You are on page 1of 8

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

9.1

PENGENALAN

9.1.1 KANDUNGAN GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN


PERANCANGAN
Garis panduan perancangan menggariskan panduan
pembangunan dalam bentuk umum serta khusus yang
berbentuk

piawaian perancangan. Di dalam

konteks

Malaysia, garis panduan perancangan adalah disediakan


oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Garis panduan perancangan merupakan satu
alat kawalan pembangunan yang seragam di peringkat
negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan. Setiap
garis panduan akan menggariskan kegunaan tanah yang
sesuai dan keperluan fizikal dan kejuruteraan minimum
yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju bagi permohonan
pembangunan yang dikemukakan. Fungsi asas garis
panduan

perancangan

pembangunan

bagi

adalah

memastikan

untuk

menyelaras

keperluan

asas

dan

kesejahteraan hidup masyarakat dan alam sekitar tidak


terjejas. Ia juga menjadi satu asas panduan bagi pemaju
dan juga pihak berkuasa perancang tempatan dalam proses
kelulusan permohonan kebenaran merancang.

9.1.2 FUNGSI

GARIS

PANDUAN

DAN

PIAWAIAN

PERANCANGAN
Garis

panduan

perancangan

meliputi

pelbagai

bidang daripada pembangunan perumahan, perdagangan,


perindustrian,

institusi,

kemudahan

masyarakat,

infrastruktur dan utiliti, dan tanah lapang dan rekreasi.

9-01-1

Garis Panduan Perancangan

Sehingga tahun 2000, Jabatan Perancangan Bandar dan


Desa Semenanjung Malaysia telah menyediakan sebanyak
34 garis panduan dan piawaian perancangan. Fungsi garis
panduan dan piawaian adalah seperti berikut :
(a) Memudahkan proses permohonan dan pertimbangan
perancangan di antara pihak berkuasa dan pemaju
(b) Mewujudkan satu penyelarasan dan keseragaman
antara pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa
tempatan tentang penggunaan dasar perancangan.
(c) Memastikan

perancangan

yang

dilaksanakan

meningkatkan kesejahteraan awam dan memelihara


alam sekitar.
(d) Merancang

penggunaan

sumber

secara

lebih

PANDUAN

DAN

berkesan.

9.1.3 PROSES

PENYEDIAAN

GARIS

PIAWAIAN PERANCANGAN
Penyediaan

garis

panduan

dan

piawaian

perancangan adalah merupakan satu bidang tugas Jabatan


Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Bagi menyediakan garis panduan dan piawaian ini,
perunding yang mempunyai pengkhususan di dalam bidang
perancangan bandar akan dilantik. Pasukan kajian akan
memastikan kajian dijalankan selaras dengan keperluan
dalam

Asas

Rujukan

Kajian.

Kajian

tersebut

juga

melibatkan input-input kepakaran teknikal dari agensi


kerajaan

berkaitan

Jawatankuasa Pakar.

9-01-2

yang

juga

merupakan

ahli

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Struktur Organisasi Kajian melibatkan tiga (3)


peringkat Jawatankuasa dan satu Pasukan Kajian seperti
berikut (Rajah 9.1):

a.

Pasukan Kajian
i. Pasukan Teras
Di antara tugas Pasukan Teras adalah:
(a) Menyediakan Asas Rujukan Kajian;
(b) Sebagai penyelaras kepada agensi-agensi dalam
pengumpulan maklumat;
(c) Membantu pihak perunding mengumpul data
dan maklumat;
(d) Memastikan kajian dijalankan mengikut jadual;
(e) Menyedia, menyelaras dan menyemak Laporan
Awal, Laporan Teknikal dan Laporan Draf
Garis Panduan; dan
(f) Menyiapkan Laporan Cadangan Garis Panduan.

ii. Perunding
Di antara tugas Perunding ialah:
(a) Mendapatkan maklumat-maklumat dan datadata perancangan;
(b) Menjalankan bancian, analisa data mengikut
kehendak kajian;
(c) Membuat rujukan garis panduan luar negara
sebagai perbandingan dan amalan terbaik (best
practice) selaras dengan keperluan-keperluan
lain mengikut Asas Rujukan;
(d) Menyediakan dan menyelaras, menyunting /
mencetak serta menyediakan illustrasi dan
menyiapkan Laporan Awal, Laporan Teknikal
dan Laporan Draf Garis Panduan; dan

9-01-3

Garis Panduan Perancangan

(e) Membuat

pindaan

dan

tambahan

untuk

penyediaan Laporan Cadangan Garis Panduan.

