You are on page 1of 18

STE3503

KAEDAH MENGAJAR KIMIA



Kemahiran Microteaching




NAMA: NOORWAHIDAH BINTI ZAINOL JAMIL
NO MATRIK: 163415
NAMA PENSYARAH: DR. OTHMAN TALIB
Kemahiran mikropengajaran ialah kemahiran mengajar yang diintegrasi dan
dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran
berlaku secara berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsangkan minat murid untuk terus mengikuti
perjalanan proses pembelajaran dari mula hingga akhir di samping sentiasa
memikirkan kebajikan dan keperluan murid. Sehubungan itu, guru harus
mewujudkan aktiviti yang dapat mempengaruhi keseluruhan diri murid iaitu
dari segi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan.
Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran (pnp) yang menarik dan
berkesan, guru boleh mengaplikasikan 10 kemahiran mikropengajaran iaitu;
1. memulakan pengajaran
2. menyoal
3. menerang
4. memperkukuh
5. mengilustrasi dengan contoh
6. membuat demonstrasi
7. mengendali perbincangan
8. mengendali kerja amali
9. menutup pengajaran
10. membuat refleksi

1.0 MEMULAKAN PENGAJARAN
Tujuan fasa permulaan pengajaran:
1. menarik perhatian pelajar
2. membantu pelajar bersedia (kognitif & afektif)
3. memperkenalkan objektif pembelajaran
4. membina aliran pemikiran
5. mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

1.1 KOMPONEN KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN
1. Menarik perhatian
Menggunakan suara, pergerakan, isyarat badan dan eye
contact
Menggunakan bantuan alat pandang dengar
Mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar

2. Menimbulkan motivasi pelajar
Mewujudkan hubungan baik
Menunjukkan keghairahan mengajar
Meransang sifat ingin tahu
Bercerita

3. Menstruktur pengajaran dan pembelajaran
Menunjukkan hasil pembelajaran
Membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
Mencungkil idea pelajar tentang tajuk/ konsep yang akan diajar

4. Membuat perkaitan
Membandingkan dan membezakan antara pengetahuan sedia
ada dengan pengetahuan yanga akan diajar
Menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa
yang relevan dengan topik yang akan diajar

1.3 KEMAHIRAN MENUNGKIL IDEA
Kemahiran mencungkil idea merupakan sebahagian kemahiran memulakan
pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mencungkil idea
penting kerana ia merupakan langkah pertama kearah memurni, menstruktur
semula dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang
kemungkinan ada pada pelajar.

CARA MENCUNGKIL IDEA PELAJAR

soal jawab keseluruhan kelas
perbincangan kumpulan
demonstrasi guru
kuiz pendek atau pra-ujian
Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
Peta konsep (Concept map)
Kartun konsep (Concept cartoon)
Peristiwa bercanggah (Discrepant event)


2.0 MENYOAL
Terdapat beberapa tujuan menyoal. Antaranya ialah :
memulakan inkuiri
melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
menggalakkan pelajar bertanya soalan
membina kemahiran berfikir
meminta penjelasan idea pelajar
mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
mentaksir kefahaman pelajar

2.1 LANGKAH-LANGKAH MENYOAL

LANGKAH 1 : AJUKAN SOALAN KEPADA SELURUH KELAS
dahului lontaran soalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan
menjawab (jika perlu)
tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin
menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya.
ajukan soalan dengan tepat dan jelas menggunakan ayat pendek agar
pelajar senang memahami.
elakkan soalan retorik
seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan
setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar

LANGKAH 2 : MEMBERI MASA BERFIKIR YANG SESUAI (WAIT-TIME)
masa berfikir adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang
diberi.
masa berfikir diberi selepas guru mengajukan soalan dan sebelum
guru memberi respon kepada jawapan pelajar.

