You are on page 1of 29

PENGAMALAN KONSEP INTEGRASI, AKULTURASI,

AKOMODASI, ASIMILASI DAN AMALGAMASI DALAM


MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
1.0

2.0

Pengenalan ................................................................................................................................ 1
1.1

Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia ..........................................................1

1.2

Skop Perbincangan ..........................................................................................................2

Definisi Konsep-Konsep berkaitan Perpaduan Kaum dalam Masyarakat Majmuk ..................4


2.1

Integrasi ...........................................................................................................................4

2.2

Akulturasi ........................................................................................................................4

2.3

Akomodasi ......................................................................................................................5

2.4

Asimilasi .........................................................................................................................5

2.5

Amalgamasi ....................................................................................................................6

3.0

Sejarah Kewujudan Konsep-Konsep Perpaduan Kaum ............................................................7

4.0

Ciri-Ciri Konsep dalam Perpaduan Kaum ..............................................................................10

5.0

Pandangan Sarjana tentang Konsep-Konsep dalam Perpaduan Kaum ...................................15

6.0

Pengamalan Konsep-Konsep dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia ..................................16

7.0

Kesan dan Pengaruh Konsep-Konsep terhadap Hubungan Etnik di Malaysia .......................20

8.0

Penilaian terhadap Konsep-Konsep Perpaduan Kaum ............................................................ 22

9.0

Penutup ....................................................................................................................................24

RUJUKAN .........................................................................................................................................25

1.0

Pengenalan

1.1

Latar Belakang Masyarakat Majmuk di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan sering
dianggap sebagai masyarakat pluralistik. Masyarakat di Malaysia terdiri daripada lebih 200
kumpulan etnik atau kaum (Kamarulzaman, 2007). Menurut Jabatan Perangkaan Negara (2014),
jumlah penduduk semasa di negara pada masa ini adalah 30,061, 133 orang iaitu negara ke-44
paling ramai penduduk di dunia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014). Banci 2010 yang
ditunjukkan dalam Jadual 1 menunjukkan kumpulan etnolinguistik terbesar di Malaysia di mana
kaum Melayu adalah yang teramai diikuti kaum Cina dan India.

Kaum Melayu merangkumi lebih kurang 50.4% daripada masyarakat Malaysia manakala
Bumiputerat lain adalah sebanyak 11%. Kaum Melayu menurut peruntukan perundangan dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah rakyat yang beragama Islam dan mengamalkan adatadat dan kebudayaan Melayu (Malaysia, 2012). Mengikut susur-galur sejarahnya, rakyat Melayu di
Malaysia adalah dari kelasi-kelasi berbangsa Jawa, Bugis dan Minang dari Indonesia yang telah
menetap di Tanah Melayu pada abad ke-17 sehingga awal abad ke-19 (Nazaruddin et al., 2003).
Kaum Bumiputera pula adalah penduduk asli yang bertaraf Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti
kaum Kadazan, Dusun, Rungus, Bajau dan Murut di negeri Sabah dan kaum Iban, Dayak, Bidayuh,
Melanau dan Kelabit di negeri Sarawak.

Kaum bukan Bumiputera pula adalah kaum Cina dan India tetapi bilangan kaum Cina lebih
besar. Terdapat juga kaum Cina dipanggil Baba dan Nyonya dan Cina Peranakan di Melaka,
Terengganu dan Kelantan di mana mereka mengamalkan budaya Melayu dan berkahwin campur
dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Kaum India pula mempunyai kepelbagaian etnik seperti
Tamil, Malayalee, Telugu, Punjabi dan Hindi. Kebanyakan daripada mereka juga berkahwin
campur dengan masyarakat Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.

Jadual 1: Kumpulan Etnolinguistik Terbesar di Malaysia (Berdasarkan Banci 2010)


Kumpulan
Melayu, Semenanjung Malaysia
Cina Han, Hokkien
Tamil
Cina Han, Hakka
Cina Han, Cantonese
Melayu Banjar
Cina Han, Teochew
Cina Han, Mandarin
Minangkabau
Indonesia
Iban
Filipino
Cina Han, Hainanese
Cina Han, Min Bei
Melayu, Malaysian Timur
Cina Han, Min Dong
Cina Selat
Nepal
Tausug
Dusun, Pusat
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012

1.2

Jumlah
9, 041, 091
1, 848, 211
1, 743, 922
1, 679, 027
1, 355,541
1, 237, 615
974, 573
958, 467
874, 536
772, 558
666, 034
442, 933
380, 781
373, 337
271, 979
249, 413
236, 918
217, 587
201, 797
191, 146

Skop Perbincangan

Kertas tugasan ini membincangkan tentang empat konsep berkaitan hubungan etnik dan perpaduan
kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia iaitu integrasi, akulturasi, asimilasi, akomodasi dan
amalgamasi. Perbincangan ini merangkumi huraian tentang definisi, sejarah kewujudan konsep,
ciri-ciri konsep, perbincangan dalam kalangan sarjana tentang konsep tersebut, pengamalan konsep
tersebut dalam masyarakat, kesan dan pengaruh konsep tersebut kepada hubungan etnik serta
penilaian terhadap konsep tersebut.

Konsep-konsep yang dibentangkan ini amat berkaitan dengan konsep 1 Malaysia yang telah
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada bulan April, tahun
2009. Konsep ini bertujuan untuk menerapkan semangat dan nilai bersama dan kekitaan dalam
kalangan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan (Perry, 2009).
Konsep ini beransur daripada sikap toleransi di antara satu sama lain kepada penerimaan antara satu
sama lain atau perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity).

Konsep ini adalah kesinambungan kepada dua matlamat serampang dua mata dalam Dasar
Ekonomi Baru (DEB) iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira bangsa dan penstrukturan
semula ekonomi yang dahulunya dilancarkan oleh Tun Abdul Razak, bapa kepada Perdana Menteri
kita sekarang selepas berlakunya Peristiwa Hitam 13 Mei pada tahun 1969. Konsep 1 Malaysia
mengandungi elemen pembangunan berdasarkan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan
kecemerlangan untuk pembangunan negara. Konsep ini dikaitkan dengan tema Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat dan
menegaskan tentang niat serius kerajaan untuk terus membawa pencapaian dan pembangunan
kepada negara (Malaysia Insider, 2009).
Konsep 1 Malaysia tidak sama dengan ideologi Malaysian Malaysia yang dicadangkan
oleh Lee Kuan Yew melalui Parti Tindakan Rakyat apabila membawa Singapura keluar dari
Maaysia pada tahun 1965 (New Strait Times, 2009). Menurut ideologi ini, semua kumpulan etnik
mempunyai hak yang sama dan tidak ada kumpulan yang mempunyai hak istimewa. Namun, ini
menyalahi Perlembagaan Persekutuan, Artikel 153 yang menyatakan hak-hak istimewa Melayu dan
Bumiputera serta kedudukan dan hak bangsa-bangsa lain di negara ini. Pendekatan 1 Malaysia
memastikan Dasar Tindakan Afirmatif diteruskan supaya orang Melayu yang miskin dan
ketinggalan dapat berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa-bangsa lain dalam aspek
ekonomi. Konsep 1 Malaysia menekankan perpaduan rakyat dengan menggalakkan empat proses
serentak asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi.

