You are on page 1of 30

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN02
PENGENALAN03
SEJARAH PEMBENTIKAN RUKUN NEGARA..05
RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN.07
OBJEKTIF RUKUN NEGARA.09
5 PRINSIP RUKUN NEGARA15
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN16
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA17
KELUHURAN PERLEMBAGAAN...18
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.19
KESOPANAN DAN KESUSILAAN20

KESIMPULAN21
RUJUKAN.24
LAMPIRAN..26

1|Page

PENGHARGAAN
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada
ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama
sehinggalah kepada sekalian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk
dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio kemahiran diamika ini telah berjaya disiapkan dengan
ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn. Anita
selaku penyelia kemahiran dinamik yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga
sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk
ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat
menghasilkan satu kerja kursus yang baik.
Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan
yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping idea-idea yang bernas pada masa
saya ketandusan idea seperti Ezrie ,Amir ,Suhairi ,Shahiran dan juga mana-mana nama lagi
yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi.
Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hambahamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.

2|Page

PENGENALAN
Malaysia hari ini telah meniti usia 55 tahun kemerdekaan dan merupakan salah
sebuah negara sedang membangun, yang paling pesat membangun. Kesemua usaha ini
datangnya dari segenap lapisan rakyat sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata yang
menyumbang keringat dalam usaha untuk menjadikan bumi bertuah ini sebagai sebuah
negara yang disegani setelah meniti suatu tempoh penjajahan yang cukup lama iaitu 446
tahun.
Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka lagi Tanah Melayu sudah menjadi wilayah
yang ramai datang berdiaspora. Namun, Tanah Melayu dan kemudiannya pada 16
September 1965 Malaysia menjadi negara berbilang kaum kesan daripada kedatangan
penjajah British. Penjajah British dalam usaha eksploitasi ekonominya bukan sahaja
membawa kaum-kaum Cina dan India masuk ke negara ini, namun, membawa sumbersumber ekonomi seperti getah, kelapa sawit dan lain-lainnya, sehingga Tanah Melayu
dikenali sebagai pengeluar timah terbesar, pengeluar getah terbesar, dan pengeluar sawit
terbesar. Takdir sejarah ini perlu dilihat dalam perspektif yang lebih besar, kerana bibit-bibit
diaspora telah menambahkan lagi kemakmuran di negara bertuah ini.
Namun, kaedah pengurusan kaum yang diamalkan oleh British adalah untuk
menjaga kedamaian mengikut cara mereka ketika itu. Bagi British, setiap kaum perlu hidup
dalam lingkungan kaumnya. Mereka menyedari bahawa manusia dan kaumnya dan
kebudayaannya sukar dipisahkan. Lantaran, semua ini berlaku tidak kerana pilihan, malah,
3|Page

ianya kurniaan Allah SWT. Langkah yang diambil oleh British adalah menempatkan kaumkaum mengikut kegiatan ekonomi dan mata pencarian hidup yang serasi dengan cara hidup
mereka. Justeru, kemudiannya tindakan British ini dikatakan sebagai dasar pecah dan
perintah sehingga menyebabkan hubungan di antara kaum terbatal.

Orang Melayu yang selesa tinggal di luar bandar atau di kampung dibiarkan oleh
British untuk berbuat demikian. Orang Cina yang datang membuka lombong-lombong bijih
timah, telah secara tidak langsung membuka pekan-pekan dan bandar-bandar sebagai
tempat pengumpulan hasil bumi, sebelum ianya diperdagangkan. Hasil daripada
penglibatan corak ekonomi yang berbeza, maka terjadilah orang Melayu mendiami
kampung di luar bandar, orang Cina di lombong bijih yang kemudiannya membina bandarbandar, dan, orang India tinggal di kawasan estet-estet selaku penoreh getah. Dalam
kegiatan ekonomi pula, kaum Melayu dan India lebih kepada ekonomi sara diri. Keadaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi orang Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Konsep penglibatan kegiatan ekonomi berteraskan kaum ini menjadikan kedudukan
sosioekonomi masyarakat Malaysia tidak seimbang.

