You are on page 1of 8

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

‫بسم الله الحمن الرحيم‬

PERENCANAAN DAKWAH- SUATU PENGENALAN

1- PENDAHULUAN

1.1 : Penyampaian dakwah yang bersifat `Rabbaniyyah’ dalam zaman yang


serba canggih ini mesti didokong oleh para amilin suatu gerak- kerja yang
disusun secara berkelompok, di mana panduan usaha ini wajib diikat oleh fikrah
`as- syura’ yang melancarkan seluruh usaha ini berdasarkan perencanaan yang
matang ( 1) (‫ )تخطبيط‬dan penyusunan organisasi secara teratur.(2) (‫)تنظيم‬

2- TANZIM JAMA’I (3) :

2.1: Perlaksanaan tugas secara bertanzim adalah wajib kerana :

2.1.1. Kekuatan dan kesatuan hanya lahir dari kerja-kerja yang


bertanzim dan direncanakan
Secara teratur. (4).

2.1.2. Allah SWT mengisyaratkan bahawa seluruh alam ini berjalan


mengikut ketentuan-
Nya (tanzim). Oleh itu, setiap kerja amali insan mesti berpedoman
kepada isyarat
Tersebut di dalam Surah Yassin ayat 38- 40 yang bermaksud,``Dan
matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan
Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan
bagi bulan manzilah- manzilah, sehingga setelah dia sampai ke
manzilah yang terakhir kembalilah ia sebagai bentuk tandan yang tua.
Tidakkah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun
tidak mendahului siang. Dan masing- masing beredar pada garis
edarnya.”
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
2.1.3. Kejayaan semua jenis kerja samada kecil atau besar bergantung
kepada tanzim (6)
Oleh yang demikian, ia wajib berdasarkan kepada kaedah :

‫ما ل يتم الواجب ال به فهو واجب‬

2.1.4 Tanzim adalah asas manhaj Islami samada dalam peraturan


ibadat, hubungan masyrakat sosial, undang- undang kenegaraan,
dakwah, peperangan dan sebagainya.(8).

2.1.5 Penghidupan semula seluruh aspek amal Islami dalam segenap


sudut serta pengembalian Khilafah dan daulah Islamiyyah menuntut
perencanaan yang bertanzim (9).

2.1.6 Cabaran dan tentangan terhadap Islam yang bersifat tempatan


atau antarabangsa mewajibkan amal secara bertanzim(10).

2- BEBERAPA MATLAMAT PERNCANAAN DAKWAH

3.1. Usaha – usaha gerakan ad- dakwah mesti diarahkan untuk mencapai
matlamat- matlamat
berikut :

3.1.1 Penglahiran mujahid dan mujahidah (dua sayap) yang


berpotensi tinggi (‫ )الصفوة المختارة‬secara serentak di mana mereka mampu
bergerak seiring sejalan demi mencapai
matlamat- matlamat utama, usaha Ad- dakwah yang
menjurus ke arah pembinaan generasi takwa Qurani
yang berkualiti dan penyampaian Risalah Allah secara
terancang kepada masyarakat non- muslim.

3.1.2. Melancarkan serangan ath- thaqafi dan al- fikri demi


menggempur segala bentuk
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
ideologi manusiawi dan pemikiran jahiliah yang tidak bersumber dari
‘al- wahy’ yang telah melingkungi dan bertapak dalam jiwa masyarakat
Islam sedunia.

3.1.3. Penanaman semangat jihad yang berterusan di kalangan


pejuang Islam secara khusus
dan masyarakat Islam amnya sebagai suatu usaha awalan ke arah
pembebasan al-Quds serta seluruh watan umat Islam dan seterusnya
menbembalikan perpaduan ummah sedunia serta al- khilafah al-
Islamiyyah.

3.1.4. Memiliki perjalanan dakwah yang bebas dari sebarang


kekangan dan belenggu polemik yang ditunjangi masalah- masalah
pinggiran yang bersifat ‘ furuiyyah’ demi mencapai kesatuan ummah
Muhammadiyyah sejagat (11) (‫)اختلف امتي رحمة‬.

3.1.5. Pelancaran dakwah oleh qiyadah dan amilin yang dibekali


dengan kefahaman yang
luas , jitu dan menyeluruh mengenai konsep al- Amru fil ma’ruf dan an-
Nahyu ‘anil munkar, penyampaian yang berhikmah, berkaedah,
berencana dan terancang disamping memaafkan pelgabai wasilah
yang tersedia ada demi melaksanakan dakwah yang bersifat
serampang dua mata iaiatu dakwah fardiyyah dan dakwah jamaiyyah.

