You are on page 1of 23

FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN

MANUSIA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
(AT 10)
AUDIOLOGI
(KBD 3013)
KUMPULAN B (SEMESTER 7)
DISEDIAKAN UNTUK : EN. SARIB B. SELAMAT
TUGASAN KUMPULAN :
Persekitaran Akustik ( Kawalan kebisingan, kesan jarak, kesan reverberasi, dan
peranan guru khas dalam menentukan persekitaran akustik
bilik darjah)
NAMA AHLI KUMPULAN
Syahiran B. Shafiai
Suriyati Bt. Mat Nor
Siti Wirdaini Bt. Che Othman
Shuhaida Bt. Saad
Siti Nurhidayah Bt. Arbain
Mazlinda Bt. Mohd Masat
Norshazleen Bt. Halim

NO.MATRIK
D20061025094
D20061025659
D20061025663
D20061025667
D20061025668
D20061025692
D20061025694

BIBLIOGRAFI
Jamilah K.A Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Professional.
Diperoleh pada 25 September 2009, daripada http://www.classroomacoustics.com/auditorium-1.htm
Diperoleh pada 25 September 2009, daripada
www.ecophoninternational.com/.../webpuffpage____85787.aspx
trustnet.learningtrust.co.uk/.../Acoustic%20Properties%20of%20Your%20Classroom.doc
Diperoleh pada 26 September 2009, daripada http://www.school-noisecontrol.com/reverberation.html
Diperoleh pada 27 September 2009, daripada
www.asha.org/publications/leader/archives/.../f080923b.htm
Diperoleh pada 28 September 2009, daripada www.asa.aip.org

ISI KANDUNGAN

Bil.

Isi kandungan

Muka surat/ ms

1.0 Pengenalan

1-2

1.1 Definisi akustik


2.0 Ciri-ciri persekitaran akustik

3.0 Mereka yang berisiko menghadapi masalah

pendengaran dalam bilik darjah


4.0 Kawalan kebisingan
4.1 Kawalan

kebisingan

di

dalam

bilik

darjah

4-8

4.2 Sebab-sebab peningkatan kebisingan


4.3 Kesan kebisingan
4.4 Pengubahsuaian akustik ( kebisingan)
5.0 Kesan jarak

8-10

6.0 Kesan Reverberasi

10-13

6.1 Pengubahsuaian akustik (reverberasi)

7.0 Ciri-ciri fizikal reka bentuk bilik darjah

13-14

7.1 Penyesuaian untuk meningkatkan kualiti


bilik akustik

8.0 Strategi

komunikasi

dalam

kelas

untuk

15-16

meningkatkan kadar pendengaran


9.0 Peranan

guru

dalam

meningkatkan

persekitaran akustik

16-17

9.1 Kelebihan bilik darjah akustik

10.0

Kesimpulan

18

1.0

Pengenalan

Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu.
Walaupun manusia masih boleh belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan
sebagainya namun deria pendengaran memudahkan dan menyempurnakan proses
pembelajaran.
Kehilangan pendengaran adalah ancaman utama bukan sahaja terhadap komunikasi,
tetapi juga kepada kehidupan peribadi dan sosial individu. Ketidakupayaan mendengar
pertuturan, bahasa, muzik dan bunyi-bunyi alam sekeliling adalah berkaitan dengan masalah
psiko-sosial yang memberi kesan terhadap fungsi dan kualiti kehidupan seharian.
Walau bagaimanapunn, dengan zaman yang serba canggih ini, terdapat banyak alat
bantu dengar (ABD) yang boleh membantu mereka yang menghadapi masalah pendengaran
ini. Contohnya seperti pemasangan implant koklea dan sebagainya. Namun begitu,
sungguhpun mereka telah menggunakan ABD ini, mereka perlu menyesuaikan keadaan
persekitaran mereka agar alat yang digunakan itu tidak menghadapi masalah. Salah satu
daripadanya adalah seperti kawalan kebisingan, apabila seseorang itu menggunakan ABD
mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendengar dengan jelas apabila berada di
tempat yang bising.
Oleh yang demikian terdapat beberapa cara yang boleh di lakukan bagi mengatasi
masalah ini, terutamanya bagi mengatasi masalah pendengaran di dalam bilik darjah. Antara
cara yang boleh dilakukan ialah mereka bentuk bilik darjah seperti persekitaran akustik,
kawalan kebisingan, kesan jarak dan pengawalan reverberasi. Dalam hal ini, guru
pendidikan khas memainkan peranan yang sangat penting agar murid yang menggunakan
ABD ini dapat mengikuti aktiviti P&P dengan selesa dan lancar.

1.1

Definisi Persekitaran Akustik.

Menurut Kamus Dewan edisi ke empat (2005), persekitaran merupakan satu ruang yang
berada di sekeliling kita. Manakala akustik pula berkaitan dengan kajian saintifik mengenai
sesuatu bunyi. Selain itu ia juga di kenali sebagai cabang fizik yang mengkaji bunyi iaitu
gelombang mekanik di dalam gas, cecair dan pepejal.
Selain itu, di Amerika Syarikat akustik dikenali sebagai: acoustic is the study of
sound. It is undeniable that acoustics plays a very important role in auditorium and studio
designs, noise control, sound reinforcement system, Hi-Fi system and speech intelligibility
and of course industrial vibration measurements.
Definisi yang lain pula ialah ACOUSTICS: Having to do with sound, the sense of
hearing, or the science of sound. The term refers to the qualities of an auditorium,
classroom, or other space that determine how well sounds can be heard. ACOUSTIC ROOM
TREATMENT: The use of sound-absorbing materials (such as carpets and acoustical tile) to
reduce room noise and improve the usefulness of hearing aids and other listening devices.
Secara keseluruhannya, persekitaran akustik ini merupakan satu ruang bilik yang
kedap bunyi yang boleh mengurangkan atau mengawal bunyi bising dengan menggunakan
alat-alat yang boleh menyerap bunyi seperti pemasangan permaidani dan langsir, jubin
akustik, pengubahsuain pintu dan tingkap dan sebagainya.
Dalam konteks pendidikan pula, perlunya bilik akustik ini adalah bertujuan untuk
memastikan murid-murid yang menggunakan ABD tidak menghadapi masalah pendengaran
ketika aktiviti P&P di jalankan. Adanya bilik akustik ini ia membantu menyerap bunyi-bunyi
bisisng yang boleh mengganggu penggunaan ABD murid-murid tersebut.
Selain itu, dengan adanya bilik kedap bunyi ini ia dapat membantu murid-murid
bermasalah pendengaran mendegar dengan lebih jelas lagi. Seterusnya menjadikan
suasana pembelajaran berjalan dengan selasa dan lancar serta memudahkan guru untuk
mengajar murid-murid berkenaan.

