You are on page 1of 8

http://cikzubaidahzali.wordpress.

com/punca-punca-banjir-kilat/
PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT
HARI: KHAMIS(19/7/2012)
TAKRIF
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat
adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di Negara kita dan boleh mendatangkan beberapa
kesan buruk terhadap semua hidupan sehjingga boleh membawa kematian.
PUNCA
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa factor. Antaranya ialah akibat hujan berterusan. Hujan
yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasankawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar
sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah dipenuhi air.
Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkuranagn. Hal ini menyebabakan air
hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan
air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam
jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda Bandar pula adalah disebabkan kekurangan system perparitan
yang sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan
lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secra semula jadi dan membawa rahmat
kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam
serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan
berterusan.
http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/05/contoh-karangan-pmrbanjir-kilat-dan.html
CONTOH KARANGAN -PMR[BANJIR KILAT DAN TANAH RUNTUH]
Bencana alam seperti kejadian banjir kilat dan tanah runtuh sering berlaku. Bincangkan punca-punca
berlakunya bencana tersebut.
[Kehendak soalan; Punca-punca berlakunya bencana alam, banjir kilat dan tanah runtuh]
Jadi,
Jika calon membincangkan peristiwa bencana tanpa menyatakan punca-puncanya- maksimum markah
untuk baik-contoh kesan-kesan.
Jika calon hanya membincangkan punca-punca berlakunya bencana yang bukan bencana alam,
contohnya kemalangan, kebakaran maksimum markah peringkat baik.

CONTOH KARANGAN;
Saban hari, berita dan laporan tentang bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh telah
menghiasi dada akhbar. Laporan yang berkenaan dengan bencana alam ini, tidak pernah berhenti
dipaparkan di akhbar sejak kebelakangan ini. Apakah punca-punca berlakunya banjir kilat dan tanah
runtuh?
Seperti yang kita maklumi, banjir kilat berlaku disebabkan oleh sistem perparitan dan sistem
pembuangan sampah yang tidak cekap. Malah, tanah runtuh diakibatkan oleh pembalakan yang tidak
terkawal. Tanah runtuh berlaku sebaik sahaja tiada cengkaman daripada akar-akar pokok dan menjurus
kepada masalah banjir kilat kerana pemendapan di sungai atau parit telah meningkat.
Kalau kita tinjau dari sudut yang lain, kedua-dua bencana alam tersebut disebabkan oleh sikap manusia
yang tamak dan bertuhankan kekayaan. Pelabur asing telah membuka kilang di merata-rata tempat
untuk menjana ekonomi di negara asal mereka. Kilang-kilang tersebut yang berkaitan dengan
penggunaan bahan mentah seperti kayu dan sumber hutan yang lain telah menyebabkan hutan-hutan
yang malar hijau terpaksa digondolkan. Penggondolan hutan tersebut secara tidak diketahui telah
menjurus kepada bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.
Percambahan sektor perindustrian yang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah
menggalakkan kawasan yang baru di buka di kawasan tanah tinggi. Hal ini akan menyebabkan kawasan
tadahan air dimusnahkan dan membawa kepada masalah banjir kilat. Oleh itu, negara yang terlalu
berorientasikan perindustrian seperti negara jiran kita Bangkok, Thailand dan Jepun sering dilanda banjir
kilat.
Pembalakan haram juga merupakan faktor berlakunya tanah runtuh. Walaupun hutan negara atau
taman negara telah banyak diwartakan sebagai kawasan larangan dalam apa-apa aktiviti pembangunan,
namun pembalakan haram secara besar-besaran telah berlaku di kawasan tanah tinggi di negara kita.
Penggubalan undang-undang tanpa penguatkuasaan boleh diibaratkan sebagai singa yang hilang
taringnya. Oleh itu, kerajaan seharusnya menukarkan ungkapan-ungkapan menarik kepada tindakan
konkrit untuk membanteras masalah pembalakan haram di negara kita untuk membendung bencana
alam daripada berlaku sebelum nasi menjadi bubur atau kudis menjadi tokah.
Ibu bapa juga mendukung peranan dalam menyalurkan pendidikan kepada anak-anak mereka. Sebagai
agen pembentukan sahsiah anak-anak, ibu bapa sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada anak
mereka. Ibu bapa harus membajai anak-anak mereka tentang cara pembuangan sampah yang betul.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka untuk menghargai alam sekeliling ciptaan
Tuhan ini.
Masalah bencana alam hanya dapat ditangkis dan dibendung melalui rancangan kerajaan yang ampuh
bersama-sama dengan kerjasama daripada semua pihak baik golongan ibu bapa mahupun golongan
remaja. Strategi pembangunan negara yang dirangka oleh kerajaan haruslah menjaga kepentingan alam
sekitar. Hanya dengan strategi yang tersusun dan terancang, masalah bencana alam, banjir kilat dan
tanah runtuh dapat ditangani secara bersepadu.

