You are on page 1of 16

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

9.9

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI


KAWASAN PESISIRAN PANTAI

Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan


Pesisiran Pantai
Bilangan

JBPD 6/97

Tarikh Keluaran

1997

Pengubahan

Tiada

Pemakaian

Semua Negeri di Semenanjung Malaysia

Latar Belakang

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah


menyediakan Garis Panduan dan Piawaian ini.
Penggunaan pakaian Garis Panduan dan Piawaian ini
perlu beserta dengan Garis Panduan Kawalan
Hakisan Bagi Projek Pembangunan di Kawasan
Pantai, Surat Pekeliling Pentadbiran Am Bil. 5, 1987
serta Dasar Pengurusan Sumber Pantai Nasional.

Kandungan

1.0
2.0
3.0
4.0

Tujuan
Latar Belakang
Prinsip-Prinsip Perancangan
Garis Panduan Dan Perancangan
4.1
Garis Panduan Perancangan Umum
4.2
Pemakaian Garis Anjakan
Pembangunan
4.3
Pengekalan Pokokpokok Melata Di
Gumuk Pantai
4.4
Pengekalan Elemen-elemen Semulajadi
4.5
Kebebasan Angkutan Bujuran Pantai
4.6
Aktiviti Penebusgunaan Pantai
4.7
Garis Panduan Khusus Mengikut Zon
Kegunaan Tanah
4.7.1 Zon Rekreasi Awam
4.7.2 Zon Hutan Pantai
4.7.3 Zon Hutan Bakau
4.7.4 Zon Santuari Penyu
4.7.5 Zon Muara Sungai dan Sungai
4.7.6 Zon Pembangunan di Atas Air
dan di Garis Pantai
4.7.7 Zon Rekreasi Air di Sungai, Garis
Pantai
dan Pesisiran Terbuka
4.7.8 Zon Eko-Lancong

9-09-1

Garis Panduan Perancangan

4.7.9

5.0

Zon Perumahan

4.7.10 Zon Pelabuhan dan Perindustrian


4.7.11 Zon Pertanian Akuakultur
Piawaian Pembangunan Mengikut Zon
Kegunaan Tanah

Malaysia mempunyai kawasan zon pantai sepanjang 4,800


kilometers yang terdiri daripada pantai berpasir dan berlumpur. Kawasan
pantai merupakan kawasan sensitif dan mempunyai ekosistem tersendiri
yang perlu diperlihara. Kawasan pesisiran pantai juga merupakan
kawasan berpotensi dan menerima tekanan pembangunan yang kuat
terutamanya berkaitan dengan pelancongan, perinsutrian dan pertanian
(perikanan).

Dengan ini Garis Panduan ini disediakan untuk membantu


Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam merancang
pembangunan kawasan pesisiran pantai yang teratur, berdaya maju tanpa
menjejas aset utamanya.

Penggunaan garis panduan ini lebih bertumpu kepada kawasan


yang belum dimajukan, bagi kawasan yang telah dimajukan pula
tindakan-tindakan susulan perlulah dijalankan berasaskan amalan
terbaik (best practice) untuk memastikan pembangunan di kawasan
pesisiran tidak mendatangkan masalah hakisan dan kehilangan sumber
ekonomi laut. Piawaian Perancangan dan Garis Panduan Pembangunan di
Kawasan Pesisiran Pantai adalah meliputi aspek-aspek: pengekalan
pokok-pokok melata di

gumuk

pantai, pengekalan elemen-elemen

semulajadi, kebebasan angkutan bujuran pantai, aktiviti penebusgunaan


pantai, dan garis panduan khusus mengikut zon-zon kegunaan tanah.

9-09-2

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Definisi pesisiran pantai adalah satu kawasan pesisiran meliputi


kawasan bersempadan 5 kilometer ke sebelah darat (back shore) dan 16.1
kilometer nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani
(shore front). Kawasan di sebelah darat termasuk sungai dan rezab air
hingga ke kawasan yang dipengaruhi oleh air masin.

Rajah 9.19: Definisi Kawasan Pesisiran Pantai

9.9.1 GARIS PANDUAN PERANCANGAN UMUM

Garis panduan ini adalah merupakan asas di dalam setiap


perancangan dan pembangunan di kawasan pesisiran. Perkara-perkara
ini perlulah diteliti dalam merancang sesuatu pembangunan di kawasan
pesisiran pantai:

9-09-3

Garis Panduan Perancangan

i.