2.0

Ciri-ciri Persekitaran Akustik

Dengan adanya ciri-ciri akustik ini, maka murid-murid dapat mendengar dengan lebih jelas
lagi dan memudahkan mereka faham dengan apa yang telah dengar. Antara ciri-ciri
persekitaran akustiknya ialah:
1. Sumber bunyi
Sumber bunyi iaitu di mana datangnya bunyi tersebut atau hasil bunyi yang
didengar. Kebiasaanya sumber bunyi ini terhasil daripada kejelasan suara yang
menggunakan bantuan alat pembesar suara dan kejelasan suara asli iaitu guru
menggunakan suara yang kuat, jelas dan nyata.
`

2. Ruang
Pada kebiasaanya, untuk persekitaran akustik ini ia tidak memerlukan ruang yang
luas. Ia cukup sekadar memuatkan sekurany-kurangnya 12 orang murid di dalam
bilik tersebut. Bilik akustik ini mestilah diubah suai dengan menggunakan bahanbahan yang kedap bunyi atau serap bunyi seperti pemasangan langsir, permaidani
dan lain-lain. Di dalam bilik itu juga, ia perlulah menyediakan kelengkapan yang
diperlukan agar objektif yang diinginkan dapat dicapai.
3. Penerima
Penerima yang dimaksudkan ialah murid-murid yang bermasalah pendengaran
tersebut. Sebagai seorang guru, seharusnya mengetahui tahap-tahap kehilangan
pendengaran murid-murid mereka. Dengan cara ini, guru boleh membuat
langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan murid-muridnya dapat
mengikuti aktiviti P&P dengan baik. Antara langkah yang boleh di ambil oleh guru
adalah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bilik akustik
dan menyediakan kelengkapan yang cukup di dalam bilik tersebut.

Adanya

bahan-bahan itu, maka proses P&P dapat di sampaikan dengan lancar dan
mudah serta murid dapat memahami apa yang di ajar oleh guru dengan sebaik
mungkin.

3.0

Mereka yang berisiko menghadapi masalah pendengaran dalam bilik darjah


Menurut Crandell, Smaldino dan Flexer (1995), kanak-kanak yang menghadapi

masalah pendengaran sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah telinga dan kanakkanak yang mempunyai tahap pendengaran yang teruk adalah berisiko untuk menghadapi
masalah pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, kanak-kanak yang berumur di bawah
13 tahun juga termasuk dalam kategori kanak-kanak yang menghadapi masalah artikulasi.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah artikulasi adalah mempunyai masalah yang
melibatkan sebutan seperti sumbing, sengau dan seumpamanya juga turut telibat dalam
masalah ini.
Di samping itu, kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran bahasa yang
mana sukar memahami sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru juga termasuk
dalam kategori mereka yang berisiko menghadapi masalah pendengaran di dalam bilik
darjah. Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran serta kanak-kanak yang tidak
fasih berbahasa ibunda turut sukar untuk memahami sesuatu pengajaran. Selain itu, kanakkanak yang pernah mengalami penyakit otitis media juga membawa kepada masalah
pendengaran iaitu telinga mengeluarkan sejenis cecair yang menyebabkan ketidakselesaan
kepada individu. Penyakit ini akan menjejaskan pendengaran kanak-kanak tersebut dan dia
memerlukan kaedah atau pengajaran yang berbeza dalam pembelajaran.
4.0

Kawalan kebisingan
Bunyi merupakan satu gelombang yang bergerak melalui medium udara yang mana

tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Gelombang yang bergerak tadi membolehkan tenaga
dan momentum dari sumber suatu gelombang dipindahkan dari satu titik ke kawasan
persekitarannya. Dari segi kawalan kebisingan dalam bilik darjah, bahagian pertemuan
antara dinding dan siling sebaiknya diperbuat daripada bahan penyerap bunyi. Selain itu,
bagi mengawal kebisingan ia boleh dilakukan dengan menghindari permukaan keras yang
cekung kerana ini akan mengakibatkan penumpuan suara berlaku.
Jadi, untuk mengawal kebisingan ia boleh dilakukan dengan mengubah ciri-ciri
mahupun struktur persekitaran di dalam bilik darjah kerana sekiranya perkara ini dapat
dilakukan ia secara tidak langsung akan mengurangkan kebisingan di dalam bilik darjah.
Gelombang bunyi merambat menerusi sesuatu medium. Zarah-zarah medium tersebut
bergetar di sekitar kedudukan seimbang. Namun demikian zarah-zarah medium tersebut
tidak bergerak bersama dengan gelombang tersebut. Gerakan zarah ini boleh diwakilkan

dengan graf sesaran melawan jarak. Graf tersebut boleh menentukan nilai amplitude
frenkuensi dan panjang gelombang bagi tersebut.

