You are on page 1of 21

1.

0 Pendahuluan
Anatomi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kajian atau pengetahuan
mengenai binaan tubuh dan sebagainya termasuk kaji bina tubuh yang mana berkait dengan
kehidupan iaitu manusia, binatang atau tumbuhan. Anatomi pendengaran ini adalah satu
kajian yang dijalankan khusus ke atas stuktur badan manusia untuk mengenalpasti fungsi
sistem badan. Fisiologi pula adalah bagaimana stuktur badan itu berfungsi atau bagaimana
sistem badan itu bekerja untuk mengerakkan fizikal badan. Pendengaran atau fizikalnya
telinga adalah organ pancaindera yang sangat kompleks yang mana di bahagian telinga juga
mempunyai sistem keseimbangan badan manusia. Ahli anatomi menyatakan komponen
pendengaran sesuatu yang berbeza dan fungsinya adalah untuk mendengar sahaja.
Pancaindera ini merupakan salah satu deria manusia terpenting dalam aktiviti kehidupan
seharian iaitu sebagai alat komunikasi untuk berhubung yang mana ia mendengar dan
menaksirkannya diotak untuk mendapat maklumat yang sah.
Definisi pertuturan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah cara atau gaya
menuturkan sesuatu lafaz, sebutan dan ucapan. Selain itu juga pertuturan juga terdiri daripada
pelbagai bunyi rongga dan gabungan bunyi untuk menghasilkan bunyi yang boleh didengar
dan difahami.
2.0 Tiga Bahagian Pendengaran
Seterusnya, telinga memiliki tiga bahagian telinga yang berbeza tetapi sangat berkait rapat
sekiranya salah satunya mengalami gangguan atau kerosakan maka akan berlaku kesukaran
untuk berkomunikasi dengan baik. Secara ringkas telinga luar mempunyai daun telinga atau
pinna dan lebih dikenali sebagai cuping telinga. Pinna ini adalah untuk membantu proses
mengumpulkan dan menyalurkan bunyi ke liang telinga. Struktur liang telinga bukan secara
terus tetapi melengkong seperti S. Kemudian, saluran auditori atau kelongsong dan lebih

mudah iaitu lubang telinga yang membawa bunyi terus ke telinga tengah. Kedua, Telinga
tengah iaitu bermula pada membaran timpani atau gegendang telinga yang mengubah bunyi
menjadi getaran atau impuls untuk dicas kepada Osikula yang merupakan tulang yang terkecil
di dalam anggota badan manusia. Osikula ini mempunyai tulang-tuang pendengaran iaitu
tukul (mealus), andas (inkus) dan rakap (stapes) rangkaian ketiga-tiga tulang ini akan
menghantar getaran ke telinga dalam. Bahagian ketiga, telinga tengah pada bahagian ini
bermula pada tingkap bujur atau oval window yang mana fungsinya menerima bunyi daripada
Osikula untuk disambungkan ke koklea melalui saluran auditori (auditory tube). Terdapat
juga salur separuh bulat atau semi cercular canal dan fungsinya adalah sebagai pengimbang
badan dan tidak berkait sama sekali dengan proses pendengaran tetapi ia menjadi salah satu
alat terpenting dalam sistem badan manusia. Seterusnya, koklea atau rumah siput yang
didalamnya penuh berisi cecair mikroskopik dan sel rerambut (organ corti) yang sangat peka
dan struktur yang berupa rambut halus ini akan bergetar ketika dirangsang oleh getaran bunyi
yang akan menghasilkan cas-cas elektrod untuk disalurkan ke saraf auditori (eight nurves)
untuk ditafsirkan ke otak. Sistem otak bukan berpasangan atau tempat tertinggi dalam pusat
auditori sebaliknya ia adalah satu perhentian untuk menerima, mengenalpasti, menukar
impuls di sepanjang perjalanan bunyi auditori.
3.0 Tiga Jenis Masalah Pendengaran
Setiap masalah di telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam yang menghalang bunyi
untuk diterima maka ia akan disebut gangguan pendengaran. Gangguan pendengaran ini
terbahagi kepada tiga bahagian dan terdapat gangguan pendengaran yang bersifat sementara
dan kekal. Bagi gangguan pendengaran bersifat sementara adalah gangguan pendengaran
konduktif yang melibatkan telinga luar dan tengah yang boleh diberi rawatan atau bantuan
seperti alat bantu dengar. Manakala sifat kekal adalah sensorineural dan campuran yang
mana ia melibatkankan telinga dalam sehingga saraf auditori tiada rawatan untuk telinga