2.0

Definisi Konsep-Konsep berkaitan Perpaduan Kaum dalam Masyarakat Majmuk

2.1

Integrasi

Integrasi adalah istilah yang berasal dari perkataan bahasa Inggeris, integration yang memberi
maksud kesempurnaan atau keseluruhan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
integrasi diertikan sebagai penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi
satu kesatuan, penyatuan. Dalam konteks sosial, integrasi adalah proses penyesuaian di antara
unsur-unsur yang berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga terhasilnya pola kehidupan
masyarakat yang mempunyai keserasian fungsi. Integrasi adalah keadaan di mana kumpulankumpulan etnik yang berlainan bersikap menerima dan bersikap kompromi atau toleran terhadap
kebudayaan majoriti masyarakat tetapi dalam masa yang sama, masih mempertahankan kebudayaan
mereka masing-masing.

Integrasi juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Di Malaysia, proses integrasi
masyarakat adalah suatu usaha yang dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan dalam tempoh yang
lama agar adanya perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan kepercayaan.
Perpaduan pula adalah proses yang menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya
setiap individu mempunyai hasrat dan cita-cita yang sama tentang negaranya.

2.2

Akulturasi

Akulturasi pula merujuk kepada pengambilan budaya sesebuah kumpulan yang lain daripada apa
yang telah seseorang individu dibiasakan dengan budaya semasa dia membesar. Akulturasi
melibatkan pembelajaran bahasa dominan dan mengambil nilai dan tingkah laku yang baru.
Akulturasi menjelaskan proses perubahan budaya dan perubahan psikologikal yang terhasil
daripada pertembungan budaya. Kesan akulturasi dapat dilihat pada pelbagai tahap dalam keduadua budaya. Di peringkat kumpulan, akulturasi menyebabkan perubahan dalam budaya, adat dan
institusi sosial. Kesan pada peringkat kumpulan termasuklah perubahan dalam makanan, pakaian
dan bahasa. Di peringkat individu pula, perubahan dalam cara individu berakulturasi ditunjukkan
dengan perubahan dalam tingkah laku seharian tetapi juga dalam pelbagai keadaan psikologikal dan
kesejahteraan fizikal.

2.3

Akomodasi

Akomodasi budaya bermaksud bahawa seseorang individu telah berpindah ke kawasan yang
mempunyai budaya yang lain daripada apa yang dia sudah biasakan. Oleh itu, individu tersebut
akan menyesuaikan diri dengan budaya baru menggunakan cara tertentu supaya serasi tinggal dalam
persekitaran tersebut. Perundingan budaya ini perlu untuk mengimbangi dua budaya yang berlainan
dalam kehidupan sendiri seperti tingkah laku dan amalan di tempat kerja yang mengikut budaya
tertentu kemudian pulang ke rumah untuk mengamalkan budaya tradisional yang telah lama
dilakukan.

2.4

Asimilasi

Asimilasi adalah proses di mana kumpulan yang pada awalnya berasingan telah muncul dan
bersepadu menjadi satu. Asimilasi sekunder berlaku apabila kumpulan berlainan bersepadu di
kawasan awam dan institusi sosial seperti kejiranan, sekolah, tempat kerja dan kerajaan. Asimilasi
primer pula berlaku apabila ahli daripada kumpulan berlainan berintegrasi secara peribadi,
pertubuhan dalam bentuk rakan, keluarga dan pasangan kelamin.

Definisi asimilasi seakan-akan sama dengan konsep integrasi tetapi sebenarnya kedua-dua
istilah ini memberi maksud yang agak berlainan. Asimilasi bermaksud penerimaan iaitu manusia
dari pelbagai latar belakang melihat diri mereka sebahagian daripada satu keluarga kebangsaan
seperti masyarakat Malaysia yang mengamalkan satu budaya yang sama, budaya Malaysia.
Sebaliknya, integrasi pula adalah tindakan untuk menggabungkan kaum dan kumpulan agama ke
dalam suatu masyarakat.

Penyerapan budaya dan struktur sosial bagi kumpulan pendatang kepada suatu masyarakat
yang dominan merujuk kepada asimilasi. Dalam keadaan ini, pendatang baru akan mengubah
struktur sosio-budaya mereka untuk disesuaikan dengan budaya dan masyarakat yang dominan.
Dalam keadaan asimilasi yang lain pula, di mana penyerapan sepenuhnya berlaku melibatkan
percampuran antara budaya dominan dan sub-budaya pendatang dengan cara sehingga membawa
kepada budaya baru. asimilasi dikatakan lebih mudah berlaku sekiranya kumpulan minoriti
mempunyai persamaan dengan masyarakat dominan dalam aspek budaya dan biologikal.

2.5

Amalgamasi

Amalgamasi pula adalah keadaan apabila etnik atau kumpulan budaya yang berlainan berkahwin
atau berpasangan sehingga melahirkan zuriat. Konsep ini agak berbeza daripada asimilasi yang
bermaksud penggabungan sosial dan budaya manakala amalgasi merujuk kepada penggabungan
secara biologikal antara kumpulan etnik dan kaum dalam populasi masyarakat.

Penjelasan definisi bagi kelima-lima konsep berkaitan hubungan etnik ini menunjukkan
persamaan dan dibezakan secara halus. Secara amnya, integrasi membawa kepada pergabungan
dalam masyarakat dalam keadaan setiap kaum dan etnik memelihara budaya masing-masing tetapi
tolerans dan menerima budaya sesama mereka manakala akulturasi pula merujuk kepada
pengamalan budaya kaum lain dalam kehidupan sendiri. Misalnya, dalam masyarakat bukan
Melayu, memakan nasi lemak sebagai sarapan pagi atau memakai baju kurung untuk urusan rasmi
pejabat adalah perkara yang biasa diamalkan. Akomodasi pula lebih kurang dengan akulturasi tetapi
dalam hal ini, budaya sendiri masih diamalkan seperti memakai baju kurung yang dipotong seperti
baju Cheongsam. Akhir sekali, asimilasi adalah pergabungan budaya menjadi satu budaya sahaja
manakala amalgamasi pula melibatkan pergabungan biologikal.

3.0

Sejarah Kewujudan Konsep-Konsep Perpaduan Kaum

Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia adalah hasil daripada perkembangan sejarah yang
berlaku sejak beberapa dekad yang lalu. Tanah Melayu menjadi tempat persinggahan dan tempat
berdagang saudagar dari Barat dan Timur dan dengan itu, saudagar Cina dan India juga sering
mengunjungi ke tempat ini. Perdagangan emas dan sutera telah membawa pengaruh Hindu dan
Buddha serta pengaruh Arab dan Islam di tanah Melayu sehingga mendorong kepada wujudnya
budaya kosmopolitan yang ada sekarang.

Pertembungan budaya Melayu, Cina dan India telah membawa kepada usaha setiap kaum
untuk mengekalkan identiti budaya masing-masing tetapi dalam masa yang sama, interaksi telah
membawa kepada pelbagai aspek akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi bagi
mengekalkan perpaduan dan keamanan semasa mereka berada dalam ruang lingkup yang sama.
Salah satu contoh klasik tentang amalgamasi budaya dapat dilihat dalam bentuk pertembungan dan
interaksi budaya Cina dan India. Pendatang Cina awal telah menetap di negara-negara Selat dan
mengamalkan budaya Melayu. Mereka berkahwin campur dengan Melayu dan menghasilkan satu
set generasi yang dikenali sebagai baba dan nyonya. Di samping itu, mereka juga telah membentuk
set adat, kepercayaan, amalan dan seni yang menunjukkan percampuran kedua-dua Cina dan
Melayu. Ini menunjukkan ciri-ciri akulturasi, akomodasi dan asimilasi yang telah berlaku secara
semulajadi.

