You are on page 1of 2

UALA LUMPUR 31 Okt.

- Penantian empat tahun bekas pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat untuk menuntut
keadilan akhirnya berbaloi setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas majikannya membayar ganti rugi
berjumlah RM139,147.20 setelah didapati bertanggungjawab mencederakannya.

Nirmala Bonat
Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid dalam keputusannya memerintahkan Yim Pek Ha dan suaminya, Hii
Ik Tiing membayar RM105,000 bagi kecederaan di kedua-dua payu dara dan di bahagian belakang Nirmala yang kini berusia 29
tahun.
Pasangan suami isteri terbabit juga dikehendaki membayar RM4,000 bagi kecederaan dan parut di lengan Nirmala dan
RM10,000 untuk kecederaan di kepala, muka dan mulutnya yang dialaminya kira-kira 11 tahun lalu.
Sementara bagi kecederaan di hidung wanita itu dibayar RM8,000 dan tekanan emosi RM40,000.
Kesemua jumlah tersebut adalah ganti rugi am yang layak diterima Nirmala.
Bagi ganti rugi khas pula, mahkamah cuma membenarkan RM10,616 meliputi perbelanjaan asas tempat tinggal, makan dan
minum manakala RM6,880 bagi kehilangan pendapatan. Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM10,000.
Berdasarkan perkiraan tersebut, keseluruhan ganti rugi yang dipertimbangkan oleh Siti Khadijah terhadap Nirmala adalah
berjumlah RM184,496.
Namun begitu Siti Khadijah menegaskan, jumlah keseluruhan ganti rugi itu hendaklah dipotong 30 peratus kerana Nirmala juga
bertanggungjawab atas kejadian itu.
Ini kerana, menurut beliau, meskipun perbuatan Pek Ha melampaui batas-batas kemanusiaan namun mahkamah mendapati
Nirmala menyumbang ke arah kejadian yang menimpanya.
Nirmala telah menyembunyikan usianya yang sebenar sehingga menyebabkan ketidaksesuaian seorang pembantu untuk
melakukan pekerjaan mengikut keperluan majikannya.
Berdasarkan keterangan, Nirmala telah menimbulkan masalah dan tekanan kepada majikannya terutama Pek Ha yang
mengharapkan bantuan pembantunya itu selepas melahirkan anak bongsunya yang ketika itu baru berusia dua minggu dan sedang
menyusu badan, kata Siti Khadijah.
Menyentuh tentang keterangan Nirmala yang ketika kejadian berusia 18 tahun telah berbogel di bilik tetamu, Siti Khadijah
mempersoalkan mengapa dia berbuat demikian dan tindakan itu telah menyusahkan selain menambah tekanan kepada
majikannya itu.
Siti Khadijah juga menyatakan, pada asalnya Pek Ha seorang majikan yang baik tetapi seolah-olah hilang akal pada ketika itu
kerana perlu menangani kerenah anak-anaknya yang masih kecil.
Mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan Nirmala untuk mendapatkan ganti rugi bagi perbelanjaan perubatan, kehilangan
kebolehan mencari pendapatan dan pengangkutan kerana gagal mengemukakan resit bayaran.
Dalam penghakimannya, Siti Khadijah turut menolak tuntutan balas yang dikemukakan pasangan itu terhadap Nirmala.
Pek Ha hadir di mahkamah dengan dikawal oleh beberapa warden Penjara Wanita Kajang kerana sedang menjalani hukuman
penjara 12 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Oktober 2012 kerana mencederakan Nirmala.
Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Pek Ha, 46, dan Ik Tiing, 48, selepas mendakwa didera dan
dicederakan beberapa kali oleh suri rumah itu, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya
pada Januari 2004.
Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr.
Ismail di sini pada September 2003, mendakwa Ik Tiing pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta
gagal memberikannya rawatan perubatan sewajarnya.
Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi
kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.
Peguam M. Kavimani yang mewakili Nirmala memberitahu pemberita, anak guamnya tidak dapat hadir hari ini kerana berada di
Indonesia. Pek Ha dan suaminya diwakili peguam Chan Vy Sing dan Lam Cheng Wun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/nirmala-dapat-rm139-147-20-
1.19338#sthash.mDIxfNJ5.dpuf

You might also like