You are on page 1of 2

LAPORAN GERAK KERJA : TIMBALAN PENGARAH

GERAK KERJA
SEBELUM SEMASA SELEPAS

Pengagihan kerja dan
perincian tugasan telah
diberikan kepada semua
unit yang berkaitan.

Segala gerak kerja telah
dipantau melalui sesi
mesyuarat antara setiap
ahli jawatankuasa yang
telah diadakan setiap
minggu pada hari Khamis.

Segala permasalahan yang
dihadapi oleh AJK
pelaksana telah dibantu
sama ada dari segi nasihat
dan tindakan oleh AJK
tertinggi.


Timbalan pengarah
bertindak sebagai flow
manager sekali gus
bertugas sebagai
pemantau program
semasa
berlangsungnya majlis.

Setiap kesulitan yang
berlaku semasa
program, telah
diselesaikan secara
spontan.

Mesyuarat post-moterm
dilakukan bagi setiap
unit bagi membolehkan
penyelesaian dan juga
penambahbaikan
dilakukan sebagai garis
panduan untuk
direkodkan dan dijadikan
sebagai panduan kepada
program seterusnya.
MASALAH YANG DIHADAPI

Antara permasalahan yang dihadapi dari awal proses pelaksanaan adalah kehadiran AJK
yang tidak konsisten. Malah, terdapat sesetengah AJK yang tidak memberikan sebarang
makluman awal tentang ketidakhadiran mereka kepada setiausaha.
Masalah dari segi tempahan dewan menyebabkan segala perancangan yang dilakukan
terpaksa dimulakan semula.
Permasalahan dari segi bajet yang mana terdapat sesetengah AJK yang terpaksa
mendahulukan penggunaan duit sendiri untuk memulakan sesuatu urusan berkaitan
dengan program.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penyelesaian yang dilakukan adalah dengan arahan autokratik oleh pengarah program
yang menyatakan bahawa tiada sijil yang akan diberikan kepada AJK dan penyelaras
pelaksana program yang tidak memberikan komitmen.
Gerak kerja telah dilakukan tanpa penyelaras yang tidak pernah hadir dengan cara
merujuk senior yang berpengalaman melaksanakan program seumpama ini.
AJK pelaksana telah memberikan usaha yang lebih untuk menyusun semula gerak kerja
mereka setelah tarikh baru diberikan.

REFLEKSI

Masalah yang telah terjadi dapat diselesaikan dengan hasil usaha semua unit yang telah
bertungkus-lumus dalam menjayakan program yang telah dirancang dengan sebaiknya.
Meskipun semasa hari kejadian terdapat pelbagai dugaan dan juga sedikit kepincangan dalam
pelaksanaan program, namun program yang diatur berjalan lancar dengan jayanya. Setiap
daripada anggota AJK pelaksana sangat berpuas hati dengan hasil usaha yang telah dilakukan
oleh mereka dan berharap akan dapat meneruskan lagi kerjasama antara sesama mereka dalam
menjayakan program pada masa akan datang.

You might also like