Corak pemerintahan kerajaan British pada masa dahulu juga telah mengukuhkan lagi
masyarakat majmuk dan pluralistik di negara ini. Dasar imigrasi British yang bercorak bebas
semasa pemerintahan mereka menyebabkan kemasukan orang asing digalakkan melalui sistem
kangany, indenture, kontrak dan bebas. Ketiadaan dasar imigrasi sebelum tahun 1930-an berkaitan
tapat dengan keperluan tenaga buruh untuk perlombongan, perladangan dan pembinaan
infrastruktur di negara ini. Hanya selepas tahun 1930 sahaja barulah adanya sekatan imigrasi
dengan tindakan menghantar pulang imigran ke negara asal mereka. Pihak British pada ketika itu
juga telah mewujudkan Jabatan Perlindungan Orang Asing untuk melindungi buruh-buruh imigran
daripada penindasan dan penganiayaan kongsi-kongsi gelap. Undang-undang Buruh pula
diwujudkan untuk memastikan majikan memberi kemudahan sepatutnya kepada buruh imigran. Hal
ini telah menambah kemasukan imigran dan menggalakkan mereka yang sudah berada di Tanah
Melayu untuk terus menetap di sini.

Dasar Ekonomi Komersil yang berbentuk kapitalisme dan bebas juga telah menyebabkan
banyak tanah dibuka untuk tujuan perlombongan dan perladangan. Ini menyebabkan keperluan
tenaga buruh meruncing dan menggalakkan lebih ramai pendatang Cina dan India datang ke sini.
Orang-orang Melayu bergiat dalam perkebunan kecil dan penanaman padi manakala orang Cina
dalam bidang perniagaan, pertanian komersil dan perlombongan sementara orang India bekerja di
kawasan perladangan. Pertempatan yang berlainan dan tahap sosio-ekonomi serta kegiatan yang
berlainan ini jauh berbeza antara kaum. Oleh itu, setiap kaum seolah-olah hidup dengan budaya dan
adat resam masing-masing.

Dasar pendidikan British juga telah menyebabkan masyarakat majmuk lebih ketara
disebabkan adanya sekolah Inggeris, sekolah vernakular, sekolah pondok dan madrasah yang
masing-masing mengamalkan sukatan pelajaran mereka. Ketidakseragaman ini telah menyebabkan
masyarakat hidup berkongsi ruang kehidupan tetapi terpisah dari aspek semangat kenegaraan, taraf
sosio-ekonomi, tempat tinggal dan budaya yang berlainan.

Pada tahun 1945, selepas Perang Dunia Kedua, British telah mewujudkan satu entiti politik,
Malayan Union daripada masyarakat pluralistik yang akan diikat bersama berdasarkan
kewarganegaraan yang sama di bawah satu konsep negara, Malaysia. Namun, usaha ini bukanlah
mudah kerana perdebatan tentang keistimewaan orang Melayu dan ketaatan pendatang Cina
(khususnya) dan India kepada negara baru ini amat sengit. Tambahan pula, dasar pemerintahan
British pecah dan perintah menyebabkan segregasi kaum sehingga muncul ketidaksenangan dan
syak wasangka antara kaum. Proses integrasi kaum pada masa itu agak terhad disebabkan segregasi
kaum dan adanya syak wasangka di antara kaum. Proses kemerdekaan yang membawa kepada
persetujuan pemimpin-pemimpin pelbagai bangsa ini dicabar oleh keadaan masyarakat yang
berpecah-belah dan tidak bersatu-padu sehinggalah berlakunya Peristiwa Hitam 13 Mei pada tahun
1969. Pada ketika itu, elemen perpaduan antara kaum menjadi kritikal untuk memastikan negara
terus makmur dan maju dalam keadaan masyarakat yang berbilang kaum.

Oleh itu, usaha perpaduan kaum yang melibatkan pelbagai pendekatan seperti integrasi,
akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi telah digunapakai sama ada secara semulajadi
maupun berdasarkan Dasar Afirmatif kerajaan Malaysia. Di dalam konsep 1 Malaysia, perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum menjadi satu wadah perjuangan demi untuk
mencapai aspirasi negara iaitu Wawasan 2020.

Menurut kenyataan Dato Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri
Malaysia tentang 1 Malaysia:
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

Di dalam konsep 1 Malaysia, perpaduan amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan
di negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti
nasional yang sama. Menurut konsep ini, prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identitiidentiti etnik setiap kaum di Malaysia dihargai dan dihormati. Sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum di mana setiap kaum menerima keunikan kaum yang lain agar semuanya dapat
hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara diberi
penekanan.

4.0

Ciri-Ciri Konsep dalam Perpaduan Kaum


Konsep-konsep seperti integrasi, akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi

mempunyai ciri-ciri yang sama dan agak berbeza. Jadual 1 menunjukkan definisi setiap elemen ini
dengan lebih jelas.

Jadual 1: Definisi Elemen-Elemen Perpaduan Nasional


Elemen
Definisi dan Penerangan
Akomodasi

Proses di mana individu dan kumpulan, walaupun sedar akan nilai dan
norma masing-masing, membuat penyesuaian yang perlu kepada situasi
sosial untuk mencegah dan mengurangkan konflik supaya dapat meneruskan
aktiviti kehidupan yang pelbagai. Ini merupakan langkah pertama ke arah
integrasi.

Akulturasi

Proses adaptasi di mana sesebuah kumpulan memperoleh, mengekal


dan/atau melepaskan ciri-ciri tertentu dalam budaya dan tret mereka supaya
dapat disesuaikan dengan budaya dan tret kumpulan yang dominan.

Asimilasi

Proses pengurangan sempadan yang melihat kumpulan menerapkan elemeelemen budaya dan tret kumpulan dominan sambil mengekalkan identiti
etnik dan budaya sendiri. Ini merupakan percampuran tingkah laku dan nilai
melalui interaksi sosial yang membawa kepada kehomogenan lebih tinggi
dalam masyarakat.

Amalgamasi

Elemen ini dianggap sebagai integrasi tahap tertinggi dan dilihat sebagai
satu indikator bahawa jarak sosial antara kumpulan telah dilemahkan dan
keetnikan menjadi kurang penting.

Sumber: Mustapha et al., 2009

10

Integrasi nasional di Malaysia sering dikaitkan dengan usaha-usaha perpaduan negara.