LANGKAH 3 : MEMILIH PELAJAR UNTUK MENJAWAB
pemilihan pelajar secara rawak boleh mengekalkan perhatian pelajar
sepanjang sesi soal-jawab.
panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakkan pelajar
menjawab secara beramai-ramai.
mengingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan
(contoh:angkat tagan)

LANGKAH 4 : MEMBERI RESPON / REAKSI KEPADA JAWAPAN PELAJAR
pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar.
beri respon tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan
salah/betul)
beri galakan (klu/isyarat/olah soalan dalam bentuk lebih mudah) jika
pelajar tidak boleh menjawab (prompting)
tanya lebih lanjut (probing) untuk mendapat penjelasan tentang idea
pelajar dan menggalakkan pemikiran tahap tinggi.
Contohnya bertanya: Mengapa? Bagaimana kamu tahu?
Terangkan lebih lanjut. Apakah buktinya dan sebagainya.
tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) atau
tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain
(redirect).
kaitkan semua jawapan pelajar untuk membuat kesimpulan
(interrelating)

LANGKAH 5 : MEMBERI PENEKANAN ATAU MEMBUAT RINGKASAN
JAWAPAN TEPAT/YANG BOLEH DITERIMA
nyatakan semula tujuan/soalan utama selepas sesi soal-jawab diikuti
dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima.
guna alat pandang dengar (jika perlu)


3.0 MENERANG
Tujuan menerang adalah untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang
berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman pelajar dan supaya pelajar
dapat mengikut arahan dengan betul.

3.1 JENIS-JENIS PENERANGAN
1. Penaakulan - menstruktur semula konsep / idea.
2. Interpretatif - menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan.
3. Diskriptif - menghuraikan proses, struktur, dan prosedur.

3.2 KOMPONEN MENERANG
1. Ayat pembukaan - untuk menarik perhatian (cth:tanya soalan)
2. Isi kandungan - itipati tentang apa yang ingin diterangkan.
3. Penghubung - frasa yang digunakan untuk menjadikan
penerangan berkesan (penanda wacana)
Contoh: Oleh itu, adalah disebabkan itu, Inilah sebabnya
4. Ayat penutup - ringkasan isi kandungan penerangan
5. Soalan bagi menaksir kefahaman - soalan pendek untuk menilai
kefahaman pelajar.

3.3 4 PRINSIP UTAMA KEMAHIRAN MENERANG
1. Gunakan kejelasan
Tumpukan kepada aspek yang spesifik
Gunakan contoh illustrasi dan media yang relevan dan menarik
Fokus semula dengan membuat ringkasan
Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
Elakkan kekaburan dan ayat tidak relevan

2. Gunakan penegasan
Inovasi berbeza
Penunjuk/penyerlah
Pergerakan, gerak isyarat

3. Urutan/ Kesinambungan
Induktif/deduktif
Bantu ingat (prompts)
Variasi dan kata penghubung
Pelbagaikan kelajuan penyampaian

4. Dapatkan maklum balas
Libatkan pelajar
Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan
sikap


4.0 MEMPERKUKUH
4.1 TUJUAN MEMPERKUKUH :
meningkatkan interaksi bilik darjah
memperbaiki disiplin bilik darjah
memotivasi pelajar
meningkatkan keyakinan pelajar
mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
meningkatkan kefahaman pelajar

4.2 KOMPONEN KEMAHIRAN MEMPERKUKUH
1. Penggunaan bahasa lisan
guna frasa yang positif (cth:bagus, baik, tepat, dll)
guna kiu lisan tambahan (cth : um, aha, teruskan, dll)

2. Penggunaan tindakan bukan lisan
guna bahasa isyarat (cth : angguk kepala, senyum, menepuk
tangan, mendengar dengan tekun, dll)

3. Penggunaan ganjaran
beri peluang pelajar buat lawatan, bermain permainan yang
mendidik, mencari maklumat di perpustakaan, dll

4. Penggunaan jawapan pelajar
struktur semula jawapan pelajar
ulang jawapan pelajar
bina idea/konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar

4.3 PRINSIP MEMPERKUKUH
tunjukkan kemesraan, keghairahan / semangat kesungguhan dan
masukan unsur kecindan
berfikir terbuka terhadap kelakuan pelajar
pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
bersifat ikhlas


5.0 MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH
Tujuan mengilustrasi dengan contoh adalah untuk membimbing pelajar dari
konsep yang mudah kepada yang lebih rumit, menjelaskan peraturan,
konsep, prinsip dan teori dan menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih
mudah difahami.

