You are on page 1of 13

3.

0 ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


3.1 Analisis Kemahiran Bahasa

KEMAHIRAN BAHASA

KEMAHIRAN
LISAN

KEMAHIRAN
MENDENGAR

KEMAHIRAN
MEMBACA

KEMAHIRAN
MENULIS

KEMAHIRAN
BERTUTUR

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan bahawa kemahiran bahasa terbahagi


kepada tiga kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan
menulis. Kemahiran lisan pula dibahagi kepada dua iaitu kemahiran mendengar
dan kemahiran bertutur. Menurut pendapat Abdul Aziz Abdul Talib dalam
bukunya Menguji Kemahiran Bahasa Prinsip, Teknik dan Contoh mengtakan
bahawa keempat-empat kemahiran bahasa tersebut sama penting dan
seharusnya

diberikan

penekanan

yang

sama

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran. Selain itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa
Melayu II mengatakan bahawa kepentingan kemahiran berbahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu disedari oleh semua pihak dan pelajar yang
dpat menguasai kemahiran bahasa dengan baik secara tidak langsung dapat
mempelajari mata pelajaran lain secara berkesan.

10

Salah satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah dipilih untuk


dianalisis mengenai penggunaan semua kemahiran bahasa tersebut. RPH ini
untuk pengajaran dan pemebelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 5 Bestari
selama tempoh masa 60 minit yang bertajuk kesan Pencemaran di Negara Kita.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan menunjukkan terdapat
penggunaan kemahiran bahasa yang pertama yang telah digunkan ialah
kemahiran lisan. Menurut Kamaruddin Hj. Hussin dalam bukunya Pengajaran
Lisan Kemahiran Mendengar dan Bertutur (1999:3) mengatakan bahawa
kemahiran lisan adalah satu aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa yang
amat penting dan utama yang perlu dikuasai oleh seseorang kanak-kanak
sebelum mempelajari kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran mebaca dan
menulis. Kemahiran lisan telah dibahagikan kepada kemahiran mendengar dan
bertutur. Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya Bahasa Melayu II (2009:114)
mentakrifkan kemahiran mendengar ialah kemasukan input bahasa atau bukan
bahasa yang berupa pennyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan
oleh otak untuk diproses.
Berdasarkan analisis penggunaan kemahiran mendengar ini telah
digunakan dalam Set Induksi iaitu dalam masa 5 minit bermulanya sesi
pengajaran dan pembelajaran iaitu guru menayangkan klip video lagu Ikan
Kekek kepada murid-murid. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat mendengar
ini dengan dengan baik dan teliti lagu tersebut. Apabila proses mendengar
berlaku dengan baik, maka murid-murid dapat memahami maklumat yang
hendak disampaikan dengan berkesan iaitu murid dapat mendengar dengan
baik tentang lagu tersebut dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir
tentang lagu tersebut.
Penggunaan kemahiran mendengar yang telah digunakan dalam RPH ini
pada Langkah 1, dimana murid-murid diminta mengikut apa yang dibaca oleh
guru. Pada aktiviti ini, kemahiran mendengar amat penting kepada murid-murid
untuk mendengar dengan teliti apa yang dibaca oleh guru kerana mereka
dikehendaki untuk mengikut kembali bacaan tersebut.
11

Seterusnya, penggunaan kemahiran mendengar juga telah wujud dalam


RPH ini pada Langkah 3 dimana guru menerangkan imbuhan, kata hubung dan
kata sendi nama di papan tulis. Murid-murid perlu menggunakan pendengaran
untuk memahami dengan sepenuhnya setiap maklumat yang diajar oleh guru
kerana apabila proses pendengaran berlaku maka penghantaran gelombang
kepada otak dengan tekanan gelombang membawa kepada petunjuk untuk
murid-murid memahami pemeblajaran mereka. Apabila pemahaman berlaku
makas ecara tidak langsung dapat memudahkan murid-murid membuat latihan
yang diberikan oleh guru.
Kemahiran bahasa yang seterusnya ialah kemahiran bertutur. Menurut
Mohd Hilmy Haji Ismail (1982:68-69) mengatakan bahawa pertuturan adalah
asas kepada hamper semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului
bacaan dan latihan bertulis. Murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran
dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis.
Kemahiran bertutur juga kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh
semua orang dan ia berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Hal ini kerana
secara fitrahnya manusia tidak hanya mendengar atau bertutur semata-mata,
sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar dan bertutur pada
masa yang sama.
Penggunaan kemahiarn bertutur ini

