You are on page 1of 5

Perkaitan Budaya Kerja dan Amalan Harian yang Terkandung dalam Matan Arban

Imam An-Nawawi

Kajian ini adalah berkenaan dengan analisis teks sorotan empat puluh dua hadis yang dikumpul
oleh Imam an-Nawawi dan melihat perkaitannya dengan budaya kerja dan amalan-amalan
harian yang ditekankan di dalam hadis-hadis tersebut. Berdasarkan analisis yang dilakukan,
beberapa perkataan yang menjadi kata kunci telah dikumpul dan disenaraikan. Kata kunci
tersebut merujuk kepada perbuatan atau amalan harian yang perlu dilaksanakan dan juga
dikaitkan dengan budaya kerja yang sememangnya setiap umat Islam perlu menjalani
kehidupan.
Dalam menjalani kehidupan seharian, seorang individu perlu mengerjakan sesuatu pekerjaan
bagi memenuhi tuntutan atau keperluan hariannya. Menurut Islam, setiap umatnya wajib
melaksanakan apa sahaja perkara atau amalan yang mendatangkan kebaikan untuk
mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Kehidupan dan pekerjaan sememangnya tidak dapat
dipisahkan. Setiap manusia perlu berusaha dan haruslah diingat bahawa rezeki itu bukanlah
datang sendiri tanpa ikhtiar yang perlu dilakukan. Menurut Shukri Ahmad & Razali Mat Zin
(2001) dalam buku Adab dan Etika dalam Organisasi, agama Islam menyuruh umatnya untuk
berusaha untuk melakukan sesuatu pekerjaan agar memperolehi rezeki yang halal dan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Dalam melaksanakan pekerjaan, amalan Islam
sama sekali tidak boleh ditinggalkan dan sehinggakan perlu menjadi sebati agar menjadi
budaya amalan yang berpanjangan bagi orang Islam.

Riwayat Imam An - Nawawi


Hadis 40 oleh Imam an-Nawawi merupakan salah satu koleksi terpenting dalam
pengumpulan hadis dan menjadi kemestian dalam agenda penyebaran ilmu Islam sejak
kemunculan kerajaan - kerajaan Islam pada zaman dahulu sehinggalah ke hari ini. Imam anNawawi merupakan salah seorang cendekiawan Islam yang tersohor. Nama lengkap beliau
adalah Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Mari Al-Khazami Al Haurani Asy-SyafiI,
dengan gelaran Al-Imam Al-Hafizh Al-Auhad Al-Qudwah, Syaikhul Islam, Ilmul-Auliya,

merupakan seorang ulama yang telah banyak mengarang kitab (Salafuddin Abu Sayyid, 2011).
Menurut Jamal Ahmed Badi (2002), nama lengkap beliau adalah Imam Muhyi al-Din Abu
Zakariya Yahya bin Sharaf al-Nawawi dan dikenali sebagai Imam Nawawi.
Beliau telah dilahirkan pada bulan Muharram, tahun 631 Hijrah di Nawa, Syria dan
beliau telah meninggal pada bulan Rejab, tahun 676 Hijrah. Semasa hayatnya, beliau telah
banyak mempelajari ilmu dari para guru beliau dan merupakan cendekiawan dalam pelbagai
disiplin ilmu Islam termasuklah pengajian hadis dan fiqh.
Walaupun hayat beliau tidak panjang tetapi beliau telah mengarang banyak kitab.
Antara kitab karangan beliau yang tersohor adalah Riyad al-Salihin, Sharh Sahih Muslim, Sharh
Sunan Abi Dawud, Kitab-ur-Raudah, Tahdhib-ul-Asma was-Sifat, Arbaeen, Mukhtasar AtTirmidhi, Tabaqat Ash Shafiiyah, Muhimmatul-Ahkam, al-Adhkar, al-Tibyan fi adab hamalat alQuran, al-Irshad wal-taqrib fi Ulum al-Hadith dan al-Minhaj (Jamal Ahmed Badi, 2002).
Hadis ini sebenarnya mengandungi empat puluh dua hadis yang terkandung di
dalamnya. Ini disebabkan oleh orang Arab membundarkan perkataan empat puluh dua menjadi
empat puluh sahaja, oleh yang demikian sorotan hadis ini disebut sebagai Matn Arban.
Pemilihan hadis 40 atau Matan Arba`in oleh Imam al-Nawawi ini adalah bertepatan dengan
kesesuaiannya sendiri yang menjadi medium penyebaran ilmu kepada umat Islam. Hadis 40
oleh Imam an-Nawawi ini memiliki kedudukan yang agung kerana hadis tersebut merupakan
kata-kata yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bermanfaat kepada seluruh
kehidupan kaum Muslimin. Hadis ini juga sebagai pedoman hidup orang Islam untuk menjadi
seorang muslim yang baik tidak kira dalam apa juga keadaan.
Dalam konteks di Malaysia, pengajian ilmu hadis ini telah lama berkembang sejak
dahulu lagi. Pengajian ilmu telah berkembang di Alam Melayu sejak kemunculan kerajaankerajaan Islam seperti Pasai, Melaka dan Aceh. Penghasilan penulisan bagi menyebarkan ilmu
Islam di Nusantara turut giat dijalankan sama ada melalui lisan dan tulisan. Pada masa yang
sama, karya-karya Islam dihasilkan meliputi disiplin ilmu yng berbeza termasuklah dalam
sumber rujukan kedua iaitu hadis. Menurut Siti Noorbiah Md Rejab & Najahudin Lateh (2013),
mulai kurun ke-17, sudah wujud karya-karya hadis dan karya hadis yang paling awal ditulis
daripada ulama Acheh adalah al-Fawa`id al-Bahiyyah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah oleh Shaykh

Nur al-Din al-Raniri, sementara karya kedua terawal adalah Sharh Latif ala Arba`in Hadith li al-

Nawawi oleh Shaykh Abd al-Rauf al-Fansuri.