4|Page

SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN


NEGARA
Setelah negara mencapai kemerdekaan, kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Malaysia pertama menghadapi kesukaran untuk menguruskan sistem
sosioekonomi yang diwarisi oleh penjajah British. Sikap liberal Tunku dan ditambah pula
oleh kelembutan beliau untuk melayan permintaan masyarakat berbilang kaum telah
menyebabkan orang Melayu merasakan kehidupan mereka diabaikan. Tumpuan Tunku yang
terlalu berlebihan pada pertumbuhan material dan pasaran bebas tanpa menggunakan
kuasa kerajaan untuk melakukan campur tangan telah menyebabkan jurang di antara
golongan berada dengan golongan tidak berada semakin melebar. Titik-titik jurang antara
kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan
kesempitan hidup orang Melayu, dan berbagai-bagai lagi adalah punca- punca yang
mencetuskan keresahan kaum dan manifestasinya Peristiwa13 Mei 1969 (Abdul Rahman
Abdul Aziz & Muhamed Nor AzmanNordin, 2009).
Peristiwa 13 Mei berlaku selepas beberapa hari berlalunya pilihan raya ketiga yang
melihat Parti Perikatan gagal mendapat undi majoriti dan telah kehilangan majoriti dua per
tiga di Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya itu, Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti
Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi 25 kerusi
manakala PAS memenangi 12 kerusi Parlimen.1 Kemenangan ini menyebabkan para
penyokong Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil
5|Page

menghina dan mengutuk orang Melayu. Keadaan ini menimbulkan ketegangan di antara
orang Melayu dan juga orang Cina. Pada 13 Mei, UMNO telah mengadakan perarakan balas
dan mengakibatkan tercetusnya rusuhan di antara kedua-dua pihak. Isu pilihan raya ini
sebenarnya boleh dikatakan sebagai kemuncak kepada ketidakpuasan hati masyarakat
Malaysia pada ketika, walhal perasaan ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia sebenarnya
telah pun wujud semenjak pemerintah British dan Jepun di Tanah Melayu berdasarkan
kepada layanan terhadap kaum-kaum tertentu.

Keadaan yang tercetus ini mengakibatkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan


darurat pada 16 Mei 1969, lantas menyebabkan fungsi Parlimen digantung dan Majlis
Gerakan Negara (MEGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara, dan Tun
Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama
22 bulan sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan. Parlimen kembali dipulihkan
semula pada 22 September 1970. Melalui MAGERAN telah ditubuhkan Majlis Perundingan
Negara yang bertanggungjawab dalam menjadi pemikir dalam merangka perpaduan negara
dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang
digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara
bangsa yang stabil. Rukun Negara ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970
oleh Yang di-Pertuan Agong.

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1969:


13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan
buat selama-lamanya, kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang
bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kata-kata yang diungkapkan ini merupakan satu peringatan kepada semua rakyat
Malaysia, supaya peristiwa pahit ini menjadi pengajaran yang penting buat rakyat. Oleh itu
6|Page

tragedi 13 Mei ini telah membuktikan bahawa penekanan pembangunan semata-mata dari
perspektif ekonomi adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah
sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan masyarakat Malaysia. Ini adalah isyarat
penting kepada pemimpin dan warga Malaysia betapa rakyat berbilang kaum, berbilang
agama, berbilang budaya, berbilang bahasa memerlukan satu pegangan untuk boleh hidup
secara rukun dan damai iaitu prinsip rukun negara.

RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI


KEBANGSAAN
Sekitar tahun 1970 terutama semasa negara ditadbir oleh MAGERAN, langkahlangkah untuk menformulasikan dasar-dasar kerajaan telah dilakukan dengan serius.
Tujuannya adalah untuk mengawal supaya masyarakat di negara ini tidak lagi terjebak
dengan konflik perkauman sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969. Pada tahun 1970
kerajaan telah memberikan commissioned research and consultancy mengenai tematema tertentu kepada pakar-pakar luar negara. Satu daripada commissioned research
and consultancy ini diberikan kepada Harvard University Development Advisory Service2
untuk melakukan Social Science Research for National Unity (1970). Dapatan
kumpulan penyelidik ini menasihatkan kerajaan supaya memperkenalkan disiplin- disiplin
ilmu sains sosial di Universiti Malaya, Universiti Sains, dan Universiti Kebangsaan (ketika itu
Malaysia hanya memiliki tiga buah universiti). Memberi latihan kepada tenaga manusia
dalam bidang sains sosial, supaya dapat menyumbangkan usaha-usaha murni untuk
mewujudkan perpaduan kaum (Abdul Rahman Embong, 2010:20). Langkah ini dilakukan
oleh kerajaan adalah untuk menggelakkan daripada berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.
Kesedaran untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara berbilang kaum seperti di
Malaysia ini adalah tanggungjawab yang berat. Teras utama untuk mewujudkan perpaduan
kaum adalah untuk menyedari bahawa manusia itu dijadikan Allah SWT berbangsa-bangsa,
7|Page

berkaum-kaum, bersuku-suku dan sebagainya. Hakikat kepelbagaian ini adalah sebenarbenarnya untuk menambahkan seri kehidupan, saling mempelajari, saling berinteraksi, dan
saling bertolak ansur. Namun, manusia akan menggunakan perbezaan untuk mencetuskan
konflik. Oleh itu, Rukun Negara yang dibentuk oleh pimpinan Malaysia adalah untuk
mengatasi segala perbezaan yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Oleh itu, unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara tidak menampakkan hak milik
sesuatu kaum. Ia bersifat umum dan mencuba untuk membina lingkaran yang
luas,sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur tata kelakuan, mengendalikan, dan
memberi arah kepada kelakuan dan perbuatan yang sebenarnya bercirikan Malaysia.

Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan
acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang
terbina ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul
Razak,
Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan Rukun
Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna.

.... adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga
diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiaptaip perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.

8|Page

OBJEKTIF PEMBETUKAN RUKUN


NEGARA
Mencapai
perpaduan yang
lebih erat dalam
kalangan
seluruh
masyarakatnya

Membina sebuah
masyarakat progresif
yang akan
menggunakan sains
dan teknologi moden

Memelihara
satu cara hidup
demokratik

OBJEKTIF

Membentuk
satu sikap yang
liberal terhadap
tradisi
kebudayaan
yang kaya dan
berbagai bagai
corak

9|Page

Mencipta satu
masyarakat yang adil
di mana kemakmuran
negara dapat
dinikmati bersama
secara adil dan
saksama

MENCAPAI PERPDUAN YANG LEBIH ERAT


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di
mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa
mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini terdiri daripada
pelbagai kaum dengan berbagai bagai persoalan yang wujud.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat
membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum
mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK


Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan
berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta
kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk
membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.
Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara
mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada
kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan
negara akan terancam.

10 | P a g e

MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL


Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan
negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan
dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu
supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang
lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang
terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL


Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai
dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan
dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan
satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .

MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF


Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi
terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan
dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju
sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi
sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut
tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai
keagamaan.