Kawasan berisiko tinggi seperti kawasan hakisan, kawasan


berbukit

dan

curam

serta

kawasan

berlumpur,

pembangunan perlu dielakkan;


ii.

Zon

pembangunan

iaitu

pembangunan

intensif

(pembangunan perbandaran), kawasan pemeliharaan dan


kawasan tidak boleh dibangunkan;
iii.

Menyediakan zon penampan yang secukupnya di antara


pembangunan dengan garis pantai sedia ada;

iv.

Jalan masuk dan jalan perkhidmatan perlu disediakan


untuk orang awam di kawasan rezab pantai di sepanjang
pantai;

v.

Meminimakan kesan tiupan angin dengan mengawal


ketinggian, rekabentuk dan lokasi bangunan, hendaklah
tidak melebihi kanopi semulajadi pokok persekitaran;

vi.

Rekabentuk

semua

kemudahan

dan

perkhidmatan

seharusnya bertujuan meminimakan kemusnahan alam


sekitar;
vii.

Di mana boleh, pastikan bahan dan cara-cara pembinaan


sesuai dengan reef - cave environment;

viii.

Mengawal pembuangan sampah dan lebihan-lebihan lain


dengan menyediakan sistem yang berkesan; dan

ix.

Pembuangan air kumbahan hendaklah diteliti supaya tidak


disalurkan terus ke laut.

9.9.2 PEMAKAIAN GARIS ANJAKAN PEMBANGUNAN

i.

Semua pembangunan yang melibatkan struktur binaan kekal di


kawasan pantai perlu mematuhi garis anjakan minimum mengikut
jenis pembangunan, topografi serta kesesuaian kawasan seperti
dalam Jadual 9.8.

ii.

Keperluan anjakan minimum di atas boleh dikajisemula mengikut


keadaan tapak sebenar, kelonggaran boleh diberi mengikut

9-09-4

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

keadaan seperti yang terdapat dalam Guidelines on erosion control


for development projects in the coastal zone yang disediakan oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran;
iii.

Walaubagaimana pun pemaju perlu menyediakan kerja-kerja


kawalan hakisan sebagai syarat kelulusan pelan; dan

iv.

Sebarang bangunan atau pembinaan yang melintasi pantai hingga


ke pergigian air tidak dibenarkan di kawasan pantai berpasir.

9.9.3 PENGEKALAN POKOK-POKOK MELATA DI GUMUK


PANTAI

i.

Mesti dikekalkan seberapa mungkin dalam semua keadaan


pembangunan;

ii.

Meletakkan papan tanda yang melarang/memijak kawasan gumuk


pantai dan pokok-pokok melata di gumuk;

iii.

Penggunaan semua jenis kenderaan di atas pantai dan gumuk


pantai

tidak

dibenarkan kecuali

untuk

tujuan

pengurusan

kawasan;
iv.

Kemudahan 'Boardwalk' mesti dibina untuk melindungi kerosakan


kawasan pokok-pokok melata dan mengekalkan morfologi gumuk
dan mengadakan papan tanda yang mengarahkan penggunaan
'Boardwalk'.

9.9.4 PENGEKALAN ELEMEN-ELEMEN SEMULAJADI


i.

Semua anak-anak sungai perlu dikekalkan dalam keadaan


semulajadi terutamanya di zon pelancongan;

ii.

Pembangunan di kawasan 'hinterland' perlu dikawal supaya tidak


menjejaskan kualiti air sungai di kawasan pesisiran memandang ia
merupakan 'outlet' akhir ke laut;

9-09-5

Garis Panduan Perancangan

iii.

Perlu mengekalkan kawasan berbukit dalam keadaan asal,


sebarang pembangunan perlu mengikut kontor asal dan tidak
memotong pokok kecuali tapak binaan; dan

iv.

'Sand bar', 'sand spit', 'sand banks' dan 'beach dunes' perlu
dikekalkan sebagai elemen tarikan pelancong.

9.9.5 KEBEBASAN ANGKUTAN BUJURAN PANTAI

i.

Pembangunan kekal di pergigian air yang menghalang arus


bujuran pantai tidak dibenarkan sama sekali;

ii.

