You are on page 1of 14

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan
pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu
sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi
memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan
(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam
Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam
tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib
ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974
untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki
pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang
bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini
telah
diterbitkan
dalam
tahun
1979.
Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira
kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan
perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat
setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan
menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini
mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah
Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah
diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk
negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961,
iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan
dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am
tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan
kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah
mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum
dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh
Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa


Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat
bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat
negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang
bersatupadu, berdisplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi
negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada
usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis,
yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu
matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
yang telah ditetapkan seperti berikut:
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi
semua
jenis
sekolah;
(c) Mewujudkan
sistem
peperiksaan
yang
sama
bagi
semua;
(d) Melicinkan
tatacara
pengurusan
pendidikan;
(e) Meningkatkan
mutu
pendidikan
keseluruhannya
dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f)
Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau
pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun
1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai
dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
(i)
Memperluaskan
pendidikan
Vokasional
dan
Teknik
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

melalui

(j)
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;


(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil; dan
(m)
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
lain-lain.
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan
dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan
juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di
Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa
yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya
hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan
Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian
Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penutup
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluankeperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara
untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan
pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang
tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh
itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi
jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan
lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan
tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah
selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta
secara aktif.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Latarbelakang
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting
dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia
harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di


Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah
negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta


perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat
pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang
lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang
sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur
kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan


Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan
tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan
Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi
kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)
sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun
atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan
dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh
kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa
(linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaanpersamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam,
kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini
merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada
lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian
sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada
Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui
proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan
dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.
Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai
dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah
bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral
dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi
negara khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan


Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang
berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada
manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting
dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya
sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilainilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan
Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru
merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan


kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi
berikut:
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha


membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,


kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan


(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan


pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah
Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaankerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhanpertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam


pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan,
pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan
kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai
pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis
Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan


berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini
di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan
pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana
badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan
kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya
membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Penutup
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu

bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang
bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam
masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan
itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan
kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah
negara yang merdeka dan bermaruah.

DASAR EKONOMI BARU


Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan
perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah.
Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China
dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih
timah, perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan


pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok
kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang
perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah
besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah


diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia
Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan
pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi
strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

Rasional
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah
semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di
kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:

Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )


Malayu
64.8
172.00
Cina
26.0
392.00
India
39.2
304.00
Lain-lain 44.8 813.00

Pemilikan
Jumlah
Pemilikan
(
RM
Juta
1.
Bumiputera
Perseorangan
dan
Agensi
Amanah
279.6
a)
Bumiputera
Perseorangan
168.7
b)
Agensi
Amanah
110.9
2.
Bukan
Bumiputera
2233.2
3.
Warganegara
Asing
4051.3

%
)
4.3
2.6
1.7
34.0
61.7

Jumlah : 6564.1 100.0


Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut
kaum adalah seperti berikut:

Sektor-sektor
Melayu
Cina
India
Lain-lain
1.
Pertanian
67.6
19.9
11.5
1.0
2.
Perlombongan
32.1
58.7
8.5
0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan
kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2

Objektif
Menyedari
kedudukan
ketidakseimbangan
sosial
ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan
baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun
yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini
diperkenalkan ialah
bagi
mewujudkan
perpaduan
negara
dengan
mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan
sebagainya.

Strategi

Pelaksanaan

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah


disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan


peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi
kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang
Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah
dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek
pembangunan telah dirangka supaya:
i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang
menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.


iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan


bandar dan luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.


vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di


Malaysia.

viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan
Semula
Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham
/ ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara
ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan
30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi
berikut telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui
proses memodenkan kawasan luarbandar.

ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga
buruh mencerminkan bilangan kaum.

iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam
pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan

orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA,
Bank Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.

v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui


pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks
keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan
Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan
untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha
yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan
perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

Memelihara cara hidup demokratik

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar[sunting | sunting sumber]


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN


(RIMUP)
KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid
dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang
unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN
RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah
hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

You might also like