tengah kecuali mengunakan alat bantu dengar impan koklea yang mana kos untuk membuat
penanamannya mencecah RM70 000 ke atas di Malaysia.
Ujian dijalan mengunakan Garpu Tala (Tuning Fork) untuk mengetahui jenis masalah
pendengaran:
3.1 Masalah pendengaran konduktif
Bunyi yang terhalang pada telinga luar dan tengah di panggil sebagai gangguan
pendengaran konduktif. Hal ini kerana angin atau bunyi yang memenuhi salur auditori
kurang kekuatan mendengar bunyi dan paling tepat bunyi semakin mengecil apabila
sampai pada gegendang telinga. Apabila ujian air conduction dijalankan mengunakan
garpu tala terdapat sesuatu yang menghalang bunyi untuk masuk ini bermakna
masalah berlaku pada telinga tengah sehingga telinga luar. Manakala apabila ujian
Bone condition dijalankan didapati telinga tengah boleh mendengar bunyi ini
bermakna telinga tengah masih berada dalam keadaan baik.

3.2 Masalah pendengaran sensorineural


Keputusan masalah pendengaran melalui air conduction yang mana menghalang bunyi
untuk sampai ke otak disebabkan masalah pada telinga tengah. Manakala ujian
dijalankan mengunakan bone conduction didapati bunyi masih tidak dapat sampai
pada telinga tengah iaitu sekitar koklea ini bermakna telinga tengah mengalami
masalah

dan sekiranya saraf auditori mengalami kerosakkan maka secara tidak

langsung ia termasuk dalam masalah sensorineural.

3.3 Masalah pendengaran campuran


Ujian air conduction telah dijalankan serta ujian bone conduction juga telah dilakukan
tetapi ketiga-tiga bahagian telinga mendapati bunyi semakin mengecil atau lebih teruk

tidak dapat mendengar sebarang bunyi. Ini telinga luar, telinga tengah dan telinga
dalam mengalami kerosakan.
4.0 Tahap Masalah Pendengaran
Tahap pendengaran ini terbahagi kepada lima tahap termasuk normal, ringan, sederhana,
sederhana teruk dan teruk. Tahap-tahap ini akan dapat membantu kanak-kanak pekak untuk
mengunakan alat bantu dengar yang sesuai atau hanya mengunakan kaedah yang sesuai untuk
berkomunikasi seperti bahasa isyarat, bacaan bibir dan sebagainya.
Ciri-ciri masalah pendengaran menurut Asiah, 2012.
4.1 Tahap pendengaran normal iaitu 0 sehingga 20 db. Manusia tipikal mampu
mendengar pin jatuh tetapi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar untuk
mendengar bunyi sekecil itu.
4.2 Tahap sederhana (mild) di antara 21 sehingga 45 db atau menurut Asiah (2012) 27
sehingga 40db. Pada pendengaran ini masih ada sedikit pendengaran di mana
bunyi yang di dengar dalam keadaan perlahan atau mengecil. Ketika ini juga
mereka sukar untuk mendengar perkataan lambat dan perlahan. Mereka boleh
mendengar tetapi keadaan persekitaran perlu sunyi dan senyap. Sekiranya, alat
bantu dengar diberikan awal secara tidak langsung dapat melatih mereka
mendengar dan bertutur.
4.3 Tahap sederhana (moderate) iaitu 46 sehingga 60 db dan 41 hingga 55 db menurut
Asiah (2012). Kehilangan pendengaran pada tahap ini di panggil sederhana yang
mana mereka boleh mendengar dalam jarak 1 hingga 1.5 meter. Serta jika diberi
alat bantu dengar dan dibantu oleh jurupulih pertuturan maka mereka boleh
bertutur dengan baik. Ketika ini mereka susah untuk mendengar bunyi dalam

