You are on page 1of 2

Menurut Marvin (1969) , kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi kerosakan

struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa, pencemaran makanan dan
air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi serta
kerosakan pada tanah pertanian. Bagi ESCAP (1984) pula,

jenis-jenis kerosakan

banjir boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung (direct
damages), kerosakan tidak langsung (indirect damages) dan kerosakan tidak ketara
( intangible damages ). Secara umumnya, bencana banjir membawa pelbagai kesan
negatif kepada alam sekitar, kerosakan harta benda, nyawa dan sebagainya.
Dari segi kehilangan harta benda, banjir boleh menyebabkan mangsa kehilangan
barang-barang kepunyaan mereka akibat dibawa arus. Selain itu, perkakas rumah yang
ditenggelami air menyebabkan ianya rosak dan sudah tidak boleh digunakan lagi. Oleh
yang demikian, mangsa-mangsa banjir akan mengalami kerugian dan memerlukan kos
yang tinggi untuk menggantikan semula segala peralatan yang sudah rosak. Terdapat
juga kes di mana banjir boleh menyebabkan kehilangan nyawa insan atau individu yang
disayangi. Kesan ini mungkin terjadi akibat daripada lemas sewaktu meredahi banjir
dalam usaha menyelamatkan diri masing-masing. Contohnya ialah satu keratan akhbar
daripada Berita Harian yang bertarikh 5 Disember 2013 dimana dua beranak mati
lemas di Pahang apabila bot fiber yang dinaiki terbalik dan dihanyutkan arus deras
kira-kira jam 9 malam.
Banjir juga menyebabkan kesihatan penduduk terjejas. Penyakit seperti cirit-birit,
taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi ancaman akibat
daripada

bahana

banjir

yang

menjejaskan

kebersihan

makanan,

minuman,

persekitaran. Bahkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut


memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit. Penyakit Leptospirosis yang
mula menyerang dengan dua kes kematian dicatatkan pada awal Januari 2007 adalah
berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air kencing haiwan
berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman manusia.
Bakteria ini tersebar melalui air sewaktu berlakunya kejadian banjir.

Sektor pertanian dan penternakan turut terjejas akibat berlakunya banjir. Air
banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati.
Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi.
Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani. Pengusaha-pengusaha
penternakan seperti ayam, itik dan sebagainya turut menanggung kerugian akibat
ternakan mereka yang mati ditenggelami arus banjir. Kenyataan ini disokong oleh satu
keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 13 Disember 2013 iaitu seramai 22,278
petani, penternak dan nelayan dipercayai menerima kesan akibat banjir yang melanda
Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, sejak awal Disember lalu. Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu berdasarkan
anggaran awal kementerian terhadap mereka yang mengalami kemusnahan ladang
tanaman, ternakan atau keadaan laut bergelora yang tidak mengizinkan nelayan
mencari rezeki.
Seterusnya,sistem perhubungan juga akan terjejas seperti sumber elektrik ,
sistem pengankutan dan sebagainya. Sekolah yang menjadi tempat penempatan
sementara mangsa banjir turut terpaksa ditutup daripada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Akibatnya proses pendidikan terganggu. Banjir juga sering merosakkan
harta benda awam seperti jalan raya, bangunan, dan sebagainya. Situasi ini
menyebabkan pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan dana yang tinggi untuk
menyediakan dan membaik pulih infrastruktur-infrastruktur yang telah rosak. Akibatnya,
negara mengalami kerugian dan sekiranya situasi ini sering melanda dalam tempoh
masa yang singkat, sudah tentu ekonomi negara akan menjadi lumpuh.
Kesimpulannya, banjir bukan sahaja memberi kesan buruk kepada semua
mangsa yang terlibat, bahkan ia juga turut melibatkan semua pihak merasai akibatnya.
Justreu, ianya memberi kesan kepada kesedaran manusia terutama dalam persiapan
menghadapi banjir. Kita seharusnya lebih berhati-hati dan peka untuk mengelakkan
kejadian yang tidak diingini ini daripada terus berlaku bak kata pepatah mencegah
lebih baik daripada merawat. Sekiranya ia sudah berlaku, maka terlambatlah untuk kita
menyesal bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur kerana akan banyak harta
benda dan nyawa yang terkorban apabila berlakunya kejadian seperti ini.

You might also like