3.1.6. Penglahiran kader- kader yang terlatih dan yang terpilih


daripada kalangan sekelompok amilin yang berketrampilan
melalui suatu pentarbiyahan yang kemas dan teratur tanpa
mengenepikan konsep sumbangsaran (brain storming),
kreativiti bersama (co- creativity) dan saranan diri (auto
suggestion) berdasarkan suasana dan huraian yang sihat
mengenainya di samping pengwujudan sistem susulan dan
kawalan (muraqabah) yang teruji keberkesananya.

3.1.7. Penglahiran dan penampilan ahli- ahli ilmu yang berwibawa


yang akan melatari
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Perjalanan arus ad-dakwah dan membersihkannya dari segala bentuk
idealisme yang didasarkan kepada pentaakulan, logika dan citarasa
insan semata- mata. Juga sebagai titik- tolak utama dan pertama ke
arah pewujudan para ilmuwan yang mampu mencetuskan minda tajdid
yang seimbang dan sepadu dalam segenap bidang seperti tajdid
hadharib dan tajdid thaqafi yang kelak berperanan untuk membina
tamaddun dan kebudayaan intelektual yang agung melalui suatu
kerangka pemikiran yang digarap untuk memahami sepenuhnya
falsafah dan konsep feqh muzawarah, feqh khilaf, feqh awlawiyyat dan
feqh waqi’ lantaran pengemukaan dakwah pada zaman yang serba
kompleks di penghujung adab ke- 20, ini menghadapi dilema
ketandusan ‘mufakkir’ , ‘mursid’, ‘muwajjih’ yang sentiasa meletakkan
dasar ‘tajdid’ dan ‘islah’ di hadapan mereka.

3.1.8 Memiliki jentera tanzim yang produktif di mana ia mampu


mencanai para pejuang
menjadi individu yang yang bertakwa dan keluarga bahagia
(Rumahku Syurgaku) yang seterusnya bakal membentuk sebuah
masyarakat yang penyayang dan negara yang aman makmur.

3.1.9 Memupuk rasa kecintaan yang mendalam terhadap para


sahabat dan ahli Bait an- Nabawi atas dasar menyayangi setiap
insan yang telah dicintai oleh Rasulullah S.A.W dan menjadikan
mereka sebagai qudwah dalam menelurusi jejak perjuangan umat
Islam awalan.

3.1.10. Melancarkan program ‘tafqih’ yang disalurkan melalui suatu


tradisi keilmuan yang
Teratur, subur dan komprehensif dalam suasana kebebasan berfikir
tetapi terkawal bagi mempercepatkan proses pengembangan potensi-
potensi keintelektualan para amilin yang kelak bakal melahirkan para
pemikir, sarjana dan cendekiawan yang bertaraf mujtahid atau setidak-
tidaknya ahl an- Nadzhar disamping usaha- usaha penyaluran ilmu ini
mesti dijuruskan ke arh pemurnian aqidah demi mencapai ‘at- Tawheed
al- khalis’.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

4- TUNGGAK TANZIM DAN TAKHTIT

4.1. Tunjang sejati keutuhan dan kemantapan penyampaian ad-


dakwah oleh ad- dai ila
Llah ialah kekuatan hubungannya dengan Allah melalui beebrapa
konsep kerohanian seperti mai’yyatullah, muraqabah, mujahadah an-
nafs dan lain- lain lagi.

4.2. Al marhum Nasih Ulwan menyifatkan pendakwah yang


bertakwa itu dengan ungkapan yang indah di mana beliau berkata, Anda
lihat keimanan memancar berkilauan melalui kedua belah matanya,
keikhlasan menyinari raut wajahnya, kebenaran terpancar dari kelunakan
suara, kekhusyukan nada kata- kata dan isyarat tangannya bahkan kata-
katanya mengalir ke dalm hati lalu menghapuskan kegelapan jiwa
bagaikan air dingin tulin yang mengalir ke dalam diri insan yang
kehausan air dan sebagaimana cahaya yang bersinar menghapuskan
gelombang kegelapan………(13).

5- PENUTUP

Dalam suasana kerancakan perubahan dan perkenbangan pesat arus


kemodenan dunia pada penghujung abad ke- 20, siyasah syar’iyyah yang
merupakan wahana kesejahteraan umat akan kembali berdaulat di segenap
pelusuk bumi ini tanpa sesiapa pun dapat menahannya. Namun As- Sunnah
mengisyaratkan bahawa segala- galanya ini mesti bertapak di atas landasan
tanzim dan takhtit yang kemas (14), jesteru itu dapat mengelakkan mahligai
perjuangan ummah ini dari terus menemui keruntuhan seperti di zaman yang
lampau. Dengan itu tanzim yang ditopengkan oleh perencanaan yang teliti
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
merupakan prasyarat kejayaan dakwah Muhammadiyyah yang tercinta.
WalLahu A’lam.