4.1

Kawalan kebisingan di dalam bilik darjah


Dalam mengawal kebisingan di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai cara yang boleh

digunakan oleh guru terutamanya dalam memastikan tahap pendengaran pelajar dapat
ditingkatkan dengan menggunakan pengawalan kebisingan yang betul. Guru perlu
mengetahui tahap bunyi yang bersesuaian untuk didengar oleh pelajar serta menitikberatkan
tahap bunyi latar kebisingan. Dalam sesuatu bilik darjah, tahap bunyi latar juga merupakan
sesuatu yang penting bagi membantu pelajar mendengar iaitu membolehkan mereka
memberi tumpuan atau fokus terhadap sesuatu bunyi tersebut.
Selain itu, dalam mengawal kebisingan bilik darjah juga, guru perlu mengetahui
tentang berapa lama atau tempoh masa tenaga suara yang diharapkan di dalam ruangan
bilik darjah. Dengan ini, tahap dengung yang disarankan untuk sesuatu bilik darjah adalah di
antara 0.7-1 detik. Tahap dengung turut mempengaruhi tahap pendengaran pelajar kerana
jika bunyi dengung yang berlebihan, ini akan menjejaskan tahap pendengaran pelajar
tersebut. Dalam sesuatu bilik darjah bagi pelajar bermasalah pendengaran, dinding dan
lelalngit sebaiknya dibuat daripada permukaan yang boleh memantulkan suara. Ini bertujuan
untuk mengoptimumkan pantulan tenaga suara.

4.2

Sebab-sebab peningkatan kebisingan


Pengawalan kebisingan di dalam bilik darjah memainkan peranan penting bagi

mewujudkan persekitaran akustik yang baik dan membantu pelajar meningkatkan


pembelajaran mereka. Tanpa pengawalan yang baik, ini akan membawa kepada
peningkatan kebisingan dan turut menjejaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Peranan guru adalah amat penting dalam mengenalpasti sebab-sebab yang
membawa kepada peningkatan kebisingan.
Antara sebab-sebab peningkatan kebisingan di dalam kelas adalah seperti masalah
kebisingan disebabkan oleh bunyi alat penghawa dingin (HVAC) yang digunakan di dalam
kelas tersebut. Alat penghawa dingin yang digunakan akan mengeluarkan bunyi yang turut
menjejaskan pendengaran pelajar kerana dengan gangguan bunyi ini pelajar akan berasa
terganggu seterusnya menjejaskan tumpuan mereka di dalam kelas.

Sebab peningkatan kebisingan yang lain adalah berpunca daripada lampu dan
peralatan elektronik yang digunakan. Sesetengah lampu dan peralatan elektronik yang
digunakan akan mengeluarkan bunyi yang mungkin menjejaskan tahap pendengaran pelajar
tersebut. Selain itu, peningkatan kebisingan adalah berpunca daripada bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh pengasah pensil, akuarium, dan barang-barang lain. Pergerakan pelajar dan
guru serta percakapan turut menyebabkan peningkatan kebisingan di dalam bilik darjah.
Faktor persekitaran turut mempengaruhi dalam peningkatan kebisingan di dalam bilik
darjah. Kebisingan jalan dan taman permainan berhampiran juga antara faktor yang
mempengaruhi peningkatan kebisingan. Kelas dibina berhampiran taman permainan dan
jalan akan menjejaskan tumpuan pelajar untuk belajar seterusnya menjejaskan pendengaran
pelajar tersebut. Di samping itu, peningkatan kebisingan adalah disebabkan oleh ganguan
kebisingan daripada kelas berhampiran.

4.3

Kesan dari kebisingan


Bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran, gangguan kebisingan yang terdapat di

sekeliling mereka akan mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka terutamanya


melibatkan masalah emosi, sosial dan juga mempengaruhi pembelajaran. Kesan dan akibat
dari kebisingan turut mengganggu pembelajaran mereka. Kebisingan menyebabkan setiap
aktiviti yang dijalankan di dalam kelas terganggu. Oleh itu, ini secara langsung menjejaskan
pencapaian pelajar tersebut kerana mereka tidak dapat mendengar dengan jelas isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya tidak dapat memahami setiap maklumat
yang disampaikan oleh guru.
Salah satu kesan kebisingan adalah mengurangkan kebolehan bertutur. Kanak-kanak
bermasalah pendengaran mempunyai masalah dalam bertutur disebabkan mereka tidak
dapat mendengar atau kurang pendengaran. Mereka yang memakai alat bantu mendengar
memerlukan suasana yang senyap dan sunyi untuk membantu mereka mendengar dengan
baik dan jelas. Oleh itu, jika tiada kawalan kebisingan di dalam bilik darjah, ini akan
mengganggu tahap pendengaran dan mereka tidak dapat mendengar apa yang dituturkan
oleh orang di sekeliling. Tanpa mendengar pertuturan dari orang di sekeliling, kebolehan
bertutur mereka juga turut terjejas kerana komunikasi dan pertuturan yang baik adalah
berlaku hasil dari pendengaran.

Selain itu, kesan lain akibat kebisingan adalah membawa kepada masalah sosial dan
emosi. Apabila seseorang pelajar itu tidak dapat mendengar dengan jelas, ini akan
mengganggu interaksi pelajar tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Keadaan ini
menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan seterusnya
menjarakkan hubungan pelajar tersebut dengan rakan sebayanya. Masalah ini akan
membawa kepada masalah emosi kerana pelajar tersebut akan berasa tertekan kerana tidak
dapat bergaul dengan rakan-rakan.
Di samping mendatangkan masalah dari segi sosial dan emosi, kesan kebisingan
juga adalah terhadap guru. Tanpa kawalan kebisingan yang betul, ini akan memberi masalah
kepada setiap guru yang mengajar pelajar-pelajar bermasalah pendengaran. Guru tidak
dapat menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan ini seterusnya menjejaskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga tidak dapat berkomunikasi dengan
pelajar dan menyukarkan guru bagi mengetahui apa yang tidak difahami oleh pelajar. Selain
itu, pelajar juga terpaksa memberi tumpuan yang lebih dan tenaga yang lebih untuk
mendengar percakapan guru tersebut.
4.4