Menggalakkan pembinaan struktur seperti jeti, tambak dan lain


struktur yang perlu dibina di atas air menggunakan tiang supaya
tidak mengganggu proses semulajadi arus air laut;

iii.

Pengambilan pasir di zon aktif iaitu dalam jarak 1,000 meter dari
paras air tersurut tidak dibenarkan;

iv.

Tiada aktiviti pengorekan pasir dilakukan di kawasan kedalaman


air yang kurang dari 10 meter dari paras purata air surut atau 1.5
kilometer di luar pantai yang mana lebih jauh; dan Pembangunan
di dalam sungai dan muara yang menghalang atau merubah corak
saliran, kekuatan saliran dan penahan endapan sungai keluar ke
laut dan kawasan pesisiran tidak dibenarkan

9.9.6 AKTIVITI PENEBUSGUNAAN PANTAI


i.

Tidak menggalakkan aktiviti penebusgunaan pantai kerana ia


memberi kesan kepada proses semulajadi pantai;

ii.

Tebusguna

kawasan

pantai

secara

kecil-kecilan

akan

mengakibatkan hakisan di garis pantai yang berbengkangbengkuk;


iii.

Bagi

tujuan

pembangunan

keperluan

penebusguna

pantai

hendaklah mendapat kelulusan EIA dan memenuhi kriteria

9-09-6

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

selamat, terpelihara, produktif dan bebas cemar dan minima


gangguan kepada aset pantai; dan
iv.

Bagi kawasan yang telah diluluskan perlulah mengikut anjakan


yang telah ditetapkan.

Rajah 9.20: Cadangan Pembangunan yang Mempunyai Jalan Perkhidmatan di Rezab Pantai

Rajah 9.21: Cadangan Pembangunan yang Mempunyai Jalan Sedia ada di Luar Rezab Pantai

9-09-7

Garis Panduan Perancangan

Jadual 9.8: Ringkasan Garis Anjakan Pembangunan


Jenis
Pantai
Pantai
berpasir dan
laut

Aktiviti

i.

Rekreasi

ii. Kediaman dan


pelancongan

Garis Panduan

60m daripada paras purata air pasang


perbani.
60m daripada paras purata air pasang
perbani.

iii. Perindustrian
ringan

500m daripada paras purata air pasang


perbani.

iv. Perindustrian
berat

1000m daripada paras purata air pasang


perbani.

v. Pertanian

100m daripada paras purata air pasang


perbani

i. Kediaman dan
pelancongan

400m daripada paras purata air pasang


perbani.

ii. Perindustrian

1000m daripada paras purata air pasang


perbani

iii. Pertanian

100m daripada paras purata air pasang


perbani

Pantai
berbatu/cliff

Kediaman dan
pelancongan

30m daripada paras purata air pasang


perbani.
Pembangunan dibenarkan di atas air,
dengan kawalan jarak di antara
bangunan ke bangunan dan dibina di
atas tiang dengan kawalan ketinggian
dan kumbahan.

Muara dan
sungai

i. Kediaman dan
pelancongan

20m daripada rezab sungai

Pantai
berlumpur

ii. Perindustrian
ringan
iii. Perindustrian
berat
iv. Pertanian

500m daripada paras purata air pasang


perbani
1000m daripada paras purata air pasang
perbani
100m daripada paras purata air pasang
perbani

9-09-8

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Pantai bagi
kawasan
tebusguna

Kediaman/
pelancongan

Mempunyai 60m kawasan penampan


dari tebing laut baru serta menyediakan
jalan perkhidmatan sepanjang pantai
tersebut untuk kegunaan.

Jadual 9.9: Piawaian Perancangan Pembangunan Mengikut Zon


Kegunaan Tanah dan Jenis Pantai

Jenis
Pantai

Contoh kegunaan
yang dibenarkan

Piawaian

1. Zon Rekreasi Awam


Pantai
Berpasir

Anjak undur
bangunan kekal
ialah 60m dari paras
air pasang perbani
(MHWS).

Muara
sungai
dan
Sungai

Tiada bangunan
kekal dalam
kawasan rezab
sungai.

Anjak undur
bangunan ialah 20 m
dari rezab sungai/gigi
air yang mana lebih
dekat.