Menurut Mohamed Yusoof Ismail (2003), konsep ini menjelaskan proses menyatupadukan rakyat
berbilang kaum dengan budaya yang berlainan di bawah satu bentuk identiti kebangsaan yang
berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Panel Penasihat Perpaduan
Nasional, 1992). Shamsul Amri (2007) menjelaskan bahawa integrasi adalah proses untuk
mewujudkan identiti nasional dalam kumpulan yang terasing dalam aspek budaya, sosial dan
politik. Menurut Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), integrasi dan perpaduan dapat diterangkan
sebagai proses untuk menyatupadukan masyarakat di bawah satu identiti kebangsaan. Koperasi dan
perpaduan ini dapat dipupuk melalui integrasi persekutuan, ekonomi, budaya, sosial, pendidikan
dan politik. Di dalam senario masyarakat Malaysia, elemen asimilasi kurang ditunjukkan tetapi
elemen-elemen masyarakat majmuk yang lain seperti integrasi, akomodasi dan akulturasi lebih
digalakkan. Secara semulajadinya juga, elemen amalgamasi dapat dilihat dalam masyarakat
Malaysia sejak dahulu sehingga sekarang.

Konsep perpaduan di Malaysia lebih berbentuk integrasi kebangsaan yang merangkumi


hubungan manusia yang sangat meluas di samping sikap seperti pembangunan semangat identiti
kebangsaan, integrasi tradisi budaya yang pelbagai dan diskrit melibatkan kepercayaan, nilai,
agama, budaya, bahasa, kaum, jantina dan sebagainya. Perpaduan kebangsaan menyentuh tentang
sikap dan kepercayaan rakyat untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam hidup
masyarakat dan dengan itu ciri-ciri budaya masyarakat secara langsung dipengaruhi oleh proses
penggalakan perpaduan nasional. Pendekatan ini tidak berbentuk asimilasi yang mungkin membawa
kepada penghapusan kumpulan etnik tertentu sepertimana dipraktikkan di negara-negara lain. Di
Malaysia, konsep akomodasi lebih banyak diamalkan untuk membenarkan rakyat hidup dalam
aman dan harmoni dengan keetnikan dan identiti kaum dikekalkan dan tidak dilupakan (Mohamed
Yusoff Ismail, 2003). Oleh itu, pendidikan dikatakan perantara paling penting dan sesuai untuk
mempengaruhi minda rakyat tentang ciri-ciri budaya yang lain dan seterusnya membawa kepada
penerimaan dan tolerans terhadap budaya orang lain. Sekolah menjadi institusi sosial untuk
memberi peluang interaksi kepada pelajar pelbagai kaum untuk memahami dan menerima
kepelbagaian budaya mereka. Contohnya, Sekolah Wawasan adalah konsep sistem pendidikan yang
telah dilaksanakan ke arah memupuk perpaduan rakyat Malaysia dengan cara integrasi.

11

Rajah 1: Integrasi Melalui Sistem Pendidikan Memberi Peluang Interaksi antara Kaum
Sumber: http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/2010/08/kebaikan-sekolah-wawasan_13.html

Akulturasi pada asalnya dikonseptualkan sebagai satu proses unidimensional dengan


pengekalan budaya warisan dan pemerolehan budaya yang diterimadalam satu kontinuum pada dua
titik bertentangan (Gordon, 1964 dalam Schwartz et al., 2010). Akulturasi yang diasaskan kepada
Model Berry (1980) menunjukkan empat kategori akulturasi iaitu:
1.

Asimilasi: mengambil budaya yang diterima dan meninggalkan budaya warisan;

2.

Pemisahan: menolak budaya yang diterima dan mengekalkan budaya warisan;

3.

Integrasi: mengambil budaya yang diterima dan mengekalkan budaya warisan; dan

4.

Marginalisasi: menolak kedua-dua budaya warisan dan budaya yang diterima.


Mohd Arif (2008) menjelaskan konsep akomodasi dengan merujuk kepada rumus Ting

Chew Peh (1987) iaitu A + B + C = A + B + C di mana A, B dan C adalah budaya. Ini bermaksud
bahawa pelbagai kumpulan etnik hidup bebas mengamal dan mempertahankan budaya masingmasing meskipun berinteraksi dengan etnik lain. Ini amat berbeza dengan konsep asimilasi yang
dirumuskan sebagai A + B + C = A di mana budaya A adalah budaya dominan.

Di Malaysia, konsep asimilasi dapat dilihat dalam masyarakat Baba dan Nyonya iaitu etnik
Cina yang telah menerap dan membudayakan amalan kaum Melayu dalam kehidupan mereka.
Begitu juga dengan Cina Peranakan di kalangan masyarakat Cina dan India Peranakan di kalangan
masyarakat India di Kelantan. Mereka mengasimilasikan budaya Melayu dari segi pakaian dan
makanan. Mereka memakan nasi lemak dan memakai baju kurung serta fasih berdialek bahasa
Melayu Kelantan.

12

Rajah 2: Perkahwinan Baba dan Nyonya


Sumber: http://suhaney.wordpress.com/baba-nyonya-wedding/

Rajah 3: Masyarakat Cina Peranakan di Kelantan


Sumber: http://peranakan-facts.blogspot.com/

Rajah 4: Masyarakat India Peranakan di Melaka


Sumber: http://peranakan.hostoi.com/IndianPeranakans.htm
13

Di Malaysia, konsep asimilasi dapat dilihat dalam masyarakat Baba dan Nyonya iaitu etnik
Cina yang telah menerap dan membudayakan amalan kaum Melayu dalam kehidupan mereka.
Begitu juga dengan Cina Peranakan di kalangan masyarakat Cina dan India Peranakan di kalangan
masyarakat India di Kelantan. Mereka mengasimilasikan budaya Melayu dari segi pakaian dan
makanan. Mereka memakan nasi lemak dan memakai baju kurung serta fasih berdialek bahasa
Melayu Kelantan. Selain itu, perkahwinan antara kaum seperti ditunjukkan dalam Rajah 5 di bawah
menunjukkan konsep amalgamasi juga dilaksanakan di Malaysia.

Rajah 5: Perkahwinan Campur antara Orang Melayu dan Orang Cina


Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/KeistimewaanIslamtakperludipertikai/Article/

14

5.0

Pandangan Sarjana tentang Konsep-Konsep dalam Perpaduan Kaum

Perpaduan nasional, integrasi nasional dan pendekatan-pendekatan seperti integrasi secara am,
akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi telah banyak diperdebatkan dan diperkatakan
sama ada dalam konteks masyarakat umum maupun dalam kalangan cendiakawan dan sarjana.
Malah banyak kajian telah dilaksanakan tentang perpaduan kaum, hubungan etnik dan sebagainya
di Malaysia dan juga di luar negara.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Chiok et al. (2012) mengenai pandangan
belia/beliawanis terpelajar tentang Wawasan Malaysia menunjukkan bahawa terdapatnya
pandangan yang berbezan tentang isu budaya di Malaysia. Namun dalam kajian mereka,
kebanyakan kaum Cina Malaysia memihak kepada konsep amalgamasi ataupun periuk lebur
(melting pot). Ini berbeza daripada idea kerajaan Barisan Nasional yang telah memformulasikan
Dasar Budaya Kebangsaan 1971 yang menjelaskan bahawa asas kepada budaya Malaysia taua
budaya kebangsaan ialah Melayu iaitu lebih kepada konsep asimilasi.

Swartz et al. (2010) pula menulis artikel tentang perubahan paradigma tentang konsep dan
model akulturasi sedia ada. Menurut mereka, akulturasi tidak boleh dilihat sebagai satu proses unidimensional tetapi sebenarnya suatu proses yang multi-dimensional melibatkan pengaruh bersama
antara nilai-nilai dan pengenalan budaya warisan dan amalan budaya yang diterima.