Pengubahsuaian Akustik
Dalam mewujudkan bilik darjah yang menggalakkan aktivitivi pengajaran dan

pembelajaran bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran, pengubahsuaian akustik perlu


dilakukan terutamanya oleh guru dan pihak sekolah. Antara pengubahsuaian yang boleh
dilakukan adalah melibatkan pemasangan tingkap, pintu dan alat penghawa dingin yang
bersesuaian. Kelengkapan bilik dajrah ini perlu diambilkira dan merupakan antara faktor
terpenting dalam membantu pelajar bermasalah pendengaran untuk meningkatkan hasil
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pemasangan tingkap yang bersesuaian perlu dipasang di dalam bilik darjah iaitu
dengan menggunakan tingkap yang kuat dan kedap bunyi. Tingkap yang kuat dan kedap
bunyi membantu pelajar belajar dalam suasana yang sunyi dan memudahkan proses
penerimaan pelajaran. Tingkap yang terdapat dalam kelas biasa perlu digantikan dengan
tingkap berpenebat haba ( thermal insulating). Setiap tingkap bagi kelas ini juga memerlukan
penambahan atau pemasangan kain atau langsir. Ini adalah bagi membantu menyerap bunyi
bagi mengurangkan bunyi yang masuk ke dalam bilik darjah. Kain atau langsir yang
digunakan perlulah dari kain yang lebih lembut.

Selain itu, pintu yang digunakan di dalam kelas ini juga perlu dipasang dengan getah
pelekat yang berkualiti di sekitar pintu bagi mengurangkan bunyi setiap kali membuka dan
menutup pintu tersebut seperti pintu-pintu yang digunakan di studio dan juga pintu kereta.
Pemasangan pintu yang ketat dan berpadanan dengan dinding juga penting dalam
mengawal kebisingan selain meletakkan benda-benda yang boleh mengurangkan dan
mengawal bunyi dari luar termasuk memasang kain langsir atau menggunakan pengalas
kaki di hadapan pintu tersebut.
Heating, Ventilating and air conditioning (HVAC) atau alat penghawa dingin juga
merupakan salah satu faktor yang membawa kepada kebisingan. Oleh itu, alat penghawa
dingin yang digunakan di dalam bilik darjah bukan sahaja bilik darjah bagi kanak-kanak
bermasalah pendengaran tetapi juga bagi kanak-kanak normal perlulah bersesuaian. Alat
penghawa dingin perlu dipasangkan dengan penutup dan memastikan penutup tersebut
ditutup dengan kemas di sekeliling HVAC tersebut bagi mengelakkan bunyi bising
terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Alat penghawa dingin juga
perlu ditambah sound-lined ductwork yang bertujuan atau berfungsi bagi menipiskan dan
mengurangkan bunyi kebisingan serta menukarkan alat penghawa dingin yang baru jika
terdapat rekahan atau saluran yang pecah.
Selain itu juga, antara pengubahsuian lain yang boleh dilakukan adalah dengan
menjauhkan pelajar yang berada berhampiran dengan punca kebisingan. Ini akan membantu
meningkatkan tahap pendengaran pelajar tersebut. Guru juga boleh membahagikan pelajar
kepada kumpulan-kumpulan kecil bagi memudahkan guru mengajar di samping memilih
tempat yang jauh dari punca kebisingan untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
5.0

Kesan Jarak
Kesan jarak merupakan antara perkara penting dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Terdapat dua syarat agar murid mendengar pembelajaran guru dengan baik.
Pertama sekali, guru perlu memastikan kawasan lingkungan yang tidak bising. Kebisingan
latar belakang ini boleh datang dari lalu lintas di jalan raya yang berdekatan, aktiviti di sekitar
sekolah, suara dari kelas sebelah, dan juga bising dari bunyi kipas. Keadaan ini akan
mengganggu pembelajaran murid. Jika guru hendak mewujudkan persekitaran akustik guru
perlu memastikan semua ini tidak menjadi halangan. Guru perlu memastikan bahawa
kawasan tersebut berada dalam kawasan lingkungan yang tidak bising.

Selain itu, guru juga perlu memilih waktu dengung atau gema yang rendah. Waktu
gema adalah ukuran menunjukkan seberapa cepat suara akan menghilang. Semakin tinggi
waktu gema akan semakin lama suara itu bertahan di dalam ruangan. Ini penting kerana
gema diperlukan dalam bilik darjah akustik. Apabila keadaan ini dipatuhi proses
pembelajaran dan pengajaran pelajar akan berjalan dengan lancar.

Bunyi merupakan satu hayunan atau perubahan udara yang akan sampai ke telinga,
dikesan, diproses dan dihantarkan ke otak untuk proses pemahaman maklumat. Gelombang
bunyi dalam udara bersifat tiga dimensi. Kekuatan bunyi akan berkurangan apabila kita
berada semakin jauh daripada punca bunyi. Ini bererti guru perlu memastikan jarak
kedudukan yang sesuai antara dia dan pelajar, jika pelajar tidak mendengar percakapan
guru, dia terpaksa mendengar dengan betul.
Selain itu, jarak kedudukan yang tidak sesuai pasti akan menyebabkan mereka
terganggu dalam pembelajaran. Ini terjadi kerana mereka tidak dapat mendengar suara
cikgu dengan jelas dan tidak mendengar isi pelajarjan yang disampaikan oleh guru. Semakin
jauh jarak sumber semakin berkurangan gelombang bunyi. Gelombang bunyi yang kurang
menyebabkan pelajar tidak dapat menerima maklumat yang tepat seterusnya menjejaskan
pembelajaran mereka.