CATATAN HUJUNG

1. Takhtit ialah langkah- langkah untuk menggunakan seluruh sumber


materialistik, spirtiual dan kemanusian melalui kaifiat yang terbaik serta
mengurangi bebanan kerja seminima mungkin dalam waktu yang sesuai demi
mencapai matlamat yang telah digariskan. (Lihat Hairolizam, Nqib dan
Tanggungjawab = Beberapa Pelajaran untuk dikaji (kertas kerja), h.2 yang
merujuk Ali Abdul Halim Mahmud (Dr. Feqh ad- Dakwah 1/281).

2. Tanzim pula ialah menentukan bidang- bidang tugas dan kewajipan,


melantik induvidu- induvidu pelaksanaan tugas tersebut serta menjangka
masa yang diperlukan oleh amal demi mencapai matlamat yang dikehendaki
(lihat ibid).

3. Petikan dari kertas kerja di atas (Ibid) dengan sedikit ubah suaian.

4. Fathi Yakan, Abjadiyyat at- Tasawwur al- Haraki Li al- Islami, h. 12-
13.

5. Surah Yassin = 38-40.

6. Fathi Yakan, op, cit, h. 14

7. Said Hawwa, Al- Madkhal Ila Dakwah Al- Ikhwan al- Muslimin, h. 170.

8. Fathi Yakan, op,cit= h. 14- 20 dan Said Hawwa, Akhlaqiyyat wa


Sulukiyyat, h. 104.
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
9. Fathi Yakan, op, cit, h. 20- 21.

10. Ibid , h. 21- 23 dan Said Hawwa, Al- Madkhal, 10c. Cit. Sila lihat
bentuk- bentuk perencanaan musuh antarabangsa dalam al- Alam al-Islami
wa- al makaid ad- Dakwah, Fathi Yakan

11. Kata Allamah al-Munawi ketika mentakhrij hadis ini dalam kitabnya
Faid al- Qadir 1/212 = kata As- Subki, “Ia ( riwayat tersebut) tidak makruf
dikalangan ahli hadis dan aku sendiri pun tidak mengetahui tentang sanadnya
samada sahih, lemah atau palsu”. As- Suyuti pula menyatakan, “Barangkali ia
ada disebutkan di dalam beberapa kitab para hafiz yang tidak sampai kepada
kita” Iman Baihaqi ia ada mengisnadkan dalam kitab musnad al- Firdaus dan
kedua- duanya merupakan hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan secara marfu’
dengan lafaz ( ‫ )اختلف اصحابي رحمة‬dan iktilaf para sahabat pada hakikatnya adalah
iktilaf umat….., tetapi hadis ini dikatakan oleh al-Hafiz al-Zraqi = “sanadnya
lemah” dan kata anak beliau al- Muhaqqiq Abu Zur’ah pula “Ia diriwayatkan
juga oleh Adam Abi Iyas dalam kitab Al- Zlm wa al- Hilm dengan lafaz ‫اختلف‬
‫ اصحابى رحمة‬di mana ia adalah mursal yang lemah bahkan tersebut juga yang
seumpama ini dalam Tabaqat Ibn Saad daripada Al- Qasim Ibn Muhammad,
Lihat Abu Zahra’ Al- Ahmadi, Jamaah- jamaah Islam Antara Ikhtilaf &
Kesatuan Amal (Salinan foto manuskrip, h. 23 yang merujuk kepada As-
Sohwah al-Islamiyyah Baina al- Ikjtilaf al- Masyru’ wa at- Tafarruq al-
Mazmun, h. 70 Dar al-Wafa (al- Mansurah) & Dar as- Sohwah ( Cairo)
cetakan kedua 1991.

12. Sila lihat kaedah- kaedah ini dalam ad- Dakwah Qawaid wa Usul
( Juma’h Amin Abdul Aziz), Qawaid ad- Dakwah Ila Llah ( Hamman Abdil
Rahim [ Dr.] dan Adwa’ Aa Tariq ad- Dakwah ( Majdi al- Hilali [Dr.] ).

13. Hairolizam, manhaj Ikhwan Muslim dalam Tarbiah Ruhiyyah (kertas


kerja), h. 3 yang memetik dari Abdullah Nasih Ulwan [Dr.], Ruhaniyyah ad-
Daiyyah, h. 93.

14. Lihat atas mukasurat 1.


Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Pembentang : Ustaz Harolizam Abu Hashim


Tarikh : 29 /Julai / 1995
Tempat:Dewan Asrama Pelajar Johor
Sempena:Mini Tamrin BKPJM
Anjuran:UNIT ILMIAH DAN BIMBINGAN, BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-
PELAJAR JOHOR DI MESIR.