You are on page 1of 3

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ASEAN
Association of Southeast Asian Nations
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara

Sekretariat ASEAN di Jalan Sisingamangaraja


No.70A, Jakarta Selatan, Indonesia.

Bendera 10 negara ASEAN.

Pusat Sekretariat
Negara ahli
Setiausaha Agung
Penubuhan
Pengisytiharan Bangkok
Kawasan
Populasi
-Kepadatan
KDNK (PPP)
-Jumlah
-Per kapita
KDNK (nominal)
Jumlah
Per kapita
Zon waktu

Jakarta, Indonesia
10
L Lng Minh
8 Ogos 1967
4,465,500 km
558,812,200
125/km
anggaran 2005
$2.755 trilion (ke-16)
$4,930
anggaran 2005
$884 bilion
$1,582
UTC +6 hingga +9

ASEAN, merupakan singkatan bagi


"Association of Southeast Asian Nations"
atau Persatuan Negara-Negara Asia
Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8
Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk
mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap
November.

Prinsip utama ASEAN


Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional
semua negara

Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur
tangan luar, subversif atau koersion (coerion)

Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman

Menolak penggunaan ketenteraan

Kerjasama effektif antara anggota.

Anggota ASEAN
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan
Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Brunei Darussalam

Filipina

Indonesia

Kemboja

Laos

Malaysia

Myanmar

Singapura

Thailand

Vietnam

Sejarah
Rencana utama: Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara
pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses
penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar
ketika itu ialah Adam Malik(Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul
Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli
baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28
Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997.
Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersamasama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam
negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN
pada30 April 1999.

Timor Leste
Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk
mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak
menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada
Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor
Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.
Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara
baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN.
Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.
ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta
kilometer per segi.

Sejarah ASEAN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah
pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast
Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina,Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA
merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang.
Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku khususnya
antara Indonesia danFilipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk
penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwaSabah dan Sarawak merupakan sebahagian
daripada negara mereka.
Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa
kepada konfrontasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut,
semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk
memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan
kepentingan bersama.
Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri
Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun
Abdul Razak, S. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan
Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali
sebagai "Deklarasi ASEAN".[1]
Papua New Guinea diberikan status negara pemerhati pada 1976 dan pemerhati khas pada
1981.[2] Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekaan.[3]
Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi
anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995.[4] Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun
kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997.[5] Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersamasama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam
negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.[6]
Negara baharu Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk
mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak
menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia.
Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana
sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi. Sejak kemerdekaan Timor Leste
pada Mei 2002 dan diterima sebagai negara pemerhati, ASEAN telah banyak membantu negara
baru ini.[7][8]

You might also like