Rajah 9.1: Proses Penyediaan Garis Panduan dan Piawaian


Perancangan

Penyediaan oleh
Pasukan Kajian

Dibentangkan ke J/K Penyelaras


untuk Perunding

Dibentangkan ke J/K Pakar untuk


Perunding

Dibentangkan ke Mesyuarat
Perancang Pembangunan JPBD
untuk kelulusan

Dibentangkan di Majlis Negara


bagi kerajaan tempatan untuk
kelulusan dasar untuk terimapakai
di PBT

Kelulusan J/K Perancang Negeri


untuk menerimapakai di Negeri
dan pihak berkuasa tempatan

9-01-4

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

b. Jawatankuasa Penyelaras
i.

Tugas
Tugas yang perlu dilaksanakan oleh Jawatankuasa
ini ialah menilai dan mengkaji laporan-laporan yang
telah disediakan selaras dengan kehendak Jabatan
dan Negara.

ii. Keahlian
Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras adalah terdiri
daripada:
(a) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPBD
selaku Pengerusi
(b) Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
(c) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Pahang
(d) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Johor
(e) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Kelantan
(f) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Perak
(g) Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Negeri Pulau Pinang
(h) Pegawai

Perancang

Majlis

Perbandaran

Bandaraya Melaka Bersejarah


(i) Pegawai Perancang Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur
(j) Pegawai Perancang Majlis Perbandaran Kuantan
(k) Pegawai Perancang Majlis Perbandaran Petaling
Jaya
(l) Pegawai Perancang Majlis Perbandaran Pulau
Pinang

9-01-5

Garis Panduan Perancangan

(m)Pegawai Perancang Majlis Bandaraya Johor


Bahru
(n) Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan
sebagai Urusetia
(o) Pegawai

Perancang

Unit

Penyelidikan

dan

Pembangunan

c. Jawatankuasa Pakar
i.

Tugas
Tugas yang perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa
ini ialah:
(a) Memastikan cadangan-cadangan dan saranansaranan yang dikemukakan oleh Pasukan Kajian
boleh diterima; dan
(b) Mengemukakan syor-syor tertentu untuk dibawa
kepada Jawatankuasa Garis Panduan / Piawaian
Perancangan.

ii. Keahlian
Ahli-ahli Jawatankuasa Pakar ini terdiri daripada
anggota berikut:
(a) Ketua Pengarah JPBD selaku Pengerusi;
(b) Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia;
(c) Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara;
(d) Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya;
(e) Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetungan;
(f) Pengarah

Jabatan

Pelan

Induk,

Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur;


(g) Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia;
(h) Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia;
(i) Presiden Dewan Perniagaan; dan
(j) Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan
sebagai Urusetia.

9-01-6

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

d. Jawatankuasa

Garis

Panduan

Piawaian

Perancangan peringkat Jabatan (Jawatankuasa


Perancangan Pembangunan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia).

i.

Tugas
Di antara tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
kepada jawatankuasa ini seperti berikut:
(a) Menerima dan meluluskan laporan yang telah
disediakan di pelbagai peringkat kajian; dan
(b) Memastikan

syor-syor

dikemukakan

oleh

dan

cadangan

Pasukan

Kajian

yang
adalah

selaras dengan kehendak Jabatan dan negara.

ii.

Keahlian
Jawatankuasa ini adalah terdiri daripada ahli
seperti berikut:
(a) Ketua Pengarah JPBD selaku Pengerusi;
(b) Timbalan

Ketua

Pengarah

(Pembangunan)

JPBD;
(c) Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPBD;
(d) Pengarah-pengarah JPBD Negeri;
(e) Pengarah Bahagian Rancangan Pembangunan;
(f) Timbalan-timbalan

Pengarah

Rancangan

Pembangunan;
(g) Ketua

Unit

Penyelarasan

Teknikal

dan

Perundangan;
(h) Ketua Unit Spatial;
(i) Ketua Unit Bank Data;
(j) Pengarah

Bahagian

Perancangan

Penyelarasan, Perbandanan Putrajaya;

9-01-7

dan

Garis Panduan Perancangan

(k) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancang


Jalan, Kementerian Kerja Raya;
(l) Pengurus Bahagian Perancangan Bandar dan
Desa, Lembaga Pembangunan Wilayah Labuan;
(m)Pengurus Perancangan, Lembaga Pembangunan
Wilayah Langkawi;
(n) Pegawai Bahagian Perancangan dan Korporat,
Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang;
(o) Pengurus
Bandar

Besar
dan

Pembinaan

Landskap,

Perancangan

Kuala

Lumpur

International Airport Berhad;


(p) Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kemajuan
Wilayah

Persekutuan

dan

Lembah

Kelang,

Jabatan Perdana Menteri; dan


(q) Ketua Unit Penyelidikan dan Pembangunan
sebagai Urusetia.

9-01-8

You might also like