11 | P a g e

MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL MELALUI RUKUN


NEGARA
Bagi mencapai objektif Rukun Negara agar diterima oleh rakyat pihak kerajaan
bertanggungjawab telah menubuhkan antaranya Majlis Perpaduan Negara dan juga
memasukkan unsur-unsur Rukun Negara di dalam agensi kerajaan dan juga badan-badan
pertubuhan bukan kerajaan. Selain itu unsur-unsur Rukun Negara ini juga telah dimasukkan
di dalam kurikulum sekolah. Perkara ini adalah bagi mewujudkan perpaduan di kalangan
rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
Namun begitu pada pandangan Tun Abdul Razak orang yang bertanggungjawab dalam
membina Rukun Negara menjelaskan bahawa;
.... tanggungjawab untuk mengamalkan Rukun Negara itu bukan sahaja terletak pada
para pelajar dan murid-murid sekolah. Anggota-anggota dewasa, ibu bapa, pemimpin
kaum, guru-guru dan seterusnya orang ramai, mempunyai tanggungjawab yang sama untuk
memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara
Seterusnya harapan yang dinginkan oleh beliau dalam memperkukuhkan perpaduan rakyat
dijelaskan di dalam ucapan yang disampaikan pada Perhimpunan Bergerak kaum Ibu dan
Pemuda UMNO pada 22 Januari 1971;
kerajaan amat berharap bahawa rakyat negara ini akan menjunjung tinggi Perlembagaan
negara kita dan juga menjunjung tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara.
Saya yakin dan percaya dengan izin tuhan jika kita patuh kepada kedua-dua ini, rakyat
negara ini akan damai dan kita terus menjadi negara yang kukuh dan bersatu serta
makmur.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau menggambarkan apa yang dinginkan
beliau untuk negara pada masa hadapan. Oleh sebab itu perpaduan amat dititik beratkan
oleh setiap kepimpinan negara. Bagi Tun Hussien Onn;
Kekuatan sesebuah negara bukanlah dinilai dari kekuatan tentera dan Polis sahaja, tetapi
bergantung pada semangat dan jiwa rakyat.

Namun begitu semangat yang terkandung melalui kelima-lima prinsip Rukun Negara
seolah-olah semakin dilupakan oleh generasi muda pada masa kini. Agak tidak keterlaluan
sekiranya boleh dikatakan ramai yang tidak mengingati kesemua prinsip Rukun Negara
sekiranya ditanya kepada mereka. Mereka tidak begitu menghayati roh sebenarnya
kewujudan Rukun Negara ini sepertimana yang dinginkan oleh kepimpinan negara. Keadaan
sebegini amat berbahaya kepada negara yang dihuni oleh penduduk pelbagai kaum.
Beberapa peristiwa yang berlaku memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara
seolah-olah sudah dilupakan serta tidak relevan dalam kehidupan hari ini.

12 | P a g e

Antara isu-isunya seperti penghinaan terhadap sultan Johor menerusi blog. Di mana
Seorang penulis blog menggunakan nama Aduka Teruna telah menghina kemangkatan
Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya www.adukataruna.blog.spot.com.3 Ini
merupakan perbuatan yang memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab generasi
muda yang sudah melupakan penghayatan terhadap Rukun Negara. Sekiranya penghayatan
Rukun Negara tersemat kukuh di jiwa rakyat Malaysia sudah semestinya perkara sebegini
tidak akan berlaku kerana prinsip yang kedua menyatakan dengan jelas bahawa rakyat perlu
menumpukan sepenuh kesetiaan kepada Raja dan negara.
Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Rancangan
Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1988 mengingatkan bahawa;
Pergolakan dan pergaduhan yang telah dan berlaku di sebilangan negara lain disebabkan
bukan sahaja kerana pertelingkahan antara kaum, bahkan juga kerana pertelingkahan
antara rakyat daripada kaum yang sama.
Oleh itu keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat yang berbilang
kaum di Malaysia merupakan tunjang kepada kestabilan dan kekuatan negara.
Keharmonian ini hanya tercapai dengan wujudnya sifat saling faham memahami antara
satu sama yang lain di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum dengan tradisi, kebudayaan
dan agama yang berbeza. Ia merupakan satu keunikan kepada negara Malaysia. Namun
begitu keunikan ini boleh membawa kepada persengketaan sekiranya tidak dijaga dengan
betul. Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Hussein Onn, pernah menekankan kepada
empat faktor penting yang saling memerlukan antara satu sama lain iaitu politik, ekonomi,
perpaduan, dan keselamatan yang menjadi tunjang kepada kestabilan dan kemakmuran
kepada negara ini (Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin, 2008).
Justeru rakyat Malaysia pada masa kini harus menghidupkan kembali semangat
yang digaris oleh prinsip Rukun Negara bagi memperkukuhkan lagi keharmonian yang
terbina di antara kaum agar tidak tergelincir kerana sekiranya ikatan perpaduan tidak kukuh
kerana bila-bila masa sahaja peristiwa seumpama 13 Mei 1969 akan berulang kembali.
Antara langkah yang telah diambil oleh pihak Jabatan Perpaduan Rakyat, Jabatan
Perdana Menteri dengan menubuhkan kelab Rukun Negara bagi peringkat persekolahan
dan Sekretariat Rukun Negara adalah bagi peringkat mahasiswa yang bertujuan untuk
menghidupkan penghayatan Rukun Negara di kalangan generasi muda.