Berry (2005) menambah tentang isu akulturasi di mana beliau menyatakan bahawa
pertembungan budaya yang berlainan pastinya akan membawa sama ada konflik ataupun
perundingan. Semasa akulturasi, kumpulan orang dan ahli individunya terlibat dalam kontak antarabudaya dan dengan itu berpotensi menghasilkan konflik sehingga perlunya ada perundingan atau
negosiasi bagi membawa penyesuaian dan adapatasi kepada kedua-dua kumpulan budaya. Menurut
Berry lagi, strategi dan proses akulturasi berlaku dalam kumpulan besar dan kecil di mana beberapa
pendekatan boleh digunakan seperti integrasi, asimilasi, pemisahan dan marginalisasi. Penggunaan
strategi integrasi kurang memberikan stres dan mencapai adaptasi yang lebih baik berbanding
marginalisasi manakala penggunaan asimilasi dan pemisahan memberi stres dan adaptasi pada
tahap sederhana. Namun, integrasi memerlukan banyak perundingan untuk mencapai matlamat
perpaduan. Walau bagaimanapun, Berry (2005) menyarankan penggunaan pendekatan integrasi
kerana kurangnya konflik dan tekanan yang terhasil.

15

6.0

Pengamalan Konsep-Konsep dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia

Hubungan etnik, perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan beberapa perkara yang sering
dikaitkan dengan masyarakat majmuk di sesebuah negara termasuklah Malaysia. Fokus pendekatanpendekatan atau dasar-dasar ini adalah untuk memastikan bahawa kaum-kaum yang berbilang dapat
hidup rukun damai dan memastikan adanya kesejahteraan hidup dalam aspek ekonomi, sosial dan
politik. Namun, apabila kaum-kaum yang berbilang tinggal dalam ruang lingkup yang sama, pihak
dominan mungkin akan menindas yang minoriti dan dengan itu, menimbulkan huru-hara dan
kecelaruan. Dalam masa yang sama, kesemua pihak mungkin mengamalkan budaya masing-masing
sehingga menimbulkan konflik di antara satu sama lain. Impak konflik ini mungkin akan
melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa seperti yang disaksikan dalam Peristiwa
Hitam 13 Mei 1969.

Pada awalnya, proses asimilasi digunakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di
Malaysia sepertimana ditunjukkan dalam Dasar Integrasi Nasional pada tahun 1971. Asimilasi
budaya ini memerlukan pihak minoriti seperti Cina dan India bertolak-ansur dan menggabungkan
pemikiran dan amalan budaya termasuk bahasa mereka kepada budaya kaum majoriti. Usaha ini
diharap dapat memastikan adanya persefahaman antara satu sama lain dan seterusnya persamaan
budaya yang dicapai akan membawa kepada perpaduan, keamanan dan keharmonian.

Lantaran itu, pendidikan menjadi saluran utama untuk mengasimilasikan budaya kaum lain
mengikut budaya Melayu. Salah satu daripadanya adalah pengajaran di sekolah kebangsaan yang
menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa Melayu manakala di sekolah-sekolah vernakular,
mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan. Proses pendidikan ini seakan-akan mencapai
matlamatnya apabila adanya anak-anak kaum yang lain yang bersekolah di sekolah kebangsaan
tidak lagi fasih berbahasa ibunda mereka. Di Sabah misalnya, kebanyakan anak-anak kurang pandai
berbahasa ibunda mereka dan lebih banyak menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di sekolah
tetapi sebagai bahasa komunikasi di rumah dan juga dalam pergaulan masyarakat setempat.

Selain daripada sistem pendidikan, pergaulan di antara kaum yang lebih bebas juga telah
membawa kepada perggabungan yang lebih ketara seperti pemakaian pakaian yang sama dan
memakan jenis makanan yang serupa. Di restoran Cina dan India kini, banyak menghidangkan
makanan ala Melayu manakala di restoran Melayu juga, makanan ala masakan Cina dan India turut
dihidangkan.

16

Rajah 6:
Pelbagai Makanan ala Malaysia Berbilang Kaum yang Dimakan oleh Semua Kaum

Rajah 7:
Pelbagai Pakaian Melayu yang Digabungkan dengan Ciri-Ciri Kaum Lain

17

Proses akulturasi, akomodasi dan asimilasi seperti ini berlaku secara semulajadi dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, kaum-kaum minoriti selain bangsa
Melayu masih ingin mengekalkan adat resam dan tradisi budaya mereka. Oleh itu, asimilasi yang
mendalami sehingga kepada sikap dan pemikiran mereka dianggap tidak berjaya sepenuhnya. Ini
kerana kaum-kaum minoriti mungkin membuat akomodasi terhadap budaya amalan kaum Melayu
tetapi mereka juga masih tebal dengan amalan budaya mereka sendiri. Contohnya, kaum Cina yang
beragama Budha masih menyembah nenek moyang mereka dan melakukan upacara memuja
semangat nenek moyang sedangkan ajaran ini bercanggah dengan amalan orang Melayu yang
berpaksikan agama Islam.

Selain dari itu, amalgamasi iaitu pergabungan dua budaya secara biologikal pula terjadi
dalam perkahwinan campur iaitu perkahwinan di antara dua orang yang berlainan latar belakang
budaya. Menurut Bean dan Stevens (2003), perkahwinan campur dianggap sebagai cara paling
mungkin untuk melenyapkan batasan sosial dan budaya, seterusnya membawa kepada integrasi
sosial dan budaya kerana interaksi dekat antara manusia daripada dua keetnikan berbeza dapat
membawa kepada penerimaan dan pergabungan budaya yang berlainan. Di Malaysia, ciri
masyarakatnya yang pluralistik memberi peluang untuk interaksi sosial daripada keetnikan yang
berlainan dan dengan itu meningkatkan peluang untuk berkahwin campur. Interaksi ini juga
semakin dirapatkan oleh faktor-faktor seperti akses kepada pendidikan, latihan dan pekerjaan dalam
kalangan orang muda daripada latar belakang etnik yang berlainan serta peluang melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sosial dan masyarakat (Penny & Khoo, 1996).

Di Malaysia, perkahwinan campur berlaku dalam kalangan bukan Islam dengan bukan Islam
tetapi berlainan bangsa dan juga di antara bukan Islam dan Islam yang berlainan bangsa. Di dalam
kes yang pertama, perkahwinan dalam kalangan bukan Islam, tidak ada obligasi untuk pertukaran
agama di mana kedua-duanya boleh terus mengamalkan pegangan agama dan kepercayaan masingmasing atau salah seorang akan beralah dan menganut agama dan kepercayaan pasangannya.
Namun, bagi yang bukan Islam berkahwin dengan seseorang yang berugama Islam, adalah wajib
bagi pasangan bukan Islam untuk menganut dan menukar agamanya kepada Islam.

Konsep perkahwinan campur ini dianggap baik kerana proses amalgamasi yang berlaku
akan menyebabkan pergabungan budaya dengan syarat adanya tolak ansur dan sifat terbuka dalam
kedua-dua pasangan. Namun, konflik juga timbul kerana ketidakserasian dan perbezaan budaya
akan menyebabkan pasangan bergaduh untuk menentukan mana satu budaya yang perlu diikut dan

18

mana yang perlu ditinggalkan. Lantaran perkahwinan campur juga banyak terdorong kepada isu
perceraian kerana keadaan konflik perkahwinan yang besar.