Hadis merupakan sumber pegangan kedua setelah al-Quran. Kepentingan mempelajari
hadis itu sendiri boleh diangkat sebagai kepentingan dalam memahami dan mendalami agama
Islam. Maka, berkembanglah pengajian hadis sejak zaman pertama hijrah hinggalah zaman kini.
Pengajian hadis juga ditekan dan diberi keutamaan dalam pengajian ilmu Islam di Alam Melayu
walaupun tidak banyak karya dihasilkan pada waktu itu. Pengajaran hadis biasanya diajar di
pusat pengajian tradisi seperti pondok atau pesantren dengan pembacaan dan kupasan kitabkitab utama hadis seperti al-Arba`in al-Nawawi, Riyadh al-Salihin dan Bulugh al-Maram al-

Asqalani (Siti Noorbiah Md Rejab dan Najahudin Lateh, 2013).


Sistem pendidikan yang pada mulanya terdiri daripada sistem pendidikan yang tidak
formal ini mula diadaptasi selaras dengan revolusi sosialisme masyarakat tempatan serta
pengubahsuaian kepada sistem pendidikan yang lebih autoratif dengan menggunakan kitabkitab seperti Matn al-Arbain oleh Imam Nawawi, Bulugh al-Maram oleh Ibnu Hajar serta Riyadh

al-Salihin oleh Imam Nawawi menjadi pilihan utama dalam pembelajaran hadis (Fauzi Deraman,
2010 dlm. Selamat Amir dan Ernawati Amusin, 2011).
Dengan inisiatif ini, pengkaji telah memilih Matan Arbain untuk dianalisis dengan lebih
teliti lagi agar konsep penyampaian agama Islam yang terkandung di dalamnya dapat diaplikasi
dalam kehidupan seharian tanpa melupakan pekerjaan yang dihadapi oleh setiap umat Islam
dalam memenuhi tuntutan kehidupan seharian. Nilai-nilai Islam perlu diterap dalam kehidupan
kita agar kita tidak lupa bahawa kita menjalani kehidupan didunia ini adalah untuk mendapat
keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Kaedah Analisis Matan Arbain


Bagi memahami dan mendalami dengan lebih jelas sorotan empat puluh dua hadis ini serta
perkaitannya dengan pekerjaan, satu analisis telah dijalankan menerusi beberapa kaedah
mengikut fasa iaitu pembacaan, pengasingan, pembahagian dan pentafsiran. Kaedah ini
diadaptasi daripada seorang karyawan Islam yang membuat analisis Bahasa berdasarkan
perkataan-perkataan Bahasa arab.

i)

Fasa Pembacaan

Analisis kandungan hadis ini dimulakan dengan pembacaan. Pengkaji telah membaca sorotan
empat puluh dua hadis tersebut dalam Bahasa Arab. Kemudian, pengkaji membaca terjemahan
kesemua hadis tersebut menerusi beberapa syarah yang meliputi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris iaitu Mustafa Abdul Rahman (..), Jamal Abdul (..) .
Setelah meneliti ketiga-tiganya, pengkaji melakukan pembacaan bersama-sama pakar
iaitu P.M. Dr Ahmad Tarmizi Abdul Rahman serta guru tafsir, Pn. Dg Hafizah Ag Basir bagi
menyemak dan meneliti makna. Hadis-hadis tersebut dibaca secara berperingkat iaitu dibaca
satu persatu dan bukannya sekali gus. Bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap ilmu
hadith dan Bahasa Arab, pengkaji telah mengambil subjek di bawah Diploma Pengajian Islam
termasuklah Bahasa Arab, Pengantar Al-Quran dan Sunnah dan Pemikiran Islam Semasa.
ii)

Fasa Pengasingan

Setelah selesai menghabiskan fasa pembacaan, pengkaji meneruskan analisis dengan membuat
pengasingan perkataan-perkataan utama yang membawa kepada maksud hadis tersebut.
Setiap hadis akan dirujuk kembali dan perkataan-perkataan tersebut dikeluarkan. Sebagai
contoh pada hadis pertama, perkataan-perkataan seperti 1) niat 2) amalan 3) hijrah. Kemudian
diikuti dengan hadis kedua. Contoh adalah seperti jadual di bawah :

RUJUKAN
Shukri Ahmad & Razali Mat Zin. 2001. Adab & etika kerja dalam organisasi. Penerbit Universiti
Utara Malaysia: Sintok.

You might also like