5.1 PRINSIP KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH
Gunakan contoh mudah melalui penggunakan analogy, cerita, objek
konkrit dan/ atau gambar rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia
ada pelajar.
Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada
konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajarkan
Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur kebolehan pelajar
serta konsep dan prinsip yang hendak diajar
Gunakan contoh yang menarik yang mampu meransang sifat ingin
tahu dan minat pelajar
Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran
Sedaikan sebelum pengajaran
Perhatikan kelakuan dan respon pelajar untuk memastikan contoh
yang diberi bersesuaian
Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai


6.0 MEMBUAT DEMONSTRASI
Kemahiran membuat demonstrasi bertujuan untuk mengajak pelajar
menjalankan inkuiri terbimbing, membantu pelajar membina kefahaman dan
meransang pemikiran kritis dan kreatif

6.1 KOMPONEN MEMBUAT DEMONSTRASI
1. Membuat persediaan awal
tentukan konsep, prinsip, proses yang hendak diajar
tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi
memastikan demonstrasi berjaya
2. Menjalankan demonstrasi (jenis-jenis demonstrasi)
demonstrasi guru
demonstrasi guru-pelajar
demonstrasi pelajar
demonstrasi tetamu jemputan

6.2 PRINSIP MENJALANKAN DEMONSTRASI
seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi
interaktif (cth : teknik demonstrasi POE)
utamakan proses induktif berbanding deduktif
tunjukkan keterujaan supaya demo kelihatan 'hidup'
pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
sentiasa bertanyasoalan berorientasi inkuiri
dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak
diajar
beri pengukuhan positif
lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan


7.0 MENGENDALIKAN PERBINCANGAN
Kemahiran mengendalikan perbincangan haruslah melibatkan pelajar secara
aktif dalam pembelajaran dan proses menyelesaikan masalah saintifik
berbanding mengajar isi kandungan. Kemahiran ini juga bertujuan untuk
memperkukuhkan pembelajaran, merangsang kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif dan memberi maklum balas pantas kepada guru tentang
kefahaman pelajar.

7.1 LANGKAH-LANGKAH MENGENDALI PERBINCANGAN
1. Perancangan
tetapkan tujuan dan objektif
senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada
pencapaian objektif
rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk
memotivasikan dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)
2. Pelaksanaan
mulakan dengan satu persoalan saintifik
galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan
"Apa pendapat kamu?"
aplikasi langkah-langkah menyoal
akhiri perbincanagn dengan meminta pelajar membuat refleksi
tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi
penting
gunakan soalan reflekti sekerap yang mungkin.

7.2 PRINSIP MENGENDALIKAN PERBINCANGAN
wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja
dialu-alukan bahkan diharapkan
sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
cuba ingat semua idea yang dilontarkan pelajar dan gabungkan
dimana sesuai.
pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar

8.0 MENGENDALI KERJA AMALI
8.1 TUJUAN MENJALANKAN AMALI
meningkatkan penguasaan isi kandungan
memberi peluang pelajar mengalami tabii , kaedah, dan semangat
sains
membina kemahiran dan sikap saintifik
membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
membina kemahiran praktik yang generik
membina pengetahuan sains secara empirik
membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

8.2 PRINSIP MENGENDALI KERJA AMALI
tentukan objektif kerja amali
sediakan bahan, peralatan dan sumber secukupnya sebelum amali
dijalankan
bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga
wujudkan persekitaran yang mengujakan, merangsang sifat ingin tahu
dan bersemangat sains di makmal
beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak
kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan.

9.0 MENUTUP PENGAJARAN
9.1 ASPEK KOGNITIF
Melihat semula, memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
Membuat perkaitan dengan pembalajaran akan dating
Memberi kerja rumah/ pembacaan yang sesuai
Contoh: boleh bertanyakan beberapa soalan seperti Apakah yang
telah anda pelajari hari ini? Apakah idea atau konsep utama yang kita
bincangkan hari ini? dan sebagainya.

9.2 ASPEK SOSIAL
Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan
pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang meraka
pelajari itu penting dan istimewa
Contoh: bertanya apakah kebaikan yang diperolehi apabila
mempelajari aplikasi konsep ini? Adakah pelajaran hari ini berguna
diluar bilik darjah? Adakah kamu berasa seronok dengan
pembelajaran hari ini? dan sebagainya.


10.0 MEMBUAT REFLEKSI
Kemahiran membuat refleksi diperlukan untuk mengenal pasti isu / masalah
yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan, mengenal pasti
kekuatan yang boleh dimanfaatkan dan merangka tindakan penambahbaikan
dari sudut peribadi dan profesionalisme.

10.1 KOMPONEN KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI
mengenal pasti isu / masalah yang signifikan
mengenal pasti sumber masalah
melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira / mengaplikasi
teori dan prinsip pendidikan bagi menerangkan masalah yang dihadapi
mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang
timbul
menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleg diambil untuk
menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan

You might also like