Pendekatan integrasi yang digalakkan dalam konsep 1 Malaysia juga masih dipertikaikan
oleh masyarakat di Malaysia. Kaum Melayu yang menjadi bangsa dominan berasa risau bahawa
hak-hak ketuanan Melayu dan hak-hak istimewa mereka sepertimana dinyatakan dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia mungkin akan dikurangkan atau ditiadakan memandangkan
bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India lebih mendahului dalam aspek sosio-ekonomi. Namun,
usaha-usaha integrasi yang meningkatkan perpaduan antara kaum di mana setiap budaya diberi
penghargaan dan penghormatan terus dilakukan. Contohnya, usaha untuk meningkatkan
perkahwinan campur dan juga perayaan bersama seperti Kongsi-Raya (antara kaum Melayu dan
Cina) dan Deepa-Raya (antara kaum India dan Melayu).

Rajah 8:
Perayaan Integrasi Kaum: Deepa-Raya dan Kongsi-Raya

Perkongsian perayaan-perayaan ini memberi peluang kepada kaum yang berlainan untuk
memahami budaya kaum yang lain dan dengan itu menimbulkan persefahaman dan toleransi antara
satu sama lain. Amalan rumah terbuka di mana masyarakat mengeratkan lagi hubungan kejiranan
dan persaudaraan dengan melawat rumah masing-masing semasa perayaan juga dapat
mengurangkan jurang sosial antara kaum.

19

7.0

Kesan dan Pengaruh Konsep-Konsep terhadap Hubungan Etnik di Malaysia

Usaha perpaduan masyarakat pluralistik di Malaysia telah dilaksanakan sejak dari dahulu lagi iaitu
semasa proses pembentukan negara Malaysia, bermula dengan usul Malayan Union sehinggalah
tertubuhnya pula Barisan Nasional dalam arena politik untuk menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar
kerajaan telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi interaksi sosial dan persefahaman antara kaum
supaya perpaduan, keamanan dan keharmonian dapat dicapai. Pada awalnya, pendekatan asimilasi
diberikan penekanan yang memerlukan kaum-kaum minoriti menerima-pakai budaya kaum majoriti
iaitu Melayu. Pendekatan ini digunakan mengikut Dasar Afirmatif yang diamalkan oleh kerajaan
pada masa itu bagi memelihara hak-hak orang Melayu di samping memastikan kaum-kaum lain
tidak akan mencapai kelebihan dalam aspek sosio-ekonomi berbanding kaum Bumiputera. Oleh itu,
sistem pendidikan yang digunakan sebagai alat perpaduan telah menyebabkan Bahasa Melayu
dipelajari oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Dasar Bahasa Kebangsaan mewajibkan
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pendidikan, bahasa rasmi dalam urusan pejabat dan
kerajaan, bahasa rasmi dalam acara-acara dan majlis rasmi dan sebagainya. Pendekatan ini telah
membawa kepada kefasihan berkomunikasi dalam bahasa Melayu bukan sahaja dalam kalangan
orang Melayu tetapi oleh rakyat yang berbangsa lain juga.

Hakikatnya, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan kaum nampaknya


merapatkan lagi interaksi dan komunikasi antara kaum kerana jurang sosial yang dirapatkan apabila
kaum berlainan berkomunikasi dengan bahasa yang sama memberi peluang untuk memahami dan
seterusnya menerima antara satu sama lain. Namun demikian, penggunaan bahasa sahaja tidak
memadai untuk integrasi yang mantap di antara kaum. Proses asimilasi tidak berjaya sepenuhnya
walaupun semua rakyat dapat berbahasa dalam bahasa Melayu kerana apa yang berlaku adalah
proses akomodasi iaitu penyesuaian bangsa minoriti kepada amalan dalam masyarakat tetapi
apabila mereka kembali ke dalam ruang lingkup masyarakat mereka sendiri, amalan budaya kaum
masih tebal diamalkan.

Dalam masa yang sama, impak globalisasi yang telah membawa beberapa transformasi
dalam sistem pendidikan sejak dua dekad yang lalu juga telah sedikit sebanyak menggagalkan
usaha memperkasakan bahasa Melayu di institusi-institusi pendidikan. Perlaksanaan Program
PPSMI iaitu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Materimatik dalam Bahasa Inggeris sejak awal
tahun 2000-an telah menyebabkan ramai anak-anak muda kurang memberi tumpuan kepada bahasa
Melayu tetapi meningkatkan lebih usaha menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa global.
Malahan, di kalangan orang Melayu sendiri, kepetahan anak-anak Melayu bercakap dalam Bahasa
Melayu turut terjejas tetapi semakin ramai pula yang lebih fasih berbahasa Inggeris.
20

Namun, asimilasi merupakan suatu usaha yang cuba menghapuskan sesuatu amalan bangsa
dan seterusnya menyebabkan budaya itu dilupakan untuk memberi ruang kepada amalan budaya
bangsa yang lain. Penghapusan kategori kaum di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut
Goldberg (1993), bangsa atau kaum dinyatakan sebagai wacana perkauman dan menentukan
siapakah yang menjadi penduduk bumiputera dan siapa yang bukan; siapa yang wajar menjadi
warganegara dan siapa tidak; siapa yang boleh mengundi dan siapa tidak; siapa yang dilindungi
oleh undang-undang dan siapa tidak; dan siapa yang mempunyai akses dan keistimewaaan dan
siapa yang dipinggirkan. Melalui konsep asimilasi, kaum Melayu dianggap kaum teristimewa di
Malaysia manakala kaum-kaum yang lain perlu diasimilasikan untuk membudayakan amalan orang
Melayu dalam kehidupan mereka dalam aspek bahasa, makanan, pemakaian dan melalui galakan
dan usaha afirmatif, agama. Menurut Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, kaum Melayu
dan Bumiputera di Malaysia diberikan kuota khas untuk perkhidmatan awam, pemberian biasiswa,
kemasukan ke institusi pendidikan awam dan pemberian lesen perniagaan. Peruntukan undangundang ini juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk membentuk monopoli Melayu dalam bidang
perdagangan tertentu. Tindakan afirmatif ini dilaksanakan kerana diskriminasi Melayu dan
Bumiputera lain dalam aspek pekerjaan dan ekonomi semasa pemerintahan koloni British manakala
kaum Cina dan India lebih maju dalam aspek ekonomi dan pekerjaan pada ketika itu.

