You are on page 1of 3

Tahun 1993

Tanggal 23 Februari,aku telah selamat dilahirkan di Hospital Besar Alor


Star. Aku dilahirkan lebih kurang pada pukul 12.00 pagi. Menurut ibuku
beratku pada ketika hanyalah seberat 3.0 kg.

Tahun 1998
Pada tahun ini,umurku mencecah 5 tahun. Kedua-dua ibu bapaku bercadang
untuk memasukkan aku ke sekolah. Bermula saat itulah aku memasuki alam
persekolahan dan memegang status sebagai seorang pelajar di samping
menunaikan tuntutan fardu kifayah. Di satu, aku mula mengenal ABC dan
mengenal rakan-rakan.

Tahun 1999
Setahun berlalu. Aku kini berumur 6 tahun. Aku menyambung kembali sesi
persekolahan. Bermula pada tahun ini,aku telah bergiat aktif dalam
aktiviti-aktiviti atau pertandingan –pertandingan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Aku telah dipilih untuk menyertai pertandingan menghafal
surah-surah al-quran. Di samping itu, aku juga telah menyertai
pertandingan mewarna tetapi aku tidak mendapat sebarang hadiah.
Pada akhir tahun, aku telah menduduki peperiksaan. Aku
telah berjaya mendapat tempat pertama daripada keseluruhan
dan berkongsi dengan seorang lagi rakanku yang juga
mendapat tempat pertama. Itu adalah kenangan manis pada tahun itu.

Tahun 2000
Usiaku kini telah genap 7 tahun. Aku kini telah memasuki alam
persekolahan yang sebenarnya. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan
Buluh Lima. Ketika aku melangkah kaki masuk ke dalam kelas yang telah
ditetapkan, aku bertemu kembali dengan rakan-rakan lama semasa di
tadika dahulu. Kulihat bibir masing-masing mengukir senyuman kerana
sudah semestinya kami dapat bersama lagi meneraju sebuah perhubungan
yang digelar persahabatan.
Setelah beberapa bulan bersekolah,hari sukan sekolah
menjelang tiba. Aku berada di dalam pasukan rumah merah.
Aku telah mengambil bahagian dalam acara sukaneka dan kumpulan kami
mendapat tempat keempat.
Peperiksaan akhir tahun bermula dan seperti biasa aku mendapat tempat
pertama.

TAHUN 2001
Syukur kepada Allah kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup di
dunia ini. Aku berusia 8 tahun pada tahun ini. Aku semakin mengerti
erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Sesi persekolahan aku berjalan
lancar seperti biasa. Sudah menjadi lumrah bagi setiap pelajar apabila
kerja rumah yang diberikan tidak disiapkan dan berakhir dengan didenda
oleh guru. Aku juga tidak terkecuali daripada golongan itu.
Hidup aku diselubungi kegembiraan dan kebahagiaan.
Walaupun aku mengetahui bahawa ibu bapaku yang telah
berkorban bagi memberi kehidupan yang sempurna dan selesa kepada
kami,anak-anak mereka. Kalau nak dikira keluargaku hidup dalam keadaan
sederhana sahaja. Kami sekeluarga bersederhana dalam pelbagai perkara.
Kami hanya menerima apa-apa sahaja seadanya.
Peperiksaan akhir tahun bermula. Pada tahun ini sekali lagi aku
mendapat tempat pertama dalam kelas.

Tahun 2002
Aku berasa tercabar sedikit pada tahun ini kerana ramai murid baru yang
mendaftar ke sekolah ini. Walaupun begitu aku masih bersemangat untuk
belajar kerana aku tahu bahawa hanya diriku yang mampu mengubah diriku.
Alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat pertama sekali lagi tetapi
tempat pertama ini dikongsi bersama temanku yang kini menetap di MRSM
PDRM Kulim.

Tahun 2003
Aku berasa amat gembira kerana musuh ketatku telah berpindah rumah dan
perasaan gembira ini makin membuak-buak kerana aku dimaklumkan bahawa
ada satu keluarga akan berpindah ke dalam taman ini dan rumh mereka
terletak di bersebelahan dengan rumahku. Ahli keluarga tersebut terdiri
daripada 1 ibu, 1 bapa, dan dua orang anak. Anak perempuan di dalam
keluarga tersebut merupakan kawan rapat perempuanku yang pertama. Tahun
ini juga merupakan tahun aku diberi amanah menjadi pengawas pusat
sumber. Setiap kali waktu rehat aku akan ke pusat sumber untuk menyusun
buku dan menjaga kauter peminjaman buku.
Pada tahun ini resultku menjunam ke nombor tujuh. Aku tidak tahu apa
yang menyebabkan keputusanku menjadi begitu teruk tetapi aku tetap
gembira kerana akan terdapat lebih ramai saingan pada tahun depan.

Tahun 2004
Tahun ini aku mendapat jawatan sebagai pengawas sekolah dan juga ketua
pengawas kelas petang (KAFA). Pelbagai ragam budak baru yang terpaksa
aku layan tetapi aku redha kerna itu adalah salah satu daripada tugas
aku sebagai seorang pengawas. Tahun ini result aku naik sedikit dari
nombor 7 ke nombor 4. Pada awal bulan 7 aku mula mengulangkaji
pelajaran kerana tahun depan aku akan menghadapi ujian yang digelar
UPSR.

Tahun 2005
Alhamdulillah dengan izin yang maha esa aku masih hidup. Tahun ini
merupakan salah satu tahun dimana kesemua murid darjah 6 bersedih
kerana kami kehilangan seorang daripada rakan kami. Dia menghidapi
demam panas selama 2 bulan sebelum kembali ke rahmatullah.
Pada hari yang telah lama ditunggu-tunggu oleh muri-murid darjah 6,
kami berjuang bersungguh sungguh dalam dewan peperiksaan. Alhamdulillah
aku telah mendapat lima A dalam peperiksaan ini.

Tahun 2006
Aku telah memasuki tingkatan 1 pada tahun ini. Abahku telah
mendaftarkan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhari
Alor Star. Selepas beberapa bulan aku ditawarkan kemasukan kedua ke
Maktab Rendah Sains Mara Pendang. Aku selalunya susah untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan dan kawan-kawan baru tetapi
alhamdulillah aku berjumpa dengan rakan kepada kawanku dan dia telah
menjadi rakan pertamaku. Aku ditempatkan di sebuah bilik yang dipanngil
kiub kerana ia berbentuk kiub. Pada peperiksaan semester akhir resultku
tidaklah begitu memuaskan. Aku hanya mendapat pointer 2.53 sahaja.

Tahun 2007
Tahun ini tidaklah begitu seronok dan memuaskan tetapi tahun ini aku
telah berjumpa dengan ramai rakan baru. Rakan-rakan baru ini ‘dikumpul’
sewaktu aku menyertai kem sains dan tunas saintis di Maktab Rendah
Sains Mara Kota Putra Terengganu. Aku juga tidak ketinggalan untuk
berkenalan dengan guru-guru daripada MRSM yang lain.

Tahun 2008
Tahun ini merupakan tahun dimana aku banyak menyertai pertandingan.
Antaranya ialah pertandingan melempar cakera, nasyid dan melukis potret
tokoh matematik. Tahun ini juga merupakan tahun pertamaku membuat tesis
buat kali pertama.

You might also like