungut
70. Usahlah memandang saya seperti _______. Saya juga berhak bersuara di Negara yang mengamalkan
sistem demokrasi ini, kata Juah kepada penduduk kampung.
A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D penyapu baharu
71. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan _______ Encik
Abu dan Puan Zaini.
A buah pena B bidan terjun C nyiur gading D mata petai
72. Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan derma
kepada anak-anak yatim.
A lintah darat B ketam batu C buaya tembaga D bodoh sepat
73. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti _______ semasa memperagakan fesyen pakaian ini.
A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D cupak hanyut
74. Tuk Penghulu menasihati _______ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain.
A anak emas B anak buah C angak angkat D anak tiri
75. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang _______ .
A hidung tinggi B buah mulut C bulat hati D harga diri
76. Pak long dan mak ngah sanggup ber _______ hanya kerana berebut harta pusaka.
A hisap darah B patah arang C paling tadah D retak seribu
77. Dia _______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
A makan diri B makan gaji C makan hati D makan suap
78. Cikgu Dayani terpaksa _______ dalam hal murid-muridnya itu.
A baik sangka B buruk siku C campur tangan D pilih kasih
79. Karim terpaksa _______ kerana belum mendapat gaji lagi.
A ikat perut B mulut tempayan C pekak badak D lipas kudung
80. Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia _______.
A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D telinga nipis
81. Sikap Ana yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya.
A buah pena B berat tulang C nyiur gading D mata petai
82. Amir telah _______ setelah gagal beberapa kali dalam temu duga.
A patah hati B rambang mata C buaya tembaga D bodoh sepat

83. Segala permintaannya dituruti kerana ia _______ keluarganya.
A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D anak emas
84. Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai _______ nya telah berjaya.
A anak angkat B anak buah C anak tut D anak didik
85. Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun tugasnya hanya _______.
A lepas tangan B bidan terjun C baik hati D hentam kromo
86. Jangan bersikap _______ketika mengadili sesuatu permainan.
A buruk sangka B berat sebelah C baik hati D cangkul angin
87. Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja _______ ketika terpandang akan dirinya.
A senyum kambing B kacang hantu C batuk kambing D hati batu
88. Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia ______.
A gila bahasa B alim kucing C buruk siku D rambang mata
89. Ana yang _______ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang diajar oleh
Cik Zul.
A ada hati B cekal hati C terang hati D sampai hati
90. Kerajaan Melaka mempunyai _______ yang luas sehingga ke Sumatera.
A nyiur gading B anak gahara C wang hangus D teluk rantau
91. Banci penduduk 2004 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah _______ di seluruh negara.
A isi rumah B isi perut C isi hati D jatuh hati
92. Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ________ Jalan Masjid India.
A kaki bangku B kaki lima C kaki ayam D kaki bola
93. Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada _______ nya di sawah.
A panjang akal B jejak langkah C ringan tulang D titik peluh
94. Peragawati itu berjalan melenggang-lenggok seperti _______ ketika memperagakan fesyen pakaian
terbaru.
A patah kandar B bongkok sabut C cupak hanyut D nyiur gading
95. Sejak Anuar berpisah dengan _______ nya dia asyik termenung sahaja.
A puteri lilin B anak buah C ibu pertiwi D mata air
96. Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang _______ .
A kaki bangku B tangkai jering C bulat hati D harga diri
97. Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya _______.
A hisap darah B patah arang C paling tadah D berat mulut
98. Rencana yang disiarkan di akhbar-akhbar tempatan itu telah _______ banyak pihak tentang masalah yang
dihadapi oleh penduduk kampung itu.
A membuka mata B membuka peluang C membuka tembelang D membuka hati
99. Datuk Murad telah memberi _______ kepada Ramasamy sama ada mahu meneruskan kerja atau
diberhentikan kerja .
A kata putus B kata dua C kata sepakat D kata hati
100. Seorang pelatih skuad bola sepak negara terpaksa _______ daripada latihan pusat kerana ibunya
meninggal dunia.
A menarik diri B membawa diri C menyerah diri D menahan diri

You might also like