Isu perdebatan kaum, penyatupaduan kaum berbentuk afirmatif menggunakan pendekatan


asimilasi ini menjadi isu yang sensitif dan boleh membawa kepada rusuhan kaum dan perpecahan
antara rakyat negara ini. Oleh itu, konsep 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak pada 5 April 2009 menekankan kepada bangsa
Malaysia di mana semua tindakan adalah berdasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik.
Tanpa menghapuskan keistimewaan yang diperuntukkan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera
lain yang dinyatakan dalam Perkara 153, konsep 1 Malaysia mengusulkan agar penekanan juga
diberi kepada perlindungan hak dan kebajikan rakyat bukan Melayu. Melaui konsep 1 Malaysia,
asimilasi telah diganti dengan pendekatan integrasi iaitu keharmonian negara tanpa mengira bangsa
dan tidak perlu mengubah identiti bangsa. Di bawah 1 Malaysia, sikap penerimaan terhadap kaum
dan budaya lain dalam masyarakat pluralistik ini diberikan penekanan agar setiap bangsa menerima
perbezaan kaum dan seterusnya hidup bersama-sama dengan menghormati satu sama lain sebagai
rakyat negara ini. Oleh yang demikian, di masa kini, tumpuan lebih diberikan kepada usaha-usaha
integrasi dan juga pendekatan-pendekatan seperti akulturasi, akomodasi dan juga amalgamasi.
Pendekatan integrasi yang dilaksanakan memberi lebih ruang dan peluang untuk kontak sosial di
kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum supaya akulturasi, akomodasi dan amalgamasi berlaku
secara semulajadi.
21

8.0

Penilaian terhadap Konsep-Konsep Perpaduan Kaum

Sebagai sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum dengan budaya dan warisan yang unik
seperti bahasa, kepercayaan, tradisi dan agama, maka setiap kaum tentunya akan nilai-nilai dan
ekspektasinya sendiri (Syed Serajul Islam, 2008). Konsep-konsep perpaduan kaum seperti integrasi,
akulturasi, akomodasi, asimilasi dan amalgamasi sememangnya telah lama diamalkan oleh
masyarakat di negara ini sama ada melalui tindakan aifrmatif maupun secara semulajadi dan
menunjukkan kesan yang baik dan juga sebaliknya. Hal ini dapat dilihat daripada pencapaian
Malaysia yang telah melalui transformasi ekonomi yang besar bermula dengan ekonomi berasaskan
pertanian di awal 1960-an kepada pembuatan pada tahun 1970-an hingga 1980-an dan kini
pembangunan berasaskan teknologi sejak tahun 1990-an (Abu Bakar et al., 2013). Pencapaian ini
adalah hasil daripada kebolehan rakyat Malaysia berbilang budaya untuk bertolak-ansur dan hidup
serta bekerja bersama-sama sambil merealisasikan matlamat pembangunan dan kemakmuran
negara. Namun, Musa Hitam (2007) pernah menyatakan bahawa pembangunan bangsa bukan
seperti menyediakan prasarana tetapi memupuk nilai-nilai kebangsaan dan kerakyatan bersama
supaya setiap individu walau berbilang kaum, agama dan kepercayaan dapat hidup bersama dan
bersatu-padu memajukan negara dengan nilai-nilai bersama dan semangat juang yang dikongsi.

Namun demikian, hakikatnya pada hari ini menunjukkan bahawa pembangunan bangsa
Malaysia ini dengan nilai-nilai kebangsaan yang sama masih jauh daripada matlamat yang telah
ditetapkan. Masih terdapat pergolakan kaum seperti yang berlaku pada tahun 1969 (antara Cina dan
Melayu) dan pada tahun 2001 (antara India dan Melayu) yang harus dipastikan agar tidak berlaku.
Walau bagaimanapun, secara amnya, hubungan etnik di negara ini adalah aman dan tidaklah seteruk
seperti yang dihadapi di negara-negara berbilang bangsa seperti Nigeria, Rwanda, Bosnia, Thai,
Sudan dan India (Zaid, 2007). Konflik-konflik yang timbul di antara etnik-etnik tersebut datang
daripada perdebatan identiti dalam bentuk bahasa dan budaya (Shamsul, 2006). Sejarah hubungan
etnik di negara kita di mana pendekatan asimilasi kurang diterima oleh bangsa Cina dan India
sehingga seterusnya penggunaan kaedah yang lebih sederhana risiko konfliknya tetapi
menghasilkan hubungan etnik yang lebih rapat seperti integrasi menjadi antara faktor kejayaan
usaha-usaha perpaduan yang telah dilaksanakan. Pendekatan integrasi yang digunakan telah
mengukuhkan lagi identiti rakyat Malaysia berdasarkan model pelbagai budaya (Abu Bakar et al.,
2013).

22

Dalam masa yang sama, hubungan yang lebih baik antara kaum ini membolehkan prosesproses akulturasi, akomodasi dan amalgamasi berlaku secara semulajadi. Perkahwinan campur di
antara kaum yang semakin banyak berlaku memberi harapan bahawa akhirnya masyarakat Malaysia
akan mencapai perggabungan budaya bukan sahaja secara fizikal tetapi juga dalam aspek
biologikal. Walau bagaimanapun, isu-isu perkauman dan perbezaan budaya adalah sensitif dan
boleh menyebabkan pergolakan dan permusuhan antara kaum. Oleh itu, segala program hubungan
etnik dan perpaduan bangsa yang dicadang dan dilaksanakan perlulah memberi penekanan kepada
nilai-nilai menghormati dan memahami semua budaya kaum di Malaysia. Ketelusan amat kritikal
bagi mengurangkan syak wasangka di kalangan kaum. Dengan cara ini, keikhlasan dan kemahuan
untuk berkongsi sebuah negara bangsa yang sama akan membawa kepada perpaduan dan
keharmonian negara bangsa yang diharapkan.

23

9.0

Penutup

Pembangunan bangsa dan integrasi etnik di Malaysia seringkali dianggap pada luarannya sahaja dan
tidak sampai ke akar umbinya kerana aspek-aspek penting dalam proses pembangunan bangsa dan
meningkatkan hubungan etnik itu sendiri kurang diberikan perhatian. Sekiranya keempat-empat
aspek iaitu asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi digunakan untuk integrasi etnik di
negara ini, maka kesemuanya ini akan menjadi proses asas untuk pembangunan negara bangsa.
Perlaksanaan program-program integrasi nasional perlu mengambilkira kesemua elemen ini dan
memastikan kesemuanya menuju kepada halatuju yang sama dengan latarbelakang demografi etnik
di Malaysia yang unik. Konsep Rukun Negara, Bangsa Malaysia dan 1 Malaysia yang pernah
diketengahkan dan memberi penumpuan kepada pembangunan bangsa Malaysia perlulah
mempunyai visi dan misi jangkamasa panjang, selari dan sesuai dengan keadaan semasa dan masa
akan datang serta menjamin keharmonian, kestabilan dan keamanan rakyat di negara ini.

Sepertimana yang dinyatakan dalam kertas tugasan ini, kefahaman tentang pendekatanpendekatan yang digunakan bagi meningkatkan interaksi dan integrasi antara kaum amat penting.
Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan di negara-negara pluralistik yang lain dengan kejayaan
dan cabaran masing-masing. Harus diingat bahawa setiap negara bermasyarakat majmuk
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan apa yang diamalkan di negara lain perlu dijadikan teladan
tetapi disesuaikan dengan acuan pembangunan dan perkembangan di negara sendiri.

Kesemua pendekatan yang dibentangkan di dalam kertas tugasan ini memainkan peranan
tersendiri dan mempunyai potensi dan batasannya bagi meningkatkan integrasi antara kaum di
negara ini. Oleh yang demikian, gabungan pendekatan ini perlu digunakan dengan cara yang
berkesan bagi mencapai matlamat pembangunan bangsa Malaysia yang mengikut aspirasi yang
telah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini. Hakikatnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang
mudah dilakukan kerana perbezaan pandangan, pendapat, kepentingan dan sebagainya akan terus
menjadi halangan dan cabaran yang harus ditangani. Namun, sekiranya generasi baru dididik
tentang penerimaan kaum, sikap toleransi dan memahami adat budaya kaum-kaum lain, maka
Malaysia masih mempunyai harapan yang cerah untuk suatu hari nanti mewujudkan masyarakat
majmuk yang boleh hidup bersama dengan keadaan rukun damai.