keadaan bising dan proses percakapan agak lambat jika tidak diberi pendidikan
awal.
4.4 Tahap sederhana teruk (severe) iaitu 61 hingga 75 db dan menurut Asiah (2012) 56
hingga 70 db. Pada tahap ini memerlukan suara yang dikuatkan dalam perbualan
untuk memastikan maklumat tersebut sampai pada gegendang telinga. Kemudian,
mengalami masalah untuk bertutur kerana tidak boleh mendengar cara pertuturan
yang betul dengan jelas. Ketika ini bunyi percakapan perlu diperbetulkan yang
mana boleh dibantu dengan petunjuk visual. Selain itu, alat komunikasi boleh
dibantu dengan mengunakan satu kaedah komunikasi dan satu kaedah bercakap
serta memerlukan tempat tertutup dan memerlukan jarak dekat untuk bercakap.
Keadaan sekeliling juga memainkan peranan penting bagi membantu kanak-kanak
pendengaran seperti bilik kedap dan kondusif.
4.5 Tahap teruk (profound) iaitu 79 sehingga 90 db dan Asiah (2012) 71 hingga 90 db.
Menurut Asiah, pada tahap ini hanya mendengar bunyi yang kuat sahaja dan turut
mengalami pelbagai masalah bahasa dan pertuturan. Walaupun sebilangannya
mempunyai tahap kecerdasan yang normal tetapi mereka tetap terjejas daripada
aspek persepsi, sosialemosi, pendidikan dan vokasional kerana kekurangan
maklumat serta kefahaman dakan bidang berkaitan. Asiah, 2012 menyatakan
keperluan penting pada tahap ini adalah pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar
bidang dalam menentukan peringkat dan tahap perkembangan dan pemerolehan
bahasa. Sekiranya, kecacatan berlaku pada peringkat dan tahap sebelum
pemerolehan bahasa, individu tersebut pasti tidak dapat berbahasa dan tiada
kemahiran bertutur untuk berkomunikasi. Dapat juga dibantu dengan mengunakan
petunjuk visual yang mana dapat memudahkan lagi mereka untuk memahami
percakapan. Selain itu, intervensi awal seperti terapi pertuturan, fisioterapi,

rawatan perubatan, pendidikan perlu disegerakan. Pasukan pelbagai disiplin seperti


ENT, audiologist, jurupulih pertuturan, guru bahasa isyarat, guru pendidikan khas
dan lain-lain perlu berkerjasama untuk

mengendalikan pengajaran dan

pembelajarn untuk mereka. Turut terlibat ibu bapa, ahli keluarga dan ahli dalam
komuniti untuk sama-sama membantu mereka.
5.0 FUNGSI STRUKTUR ANATOMI DALAM PROSES PENDENGARAN
Telinga adalah organ pendengaran yang memiliki tiga bahagian iaitu telinga luar iaitu
(bahagian yang kita lihat di sepanjang sisi kepala kita di belakang pelipis), telinga tengah dan
telinga dalam. Mendengar melibatkan semua bahagian telinga serta korteks pendengaran di
otak. Telinga luar membantu mengkonsentrasikan getaran udara pada gegendang telinga dan
membuatnya bergetar. Getaran ini diteruskan oleh serangkaian tulang kecil di telinga tengah
ke telinga bahagian dalam. Di sana mereka meransang serat-serat saraf pendengaran untuk
mengirimkan impuls ke otak.
5.1 Bahagian-bahagian Telinga
5.1.1 Telinga Luar
Telinga Luar terdiri daripada Pinna/Auricle (Cuping Telinga), External
auditory canal/acoustic canal.
Pinna/auricle (cuping telinga) ianya berbetuk seperti kipas dan tidak rata,
terdiri daripada tulang rawan dan diselaputi kulit juga dimiliki kebanyakkan
haiwan darat mamalia tetapi berbeza bentuknya (berbeza dengan manusia
seperti cap jari) cuping telinga juga menyumbang kepada peranan penting
kepada fungsi pendengaran. Manakala Concha (Bowl) merupakan bentuk yang
paling dalam terletak di bahagian tengah terdiri daripada (Cymba dan Cavum)
raung ke salur luar telinga. Helix pula mengelilingi bahagian luar pina,ianya
berlipat sedikit bertindak sebagai pelapik kepada sisi kepala. Bahagian dalam
Helix menghubung ke Concha dan membahagi kepada dua bahagian iaitu
Cymba dan Cavum. Manakala, Antihelix terletak di antara Concha dan Helix
serta tragus menonjol di permukaan salur luar telinga. Kawasan terluang
bahagian bawah Concha ialah Antitragus dan mempunyai saiz yang berbeza

antara individu Darwins

Tubercle ialah kawasan kecil yang rata pada

bahagian luar Helix. Lobule atau earflap (kepak telinga)atau gumpalan daging
di bawah bahagian telinga.
Salur luar telinga ukuran purata salur luar telinga lebih kurang 2.5 cm dan lebar
0.7 cm.Salur luar berbentuk S menghubung ke gegendang.
Fungsi Bahagian di dalam Telinga Luar
Pina atau Auricle

Salur Luar Telinga

membantu mengesan arah bunyi dengan lebih Salur berbentuk S adalah berfungsi untuk
tepat.

melindungi gegendang telinga dari kotoran


udara dan serangga halus. Salur luar telinga
ditumbuhi rerambut halus sebagai penapis
(filter) dari kotoran dan benda halus yang
lain.Salur luar telinga juga menghasilkan
serumin yang rasanya pahit, berwarna coklat
(Brown) cecair lilin yang dinamakan tahi
telinga (earwax).

Fungsinya gelombang bunyi masuk melalui


salur dan akan menyebabkan gegendang
bergetar

(Vibrate).