http://spmbahasamelayu.blogspot.com/2013/11/contoh-contoh-karangan-spm.html
Contoh Karangan Banjir Kilat.

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat kerap berlaku di negara
kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kerosakan harta
benda dan kehilangan nyawa. Banjir kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat
beberapa punca terjadinya banjir kilat.

Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di merata-rata
tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit dan sungai. Sampah yang
dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam
longkang, parit dan sungai akan tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air
Molek di Johor Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka
membuang sampah di merata-rata tempat.

Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca banjir kilat. Hal ini
kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang membuang sampah di merata-rata tempat.
Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan
pembuangan sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka hati
membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan hukuman. Oleh itu, jelaslah
bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan punca terjadinya banjir kilat.

Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna. Parit dan longkang
yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini
menyebabkan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan
melimpah di jalan raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi punca banjir
kilat.

Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadang-kadang hujan dan
kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan ini semakin buruk dengan fenomena ElNino yang menyebabkan hujan lebat berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca
kepada banjir kilat.

Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan. Syarikat perumahan
mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju perumahan tidak memantau projek
pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan.
Contohnya longkang dibiarkan tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat
berlaku apabila hujan turun dengan lebatnya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur
dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting agar masalah banjir kilat dapat diatasi.
Dengan ini, segala kerugian yang dialami kerana banjir kilat dapat dikurangkan.
http://qcikgubm.blogspot.com/2013/05/banjir-kilat.html
Banjir Kilat

Secara umumnya, banjir kilat boleh di definisikan sebagai satu fenomena alam yang terjadi akibat
daripada kerakusan perbuatan manusia.Fenomena ini di katakan satu fenomena yang amat dahsyat
apabila meragut ribuan nyawa.Banjir kilat kebiasaannya berlaku di kawasan-kawasan bandar seperti
Kuala Lumpur,Shah Alam,Kota Bharu,Georgtown dan sebagainya.Statistik menunjukkan,jumlah kadar
kematian akibat terjadinya bencana alam khasnya banjir kilat adalah meningkat setiap tahun khasnya
melibatkan nyawa kanak-kanak.Oleh itu,Perdana Menteri Malaysia,Datuk Sri Najib Bin Tun Abdul Razak
menyeru semua pihak khasnya penduduk di negeri-negeri yang di kenalpasti berpotensi besar di landa
banjir untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan
terjamin apabila tibanya musim banjir kilat melanda.
Faktor-faktor terjadinya banjir antaranya ialah aktiviti penebangan hutan yang tidak
terkawal.Apabila kawasan hutan di terokai permukaan bumi menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh
sebarang tumbuh-tumbuhan.Natijahnya hujan lebat yang melanda akan menyebabkan hakisan tanih

terjadi dan tanih akan menjadi tandus.Hujan yang lebat akan menyebabkan tanih-tanih yang terhakis
dibawa ke dalam sungai dan berlakunya mendapan sungai seterusnya membawa kepada masalah banjir
akibat sungai menjadi cetek.

