You are on page 1of 10

LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001

Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Bab 2 ( Aset Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja)

Latihan

Soalan 1

Tandakan (√) dalam ruangan yang berkenaan


No Butiran Aset Liabiliti Ekuiti Hasil Belanja
Pemilik
1 Insurans belum bayar
2 Bayaran membaiki computer
3 Pelaburan tambahan oleh pemilik
4 Membeli kertas Photostat
5 Overdraf bank
6 Pinjaman daripada Bank Rakyat
7 Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi
8 Simpanan tetap
9 Faedah terhutang bagi pinjaman
10 Van digunakan untuk perniagaan
11 Penerimaan wang daripada pelangan
12 Penerimaan sewa
13 Bayaran bil elektrik pejabat
14 Stok alat tulis
15 Wang tunai ditangan
16 Hutang kepada pembekal
17 Pinjaman kepada pembantu kedai
18 Wang runcit
19 Membayar angkutan masuk
20 Modal yang dilaburkan dlm perniagaan
21 Hutang oleh pelaggan
22 Komputer yang digunakan di pejabat
23 Pendahuluan gaji pekerja
24 Ambilan barang niaga untuk kegunaan
keluarga
25 Bayaran mengecat premis perniagaan
26 Faedah belum diterima

1
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Soalan 2
Berdasarkan maklumat berikut, sediakan penyata pendapatan “bentuk T “dan
“Penyata” bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 dan Kunci Kira Kira” bentuk
T” dan “penyata” pada tarikh tersebut.

RM RM
Kenderaan 22000 Pulangan Jualan 180
Angkutan masuk 550 Gaji 3150
Ambilan 1160 Sewa dibayar 3200
Penghutang 5680 Pulangan belian 150
Pemiutang 2340 Insurans 800
Lekapan 5000 Bank 10350
Stok 1 Januari 2008 2540 Belanja Am 2200
Belian 25080 Diskaun diberi 450
Tunai 1070 Diskaun diterima 450
Jualan 57600 Modal 22920
Stok akhir dinilaikan pada RM2870.

Soalan 3

Berikut merupakan petikan daripada buku akaun Syarikat Azwan pada Mei
2008.

RM
Jualan 42660
Stok Awal 4200
Belian 17065
Stok Akhir 3800
Gaji 7200
Kadar Bayaran 1575
Belanja Am 229
Sewa dibayar 7500
Diskaun diterima 325
Pulangan Belian 60

Sediakan Penyata pendapatan dalam format penyata dan format T

2
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Soalan 4

Semua urusniaga berikut berkaitan Perniagaan Ali pada bulan Januari 2008.
Bagi setiap urusniaga yang berlaku, nyatakan amaun aset atau ekuiti/liabiliti
yang terlibat dalam Kunci Kira-kiranya.

Januari 1 : Memulakan perniagaan dengan melaburkan tunai RM35000 sebagai


modal.
Kunci kira kira pada 1 januari 2008
Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal

Januari 4 : Membeli pelbagai jenis perabot dengan tunai RM3800

Kunci kira kira pada 4 januari 2008


Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal
Perabot

Januari 6 : Membeli sebuah van terpakai dengan tunai RM12000


Kunci kira kira pada 6 januari 2008

Aset Ekuiti Pemilik


Tunai Modal
Perabot
Van

Januari 11 : Membeli mesin kira , mesin timbang, dan alatan lain sebagai
kelengkapan kedai dengan tunai RM6250
Kunci Kira Kira pada 11 januari 2008
Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal
Perabot
Van
Kelengkapan

3
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Januari 17 : Membeli barang niaga dengan tunai RM5500.


Kunci Kira kira pada 17 Januari 2008
Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal
Perabot
Van
Kelengkapan
Stok

Januari 21 : Membeli barang niaga secara kredit RM8100


Kunci kira kira pada 21 Januari 2008
Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal
Perabot Pemiutang
Van
Kelengkapan
Stok

Januari 25: Menjual sebuah perabot kepada Maniam, seorang peniaga , secara
kredit. Perabot yang berharga RM280 itu dijual pada harga yang sama.

Kunci kira kira pada 25 Januari 2008


Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal
Perabot
Van
Kelengkapan
Stok
Penghutang

Januari 31: Membayar tunai RM3000 kepada pemiutang.

Kunci kira kira pada 31 Januari 2008


Aset Ekuiti Pemilik
Tunai Modal
Perabot Pemiutang

4
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Van
Kelengkapan
Stok
Penghutang

Soalan 5

Semua urusniaga berikut adalah berkaitan dengan perniagaan Bakti pada


bulan Februari 2008. Bagi setiap urusniaga yang berlaku, nyatakan amaun
aset atau ekuiti/liabiliti yang terlibat dalam jadual masing masing.

Februari 1. Melaburkan wang tunai RM40000 sebagai modal perniagaan

Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti


Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang
40000 40000

Februari 4. Membeli pelbagai jenis kelengkapan dengan tunai RM 8220.


Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti
Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

Februari 9. Membeli sebuah van terpakai secara kredit RM15550.


Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti
Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

Februari 14. Membeli barang niaga dengan tunai RM10080.


Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti
Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

Februari 19. Membeli barang niaga secara Kredit RM5770


Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti
Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

5
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Februari 26 Menjual sebuah kelengkapan secara Kredit kepada AhMeng ,


seorang pekedai . Kelengkapan itu berharga RM300 telah dijual pada harga
yang sama.
Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti
Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

Februari 28 Membayar tunai RM4500 kepada pemiutang


Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti
Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

Jawapan Penuh

Aset-aset Ekuiti dan Liabiliti


Tunai Kelengkapan Van Stok Penghutang Modal Pemiutang

6
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Soalan 6

Berikut ialah urusniaga Encik Ahmad pada bulan Mac 2009

Mac 2009
1 Memulakan perniagaan dengan tunai RM38000 sebagai modalnya
2 Membeli kelengkapan RM 6400 secara kredit
3 Membeli barang niaga RM10400 dengan tunai
4 Menjual barang berkos RM1200 pada harga RM1620 dengan tunai
5 Menjual barang berkos RM2280 pada harga RM 3150 secara kredit
6 Membayar tunai RM3500 kepada pemiutang
7 Penghutang membayar tunai RM1740
8 Membeli sebuah van terpakai RM12000 dengan tunai

Sediakan Kunci Kira kira yang baru setelah mengambil kira semua urusniaga
yang berlaku.

Urus Aset aset Ekuiti & Liabiliti


Niaga Tunai Kelengkapan Stok Penghutang Van Modal Untung Pemiutang
/rugi
Mac 1 38000
2
3
4
5
6
7
8
Baki
pada 8
Mac

7
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Soalan 7

Berikut ialah Kunci Kira Kira Saiful Azhar pada 30 September 2008

Kunci Kira Kira pada30 September 2008


Aset RM Ekuiti Pemilik RM
Kereta motor 4300 Modal 9250
Kelengkapan Pejabat 2100 Pemiutang 1350
Penghutang 1980 Belanja Terakru 46
Stok 1896
Tunai di Bank 370
10646 10646

Urusniaga yang berikut telah berlaku dari 31 Oktober 2008.


i) Saiful Azhar menerima pinjaman RM1000 daripada zaki. Daripada
jumlah ini, dia telah membayar belanja terakru RM46 dan membeli
barang RM500. Bakinya telah dibankkan.
ii) Dia membeli sebuah mesin taip bernilai RM375 secara kredit.
iii) Dia menerima RM185 daripada penghutang penghutangnya dan wang
ini telah dibankkan. Diskaun tunai RM15 telah diberi.
iv) Kereta motor dinilaikan semula kepada RM4000.
v) Dia menjual sebahagian daripada perabotnya. Tunai RM300
diterima dan dibankkan. Nilai buku perabot itu ialah RM400
vi) Dia menjual barang yang berkos RM480 secara kredit dengan harga
RM650
vii) Dia mengeluarkan cek RM180 untuk kegunaan sendiri.

Sediakan Kunci Kira kira yang baru setelah mengambil kira semua urusniaga
yang berlaku.

8
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Soalan 8

Berikut ialah aset dan liabiliti Syarikat Abdul Sani pada 31 Mei 2008

RM
Modal 10000
Untung bersih 560
Kenderaan 6000
Perabot 1120
Alatan pejabat 1265
Stok 945
Penghutang 1810
Bank 825
Tunai 425
Sewa terdahulu 170
Pemiutang 1920
Insurans terakru 80

Urusniaga berikut berlaku dalam minggu pertama bulan Jun 2008


i) Komputer sendiri bernilai RM1875 dibawa masuk untuk kegunaan
perniagaan.
ii) Menjelaskan insurans terakru dengan menggunakan tunai peribadi.
iii) Membeli sebuah rak pameran berharga RM7500 daripada Syarikat
Perabot Chan secara kredit untuk kegunaan perniagaan.
iv) Meminjam RM2500 daripada bank
v) Separuh daripada pinjaman bank digunakan untuk membeli sebuah
mesin faks.
vi) Menerima invois bernilai RM1180 daripada Syarikat Maju Jaya ,
seorang pembekal barang barang.
vii) Mariam membayar RM250 dengan cek untuk barang yang dibelinya
bernilai RM750. Kos barang ialah RM625.
viii) Ambilan tunai sebanyak RM190 adalah untuk kegunaan sendiri.

Anda dikehendaki:
Sediakan Kunci Kira kira yang baru setelah mengambil kira semua urusniaga
yang berlaku.

9
LatihanAset, liabiliti, Hasil, Belanja, dan Ekuiti pemilik/ PA bab2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Soalan 9

Berikut ialah Kunci Kira Kira Azli, seorang peniaga, pada 30 September 2008

Kunci Kira Kira pada30 September 2008


Aset RM Ekuiti Pemilik RM
Kereta motor 4450 Modal 6000
Kelengkapan 2500 Untung bersih 3500
Stok 1900 Pemiutang 2850
Penghutang 2600
Tunai di Bank 800
Tunai ditangan 100
12350 12350

Urusniaga yang berikut telah berlaku dari 1 hingga 31 Oktober 2008

i) Azli telah menerima pinjaman RM1000 daripada Azman. Dia telah


membayar RM200 kepada seorang pemiutang, tanpa diskaun. Baki
wang daripada pinjaman itu telah dibankkan.
ii) Seorang penghutangnya telah menjelaskan hutangnya berjumlah
RM150 dengan membayar cek RM130. Diskaun tunai RM20 diberi
iii) Dia telah membeli barang RM1600 secara kredit
iv) Satu mesin taip lama telah dijual dengan harga Rm350. Nilai buku
mesin taip itu ialah RM400. Cek yang diterima itu dibankkan.
v) Keretamotor disusutnilaikan sebanyak RM445.
vi) Satu per lima daripada jumlah stoknya dijual dengan harga RM820
vii) Azli mengambil tunai RM50 untuk kegunaan sendiri.

Sediakan Kunci Kira kira yang baru setelah mengambil kira semua urusniaga
yang berlaku.

10

You might also like