Salur

luar

telinga

merupakan sebagai pemantul dan penguat


gelombang

bunyi

(Amplified

sound

waves/Acoustic resonator). Tekanan 2 hingga


4 kali lebih besar pada gegendang di dalam
telinga dari di luar membolehkan kita
mengesan bunyi yang tidak dapat dikesan
sekiranya gegendang terletak di luar telinga.
Lokasi gegendang di dalam salur juga untuk
melindungi dari kerosakan fizikal, dari
terdedah kepada cuaca panas dan kelembapan
udara.

5.1.2

Telinga Tengah

Gegendang/ Membran Timpani merupakan pemisah telinga luar dan telinga


tengah, anjal, halus, lembut. Gegendang telinga terlalu dan sangat sensitif
terhadap sebarang getaran dan perubahan tekanan yang halus boleh memberi
tindak balas kepada sistem pendengaran. Nipis 0.07 mm dan berbentuk kon.
Keluasan purata gegendang manusia ialah 63 mm persegi dan boleh mengesan
tekanan bunyi kurang dari 0.0002 millionths purata ukuran tekanan barometer.
Tukul/ malleus terlekat di bahagian pivot atau di atas permukaan gegendang.

Mengandungi osikal pendengaran iaitu tulang kecil (malleus, incus,


stapes-MIS), (Tukul, Andas, RakapTAR). Dihubungkan secara mekanikal
(Mechanical linkage) diantara gegendang dan telinga dalam. Rongga
dikelilingi tulang kepala. Manakala osikel-osikel dalam rongga tengah
dihubungkan dengan ligament agar tergantung kepada dinding rongga.
Pemegang malleus atau tukul terlekat pada gegendang dan meliputi lebih
daripada separuh kawasan gegendang.
Salur Eustachia terletak di telinga tengah dan rongga mulut
menghubungkan telinga tengah dengan udara luar. Ruang tengah telinga adalah
sepenuhnya tertutup menyebabkan berlakunya perbezaan tekanan udara di
dalam dan di luar telinga.
Perbezaan boleh di rasa apabila tekanan udara di luar tiba-tiba berubah
contohnya apabila kita mendaki, turun naik sewaktu dalam pesawat atau
menyelam dalam air, perbezaan yang sedikit boleh menyebabkan kita kurang
selesa,dan perbezaan yang terlalu banyak akan menyebabkan kesakitan atau
gegendang pecah dan koyak. Apabila kita menelan biasanya menyebabkan
salur eustachia terbuka sebentar dan membantu tekanan menjadi seimbang
kembali.

Fungsi Bahagian di dalam Telinga Tengah


Gegendang Telinga

Tetulang Osikel

Gegendang

Salur Eustachia

telinga Penggandaan (Amplification) Fungsinya

adalah

untuk

merupakan membran nipis oleh telinga tengah osikel- meningkatkan jumlah tenaga
yang

menyerupai

selaput osikel

adalah

yang

memisahkan

telinga mekanisma

sebagai akustik

yang

(lever telinga

dalam.

tuas

dalam dan telinga luar, ianya mechanism)

tekanan

yang atau

getaran

dibawa

ke

Pergerakan
gegendang

berfungsi untuk memisahkan lebih kuat berlaku di tapak dipindahkan oleh malleus/
telinga dalam dan telinga stapes
luar,juga
untuk

ianya

dari

getaran Permukaan yang kecil di rakap.

suara melalui tulang-tulang jendela

andas dan rakap

yang tukul, ke inkus/andas yang

berfungsi diterima di Malleus/ tukul. bersambung dengan stapes/

menghantar

pendengaran

tenaga

iaitu

bujur

stapes/rakap

jika menutup jendela bujur (pintu

tukus, dibandingkan

pada masuk ke bahagian dalam

gegendang

telinga telinga).

menyebabkan tekanan yang bunyi


lebih

Tapak

tinggi.

Jika

sampai

gelombang
ke

jendela

Permukaan bujur tanpa melalui ketiga-

gegendang (ear drum) ialah 2 tiga tulang osikel tenaga yang


kali

lebih

luas

dari dibalikkan hanya bersamaan

permukaan di jendela bujur. dengan

tenaga

yang

Tekanan di jendela bujur dibalikkan oleh permukaan


adalah 35 kali lebih tinggi yang keras.
dengan adanya gegendang
dan

ketiga-tiga

Telinga

tengah

osikel.
membantu

kita mendengar 1000 kali


lebih kuat.

