You are on page 1of 4

Kisah Seorang Guru & Seorang Pelajar

Di sini ingin saya kongsikan sebuah cerita mengenai seorang guru dan murid.
*****
Hari pertama musim sekolah, Mrs Thompson ke kelas darjah lima nya itu. Dia berdiri di depan
kelasnya itu lalu menipu anak-anak muridnya. Seperti semua guru, dia mengucapkan perasaan
cinta kepada mereka semua. Cinta yang sama rata. Padahal ini hanyalah kata-kata manis sahaja.
Cinta sama ratanya itu tidak mungkin. Apatah lagi di kelas itu, di bahagian hadapan sekali,
tersandar di kerusinya seorang pelajar malas, namanya Teddy Stoddard. Mrs Thompson
memerhatikan Teddy sejak setahun lamanya. Dia mendapati bahawa Teddy si pemalas, kurang
ceria, tidak suka bermain dengan rakan-rakan. Teddy tidak seperti yang lain. Dia agak
menyakitkan mata untuk dilihat. Pakaiannya serabai, Malah Mrs Thompson merasakan bahawa
Teddy perlu selalu mandi. Selain itu, Teddy kurang enak untuk didekati. Murid yang lain agak
kurang senang dengan Teddy. Malah ada yang suka membulinya.

Mrs Thompson sangat merasa senang semasa menanda kertas Teddy. Mana taknya, dengan

mudah dan penuh kepuasan dia membuat pangkah X yang besar menggunakan pen merah yang
tebal. Kemudian dia meletakkan satu huruf "F" besar di atas kertas Teddy. (F= Failed/gagal)
Suatu hari, Mrs Thompson diminta untuk menganalisa rekod setiap murid pada tahun-tahun yang
lepas. Dia mengambil fail pertama dan mendapati itu fail Teddy. Oleh kerana agak kurang minat
dgn teddy si Pemalas, dia meletakkan fail Teddy di sebelah, untuk dibelek yang paling akhir.
Sampai fail terakhir iaitu fail Teddy, ketika dia melihat-lihat dan membaca fail tersebut. Dia agak
terkejut.
Guru kelas darjah satu Teddy menulis, "Teddy adalah anak yang cerdas dan suka tertawa. Dia
membuat kerjanya dengan rapi dan memiliki sikap yang positif. Kewujudannya di sekitar sangat
menyejukkan hati.. ".
Guru kelas darjah duanya menulis, "Teddy adalah murid yang sangat baik, sangat disukai oleh
teman-teman sekelasnya, tetapi ia terganggu kerana ibunya mempunyai penyakit melarat dan
kehidupannya di rumah pasti sesuatu yang berat baginya.. "

Guru kelas darjah tiganya menulis, "kematian ibunya adalah sangat sukar baginya. Dia cuba
untuk melakukan yang terbaik, tetapi ayahnya tidak menunjukkan banyak minat. Kehidupannya
di rumah pasti akan banyak mempengaruhinya jika beberapa langkah tidak diambil. "
Guru kelas tahap empat Teddy menulis, "Teddy menjadi mundur dan dia tidak tertarik untuk ke
sekolah. Dia tidak mempunyai banyak teman dan kadang-kala dia tidur di kelas. "
Di saat itu, Mrs Thompson tersedar. Tiba-tiba dia berasa malu terhadap dirinya sendiri. Dia
merasa kasihan dengan peristiwa yang menimpa Teddy sejak beberapa tahun itu. Dia merasa
bersalah atas segala tuduhan dan tindakan yang tidak baik yang pernah dia lakukan terhadap
Teddy.