Hubungan kesan pantulan dengan selang masa adalah seperti jadual di bawah :

Selang Masa

Kesan

0 20 milisaat

Penguatan Optimum

20 30 milisaat

Penguatan Baik

30 70 milisaat

Suara Bercampur campur

> 70 milisaat

Suara Bertalu

Gema iaitu merupakan bunyi yang kedengaran bertalu-talu dapat dielakkan atau
dihapuskan secara kaedah geometri. Hubungan kesan pemantulan di atas dengan geometri
dapat diringkaskan seperti jadual di bawah:

6.0

Jarak ( Meter )

Kesan

<7

Optimum

7 11

Baik

11 - 23

Suara Bercelaru

> 23

Suara Bertalu talu

Kesan Reverberasi

Reverberasi merupakan gema atau getaran bunyi yang dihantar kembali apabila sesuatu
bunyi itu terkena pada permukaan yang bertekstur keras seperti dinding, siling, perabot dan
sebagainya. Selain itu reverberasi juga boleh didefinisikan sebagai The sound of your voice
is reflected off the hard surfaces causing it to sound hollow and to echo. This echo effect is
called reverberation. Kesan reverberasi juga berkait rapat dengan masa reverberasi iaitu
masa yang diambil oleh bunyi yang terpantul untuk menyebar ke seluruh ruang. Menurut
Smaldino, J. (2008, Sept. 23) dalam Students and soundwaves: Five strategies to promote
good classroom acoustics menyatakan RT refers to the length of time a signal persists in a
room after the original signal has ended. Sometimes this persistence of sound is referred to
as sound reflection or echoes in the classroom. Selain itu, reverberasi juga ialah bunyi yang
yang terhasil selepas bunyi yang sebenarnya disingkirkan dan terjadi apabila bunyi yang
dikeluarkan oleh sumber bunyi tersebut menyebabkan gema kemudiannya lama-kelamaan
akan menghilang akibat daripada penyerapan oleh dinding atau bahan-bahan yang dapat
menyerap bunyi gema.
Dalam membina sesebuah bilik yang mempunyai persekitaran akustik terdapat
banyak faktor yang perlu dititiberatkan termasuklah kesan reverberasi. Oleh itu, terdapat
negara yang telah menetapkan kod dan standard pembinaan bangunan yang akustik seperti
United Kingdom, Swedish dan lain-lain. Antara kod dan standard yang telah ditetapkan
adalah seperti berikut:
UK regulations, Building Bulletin 93 (BB93), states that primary school classrooms
must achieve an unoccupied mid frequency (Tmf) reverberation time of <0.6 seconds. In
secondary schools it states that an unoccupied mid frequency (Tmf) reverberation time of
<0.8 seconds be achieved. If the classroom is designed specifically for the teaching of

hearing impaired pupils then an unoccupied mid frequency (Tmf) reverberation time of <0.4
seconds is required.
Swedish Standard 02 52 68 recommends a reverberation time of 0.5 or 0.6 seconds,
depending on the selected quality level. This applies to normally furnished but unoccupied
rooms. The above figure is the highest recommended value for the frequency range 250 4,000 Hz. At 125 Hz a value 20% higher is permitted
Berdasarkan kod dan standard bangunan akustik tersebut didapati bahawa bagi bilik darjah
sekolah rendah mempunyai masa reverberasi yang sesuai iaitu kurang daripada 0.6 sesaat
manakala bilik darjah sekolah menengah pula memerlukan 0.6 sesaat untuk gema yang
terhasil tersebar dan hilang dalam sesuatu ruang. Walaupun begitu, proses pengajaran dan
pembelajaran bagi kelas murid-murid yang mengalami masalah kehilangan pendengaran,
masa reverberasi yang sesuai ialah kurang daripada 0.4 sesaat. Hal ini kerana murid-murid
masalah pendengaran tidak boleh terganggu dengan bunyi gema yang lama kerana ini akan
menjejaskan penerimaan maklumat yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran. Bukan
setakat itu sahaja, murid-murid masalah pendengaran juga akan berasa penat untuk
mendengar kerana masa gema yang lama akan menimbulkan kebisingan dan meyukarkan
mereka mendengar dengan jelas. Secara kesimpulannya, masa reverberasi yang sesuai
dalam mewujudkan persekitaran akustik untuk proses pengajaran dan pembelajaran ialah
dalam purata 0.4 hingga 0.6 sesaat. Tetapi, bagi kelas kanak-kanak masalah pendengaran,
masa reverberasi sepatutnya tidak melebihi 0.4 sesaat.
Di samping itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesan reverberasi iaitu
keluasan ruang, corak ruang, kekuatan sumber bunyi, bahan-bahan yang digunakan dalam
sesuatu ruang, dan tahap kehilangan pendengaran seseorang. Dari segi keluasan bilik
merujuk kepada semakin luas sesuatu ruang bilik tersebut semakin kurang kesan
reverberasinya. Hal ini kerana bunyi yang terhasil terpaksa menyebar ke seluruh ruang
sebelum terkena pada permukaan keras dan adakalanya bunyi tersebut hilang diserap oleh
udara. Keadaan demikian akan mengurangkan gema dan menjadikan bilik tersebut tiada
kesan reverberasi yang kuat. Selain itu, corak ruang turut mempengaruhi kesan reverberasi
terutamanya bagi ruang yang mempunyai banyak segi atau terhalang oleh dinding.
Sebenarnya, dinding dan bucu yang bersegi ini boleh menghalang bunyi daripada meyebar
ke ruang dan dapat mengurangkan kesan reverberasi. Kekuatan bunyi juga merupakan
salah satu faktor yang mempengaruhi kesan reverberasi dimana semakin kuat bunyi yang
dihasilkan, gema atau reverberasi yang terhasil adalah lebih kuat dan lebih lama. Walaupun
demikian, gema yang kuat boleh dikurangkan dengan penggunaan bahan-bahan yang serap
bunyi seperti papan flanel, kain langsir, perabot, tirai , karpet dan sebagainya. Dari aspek

tahap kehilangan pendengaran pula, biasanya kanak-kanak yang bermasalah pendengaran


yang ditempatkan dalam ruang akustik menggunakan alat bantu dengar dan alat ini amat
sensitif terhadap bunyi. Ini bermakna mereka mudah terganggu dengan sebarang bunyi
yang terhasil di sekeliling mereka. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pendengaran
teruk, kesan reverberasi yang kuat boleh menyebabkan mereka tidak mendengar dengan
jelas kerana penggunaan alat pendengaran mereka lebih sensitif berbanding dengan kanakkanak yang menghadapi masalah pendengaran ringan. Oleh itu, dalam mewujudkan
persekitaran akustik yang baik, benyak perkara yang perlu dipertimbangkan supaya
pengajaran terhadap kanak-kanak bermasalah pendengran berlaku dengan berkesan.
Gema atau reverberasi juga boleh diukur. Gema diukur dengan menggunakan mesin
khas yang dicipta untuk menentukan tahap akustik yang sesuai bagi sesebuah bilik.
Biasanya,

pengukuran

berlangsung.