boleh dilihat dalam rancangan

pengajaran harian (RPH) pada set induksi dimana guru bersoal jawab dengan
murid tentang tayangan video lagu Ikan Kekek. Melalui aktiviti ini, kemahiran
bertutur ini dapat diaplikasi dalam P&P dan membantu murid untuk bercakap
dengan berani dan yakin serta menggunakan suara yang jelas supaya ia dapat
didengar dan difahami oleh orang yang mendengarnya. Pertuturan ini juga
dapat melahirkan idea atau fikiran dengan gaya pertuturan yang berkesan iaitu
logik, spontan, lancar dan jelas. Malah murid digalakkan untuk menggunakan
percakapan dengan menggunakan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang
sesuai dan baik dalam pertuturan. Jadi melalui aktiviti pada set induksi ini,
murid dapat bersama-sama berkongsi pendapat dan pandanag mereka tentang
12

video yang telah meraka lihat di samping meningkatkan tahap kemahiran


bertutur mereka.
Selain itu, penggunaan kemahiran bertutur ini juga telah digunakan pada
Langkah 2 dimana murid dikehendaki melakukan perbincangan dalam
kumpulan bagi mengeluarkan isi-isi penting daripada petikan. Pertuturan juga
bertujuan untuk menzahirkan idea dan emosi dalam P&P, jadi melalui aktiviti ini
murid

dapat

memberi

idea

dan

berbincang

sesama

mereka

untuk

menyelesaikan masalah dan tugasan yang telah diberikan oleh guru tersebut.
Hal ini menggalakkan murid untuk bertutur dan memberi peluang seluasnya
kepada mereka untuk mengemukakan pendapat dalam aktiviti perbincangan
berkumpulan mereka. Namun, murid juga perlu dilatih dan dipandu agar
mereka idea dan pendapat yang bernas dan betul malah bukan sahaja bertutur
tanpa sebarang maklumat. Dalam aktiviti ini setiap murid harus digalakkan
unutk melibatkan diri secara aktif dan tiada murid yang hanya berdiam diri
sahaja. Aktiviti bukan sahaja dapat menajamkan minda murid malah melatih
kepetahan mereka untuk bertutur dan mengeluarkan pendapat.
Seterusnya, kemahiran bertutur juga telah diterapkan pada aktiviti
penutup dimana guru telah meminta beberapa orang murid untuk merumuskan
isi pembelajaran tersebut. Melalui aktiviti ini, murid dapat melatih diri unutk
berani bercakap dan melontar panadangan di hadapan rakan-rakan sekelas
yang lain. Jadi telah berlaku komunikasi antara murid dan guru. Murid juga
dapat membuat rumusan secara tersusun terhadap apa yang telah mereka
pelajari. Guru boleh membantu untuk memperbetulkan jika terdapat murid yang
telah memberi pendangan yang kuran tepat.
Penggunaan kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran membaca.
Menurut Frank Smith (1980), bacaan terbahagi kepada dua iaitu bacaan
fungsian dan bacaan rekreasi. Bacaan fungsian ialah bacaan khusus atau
tertentu seperti unutk mendapatkan maklumat apabila seseorang itu merujuk
dan seumpamanya. Malah bacaan rekreasi ialah bacaan pada masa lapang
dan tujuannya lebih kepada unutk mendapatkan keseronokkan. Selain itu,
13

menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) mengatakan bahawa kemahiran membaca
merupakan satu proses dinamik dan kompleks iaitu melibatkan keupayaan
membaca dengan pantas, memahami dan mengingat fakta dan kebolehan
membuat interprestasi secara bijak dan analitis.
Kemahiran membaca ini telah digunakan dalam RPH ini pada aktiviti
Langkah 1 dimana guru meminta murid membaca petikan secara mentalis.
Bacaan mentalis juga dikenali sebagai bacaan senyap. Bacaan ini bertujuan
untuk murid memahami terhadap apa yang dibaca oleh mereka. Ia juga
merupakan proses semula jadi semasa membaca dan dapat mebantu murid
mengurangkan