Bahkan dia merasa lebih teruk lagi semasa murid-muridnya membawanya hadiah krismas.
Semua hadiah dibungkus dengan cantik berwarna-warni, namun hadiah daripada Teddy..
hadiahnya dibungkus berserabai dengan kertas coklat yang dipotongnya daripada beg kertas
terpakai dari kedai runcit.
Mrs Thompson dengan perasaan pilu mengambil hadiah Teddy dari celah-celah hadiah yang lain.
Sebahagian anak muridnya mula tertawa melihat bungkusan hadiah yang buruk tersebut.. Mrs
Thompson pun membuka hadiah tersebut. Murid-murid pun ramai yang tertawa kuat, mereka
melihat hadiah yang dikeluarkan itu ialah gelang kristal lama yang sudah tertanggal-tanggal bijibiji kristalnya. dan dalam hadiah itu juga terdapat satu botol minyak wangi yang hanya berisi
suku botol sahaja.
Tetapi murid-murid berhenti ketawa Apabila Mrs Thompson mula memakai gelang tersebut dan
berkata: "Alangkah cantiknya gelang ini". Kemudian dia meletakkannya, lantas menyapu
beberapa titik minyak wangi hadiah Teddy itu di pergelangan tangannya.
Pada hari itu Teddy merasa sangat gembira. Dia menunggu lama selepas sekolah semata-mata
hendak berjumpa dan mengucapkan, "Mrs Thompson, hari ini bau cikgu seperti bau emak saya".
Setelah anak itu pergi, Mrs Thompson menangis selama sejam.
Pada saat itu, ia berhenti daripada mengajar untuk membaca dan menulis, dan berhenti mengajar
geometri. Sebaliknya, ia mulai melakukan satu kerja yang baru ditekadnya.. iaitu mengajar anakanak.
Mrs Thompson memberi perhatian khusus pada Teddy. Setelah lama dibantu, fikiran Teddy
nampaknya mulai hidup. Semakin banyak dia didorong, semakin cepat ia merespon dan memberi
hasil. Pada akhir tahun, Teddy telah menjadi salah seorang murid terpandai di kelas. Walaupun
Mrs Thompson berbohong seperti biasa bahawa ia mencintai semua anak-anak muridnya sama
rata, namun Teddy menjadi satu-satunya buah kesayangannya.
Setahun kemudian, Mrs Thompson menemui sebuah surat dibawah pintu, dari Teddy,
mengatakan bahawa Mrs Thompson tetap guru terbaik yang pernah dimiliki sepanjang hidupnya.
Enam tahun berlalu sebelum ia mendapat nota lain dari Teddy. Dia menulis bahawa dia telah
selesai sekolah Menengah, mendapat tempat ketiga di kelasnya, dan Mrs Thompson tetap guru
terbaik yang pernah dimiliki dalam hidupnya.
Empat tahun selepas itu, dia menerima surat yang lain, mengatakan bahawa walaupun keadaan
ekonomi sulit suatu ketika dulu, dia terpaksa terus bersekolah, terperangkap, dan sekarang dia
akan lulus dari kolej dengan penghargaan tertinggi. Dia meyakinkan Mrs Thompson bahawa
beliau tetap guru yang terbaik dan satu kegembiraan yang paling tinggi pernah ia alami
sepanjang hidupnya.

Kemudian empat tahun berlalu dan surat yang lain datang. Kali ini ia menjelaskan bahawa
setelah ia mendapat gelaran sarjana, dia memutuskan untuk pergi lebih jauh. Surat itu
menjelaskan bahawa Mrs Thompson tetap guru yang terbaik dan kegembiraan ia pernah miliki.
Tapi sekarang agak berbeza, namanya agak panjang. Surat itu ditandatangani,
Theodore F. Stoddard, Medical Doctor. Kisahnya tidak berakhir di situ.
Ada lagi surat lain pada musim 'spring'. Teddy berkata bahawa ia telah bertemu gadis ini dan
akan berkahwin. Dia menjelaskan bahawa ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang
lalu dan ia bertanya-tanya apakah Mrs Thompson mungkin bersetuju untuk hadir ke hari
pernikahannya dan duduk di tempat yang biasanya disediakan untuk ibu pengantin lelaki.
Tentu saja, Mrs Thompson lakukan. Dan cuba teka apa lagi? Dia mengenakan gelang milik ibu
teddy dengan beberapa batunya hilang. Selain itu, ia memastikan tidak terlupa daripada memakai
minyak wangi yang diingat Teddy sebagai bau ibunya. Semasa Majlis, Mrs Thompson memasuki
majlis, Mereka berpelukan, dan Dr. Teddy Stoddard berbisik di telinga Mrs Thompson, "Terima
kasih kerana mempercayai saya. Terima kasih banyak kerana membuat saya rasa sebagai seorang
yang penting dan menunjukkan kepada saya bahawa saya boleh membuat perubahan.
Mrs. Thompson dengan air matanya berlinangan, berbisik kembali. Dia berkata, "Teddy, awak
sebenarnya tersilap. Awaklah sebenarnya orang yang mengajar saya bahawa saya boleh membuat
perubahan. Saya tidak tahu bagaimana caranya mendidik sampai saya bertemu awak. "
Saya terjemahkan drpd judul asal "The Teacher & the student" khas buat semua guru dan
pendidik. Kita semua adalah guru.
AFN

You might also like