gema

Pengiraan

dilakukan

bagi

masa

oleh

jurutera

reverberasi

semasa
ialah

proses
seperti

pembinaan
berikut

Dalam pengukuran reverberasi, bilik atau ruang yang terlalu banyak tingkap akan
menyukarkan pengukurannya kerana gema kurang terhasil. Ini kerana bunyi yang
dikeluarkan oleh sumber telah menyerap keluar melalui tingkap dan amat sedikit bunyi yang
dipantulkan kembali menjadi gema. Malah bilik yang banyak tingkap juga mempunyai kurang
permukaan atau benda-benda keras. Contoh lain pula ialah sekiranya pengukuran
reverberasi dijalankan di kawasan padang adalah amat sukar untuk mendapatkan nilai
reverberasinya kerana kawasan tersebut amat luas, tetapi sekiranya pengesanan
reverberasi dilakukan di dalam sebuah bilik tertutup sudah tentulah terdapat gema yang
terhasil dan pengukurannya menjadi lebih mudah. Namun begitu, kesan reverberasi yang
terlalu tinggi di dalam sesebuah bilik boleh menyebabkan masalah kesukaran untuk
memahami. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang jurutera untuk mendapatkan ukuran
reverberasi yang sesuai dengan keperluan bilik tersebut.
Pada hari ini, sistem pendidikan adalah berbeza dengan dahulu ekoran daripada
penggunaan kaedah dan strategi pengajaran yang semakin berkembang dan pelbagai.
Kalau dahulu, sistem pengajaran di sekolah memerlukan murid-murid menumpukan
perhatian kepada pembelajaran dan tidak dibenarkan bercakap selain guru sahaja yang

mempunyai autoriti untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, persekitaran akustik senang
diwujudkan. Berbeza pula dengan pengajaran guru pada hari ini, dimana murid-murid perlu
melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Keadaan ini sebenarnya
dapat menimbulkan masalah kebisingan kerana bukan sahaja guru yang bercakap malahan
murid-murid juga akan terlibat dalam perbincangan, penggunaan bahan dan sebagainya.
Bunyi-bunyi yang dikeluarkan ini akan menyebabkan kesan reverberasi menjadi lebih tinggi
dan seterusnya menimbulkan masalah kebisingan serta mengganggu pembelajaran. Tetapi
sekiranya kelas atau ruang tersebut dilengkapi dengan bahan-bahan penyerap bunyi, kesan
reverberasi dapat dikurangkan. Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak yang terlibat
dalam mewujudkan persekitaran akustik mengenalpasti cara-cara untuk mengurangkan
kesan reverberasi tersebut. Keadaan ini boleh dilakukan dengan melihat terlebih dahulu
perkara-perkara yang meyebabkan kesan reverberasi seperti penggunaan siling tanpa jubin
akustik, siling yang tinggi melebihi 10 kaki, siling atau dinding yang dicat yang
mengurangkan daya penyerapan dan permukaan dinding dan lantai yang keras.
Secara keseluruhannya, persekitaran akustik amat berkait rapat dengan kesan
reverberasi kerana keadaan ini boleh menggangu pengajaran sekiranya gema yang terhasil
adalah tinggi dan sebaliknya. Selain itu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kesan
reverbearsi dan perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya kesan reverberasi. Oleh itu,
amat penting bagi seseorang guru untuk mewujudkan persekitaran akustik terutamanya
dalam pengajaran mereka terhadap kanak-kanak yang bermasalah pendengaran.
6.1

Pengubahsuaian akustik reverberasi


Terdapat pelbagai cara untuk membuat pengubahsuaian akustik (reverberasi) iaitu

seperti menggantikan siling jubin biasa dengan siling jubin akustik supaya dapat
mengurangkan tahap kebisingan dalam sesuatu bilik. Selain itu, cara yang boleh dilakukan
untuk mengurangkan tahap kebisingan adalah dengan menggantung siling akustik dengan
syarat jika ketinggian siling bilik mengizinkan. Penambahan panel yang boleh meresap bunyi
pada bahagian dinding serta bahagian belakang bilik darjah juga merupakan cara yang
terbaik bagi mengurangkan tahap kebisingan.
7.0

Ciri-ciri fizikal reka bentuk bilik darjah


Antara ciri-ciri fizikal reka bentuk bilik darjah yang mempunyai pesekitaran akustik

yang baik adalah di mana bilik darjah haruslah dibina jauh dari kawasan-kawasan yang
mengeluarkan bunyi bising seperti berhampiran dengan kilang-kilang. Tingkap yang terbuka

mestilah jauh daripada jalan raya yang sibuk dan kawasan padang permainan. Hal Ini
penting untuk menghindarkan proses pengajaran dan pembelajaran daripada terganggu
dengan bunyi-bunyi bising yang datang dari luar bilik darjah serta bagi meningkatkan kadar
tumpuan murid semasa proses p&p berlangsung.
Selain itu, sistem alat penyaman udara dan pengudaraan tidak boleh melebihi tahap
kebisingan yang ditetapkan iaitu sebanyak 35 dB. Bagi mendapatkan bilik darjah yang
akustik dinding kelas haruslah statik dan tidak boleh digerakkan bagi mengurangkan kadar
kebisingan di dalam bilik darjah. Di samping itu juga, kita boleh mengelakkan bilik yang
memanjang dan tidak seimbang atau pun berbentuk bulat bagi mengelakkan gema yang
kuat. Haruslah dingatkan bahawa gema yang sewajarnya di dalam bilik darjah adalah di
antara 4-6 saat bagi bilik darjah yang menempatkan murid-murid yang normal
pendengarannya. Manakala gema bagi bilik darjah kanak-kanak pekak atau separuh pekak
adalah tidak melebihi 4 saat.
Selain itu, rak-rak buku yang menggunakan roda yang boleh ditolak juga perlu bagi
menggantikan rak buku kayu yang tiada roda untuk mengurangkan kadar kebisingan yang
berlaku di dalam kelas. Meletakkan alas di setiap kerusi juga merupakan antara ciri-ciri reka
bentuk bilik darjah akustik. Selain itu, papan kenyataan di dalam bilik darjah hendaklah
diletakkan di sudut dinding serta bilik darjah mestilah mempunyai landskap yang dipenuhi
dengan pokok bagi mengurangkan kadar kebisingan.
7.1