bebanan

kogniitf

disamping

mengakses

makna

untuk

pemahaman dan mengingatti petikan yang dibaca oleh murid. Di sini murid
dapat menerapkan apsek kefahaman iaitu apek yang paling penting dalam
bacaan dan menjadi teras dalam bacaan senyap ini. Maka oleh sebab
demikian, tujuan utama unutk bacaan ini ialah untuk menguji aspek kefahaman
dalam bacaan tersebut. Dengan itu, murid dapat memberi tumpuan untuk
memahami terhadap bacaan mereka.
Seterusnya, kemahiran membaca juga telah diterapkan dalam aktiviti
Langkah 1 iaitu guru telah memilih secara rawak beberapa orang murid untuk
membaca teks tersebut di hadapan kelas. Kemahiran bacaan ini dikenali
sebagai bacaan nyaring iaitu langakh pertama unutk melihat kemahiran
mebaca. Tujuan bacaan nyaring ini ialah unutk melihat penguasaan murid dari
aspek fonologi, bunyi, nada, sebutan, jeda, mora, intonasi dan tanda bacaan
dengan betul. Melalui akitiviti ini, guru boleh mengenal pasti beberapa
kesalahan yang menjadi kebiasaan dilakukan oleh murid antaranya ialah
tinggalan iaitu bunyi huruf, perkataan atau imbuhan yang sering ditinggalkan
semasa membaca serta kesalahan pembalikan iaitu huruf, bunyi atau frasa
dibaca secara terbalik atau songsang.
Kemahiran

terakhir

ialah

kemahiran

menulis

iaitu

kemahiran

ini

merupakan kemahiran yang paling kompleks dan lebih sukar dari segi
pengajaran dan penguasaan berbanding dengan kemahiran lain. Menurut
14

Abdul Aziz Abdul Talib (1993), kemahiran ini menjadi amat penting kerana
murid perlu unutk membentuk esei, laporan dan juga penulisan. Malah menurut
A.E Smith (1959), kemahiran ini boleh mula diajar hanya selepas murid tahu
membaca malah kemahiran asas menulis juga sebenarnya bermula dengan
kebolehan menulis ayat-ayat yang betul dan menulis paragraf dan kemudian
baru boleh berkembang kepada penulisan karangan yang berbentuk naratif dan
exsposisi seterusnya barulah boleh untuk menulis penulisan yang lebih
kompleks iaitu dialog dan puisi.
Kemahiran menulis ini telah diterapkan dalam RPH ini iaitu pada aktiviti
Langkah 1 iaitu guru meminta murid untuk menggariskan perkataan yang tidak
difahami dan menuliskan perkataan tersebut di papan hitam dan guru kemudian
akan memjelaskan maksud perkataan tersebut. Jadi di sisni murid dapat
menguasai aturan penulisan seperi kaedah menulif huruf-huruf, menulis ejaan
dan tanda baca dengan betul serta penggunaan tulisan yang kemas. Aspek ini
perlu diterapkan pada peringkat awal kerana jika tidak dikawal pada permulaan
akan menjadi kesukaran kepada murid tersebut untuk berubah.
Selain itu, kemahiran menulis juga telah diterapakan pada Langkah 3 iaitu
murid diberi latihan bertulis membina ayat berdasarkan imbuhan, kata sendi
dan kata hubung yang terdapat dalam petikan yang telah diberikan. Melalui
aktiviti penulisan ini, murid akan lebih memahami terhadap pembelajaran yang
telah mereka pelajari. Guru juga dapat membuat penilaian tentang kefahaman
murid-murid sama ada mereka memahami atau sebaliknya. Pada peringkat ini
murid mula memikirkan cara untuk membentuk ayat berdasarkan imbuhan, kata
sendi nama dan kata penghubung dengan betul dan kefahaman adalah penting
unutk mengelakkan berlaku kesalahan bahasa terutama dari segi ejaan. Pada
peringkat yang lebih tinggi murid dapat membina ayat-ayat bagi membentuk
satu perenggan.
Secara keseluruhannya, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini telah
menggunakan dan menerapkan kesemua aspek kemahiran bahasa iaitiu
kemahiran

mendengar,

bertutur,
15

membaca

dan

menulis.

Kepentingan

kemahiran bahasa ini dalam pengajaran dan pembelajaran perlu disedari oleh
semua pihak. Murid-murid yanga dapat menguasai kemahiran bahasa dengan
baik secara tidak langsung dapat mempelajari mata pelajaran dengan lebih
berkesan.
3.2 Analisis Kemahiran Bernilai Tambah

Kajian masa
depan

Kemahiran
berfikir

Kecerdasan
pelbagai

Kemahiran
Bernilai Tambah

Kemahiran belajar
cara belajar

Pembelajaran
kontruktivisme

Pembelajaran
kontektual
Kemahiran
teknologi maklumat
dan komunikasi

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


(KBSR) Bahasa Melayu, kemahiran bernilai tambah ini mengutamakan
pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan sebenar murid serta
scenario dunia yang global. Dalam kemahiran bernilai tambah ini terdapat tujuh
bahagian iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan,

