You are on page 1of 1

Baloo di mana kamu

Alatan:
Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.Pengakap membuat satu bulatan dan
duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggilBaloo (beruang) dan seorang lagi bergelar
Mowgli. Mowgli diberikan suratkhabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan
matanya ditutupdengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan
tersebuttanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali
untuk bertanya Baloo, di mana kamu? dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu
sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab di sini setiap kalimendengar pertanyaan
Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapitidak boleh bergerak dari tempatnya.


Kepala dan Ekor
Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin.Apabila
pemimpin menyebut `kepala, Pengakap yang di hadapan tidak bergerak tetapi kawan-
kawan yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari kehadapan sambil berpusing
mengelilingi Pengakap yang di hadapan tadi, dan balik semula ke tempat masing-masing.Begitu
juga apabila pemimpin menyebut `ekor, Pengakap di belakang sekalitidak bergerak, tetapi
kawan-kawaan yang lain dalam pasukan akan berlari ke belakang sambil berpusing
mengelilingi Pengakap yang di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing. Mana-mana
pasukan yang pertama sampai serta berbaris dengan lurus, akan diisytiharkan
sebagai pemenang. Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli
dalam barisan itu sehinggatamat permainan.

You might also like