Penyesuaian untuk meningkatkan kualiti bilik darjah akustik


Antara penyesuaian untuk meningkatkan kualiti bilik darjah akustik adalah dengan

memasang karpet di atas lantai. Hal ini penting bagi mengurangkan kadar kebisingan yang
mana karpet adalah sebagai medium penyerap bunyi. Di samping itu juga, meletakkan getah
pada hujung kaki meja atau kerusi juga perlu jika lantai tersebut mempunyai permaidani. Ini
bertujuan untuk mengurangkan kadar bunyi bising apabila kaki meja bergeser dengan
permaidani tersebut.
Menutup tingkap atau dinding dengan sebarang kain atau langsir juga merupakan
penyesuaian yang baik untuk meningkatkan kualiti bilik darjah akustik. Menggunakan papan
gabus untuk papan kenyataan serta menutup bidai tingkap sebelah luar juga bertujuan untuk
meningkatkan kualiti akustik sesebuah bilik darjah. Pintu bahagian depan haruslah ditutup
rapat bagi mengelakkan kebisingan apabila pintu tersebut ditiup angin. Ciri-ciri visual dalam

bilik darjah haruslah mempunyai lampu yang terang dan mengurangkan permukaan pantulan
supaya murid-murid dapat belajar dengan suasana yang kondusif.
8.0

Strategi Komunikasi Dalam Kelas Untuk Meningkatkan Kadar Pendengaran


Antara strategi komunikasi dalam kelas bagi meningkatkan kadar pendengaran adalah

bergantung kepada tempat duduk guru. Seperti dalam kelas aliran biasa atau normal, tempat
duduk khas guru perlulah berada di tempat yang boleh dilihat oleh semua pelajar iaitu
biasanya terletak di hadapan kelas sama ada di bahagian tengah atau tepi kelas. Tempat
duduk khas guru juga hendaklah dekat dengan muka pelajar dalam satu pandangan.
Dengan cara ini juga guru boleh mengawal pelajar dan memberi seluruh perhatian kepada
setiap pelajar ketika sesi p&p dijalankan.
Sebagai seorang guru, adalah penting untuk kita mendapatkan perhatian pelajar agar
mereka mudah memberi tumpuan dan terus menumpukan perhatian terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan cara ini guru lebih mudah mengajar
dan menyampaikan isi pelajaran. Dalam mendapatkan perhatian, guru boleh menggunakan
cara sama ada melalui lisan atau sentuhan. Melalui cara lisan, guru boleh meningkatkan
atau membangkitkan semangat pelajar untuk belajar dengan memuji hasil kerja pelajar dan
juga dengan bersoal jawab. Guru juga boleh mendapatkan perhatian pelajar dengan
menggunakan intonasi suara yang betul. Kaedah yang dilakukan oleh guru ini mampu
menarik perhatian pelajar kerana mereka mengetahui bahawa guru tersebut mengambil
berat akan diri mereka.
Selain itu, guru juga perlu melatih pelajar untuk lihat dan dengar bagi meningkatkan
kadar pendengaran. Ini merupakan strategi yang penting kerana dengan melihat, pelajar
bermasalah pendengaran dapat melihat apa yang dituturkan oleh guru tersebut di samping
dapat melihat pertuturan bibir guru itu dan mendengar apa yang dituturkan. Ini secara
langsung dapat membantu meningkatkan komunikasi dan kadar pendengaran pelajar
tersebut. Dengan cara melihat dan mendengar juga, pelajar lebih mudah memahami dan
mengetahui isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru tersebut.
Strategi komunikasi lain yang boleh meningkatkan kadar pendengaran adalah dengan
mengawal pelajar agar tidak kelesuan dalam masa yang panjang. Dalam hal ini, peranan
yang dimainkan oleh guru adalah amat penting. Ini kerana, kaedah atau strategi terbaik yang
digunakan di dalam kelas merupakan cara bagi mengelakkan pelajar berasa bosan
seterusnya menjadi kelesuan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru
juga perlu memberi masa untuk pelajar berehat dan harus peka kepada keperluan pelajar

bagi mengelakkan mereka berasa bosan. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk
mengetahui dan menyemak kefahaman bahasa pelajar bagi membantu dalam memudahkan
pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, guru juga boleh menggunakan Frequency Modulation (FM) sistem
untuk membantu dalam meningkatkan kadar pendengaran pelajar. Sistem FM biasanya
digunakan di dalam bilik darjah bersama-sama dengan bantuan alat pendengaran. Sistem
FM merupakan sistem tanpa wayar yang memindahkan bunyi melalui frekuensi radio dan
juga menggunakan mikrofon kerana gelombang suara disalurkan melalui mikrofon serta
merupakan salah satu alat untuk menguatkan bunyi. Ini secara langsung membantu dalam
meningkatkan kadar pendengaran pelajar dan membantu mereka dalam menjalani proses
p&p.
9.0

