You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG TESL/PJK

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: SENI DALAM


PENDIDIKAN
KOD KURSUS : WAJ 3073

SEMESTER : 7
AMBILAN
: JUN 2011

TARIKH MULA : 12 Julai 2014

TARIKH HANTAR: 27 September


2014

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:


1. Menghuraikan peranan Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan konsep
asas seni visual, muzik dan pergerakan sebagai cara menghubungkaitkan
pengetahuan dalam proses pdp.
2. Merancang, mereka bentuk dan melaksanakan aktiviti meneroka,
mengalami dan mengekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanakkanak.
3. Mengaplikasikan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam pelbagai
mata pelajaran yang lain.
4. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni.
5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang
dilaksanakan.
Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan,
pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah, aplikasi
dan pengurusan dalam aktiviti kreatif yang mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai dalam pdp,
melaksanakan aktiviti mengenal warna, irama dan ruang serta deria dan seni,
menjalankan aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi melalui
seni, melaksana dan mengurus aktiviti kreatif yang mengintergrasi
OBJEKTIF TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK :
Pelajar akan dapat melaksanakan tugas berikut:
1.

Memahami konsep Seni Dalam Pendidikan dan mengaplikasikan dalam


pelbagai mata pelajaran sekolah rendah.

2. Dapat membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran


kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sesuaai
dengan keperluan murid sekolah rendah.

TUGASAN PROJEK (100%)


1.

Penulisan Esei (Individu)


Tulis sebuah esei yang menjawab soalan berikut:
Gardner (1983), meletakkan seni dalam Teori Kecerdasan manusia
sebagai asas pemupukan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan.
Antara objektif Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah ialah:
i.
ii.
(a)

2.

Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi


sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni.
Untuk menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan
mata pelajaran lain.
Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis
dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan bagi penghasilan satu bentuk karya dengan
digabungjalinkan dengan mana-mana mata-mata pelajaran sekolah
rendah.
(40 markah)

Video penggambaran pelaksanaan P&P mata pelajaran major dengan


pengintergrasian SDP (3 4 berkumpulan)
Berasaskan satu Rancangan Pengaran Harian (RPH) yang dibina,
hasilkan sebuah penggambaran video tentang P&P mata pelajaran major
anda dengan pengintergrasian SDP sebagai aplikasi utama ke arah
menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan
murid. Tempoh pelaksanaan P&P anda adalah selama satu jam.
(60 markah)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1. Tugasan ini adalah tugasan berbentuk individu dan kumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data.
3. Gunakan data yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan anda.
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.
Font Tahoma

ii.
iii.
iv.

Saiz huruf ialah 11


Langkau satu setengah baris
Rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)

5.

Rakaman persembahan ekspresif pengajaran dan pembelajaran anda


perlu dihantar dalam bentuk CD bersertakan RPH.

6.

Panjang tugasan esei antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak
melebihi 15 muka surat ( tidak termasuk persembahan visual).

7.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

8.

Amalan plagiat tidak dibenarkan.

9.

Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:


1. Liputan isi kandungan esei, RPH dan Buku Skrap yang menyeluruh,
konsisten dan terperinci
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Hasil karya hendaklah menarik, sesuai dengan teknik dan pemilihan hal
benda yang dihasilkan.
5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan tepat.
6. Penulisan hendaklah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah
dalam menterjemahkan maklumat secara analitikal.

Kriteria Pemarkahan
Tugasan Kerja Kursus Pendek akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan
yang disediakan.
Tugasan disediakan oleh:

Disahkan oleh:

__________________
(Dr. Hajah Rosmawati Hamzah)
Jabatan Sains Sosial

___________________
(Sapihi Hj Dulamit)
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial

You might also like