Rekreasi Aktif:
- padang untuk aktiviti sukan
tersusun;
- gelanggang permainan;
- bangunanpejabat pengurusan;
bangunan/dewan sukan;
- pusat cenderamata; kios makanan;
- padang permainan kanak-kanak;
- boating; yachting; sculptures;
- water bodies; water fountain;
- perhentian pengangkutan awam;
- kawasan permainan khas untuk
orang-orang cacat;
- kemudahan sokongan seperti
tandas, tempat letak kereta, tempat
duduk dll.

Rekreasi Pasif
- taman bunga; tapak perkhemahan;
- trek jogging serta kemudahan
regangan;
- taman semulajadi; laluan pejalan
kaki;
- air terjun; 'boardwalk'; kios
makanan;
- tasik atau lain-lain 'water bodies';
- kemudahan sokongan seperti
tandas, tempat letak kereta, tempat
duduk dll.

9-09-9

Garis Panduan Perancangan

Sambungan Jadual 9.9


Jenis
Pantai

Piawaian

Contoh kegunaan
yang dibenarkan

2. Zon Hutan Bakau


Pantai
Hanya 20% daripada keluasan
berlumpur hutan bakau boleh dibangunkan.

Pembangunan
pelancongan yang tidak
merosakkan alam
Kawasan penampan setebal 30m
sekitar seperti ekodiperlukan di antara kawasan
lancong, penyelidikan
pembangunan dan hutan bakau atau dan pemerhatian.
mengikut jenis pembangunan.

3. Zon Santuari Penyu


Pantai
berpasir

Dibenarkan di kawasan rezab pantai


(60m).

Laluan pejalan kaki;


tempat penyu bertelur;
tempat letak kereta;
tandas awam; tempat
duduk; kios makanan;
lain kemudahan yang
tidak mengganggu
keselesaan penyu.

4. Zon Pembangunan di atas air dan garis pantai serta Zon Muara
Sungai & Sungai
Pantai
berpasir

- Anjak undur bangunan kekal ialah


20m dari MHWS.
- Syarat anjakan dikecualikan jika
ia mematuhi syarat hidraulik.
Tiada bangunan kekal dibenarkan
di atas 'brekwater'.
- Syarat anjakan dikecualikan jika
sekitaranya pembinaan di atas
cerucuk.
- Tapak binaan tidak didirikan di
kawasan batu karang, hutan bakau
atau rumput laut.
- Pagar-pagar kawalan kelodak
diperlukan bagi mengurangkan
berlakunya air keruh terutama di
kawasan berdekatan kehidupan
laut dan kawasan batu karang.

9-09-10

Aktiviti berkaitan
pembangunan
pelancongan:
- Chalet, Restoren,
Jeti, Tambak, Kelab
rekreasi, Marina
Aktiviti berkaitan
pertanian:
- Pembinaan sangkar
ikan terapung
- Pembinaan pantoon

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Sambungan Jadual 9.9


Jenis
Pantai
Sungai &
muara sg.

Contoh
kegunaan yang
dibenarkan

Piawaian

- Sebarang pembinaan hendaklah dibuat di atas Jeti, restoran


tiang.
terapung, chalet.

5. Zon Eko-lancong
Pantai
berlumpur
muara
sungai,
sungai &
tasik.

Membangunkan hanya 20% daripada keluasan


hutan bakau.
Mengadakan zon penampan setebal 30m di
antara kawasan pembangunan dan hutan
bakau.
Anjakan bangunan 50m daripada paras air
tertinggi di sekeliling tasik.
Anjak undur bangunan ialah 20m daripada
rizab sungai/gigi air mana yang lebih dekat.

Chalet, laluan
pejalan kaki,
boardwalk,
tempat
pemerhatian, kios
makanan, tandas
awam, tempat
letak kereta,
boating.

6. Zon Perumahan
Pantai
- Anjak undur bangunan di pantai berpasir
berpasir
ialah 60m dari MHWS.
dan
- Bagi pantai berlumpur, anjak undur
berlumpur
bangunan ialah 400m.
- Nisbah plot bangunan dan ketinggian
bangunan hendaklah mengikut rancangan
tempatan.
- Bagi kawasan yang tidak mempunyai
Rancangan Tempatan
Kepadatan sederhana & rendah mengikut
kesesuaian tempat
Ketinggian bangunan tidak melebihi pokok
yang tertinggi di kawasan berkenaan.
Nisbah plot ialah 1:2
10% minima kawasan lapang awam
- Bagi kawasan yang mempunyai rancangan
tempatan perlu mengikut densiti ketinggian
dan nisbah plot.
- Reka bentuk bangunan digalakkan
menggambarkan warisan negara.