Peranan Guru Dalam Meningkatkan Persekitaran Akustik


Peranan yang dilakukan oleh guru merupakan antara faktor terpenting bagi

meningkatkan tahap penguasaan dan membantu pelajar memahami setiap pengajaran yang
disampaikan. Bagi meningkatkan persekitaran akustik terutamanya di dalam bilik darjah,
peranan seorang guru juga amat penting dan guru perlu mempunyai pengetahuan untuk
mewujudkan persekitaran akustik seterusnya dapat membantu pelajar. Persekitaran akustik
dapat diperbaiki melalui 3 aspek iaitu antaranya adalah melibatkan jarak, akustik dan juga
pengetahuan tentang bunyi.
Aspek yang pertama adalah jarak yang juga melibatkan kesan jarak iaitu
menunjukkan bahawa jika kita berada lebih dekat dengan sumber, atau jarak kita lebih dekat
dengan sumber bunyi tersebut maka bunyi yang akan kita dengar adalah lebih jelas dan
kuat. Sebaliknya, jika kita berada lebih jauh dari sumber bunyi maka bunyi yang akan kita
dengar juga semakin perlahan. Seperti yang kita ketahui tahap bunyi adalah diukur dalam
unit decibel (dB). Tahap bunyi akan berkurang sebanyak 6 dB setiap kali jarak digandakan.
Sebagai contohnya, jika kita berada 1 meter dari sumber bunyi maka tahap bunyi adalah 100
dB manakala tahap bunyi akan berkurangan kepada 94 dB jika kita berada 2 meter dari
sumber bunyi. Ini bermaksud jika jarak kita lebih jauh dari bunyi maka tahap bunyi yang
didengar akan menjadi lebih berkurangan.
Selain itu, persekitaran akustik juga dapat diperbaiki melalui aspek akustik iaitu
bergantung kepada keluasan bilik darjah, bahan-bahan yang digunakan seperti perabot,
langsir, karpet dan sebagainya yang membantu dalam menyerap bunyi. Bahan-bahan yang

digunakan dalam bilik darjah ini juga membantu bagi menyerap gema. Seterusnya, aspek
yang ketiga adalah pengetahuan tentang bunyi iaitu melibatkan pengetahuan guru dalam
mengawal bunyi dan mengawal kebisingan di dalam kelas. Dalam hal ini guru perlu
mempunyai pengetahuan tentang bunyi dan juga dalam menentukan tahap bunyi yang
bersesuaian dalam meningkatkan tahap pendengaran pelajar.
9.1

Kelebihan Bilik Darjah Akustik


Bilik darjah akustik memberi banyak kelebihan terutamanya dalam membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan bilik darjah akustik adalah mengurangkan
isyarat gema dan juga menguatkan bunyi. Dengan penggunaan bahan-bahan seperti langsir,
karpet dan perabot, gema dapat dikurangkan dan ini seterusnya dapat menguatkan sesuatu
bunyi. Selain itu, kelebihan bilik darjah akustik adalah dapat membantu kanak-kanak
mendengar. Dengan mewujudkan persekitaran akustik yang baik, ini secara langsung dapat
meningkatkan dan membantu kanak-kanak tersebut untuk mendengar. Penggunaan bilik
darjah akustik ini menjadikan bunyi yang didengar semakin jelas dan membantu dalam
menguatkan bunyi.
Selain itu, bilik darjah akustik turut membantu dalam mengekalkan perhatian dan
menarik minat pelajar serta memberikan kebaikan terhadap alat bantu visual. Dalam bilik
darjah akustik, pencahayaan yang terang dan mencukupi perlu bagi membantu pelajar
melihat dengan lebih jelas dan membantu meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar juga biasanya akan menjadi lebih baik jika dapat melihat sendiri
seseorang itu bercakap. Ini kerana dengan melihat sendiri seseorang itu bercakap, pelajar
dapat melihat pertuturan atau gerak bibir guru tersebut dan ini seterusnya membantu
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.
Bilik darjah akustik juga membantu guru menentukan tahap pelajar bagi membuat
sebarang keputusan. Ini bermaksud, dengan adanya bilik darjah ini guru dapat
mengenalpasti tahap seseorang pelajar itu dengan lebih mudah dan juga berkesan serta
mengenalpasti maklumat yang diperlukan dalam membantu setiap pelajar. Kewujudan bilik
darjah akustik turut memberi kelebihan dalam menentukan bila seseorang murid itu bersedia
untuk menerima pelajaran baru. Selain itu, kewujudan bilik darjah akustik turut membantu
untuk meminimumkan masalah auditori dan visual di samping dapat memperbaiki isyarat
untuk tahap kebisingan. Dengan adanya bilik darjah akustik ini, guru lebih mudah mengawal
kebisingan seterusnya dapat menentukan tahap bunyi yang bersesuaian untuk pelajar.

10.0

Kesimpulan
Persekitaran akustik merupakan cabang fizik yang mengkaji bunyi, iaitu gelombang

mekanik dalam gas, cecair dan pepejal. Akustik melibatkan penghasilan, kawalan,
penghantaran, penerimaan, serta kesan-kesan bunyi. Persekitaran akustik perlu dalam
kehidupan namun ia harus dikawal supaya tidak memberi kesan yang negatif yang boleh
menyebabkan kecederaan akustik. Kecederaan akustik merupakan kehilangan pendengaran
disebabkan oleh kecederaan organ telinga.
Ciri-ciri persekitaran akustik terdiri daripada sumber suara iaitu melibatkan sumber
bunyi dan kejelasan suara. Selain itu, ciri-ciri persekitaran akustik adalah melibatkan ruang
dan penerima. Ciri akustik ruang adalah melibatkan keluasan ruang dan kelengkapan
peralatan manakala penerima pula melibatkan aspek kelengkapan bilik serta tahap
kehilangan pendengaran. Ketiga-tiga ciri ini memainkan peranan penting yang menyumbang
kepada kewujudan persekitaran akustik yang baik.
Secara kesimpulannya, dapatlah kita ketahui secara ringkas tentang apa yang
dimaksudkan
terutamanya

dengan
bagi

persekitaran

individu-individu

akustik
yang

dan

kepentingan

mempunyai

masalah

persekitaran
pendengaran

akustik
serta

kepentingannya dalam bidang pendidikan. Persekitaran akustik mendatangkan banyak


kelebihan terutamanya dalam meningkatkan kadar pendengaran dan membantu pelajar
menguasai pengajaran dan pembelajaran.

You might also like