kecerdasan

pelbagai,

pembelajaran

kontektual,

pembelajaran

kontruktivisme dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

16

John Dewey, (1930), dalam buku Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta
yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya fakta yang
baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Manakala Mayer,
(1977), dalam buku Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
mendefinisikan berfikir sebagai melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu
yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan
menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir sememangnya sinonim apabila berlakunya sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana bagi memupuk para pelajar
berfikir secara kritis dan kreatif di samping menjana idea dengan menyelesaikan
masalah. Dalam rancangan pengajaran harian yang dipilih oleh kami terdapat
kemahiran berfikir ini. Ini dibuktikan dalam set induksi (5 minit) guru telah
menjelaskan tujuan menayangkan klip video Ikan Kekek dengan tajuk
pengajaran pada hari itu. Hal ini kerana agar pelajar dapat berfikir dan menjana
idea dan menghubungkaitkan klip video dengan kesan pencemaran alam
sekitar. Kemudian pada langkah 1 (15 minit), pelajar menggariskan perkataan
yang tidak di fahami dalam petikan. Di sini menunjukkan pelajar cuba
memahami setiap patah perkataan dengan menggunakan kemahiran berfikir.
Dalam langkah 2 (15 minit) pula, murid dikehendaki melakukan perbincangan
dalam kumpulan di mana mereka dikehendaki mengeluarkan isi-isi penting
dalam petikan dan menulisnya pada papan hitam.
Pada langkah 3 (15 minit) pula, pelajar menggariskan aspek tatabahasa
seperti imbuhan, kata hubung dan kata sendi yang terdapat dalam petikan itu.
Kemudian pelajar membina ayat berdasarkan imbuhan, kata hubung dan kata
sendi yang telah mereka jumpai dalam petikan tersebut. Dan pada penutup (10
minit) pelajar membuat kesimpulan dan meramalkan apa yang akan berlaku jika
pencemaran alam sekitar tidak dicegah. Berdasarkan kesemua aktiviti yang
telah dihuraikan di atas, ini menunjukkan kemahiran berfikir diaplikasikan dalam
17

pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ini kerana pelajar menjana idea,


memahami, membina ayat dan membuat kesimpulan dan inferen dengan
sendiri dengan cara berfikir secara kreatif dan kritis melalui aktiviti yang
dijalankan.
Menurut Segal, (1985), dalam buku Belajar Cara Belajar mengatakan
bahawa kemahiran belajar adalah boleh diajar di mana cara pelajar bijak belajar
boleh dipindahkan kepada pelajar yang rendah kemampuan. Manakala menurut
Gregg, (1972), dalam buku Belajar Cara Belajar pula mendefiniskan
kemahiran belajar dari sudut ingatan di mana mengingat menolong pelajar
menerima dan menyimpan maklumat.
Pada masa yang sama, kemahiran belajar cara belajar telah berlaku pada
set induksi (5 minit) di mana guru menggunakan teknik soal jawab dengan
murid tentang apa yang telah ditayang dalam klip video Ikan Kekek. Dalam
langkah 1 (15 minit) pelajar mendengar secara aktif apa yang disebut oleh guru
dan mengikutnya. Kemudian, beberapa orang pelajar membaca teks petikan
dengan intonasi yang betul. Pada langkah 2 (15 minit) pula, telah berlaku teknik
perbincangan antara pelajar sesama pelajar secara berkumpulan. Pelajar
membincangkan isi-isi penting dalam petikan tersebut. pada akhir pelajar iaitu
penutup (10 minit) pula pelajar menyanyikan lagu Hijau secara bersama-sama.
Berdasarkan huraian di atas dapat dilihat telah berlakunya kemahiran belajar
cara belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antara teknik
tersebut adalah teknik bersoal jawab, teknik perbincangan dan teknik nyanyian.
Teknik ini diajar kerana supaya pelajar peka terhadap teknik pembelajaran yang
berlainan agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan melalui pelbagai cara.
Pembelajaran

Berbantukan

Komputer (PBK) ialah

situasi apabila

komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu kemahiran. Alessi


& Trollip, (1985), dalam buku Komputer Dalam Pendidikan mendefinisikan
PBK

sebagai

penggunaan

komputer

untuk

menyampaikan

maklumat,

membimbing, melatih dan menilai prestasi pelajar sama ada kesemuanya sekali
atau sebahagian sahaja.
18

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi adalah perkara yang wajib


diajar pada setiap pelajar di sekolah pada masa kini. Hal ini kerana supaya
mereka mahir menggunakan dan mengedalikan komputer dan bukanlah seorag
yang buta teknologi. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru
menerapkan kemahiran bernilai tambah ini. Hal ini dibuktikan semasa set
induksi (5 minit) di mana guru menyuruh salah seorang pelajarnya
menayangkan klip video Ikan Kekek yang terdapat dalam komputer agar dapat
ditayangkan di dalam kelas. Ini bermakna pelajar tersebut didedahkan tentang
aplikasi penggunaan komputer dengan betul secara tidak langsung.
Menurut Mok Soon Sang, (2004), pengajaran berasaskan kajian masa
depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru yang bersedia
menghadapi cabaran dan perubahan. Kamarudin Hj. Husin, (1995), menyatakan
penjelasan nilai dan masa depan melibatkan murid mengkaji tanggungjawab
masyarakat dan sekolah tentang hak dan keperluan generasi akan datang.

