You are on page 1of 2

Program perkembangan profesionalisme guru harus dilihat sebagai satu pembelajaran

sepanjang hayat yang membolehkan guru melakukan re-engineering attitude, menilai tugas
rutin, amalan, dan permasalahan di bilik darjah untuk tujuan penambahbaikan yang memberi
ruang dan peluang kepada guru-guru untuk menjana ilmu sendiri melalui pemerhatian,
pemahaman serta refleksi tentang diri dan amalannya. Guru menjadi seorang pengamal
yang reflektif(Schon,1987). Satu pendekatan yang menepati konsep perkembangan
profesionalisme tersebut ialah melalui amalan kajian tindakan. Pengamalan reflektif dan
kajian tindakan adalah saling berkaitan.
Umumnya penyelidikan di bawah paying penyelidikan kualitatif mempunyai variasi yang
pelbagai, bergantung kepada penyelidikan itu sendiri. Aliran baru penyelidikan dalam
pendidikan kini dengan tegas menyatakan bahawa pendekatan kajian tindakan tidak boleh
dilakukan secara kuantitatif.
Pendekatan kajian tindakan ialah kaedah yang terbaik, yang boleh dilaksanakan secara
kolaboratif bersama guru di peringkat sekolah; dengan tujuan membantu guru meningkatkan
kualiti pengajaran mereka, khususnya dalam aspek interaksi verbal.
Penglibatan guru sebagai penyelidik juga penting kerana mereka seharusnya
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah harian mereka dalam bilik darjah
(Kincheloe,1995).
Di Malaysia khususnya, penyelidikan dan penilaian pendidikan mempunyai peranan yang
penting dan signifikan dalam proses perancangan, penggubalan, dan pemutusan dasardasar pendidikan. Dalam konteks pendidikan negera, penyelidikan dan penilaian merupakan
satu aktiviti penting dalam menyediakan maklumat asas yang dapat digunakan untuk
merancang perubahan atau reformasi ke atas program pendidikan di semua peringkat bagi
tujuan penambahbaikan. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha yang berterusan adalah perlu
bagi memperbaiki sistem pendidikan sesebuah negera, seperti yang dinyatakan oleh Pierce
dan Hunsaker(1996) bahawa perubahan dan reformasi dalam pendidikan tidak dapat
dielakkan dan merupakan satu kemestian.
Penglibatan guru yang aktif dalam menjalankan kajian tindakan adalah penting dalam usaha
membawa perubahan serta inovasi dalam pendidikan. Kajian tindakan dikatakan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme guru, menjadikan guru lebih reflektif dan kritikal,
meningkatkan kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah serta dapat
mengeratkan hubungan kesejawatan dalam kalangan guru (Bennet, 1993; Calhoun,1993).
Di samping itu, kajian tindakan juga dapat meningkatkan self-esteem dan autonomi guru

dalam bilik darjah (Bennet,1993) serta meningkatkan kepuasan kerja dan amalan pedagogi
guru (Johnson, 2002).
Tidak dapat dinafikan bahawa kajian tindakan merupakan suatu cara untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran dalam profesionalisme guru. Latihan kajian tindakan telah
dijalankan di Malaysia seawall tahun 1989 di RECSAM, Pulau Pinang, usaha untuk
membudayakan kajian tindakan dalam kalangan guru di Malaysia secara menyeluruh
bermula pada tahun 1993 apabila Projek PIER (Programme for Innovation, Excellence and
Research) dilancarkan. Kajian tindakan perlu dijalankan secara sistematik supaya
kemahiran para guru dapat ditingkatkan. Kajian tindakan perlu dijalankan secara sistematik
supaya kemahiran para guru dapat ditingkatkan. Mengikut Soon (2007), teras kelima Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) iaitu memartabatkan profesion guru
bertujuan melahirkan guru berkualiti. Dalam cabaran memartabatkan profesion guru ini,
kajian tindakan memainkan peranan penting.

You might also like