9-09-11

sesebuah
berkembar
kondominium
'country
homes'
'apartment'
pusat
kejiranan
kemudahan
masyarakat

Garis Panduan Perancangan

Sambungan Jadual 9.9

Jenis
Pantai

Piawaian

Pantai
berbatu /
cliff
-

Rumah teres tidak melebihi 4 unit bagi


setiap blok untuk tidak menjejaskan
pandangan/vista pantai.
Dibenarkan di kawasan lereng bukit yang
tidak melebihi 20 darjah dan tidak
melebihi 60m kontor.
Mengekalkan 30% kawasan dengan
tumbuhan semulajadi
Membangunkan 30% kawasan dan
selebihinya dibiarkan dengan tumbuhan
semuladi bagi kawasan pelancongan
Penebangan pokok hendaklah mematuhi
syarat-syarat dalam Akta Pemuliharaan
Tanah 1960 dan Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 serta (pindaan) 1995.
Penebangan pokok hanya dibenarkan di
atas tapak 'plinth' bangunan.
Digalakkan menggunakan bahan-bahan
bangunan tempatan supaya berharmoni
dengan kawasan sekitar, reka bentuk
bangunan menggambarkan warisan
negara.
Ketinggian bangunan hendaklah
mematuhi rancangan tempatan.
Ketinggian bangunan tidak melebihi 9m
atau pokok yang tertinggi dalam kawasan
pemajuan yang tidak mempunyai
rancangan tempatan.
Tapak pembangunan dan sistem jalan
mengikut kontor asal kawasan.

9-09-12

Contoh
kegunaan
yang
dibenarkan

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Sambungan Jadual 9.9

Jenis
Pantai

Piawaian

Contoh
kegunaan
yang
dibenarkan

- Anjak undur bangunan ialah 20m dari rezab


Muara
sungai dan sungai.
sungai
- Bangunan haruslah berhadapan ke sungai
- Bagi kawasan yang tidak mempunyai
rancangan tempatan
Kepadatan sederhana & rendah mengikut
kesesuaian tempat
Ketinggian bangunan tidak melebihi pokok
yang tertinggi di kawasan berkenaan.
Nisbah plot ialah 1:2
10% minima kawasan lapang awam
- Ketinggian dan kepadatan bangunan
mengikut rancangan tempatan.
7. Zon Pelabuhan dan Perindustrian
Pantai
- Anjak bangunan bagi industri ringan ialah
berpasir
500 m dari MHWS manakala bagi industri
dan
berat ialah 1000 meter kecuali kawasan
berlumpur berlumpur yang memerlukan 1000 meter bagi
kedua-duanya.
- Kelulusan EIA hendaklah diperolehi.
Pantai
berbatu /
clif

- dibenarkan

- Anjakan undur bangunan bagi industri ringan


Muara
sungai dan ialah 500m dari MHWS manakala bagi
sungai
industri berat ialah 1000m.
- Kelulusan EIA diperlukan.

9-09-13

Kegunaan yang
berkaitan
dengan
pembangunan
pelabuhan
seperti:
Jeti, stor,
Kawasan
punggah
memunggah,
Pejabat
pengurusan,
kuaters
pekerja,.
Kawasan
perindustrian
seperti:
Tapak kilang,
Perkedaian

Garis Panduan Perancangan

Sambungan Jadual 9.9

Jenis
Pantai

Contoh
kegunaan
yang
dibenarkan

Piawaian

8. Zon Pertanian Akuakultur


- Anjakan 100 m dari purata air pasang perbani.
Pantai
berpasir
- Memerlukan kajian EIA jika melebihi 50 ekar.
dan
berlumpu/
berpaya
-

