You are on page 1of 1

Pemulihan

Objektif utama aktiviti pemulihan adalah untuk membantu pelajar yang lemah
membina konsep matematik & menguasai kemahiran matematik.
5 langkah utama yang perlu dilakukan untuk mencapai objektif pemulihan: Merancang & melaksanakan ujian saringan.
Merancang & melaksanakan ujian diagnostik.
Merancang & melaksanakan aktiviti pemulihan.
Menilai pencapaian pelajar.
Membuat keputusan samada membenarkan pelajar mengikut kelas biasa
atau menghantar pelajar untuk mengikuti program pemulihan yang
dikendalikan oleh guru pemulihan terlatih.

Pengayaan

Program pengayaan terdiri daripada aktiviti tambahan bertujuan untuk


memperluaskan pengetahuan yang baru dipelajari dalam aktiviti P&P Matematik.
Prinsip-prinsip dalam pelaksaan aktiviti pengayaan
Boleh menarik minat, mencabar (dari segi pemberian soalan yg mencabar)
& beraneka bentuk berdasarkan kebolehan, minat & kepintaran pelajar.
Dalam bentuk aktiviti pembelajaran kendiri dengan panduan yang jelas.
Terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran yang
dipelajari oleh pelajar.
Terdiri daripada pelbagai jenis bahan yang samada dibuat sendiri atau
diperoleh dari pasaran.

You might also like