Ianya juga melindungi telinga


dari

bunyi

kuat.Dua

yang

terlalu

otot

kecil,satu

menghubungkan

di

gegendang dan satu pada


stapes

bertugas

sebagai

tindak balas terhadap bunyi


yang kuat. Apabila bunyi
terlalu kuat, otot gegendang
akan

bergerak

ke

arah

gegendang dan otot stapes


akan menarik stapes keluar
dari jendela built. Pergerakan
ini

akan

mengurangkan

kekuatan tengah telinga dari


menyalurkan (transmit) bunyi
ke dalam telinga.

5.1.3

Telinga Dalam

Telinga dalam (Inner Ear) kecil yang dikelilingi tulang kepala. Koklea
berbentuk seperti siput. Salur separuh bulat adalah organ yang mengawal
system keseimbangan anggota tubuh kita. Ciri-ciri dan fungsi koklea terbahagi
kepada dua bahagian yang utama di sepanjang saluran pertama bahagian yang
menghubungkan jendela bujur iaitu skala vestibule dan kedua bahagian yang
menghubngkan jendela bulat iaitu skala timpani.
Kedua-dua bahagian ini dipenuhi cecair yang dinamakan perilmph (2
kali lebih pekat dari air). Bahagian tengah ialah pembahagi koklea (cochlea
partition) antara skala vestibule dengan skala timpani. Di bahagian hujung
koklea/epical end terdapat ruang yang terbuka dinamakan Helikotrema
(Helicotrema) berfungsi untuk membolehkan cecair mengalir di antara dua
skala. Di bahagian bawah koklea iaitu skala timpani berakhir pada jendela
bulat (Round Window) terdapat ruang terbuka yang diselaputi membrane
menghubungkan semula ke telinga tengah. Salur Vestibul (Vestibule Canal)
pula tidak memainkan apa-apa peranan dalam mekanisma pendengaran,ia juga
dipenuhi dengan cecair perilymph dan dihubungkan terus ke koklea.

Membran basilar keras dan halus pada pangkal koklea (Basal End) dan lembut
/lebar di penghujung koklea (epical end). Satu bahagian membran basilar
terlekat pada rak tetulang dan sebahagian lagi pafa spiral ligament (ligament
spiral). Membran basilar adalah sangat kecil pada basal koklea (0.04 mm).
Berhampiran helikotrema rak tetulang hampir tidak ada dan membran basilar
memenuhi ke semua bahagian dinding koklea (lebih kurang 0.5 mm lebar di
penghujung epical).
Fungsi Bahagian di dalam Telinga Dalam
Koklea
Fungsi

koklea

Membran Basilar
ransangan Menerima

dan

Tetulang Osikel/ Labirin

bertindak Mempunyai

dalam koklea bermula dari balas terhadap ransangan atau yang


jendela

bujur

organo

mengeubah

corti
getaran

melalui getaran pelbagai frekuensi menjadi impuls.

pergerakan atau getaran yang yang tinggi ia akan tertumpu Organ

yang

dihasilkan dari tapak stapes. pada

kumpulan

bahagian

Bagi pergerakan atau bunyi basilar

yang

membran adalah
berhampiran halus

yang

yang perlahan getaran akan jendela bujur atau basal end. membran
bergerak ke arah penghujung Bagi

bunyi

memproses

berfrekuensi pembuluh

sel-sel

terletak

basilar

di

dalam

koklea

atau

Apikal Koklea (epical end) rendah ia akan bergerak ke cochlea duct yang dipanggil
dan

melalui

kecil bahagian yang lebih lebar dan organ of corti (lebih kurang

ruang

helikotrema, menuju ke basal lembut di hujung koklea atau 34

mm.panjang).

Hujung

end melalui skala timpani. epical end. Membran basilar setiap sel-sel ini melekat pada
Manakala getaran bunyi yang berfungsi
kuat

akan

pembahagi

menukarkan selaput basilar. Pada hujung

merentas pergerakan mekanikal kepada sebelah setiap sel terlekat

telinga

tengah isyarat-isyarat

bunyi

yang rerambut yang sangat halus

(Koklea duct) serta terus disalurkan ke otak.

dan tersentuh pada membran

menyalurkan bunyi ke saraf

tektorial

pendengaran.

membrane.