Kolam ikan,
kolam
rawatan
kumbahan,
Pejabat
pengurusan,
Rumah
pekerja,
Kemudahan

9. Zon Pusat Perkhidmatan


Pantai
- Anjak undur bangunan di pantai berpasir
berpasir
ialah 60m dari MHWS.
dan
- Bagi pantai berlumpur, anjak undur bangunan
berlumpur ialah 400m.
- Nisbah plot bangunan dan ketinggian
bangunan hendaklah mengikut rancangan
tempatan.
- Bagi kawasan yang tidak mempunyai
rancangan tempatan
Kepadatan sederhana & rendah mengikut
kesesuaian tempat
Ketinggian bangunan tidak melebihi pokok
yang tertinggi di kawasan berkenaan.
Nisbah plot ialah 1:2
- Reka bentuk bangunan digalakkan
menggambarkan warisan negara.
Muara
sungai
dan
sungai

- Anjak undur bangunan ialah 20m dari rezab


sungai.
- Bangunan hendaklah menghadap ke sungai
- Ketinggian dan kepadatan bangunan
mengikut rancangan tempatan.

9-09-14

Pusat
perniagaan
Institusi
pelancongan
Hotel/kondo
Perumahan
Pejabat/
kerajaan/
Swasta
Kemudahan
masyarakat
Perindustrian ringan
dan perkhidmatan

Ensiklopedia Prosedur dan Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa

Sambungan Jadual 9.9


Jenis
Pantai

Contoh kegunaan
yang dibenarkan

Piawaian

10. Zon Kawasan Tebus Guna


Pantai
- Kelulusan EIA diperlukan
berpasir
- Mewujudkan zon penampan
dan
selebar 60m dari tepi pantai serta
berlumpur
perlu menyediakan jalan
perkhidmatan di sepanjang pantai
tersebut.
- Keluasan tebusguna minimum
ialah 50 hektar.

Muara sg.
& sungai

Perniagaan
Pelancongan dan
aktiviti yang
berkaitan
Perumahan
Rekreasi yang
berbentuk komersial
dan kemudahan
sokongannya.

- Tidak dibenarkan

11. Zon Padang Golf


Pantai
- Kelulusan EIA diperlukan
berpasir
- Mewujudkan zon penampan
dan
selebar 20m dari MHWS
berlumpur - Tiada bangunan kekal di dalam
kawasan 60m dari MHWS.
- Kawasan untuk struktur
pembinaan/bangunan hendaklah
tidak melebihi 10% daripada
keseluruhan kawasan projek.
- Ketinggian bangunan tidak
melebihi 2 tingkat daripada tanah
tertinggi.
- Reka bentuk bangunan
menggambarkan warisan negara.
- Ketinggian bangunan
bersebelahan padang golf
hendaklah tidak melebihi 4
tingkat.
- Keadaan asal topografi hendaklah
dikekalkan dan penebangan pokok
hanya dibenarkan di mana perlu.
- Perlu mematuhi 'Piawaian
perancangan dan pembangunan
padang golf'.

9-09-15

Pejabat pengurusan
Padang golf
Perumahan
Restoran
Aktiviti sokongannya

Garis Panduan Perancangan

Pantai
berbatu/
cliff

- Dibenarkan di kawasan berlereng


tidak melebihi 12 darjah dan tidak
melebihi 60 meter kontor.
- Tiada bangunan kekal di kawasan
melebihi 12 darjah dan 60 meter
tinggi.
- Sistem jalan raya hendaklah
mengikut kontor asal tapak

- Mewujudkan zon penampan


Muara
sungai dan selebar 10m dari rizab sungai
sungai
- Anjak undur bangunan ialah 20m
dari rezab sungai.
12. Zon Taman Bertema
Pantai
- Tiada bangunan kekal di dalam
berpasir
20m daripada MHWS
dan
- Mewujudkan laluan awam selebar
berlumpur
6m di antara sempadan lot
pemajuan
- Luas maksimum kawasan
pembangunan 20.25 hektar.
Pantai
berbatu/
cliff

- Dibenarkan di kawasan berlereng


tidak melebihi 12 darjah dan tidak
melebihi 60 meter kontor.
- Luas maksimum kawasan
pembangunan 20.25 hektar.

- Tidak dibenarkan pembangunan


Muara
sungai dan di kawasan rezab sungai kecuali
sungai
untuk tujuan landskap
- Anjak undur bangunan ialah 20m
dari rezab sungai
- Luas maksima kawasan
pembangunan 20.25 hektar.

9-09-16

Pejabat pengurusan,
perhotelan, aktiviti
rekreasi yang berkaitan
dan kemudahan
sokongan.

You might also like