24

RUJUKAN

Abdul Rahman Embong (2006). Negara-negara: Proses dan Perbahasan (Edisi ke-2). Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Abdullah, A. & Pederson, P. B. (2003). Understanding Multicultural Malaysia: Delights, Puzzles,
and Irritations. Selangor, Malaysia: Prentice Hall, Pearson
Abu Bakar Nordin, Norlidah Alias & Saedah Siraj (2013). National integration in multicultural
school setting in Malaysia, The Malaysian Online Journal of Educational Science, Volume
1, Issue 1: 20-29
Bean, F. & Stevens, G. (2003). Americas Newcomers and the Dynamics of Diversity. New York:
Russell Sage Foundation
Berry, J. W. (1980). Acculturation as varieties of adaptation. In: Padilla, AM., editor.
Acculturation: Theory, models, and some new findings. Boulder, CO: Westview
Berry, J. W. (2005). Acculturation: living successfully in two cultures, International Journal of
Intercultural Relations, 29: 697-712
Chiok, P. F., Low, C. C. & Ang, S. M. (2012). Malaysian culture: views of educated youths about
our way forward, International Journal of Intercultural Relations, 29: 697-712
Hirschman, C. (1986). The Making of Race in Colonial Malaya: Political Economy and Racial
Ideology. Sociological Forum, 1 (2): 330-361.
Hirschman, C. (1987). The meaning and measurement of ethnicity in Malaysia: An analysis of
census classifications, The Journal of Asian Studies, 46 (3): 555-82.
Hirschman, C. (2004). The origins and demise of the concept of race, Population and development
review, 30 (3): 385-415.
Goldberg, D. (1993). Racist culture: Philosophy and the politics of meaning. Oxford: Blackwell
Gordon, M. (1964). Assimilation in American life. New York, NY: Oxford University Press
Jabatan Perangkaan Malaysia (2012). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci
2010), dari laman web: http://www.statistics.gov.my
Jabatan Perangkaan Malaysia (2010). Demografi Malaysia 2010, dari laman web:
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=54:p
opulation-updated-31072009&catid=35:key-statistics&Itemid=53&lang=en
Kamarulzaman Askandar (2007). Perpaduan dan Perdamaian Etnik. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia
Lee Hock Guan (2000). Ethnic Relations in Peninsular Malaysia: The Cultural and Economic
Dimensions, Social and Cultural Issues, No. 1
Malaysia (2012). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Akta 1260/2006, dari laman web:
http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf
Malaysia Insider (2009). Figuring out One Malaysia, Malaysia Insider, 12 April 2009
25

Mohd Arif Atan (2008). Antara akomodasi dan asimilasi, http://melayumoden.com/?p=167


Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif
sejarah, keluarga dan pendidikan, Jurnal Hadhari, Bil. 3, 61-84
Mujibu, A. M., Badrul, A. M., Azlan, A. R., Zaherawati, Z., Nazmi, N., Jeniifah, N. & Mahazril, A.
Y. (2012). Ethnic Plurality and Nation Building Process: A Comparative Analysis between
Rukun Negara, Bangsa Malaysia and 1Malaysia Concepts as Nation Building Programs in
Malaysia, Asian Social Science; Vol. 8, No. 13
Musa Hitam. (2007). Introduction. Dalam Zaid Ibrahim (Ed.), In good faith. Petaling Jaya: ZI
Publication
Nasir Sulaiman dan Tan, M. S. E. (2005) Ulangkaji Total Sejarah SPM, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn
Bhd
Nazaruddin Mohd Jali, Marof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Modh Rashid (2003).
Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Edisi kedua, Selangor: PrenticeHall Inc
Nazaruddin
Mohd
Jali,
Marof
Redzuan,
Asnarulkhadi
Samah dan Ismail Mohd Rashid, (2005). Pengajian Malaysia. Prentice Hall, Selangor

Abu

Penny, J. & Khoo, S. E. (1996). Intermarriage: A Study of Migration and Integration, AGPS,
Canberra
Perry

(2009). 1Malaysia Concept A vision of justice for all, URL:


http:www.wiramalaysia.blogspot.com/2009/06/1-malaysia-concept-vision-of-justice.html

Rais Yatim (2006). Unsur-Unsur Dan Cabaran Perpaduan Ke Arah Membina Negara Bangsa
Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Ramlee Mustapha, Norzaini Azman, Faridah Karim, Abdul Razak Ahmad & Maimun Aqsha Lubis
(2009). Social integration among multi-ethnic students at selected Malaysian universities in
Peninsular Malaysia: A survey of campus social climate, AJTLHE, Vol. 1, No. 1, 35-44
Ruslan Zainuddin, Ku Halim Ku Arifin, Zaid Ahmad dan Ho Hui Ling (2006), Hubungan Etnik,
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Salfarina Abdul Gapor, Mohd Zaini Abu Bakar and Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2009).
Explaining Ethnic Relations in Malaysia Through the Concentric Circle Model: Case
Studies of the States of Perak and Kelantan, Malaysia, European Journal of Social Sciences
Volume 12, Number 2
Shamsul Amri, Baharuddin (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia
Shamsul, A. B. (2009). Melestari Perpaduan, Memperkukuh Integrasi: Konsep Satu Malaysia
sebagai Wahana Terkini. Dalam Kumpulan Dokumen-dokumen Seminar Gagasan Satu
Malaysia: Kesinambungan Satu Perjuangan. Kuala Terengganu: Kerajaan Negeri
Terengganu & Universiti Malaya
Sittamparam, R. (2009). PM: We welcome parties open to 1Malaysia Concept, News Straits Times,
11 October 2009
Schwartz, S. J., Unger, J. B., Zamboanga, B. L. & Szapocznik, J. (2010). Rethinking the concept of
acculturation: implications for theory and research, Am Psychol., 65(4): 237-251
26

Shamsul, A. (2006). Identity contestations in Malaysia. Dalam Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad
(Eds.), Inter-ethnic relations in Malaysia. Serdang: Universiti PutraMalaysia Press
Syed Azwan Syed Ali (2009). 1 Malaysia Not Same As Malaysian Malaysia, Bernama, April 15,
2009
Syed Serajul Islam. (2008). National integration in Malaysia at 50: Achievements and aspirations.
Singapore: Thomson Learning.
Wan Norhasniah Wan Husin (2011). Nation-building and 1Malaysia concept: Ethnic relations
challenges in the educational field, International Journal of Humanities and Social Science
Vol. 1 No. 9 [Special Issue July 2011] 228
Wong Khek Seng, Raminah Sabran dan Kok Meng Kee (2005), Pengajian Am Kertas 1 & 2 STPM,
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET
http://suhaney.wordpress.com/baba-nyonya-wedding/
http://peranakan-facts.blogspot.com/
http://peranakan.hostoi.com/IndianPeranakans.htm
http://www.bharian.com.my/articles/KeistimewaanIslamtakperludipertikai/Article/
http://pendidikanasasintegrasi.blogspot.com/2010/08/kebaikan-sekolah-wawasan_13.html

27

You might also like