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik


pelajar lebih prihatin terhadap sesuatu isu yang telah berlaku, sedang dan bakal
berlaku. Ini berlaku pada penutup (10 minit) di mana pelajar membuat
kesimpulan dan inferen sendiri dengan meramal apa yang akan terjad jika
pencemaran dan klip video Ikan Kekek itu berterusan. Di sini dapat kita lihat
pelajar merumus, menjangkakan akibat dan segala kemungkinan yang bakal
berlaku dengan menggunakan kajian masa depan secara tidak langsung.
Howard Gardner, (1983), dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak
kecerdasan

sebagai

kebolehan

untuk

menyelesaikan

masalah

atau

menghasilkan produk yang bernilai dalam satu lingkungan budaya. Howard


Gardner juga mengatakan terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai iaitu
linguistik, muzik, spatial, logikal matematik, kinestatik, interpersonal dan
intrapersonal.

19

Interpersonal ini telah berlaku pada set induksi (5 minit) di mana guru
bersoal jawab dengan para pelajar tentang klip video Ikan Kekek. Pada masa
yang sama juga, interpersonal ini berlaku dalam kalangan pelajar semasa
langkah 2 (15 minit) di mana pelajar melakukan perbincangan dalam kumpulan
sesama mereka. Pelajar dikehendaki berbincang dan mengeluarkan isi penting
daripada petikan tersebut. Selain itu, verbal linguistik pula berlaku semasa
langkah 1 (15 minit)

di mana pelajar membaca petikan Pencemaran Alam

dengan intonasi yang betul di hadapan kelas. Verbal linguistik juga berlaku pada
penutup (10 minit) di mana pelajar meramalkan dan merumuskan tentang kesan
pencemaran jika tidak dicegah pada masa hadapan. Kemudian, muzik pula
berlaku pada penutup (10 minit) di mana pelajar menyanyikan lagu Hijau secara
bersama-sama.
Rajah untuk pembelajaran kontektual

Pengetahuan lama

Pengetahuan baru

Memproses maklumat
untuk kefahaman

Rajah untuk pembelajaran kontruktivisme

Pengetahuan Lama

Pengetahuan baru

Membina
pengetahuan baru

Menurut John Dewey, (1916), pembelajaran kontekstual merupakan satu


keadaan di mana pelajar akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari
berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Pembelajaran kontektual
secara umumnya ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam
pekerjaan. Kaedah pengajaran ini menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan hands-on dan minds-on.

20

Sebagaimana yang diketahui bahawa pembelajaran ini hanya berlaku


apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara
yang bermakna. Dalam kehidupan seharian pelajar sudah pernah membaca
keratan akhbar mengenai pencemaran udara. Secara tidak langsung, pelajar
sudah mempunyai pengetahuan sedia ada secara tidak langsung kemudian
menerima maklumat baru yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan
memproses maklumat yang diterima semasa di dalam bilik darjah. Para pelajar
telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan. Mereka
telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa
yang berlaku di sekeliling.
Menurut McBrien & Brandt, (1997), dalam buku Pembelajaran Secara
Kontrutivisme

mendefinisikan

pembelajaran

kontrutivisme

sebagai

satu

pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana


manusia belajar. Manakala menurut Briner, (1999), dalam buku Pembelajaran
Secara Kontrutivisme mengatakan bahawa kontruktivieme di mana murid
membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikan kepada
situasi baru dan menintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan
binaan intelektual yang sedia wujud.
Tetapi, pembelajaran kontektual ini tidak dalam Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang kami pilih. Hal ini kerana kontruktivisme adalah satu
fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid
akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru. Berlainan dengan pembelajaran
kontektual di mana pelajar hanya memproses maklumat tersebut untuk
difahami.

21

Kesimpulanya, kemahiran bernilai tambah ini dapat memajukan dunia


pendidikan dengan membantu para pelajar meningkat kemahiran mereka
daripada pelbagai aspek. Mereka mula mendapat keyakinan semasa berada di
dalam kelas untuk berhadapan dengan dunia luar.

22

You might also like