You are on page 1of 2

Ruth Yu Len Ai

910208-13-6082
Refleksi Individu
Saya bersyukur kerana kelas saya telah berjaya menganjurkan
lawatan untuk subjek Pendidikan Jasmani Suaian. Kami telah bekerjasama
melaksanakan

tugas

masing-masing

untuk

menjayakan

program

ini.

Pensyarah kami, En Foazi juga telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar agar
kami dapat menjalakan program ini dengan lancar. Saya telah mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan saya semasa menjalankan progam ini.
Saya mempunyai kekuatan dari segi pengurusan masa. Walaupun
saya sibuk dengan pratikum dan tugasan subjek lain, saya juga dapat
melaksanakan kerja saya sebagai AJK buku program dengan baik. Saya
telah menyiapkan buku program dengan bantuan ahli kumpulan, saudara
Azleen seminggu sebelum lawatan. Saya selalu mengamalkan sikap tidak
menangguhkan kerja supaya tidak membuat kerja pada saat terakhir. Saya
akan membawa amalan ini sampai bila-bila masa.
Saya juga seorang yang bertanggungjawab dan selalu menjalankan
kerja dengan penuh amanah. Saya telah bekerjasama dengan Azleen untuk
menyiapkan buku program. Kami telah mendapatkan jadual aktiviti daripada
AJK aktiviti untuk dimasukkan dalam buku program. Kami juga mengagihkam
tugas dengan sama rata. Azleen telah membuat muka depan dan rangka
buku program, saya pula bertanggungjawab memasuki maklumat penting
seperti jadual dan senarai AJK. Atas kerjasama kami, buku program telah
berjaya dihasilkan.
Walau

bagaimanapun,

saya

juga

masih

mempunyai

banyak

kekurangan lagi. Saya masih kurang ilmu terhadap kanak-kanak keperluan


khas. Sebagai seorang bakal guru, saya akan menghadapi kanak-kanak
sebegini suatu hari nanti. Saya masih tidak bersedia untuk menerima cabaran
ini. Melalui lawatan ini, saya telah memperolehi banyak ilmu tentang kanakkanak

khas

tersebut,

Saya

telah

dapat

mengenal

pasti

kategori

ketidakupayaan kanak-kanak dan ciri-ciri setiap kategori tersebut. Saya juga

berpeluang untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak di Sekolah Pendidikan


Khas Merbok. Saya akan memperbaiki kelemahan saya dengan membuat
kajian dan bacaan yang lebih mendalam tentang pendidikan khas. Saya juga
tidak

akan

melepaskan

peluang

sebegini

supaya

dapat

mendapat

pengalaman bergaul dengan kanak-kanak berkeperluan khas.


Kelas saya juga telah menghadapi masalah penyusunan aktiviti. Kami
telah mengambil masa yang lebih di Sekolah Pendidikan Khas Merbok dan
tidak sempat untuk pergi ke destinasi kedua, iaitu Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti. Tambahan lagi, kami telah sesat jalan dalam perjalanan ke pusat
tersebut. Akhirnya, kami tidak dapat melawat ke pusat tersebut kerana kanakkanak sudah balik selepas pukul 12 tengah hari. Saya berpendapat kami
seharusnya menjalankan aktiviti mengikut masa yang ditentukan supaya tidak
berlaku peristiwa sebegini lagi. Selain itu, kami seharusnya mengenal pasti
lokasi lawatan sebelum kami menjalankan program. Saya juga berasa
bersalah kerana tidak mengambil berat bidang tugas AJK lain dan memberi
bantuan kepada mereka. Saya berharap kelas saya dapat belajar daripada
kesilapan supaya tidak mengulangi kesilapan ini.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak ilmu baru melalui
lawatan ini. Walaupun kami tidak sempat pergi ke Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti, saya telah mendapat banyak pengalaman baru di Sekolah
Pendidikan Khas Merbok. Saya amat menghargai lawatan ini dan berasa
bersyukur kerana dapat menyertai lawatan ini. Saya akan berusaha
memperbaiki kelemahan saya dan menjalankan tugas dengan lebih baik pada
masa yang akan datang.

You might also like