13 | P a g e

Selain itu di dalam pentadbiran Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini telah
memperkenalkan satu konsep yang menjurus kepada memperkukuhkan ketahanan negara
melalui perpaduan iaitu konsep Satu Malaysia yang membawa aspirasi untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin
perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendaki oleh prinsip rukun negara. Oleh itu,
semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat
atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan
daripada kerajaan.

Kita juga seharusnya bersyukur dengan keamanan dan perpaduan yang kita kecapi
selama ini. Betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang hiup dalam keadaan aman dan
damai berbanding dengan negara-negara lain betapa sengsaranya mereka di negara
sendiri terpaksa hidup dalam kelaparan, ketakutan, kesengsaraan dan kehinaan. Mengapa
perkara sebegini berlaku - disebabkan perpaduan, kesetiaan, hormat menghormati dan
sayang menyayangi sudah hilang dalam diri mereka. Janganlah kita lupa sejarah bangsa dan
peristiwa yang menjadikan negara kita kekal aman.

14 | P a g e

PRINSIP RUKUN NEGARA

Keluhuran
Perlembagaan
Kesetiaan
Kepada Raja
dan Negara

Kepercayaan
Kepada Tuhan

15 | P a g e

Kedaulatan
UndangUndang

PRINSIP
RUKUN
NEGARA

Kesopanan
dan
Kesusilaan

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain oleh diamalkan bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari
betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

16 | P a g e

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di
mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . Selaras dengan
kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan
rakyat.
Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di
peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di Pertuan Agong .
Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi
kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat
kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah
salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.
Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah
negara lain atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah
elemen yang bertentangan sama sekali dengang prinsip Rukun Negara.

17 | P a g e

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang
perundangan yang tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai,memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat
negara ini. Ini adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan perundangan, kedudukana dan hak sosio ekonomi rakyat.
Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip ini ialah berkaitan
kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan
agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga
diberikan, seperti pemberian taraf warganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana
yang termaktub di dalam Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi,
perkembangan bahasa bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan
mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga
dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

18 | P a g e

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada
rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu,
kedaulatannya perlu diterima dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat
dan negara tidak akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati
dan dipatuhi, bukannya dipersendakan. Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak
semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta
perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan
yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama
ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kedaulatan undang undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus
hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan kekalkan
dalam pemikiran rakyat.

19 | P a g e

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan
santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di
negara ini.
Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalah asas
didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan
mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang
atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang .
Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin
perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu
.

20 | P a g e

KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan
menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar
mahupun dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa
pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga
mencurigai satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.
Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.
Ketuanan Melayu
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang diPertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia,
secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan
pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota
kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya
dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai
pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.
Kamus Dewan mentakrifkan istilah ketuanan sebagai membawa maksud hak
menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ketuanan juga dirujuk sebagai kedaulatan. Ketuanan berbeza dengan
perkataan tuan yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya,
dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri
daripada bangsa Negro.
Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa
maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain,
maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.
Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan
Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi
hamba kepada siapa.
Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa
tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang
berpijak di bumi nyata.
21 | P a g e

Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan
Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan
perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa
maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu
adalah hamba.
Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah
Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi
memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja
Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja
Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negaranegara barat lain yang mempunyai Raja.
Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul
secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan
yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.
Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah
memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu
semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaumkaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh
serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa
yang menjadi rakyat di negara ini.
Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna
sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak
Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan
ketuanan mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka
bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf
ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing
dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah
satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaumkaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran
seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan
negara yang dikunjunginya.