Keadaan

menyebabkan

ini

keseluruhan

atua

tectorial
Sepasang

tiang/Pillars berbentuk v

organ pendengaran telinga

membentuk

akan

Pembuluh

(Cortis arch) iaitu struktur

koklea (koklea duct) dipenuhi

yang menyokong organ corti.

dengan cecair yang sangat

Sel-sel rerambut dalam (inner

bergetar.

arca

corti

pekat dinamakan Endolimp

cells) di sebelah arca corti

(Endolymph).

berhanpiran

reissner

Membran

dengan

spiral

membentuk

koklea sel-sel rerambut luar

sempadan di antara skala

(outer hair cell) terletak di

vestibul

satu bahagian lagi.

dan

pembuluh

koklea manakala, membran

Disepanjang membran basilar

basilar

dari

pembuluh

memisahkan
koklea

dengan

jendela

bujur

helikotrema terdapat

ke
lebih

skala timpani. Rak tetulang

kurang 3500 sel rerambut

atau

dalam

bony

shelf

menghubungkan

bahagian

dan

20,000

sel

rerambut luar. Saraf fiber

dalam koklea ke bahagian

menghubungkan

luar.

corti

ini

organ

dengan

of
saraf

pendengaran atau auditory


nerve

dan

menghubungkannya ke otak.
Bila

membrane

bergetar

basilar
menerima

gelombang

bunyi

sel-sel

rerambut halus rebah atau


condong dan sel-sel rerambut
akan

merangsang

pendengaran
denyutan

saraf

menghasilkan
elektrokimia

(electrochemical pulses) dan


menghantar

isyarat-isyarat

bunyi ke otak melalui saraf


pendengaran.

6.0 MEKANISME PENDENGARAN TELINGA

Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk


gelombang (waves).

Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya


terus kepada salur telinga.

Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang


telinga.

Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.

Getaran gelombang bunyi digandakan/ dipergiatkan/


dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel

Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea


melalui tingkap bujur.

Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea


untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.

Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada


impuls.

Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk


ditafsirkan sebagai bunyi.

7.0 PUNCA KEHILANGAN PENDENGARAN

7.1 Hilang pendengaran jenis konduktif


Bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar
ke otak melalui tulang mastoid dan bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga
dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi
menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh
dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
Namun telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik, memprosesnya dan
menghantar bunyi ke saraf pendengaran ke otak. Walaupun kemudiannya getaran yang
diterima terus merangsang cecair yang terdapat di dalam telinga dalam tanpa melalui telinga
luar atau tengah. Hilang penedengaran jenis konduktif dikategorikan sebagai kehilangan
pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi
pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang mastoid.
Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar
seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat
kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat
seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu

faktor jangkitan turut mempengaruhi pekak konduktif ini iaitu jangkitan yang kronik berlaku
terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis
Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan swimmers ear
yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga.
Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam
selsema, campak, tonsillitis dan jangkitan dihidung dan tekak. Otosklerosis (ketumbuhan
tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan
tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya
akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana
terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya
Kekuatan bunyi di setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak
melebihi 60 dB disemua frekuensi. Kebiasaannya ujian pendengaran menunjukkan terdapat
perbezaan kehilangan pendengaran diantara ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara.
7.2 Hilang pendengaran jenis sensorineural
Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak.
Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami
pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu
dengan alat bantu pendengaran. Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.
Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan sangat teruk (profound) kerana
tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi
yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama,
berlaku semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti
rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam
kebanyakan kes. Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea (perempuan) dan
siplis/syphilis (lelaki).
Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan
tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill Thallidomide (mengelak alahan).
Kedua, semasa kelahiran seperti kurang berat badan, anoxia (kekurangan oksigen) dan
jaundice (demam kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk
menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang
meliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococol merosakkan koklea dan saraf

pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/
bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan
ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing).
Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko
untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif
adalah 25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas
iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak
menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi
7.3 Hilang pendengaran jenis campuran
Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah
pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama.
Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai
mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam
disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam
kedua-dua ujian (bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran
melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada keduaduanya.
8.0 PENYAKIT-PENYAKIT TELINGA
Kandungan di atas oleh Jawatankuasa Kelulusan Sains, Teknologi Negara dan
mengumumkan :
8.1 Penyakit telinga biasa
8.1.1 Atresia telinga congenital
Atresia kongenital adalah telinga luar atau telinga terusan kecacatan semula jadi, atau
tiada telinga dan saluran telinga. Pesakit itu biasanya tiada penyakit dalaman telinga,
yang pekak lebih konduktif, sensorineural tidak, kerana bunyi tidak melalui telinga
luar dan telinga tengah. Kecacatan telinga, ossicles biasanya terjejas, tidak ada orang
yang telah pergi rawatan pembedahan sebelumnya dibuat semula dengan telinga luar,
telinga atau ossicles.

8.1.2 Keradangan telinga luar


Telinga luar atau jangkitan telinga, keradangan, atau "busuk." "Telinga Kolam" adalah
contoh keradangan telinga luar. Gejala biasa keradangan telinga luar telinga tidak
selesa, sakit atau gatal-gatal, hasil pemeriksaan peralatan sering menunjukkan
jangkitan telinga atau kawasan seperti keradangan. Keradangan telinga biasanya tidak
menyebabkan pekak, tetapi bengkak saluran telinga yang tersumbat akan
menghasilkan pekak konduktif sederhana. Keradangan rawatan telinga luar ialah
penggunaan antibiotik dan ubat titis telinga antibiotik, tetapi memberi perhatian
kepada keradangan telinga luar sering berjangkit dan telinga luar rawatan keradangan
pesakit instrumen yang digunakan dan otoscope perlu dibasmi kuman, ia amat tidak
boleh diabaikan.
8.1.3 Tahi telinga embolisme
Kehilangan pendengaran adalah penyebab biasa tahi telinga menyekat saluran telinga.
Fungsi biasa tahi telinga adalah "solek ditangkap dan sebarang objek asing ke dalam
saluran telinga kepada pengecualian saluran telinga. Jumlah Kebanyakan tahi telinga
dihasilkan hanya untuk melindungi telinga, apabila cerumen (tahi telinga yang) plot ke
tahap tertentu dan dalam pembentukan telinga embolus boleh menyebabkan saluran
telinga adalah benar-benar tertutup, akustik dapat lulus, akan menghasilkan konduktif
kehilangan pendengaran ringan tulen yang teruk. tahi telinga tersumbat rawatan
biasanya disebabkan oleh kakitangan perubatan mengambil ia keluar, kadang-kadang
dengan telinga ejen akan melembutkan tahi telinga dikeluarkan.
8.2 Tengah telinga biasa
8.2.1 Otitis media
Otitis media biasanya menyebabkan keradangan dan lelehan telinga tengah. Otitis
media adalah perkara biasa, terutamanya kanak-kanak. Asas tengah telinga rongga
Eustachia tiub udara halangan aliran, yang disebabkan oleh sistem perparitan yang
lemah. Biasanya dalam orang menelan atau menguap, secara automatik akan
membuka tiub Eustachia, kerana kanak-kanak merupakan tiub Eustachian mendatar
dan bukannya ke bawah, jadi apabila tiub Eustachia semasa menelan atau menguap
mungkin tidak terbuka kepada orang dewasa dipengaruhi oleh graviti semula jadi
untuk membantu membuat tiub pembukaan Eustachian .

Otitis media pesakit sering merasa sakit atau bengkak di dalam telinga, akan ada
ringan kepada sederhana kehilangan pendengaran konduktif, seperti dibiarkan tidak
dirawat akan menyebabkan penyakit lain yang mengancam nyawa. Rawatan otitis
media pendekatan yang sama adalah dengan menggunakan ubat-ubatan (antibiotik)
dan membantu membuang jangkitan Eustachia tiub terbuka untuk melegakan
kesesakan. Jika ubat tidak berfungsi, doktor mungkin memberi tekanan tiub
penyamaan dimasukkan ke dalam gegendang telinga untuk membantu merawat otitis
media, dan untuk memerangi jangkitan selanjutnya. Tiub Eustachian bukan kerja
mengimbangi, bermain dalam saliran telinga kesan pengudaraan tengah.
8.2. 2 Telinga membran
Penembusan membran telinga adalah lebih biasa, biasanya disebabkan oleh beberapa
faktor, seperti otitis media, letupan atau kesan bunyi dan penembusan mekanikal (iaitu
trauma), pesakit berasa sakit telinga, telinga dan kadang-kadang pendarahan atau
nanah. Membran telinga boleh menyebabkan ringan kepada sederhana kehilangan
pendengaran konduktif. Dalam banyak kes, gegendang telinga berlubang kecil boleh
sembuh tanpa rawatan, pembaikan penembusan besar yang perlu dilakukan.
8.2.3 Otosclerosis
Otosclerosis dibuat ossicles menyebabkan kalsifikasi dan tegar, adalah kaca genetik
pesakit itu sering wanita berbanding lelaki, sering berlaku pada remaja, tanda-tanda
awal kehilangan atau tinnitus pendengaran, otosclerosis boleh mengakibatkan daripada
sederhana kepada teruk pekak konduktif.
8.2.4 Mastoiditis
Seperti otitis media adalah tidak dirawat dalam masa, ia akan terus merebak ke
mastoid itu. Terletak secara langsung selepas tulang mastoid rabung telinga berbentuk,
tulang tidak tegas, struktur dalaman lembut, seperti jangkitan bakteria kepada proses
mastoid, ia akan menyebabkan mastoiditis, jika tidak betul-betul merawat jangkitan
akan membawa kepada pembangunan dan akibat yang serius.
Mastoiditis rawatan biasa ialah penggunaan antibiotik untuk membunuh
bakteria yang kadang-kadang jangkitan mastoidectomy ada, ini adalah satu insisi