22 | P a g e

Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan
hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah
ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang
berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti
dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah
ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.
Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti
diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna
sebenar ketuanan Melayu.
Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah
negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah
ketuanan Melayu.

23 | P a g e

Rujukan
Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2009).
Pemikiran Pembangunan Perdana Menteri Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di
Regional Seminar on Humanities 2009 Managing Aseans Future. Anjuran Universiti
Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. 18-19 Februari 2009.
Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor Azman Nordin. (2008).
Nilai-Budaya Ikatan-Sosial Masyarakat Malaysia Anjuran Lima Perdana Menteri
Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Serantau Nilai dan Profesionalisme.
Anjuran Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 1213 November 2008.
Abdul Razak Hussien, Dato (1971). Ucapan Perhimpunan Pergerakan
Kaum Ibu dan Pemuda UMNO. Kuala Lumpur.
Abdul Razak Hussien, Dato (1971). Ucapan Perdana Menteri Semasa Melancarkan Minggu
Muhibah dan Perpaduan di Sekolah-sekolah melalui Radio dan Televisyen. Kuala Lumpur

Blogger Menghina Sultan ditangkap. http://berita-harian-online.com/


blogger-menghina-sultan-di-tangkap/ [Diakses pada 4 Julai
2010].
Hussien Onn, (1977). Ucapan Pemangku Presiden UMNO Perhimpunan
Agung UMNO ke-28. Kuala Lumpur
Ismail Hussein, Wan Hasdim Wan Teh dan Ghazali Shafie. (2001) Tamadun Melayu
Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu Edisi Kedua. Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bangi.
Lee Lam !ye, Tan Sri (2008). Rukun Negara Asas Perpaduan. http://
blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome.do [Diakses pada 4 Julai 2010]
Mahathir Mohamad, Dato Seri Dr. (2002). Perutusan Sempena Perayaan
Hari Deepavali. Pejabat Perdana Menteri.
Mahathir Mohamad, Dato Seri Dr. (1988). Majlis Pelancaran Rancangan
Pemasyarakatan Perpaduan. Kuala Lumpur.
24 | P a g e

Nor Afzan Mohamad Yusof . (2003). Kembali Hayati Rukun Negara.


http://blis.bernama.com.eser v.uum.edu.my/mainHome.dom [Diakses pada 4 Julai 2010]
Penulis Blong Hina Sultan Iskandar. http://pmr.penerangan.gov.my/index.
php?option=com_content&view=artic le&id=5579:25-jan- penulis-blog-hina-sultaniskandar-disiasat&catid=376:201001&Itemid=27 [Diakses pada 4 Julai 2010]
Peristiwa 13 Mei. http://www.kbistari.uum.edu.my/merdeka/content/
knowledgebase/kb_view.asp?kbid=43 [Diakses pada 4 Julai
2010]
Rohani Hj Abdul Ghani & Mohamad Idris Saleh. (2009). Malaysia Pembinaan Negara
Bangsa. Pulau Pinang: Zammas Xpress Niaga.
Sarjit Singh, Dr. (2008). Rukun Negara Berkesan Perkukuhkan Perpaduan
Kaum. http://blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome. do [Diakses pada 4 Julai
2010]

Suziyana Sukri. (2006). Rukun Negara Kekal Perpaduan, Keharmonian Cara Malaysia.
http://blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/ mainHome.do [Diakses pada 4 Julai 2010]
Tunku Abdul Rahman, (2007). 13 Mei Sebelum dan Selepas. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zulzaidi Mohamad (2008). Rakyat
Wajib Hayati Rukun Negara. http://
blis.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHome.do
pada 4 Julai 2010]

25 | P a g e

[Diakses

LAMPIRAN

26 | P a g e

27 | P a g e

28 | P a g e

29 | P a g e

30 | P a g e

You might also like