pembedahan untuk membuang jangkitan mastoid, penyakit yang serius perlu


melakukan penyingkiran menyeluruh dan mastoid ossicles telinga tengah dan
resection membran telinga. Akibat mastoidectomy sering membuat telinga terusan
ubah bentuk, mengakibatkan ringan kekal sederhana kehilangan pendengaran
konduktif.
8.2.5 Cholesteatoma
Cholesteatoma ditanam di bahagian atas selaput anak telinga dan menyerang telinga
tengah rongga sista epitelium, jika tidak dirawat boleh menyerang ossicles, yang
sering dikaitkan dengan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan penyakit telinga
tengah (seperti otitis media atau mastoiditis). Seperti gegendang telinga berlubang
tidak sembuh sepenuhnya selepas pembentukan sista dan menumpahkan serpihan,
pesakit berasa sakit dan mempunyai rembesan cecair, dan beberapa boleh
menyebabkan pekak, atau bau telinga tengah.
Rawatan penyakit dan rawatan telinga penyakit lain antibiotik boleh didapati
sama dan undang-undang dadah tempatan, kes-kes yang teruk memerlukan rawatan
pembedahan, seperti rawatan yang tidak betul, cholesteatoma mungkin akibat yang
serius.
8.3 Telinga biasa
Pekak sensorineural, juga dikenali sebagai pekak saraf koklea dan saraf pendengaran atau
kerosakan yang kekal. Dalam banyak kes, kehilangan pendengaran sensorineural yang tidak
diketahui asal, biasanya dianggap disebabkan oleh pengumpulan kerosakan jangka panjang
untuk koklea, kerosakan itu ialah pemulihan sepanjang hayat. Sedikit kerosakan kepada
telinga dalam melalui ubat-ubatan dan pembedahan untuk memulihkan kepada keadaan
asalnya, kebanyakan pesakit boleh memakai alat bantuan pendengaran menyelesaikan
masalah kehilangan pendengaran, kesan yang sangat baik.

Kesimpulan
Telinga adalah salah satu deria manusia yang unik dan mempunyai fungsi yang khas iaitu
mendengar. Oleh itu, sebagai manusia harus mengetahui cara untuk menjaga deria deria
yang menjadi sesuatu yang terpenting dalam kehidupan manusia. Di dalam tugasan ini kami
menerangkan mengenai Anatomi Pendengaran. Anatomi pendengaran adalah kajian yang
dijalankan untuk mengetahui stuktur pendengaran manusia dan permasalahan yang dihadapi
oleh mereka yang mengalami masalah pendengaran. Kemudian, menerangkan mengenai
bahagian-bahagian telinga dan fungsi telinga tersebut. Seterusnya, turut menerangkan jenisjenis masalah pendengaran dan tidak semua mereka yang mengalami masalah pendengaran
akan dianggap pekak. Tahap pendengaran juga memainkan peranan untuk memilih alat bantu
dengar yang sesuai dipakai dan kaedah komunikasi yang sesuai mengikut tahap kepekakkan
mereka. Selain itu, punca-punca terjadinya masalah pendengaran, hal ini adalah amat penting
kerana ia membantu untuk mencegah lebih baik daripada mengubati. Telinga merupakan alat
deria untuk berkomunikasi tanpa mendengar bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik.
Justeru itu penjagaan telinga adalah sangat penting dan jangan sekali dipandang enteng hanya
disebabkan oleh kelahiran normal, hakikatnya kecacatan itu boleh berlaku bila-bila masa.

Rujukan
Asiah Hj. Ahmad (2012). Mengenal dan menangani orang kurang upaya. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Frederick N. Martin & John Greer Clark (2006). Introduction to audiology. Boston : Pearson/
Allyn and Bacon.
Hilang

pendengaran

jenis

campuran.

Diperolehi

pada

April

daripada

http://www.audiolab.com.my/bahasa.htm
Hilang pendengaran jenis sensorineural. Diperolehi pada April 4, 2014 daripada
http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1299
Hilang pendengaran jenis sensorineural. Diperolehi pada April 4, 2014 daripada
http://www.merck.com/mmpe/sec08/ch085/ch085a.html#CIHGJICJ
Hilang pendengaran jenis sensorineural. Diperolehi pada April 4, 2014 daripada
http://www.answers.com/topic/hearing-impairment-1
Maryanne Tate Maltby & Pamela Knight (2000). Audiology- an introduction for teachers and
other professionals. London: Dvid Fulton Publishers
Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku teks sains sukan tingkatan 5. Selangor: H.I
Holdings Sdn. Bhd.
Peter W.Alberti Professor em.of Otolaryngology. The anatomy and physiology of the ear and
hearing. Canada.

You might also like