Selain itu, proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan dipermodenkan. Kawasan tanah rendah
ditebus guna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit.Hal ini menyebabkan sungai yang
berdekatan ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Jika dahulu anak sungai dijadikan kawasan aliran
air, kini tersekat.Hujan yang lebat akan menyebabkan sungai yang cetek tidak dapat menampung jumlah
air yang banyak akibat hakisan.Natijahnya,air sungai akan melimpah ke tebing dan banjir akan
terjadi.Contohnya,faktor berlakunya banjir di klang ialah apabila sungai Klang tidak lagi dapat
menampung air yang banyak akibat kedalaman sungai yang semakin cetek di sebabkan proses
pembandaran.Contohnya,pembinaan pusat membeli belah terkemuka Tesco diMergong mengundang
konflik apabila dikenalpasti mendatangkan masalah kapada kawasan tanah perkuburan berdekatan.

Faktor yang seterusnya yang menyebabkan terjadinya banjir kilat ialah sikap manusia yang
tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dimerata tempat termasuklah didalam
longkang.Longgokan sampah yang banyak menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan tersekat.Air
tidak dapat mengalir dengan lancar akibat dihalang oleh sampah.natijahnya,apabila musim hujan,air
tidak dapat mengalir terus ke sungai berdekatan malah lebih merumitkan keadaan apabila berlakunya
banjir.kawasan berdekatan juga akan turut sama terjejas.Contohnya,penduduk-penduduk yang tinggal
dikawasan luar bandar,kesedaran akan kesan akibat pembuangan sampah dimerata tempat adalah
kurang,jadi mereka memilih alternatif mudah iaitu dengan hanya membuang sampah kedalam longkang
dan sebagainya tanpa mengira akibat daripada perbuatan mereka.
Jadi langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengelakkan kejadian ini terus
berulang dan mengancam nyawa bukan sahaja manusia malah seluruh makhluk alam,aktiviti
penebangan hutan secara besar-besaran haruslah segera dihentikan.Pihak yang bertanggungjawab
haruslah segera bertindak dengan mengenakan denda yang membebankan bagi mana-mana individu
yang didapati bersalah menjalankan aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal.Selain itu,hutan
simpan harus dikekalkan untuk memelihara pokok yang berharga daripada pupus.Oleh itu,banjir kilat
juga tidak akan berlaku jika kita dapat membanteras kegiatan penerokaan hutan ini disamping
kepupusan pokok yang berharga dapat dielakkan.Contohnya,mengenakan hukuman penjara 5tahun bagi
individu yang didapati bersalah dan denda tidak kurang RM5000.
Manusia seharusnya tahu bersyukur dan menghargai kemajuan yang sedia ada.Faktor
pembandaran sepatutnya tidak menjadi isu kepada kehidupan manusia sehinggakan alam semulajadi
dijadikan korban demi memenuhi tuntutan hidup.Sungai yang dahulunya memainkan peranan yang
penting kepada manusia kini,sudah lupus akibat ditimbus untuk dijadikan kawasan pembandaran bagi
tujuan membina bangunan-bangunan besar dan sebagainya.Langkah yang terbaik untuk menangani

ialah membuat tinjauan dari semasa ke semasa di setiap tapak projek untuk memastikan mana-mana
sungai yang terdapat disekitar tapak projek ditimbus.Syarikat yang terlibat dengan kerja-kerja
penyelenggaraan juga seharusnya memastikan lokasi pemilihan untuk kerja pembinaan bagi proses
pembandaran adalah tepat dan dikawasan yang tinggi supaya tanah bukit tidak diambil untuk menimbus
kawasan rendah.
Menyusurlah kemana-mana pastinya mata dan telinga kita tidak akan kekok memandang
iklan-iklan yang diuar-uarkan tentang amalan menjaga kebersihan.Amalan membuang sampah
dimerata-rata tempat juga seharusnya sudah dapat dilupuskan.Hal ini lebih merumitkan lagi apabila
kawasan longkang turut menjadi sasaran sehingga menyebabkan air tersekat.Pihak kerajaan seharusnya
berusaha mewujudkan satu bentuk denda yang lebih membebankan bagi pihak yang tidak
bertanggungjawab ini supaya sampah tidak lagi dibuang merata-rata.Bahaya yang timbul akibat
perbuatan ini seharusnya segera diuar-uarkan agar pihak rakyat lebih berwaspada.Aktiviti gotongroyong membersihkan kawasan longkang juga harus dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Kesimpulannya,hargailah sumber alam yang dianugerahkan kepada kita supaya kita tidak akan
merasa satu kerugian yang amat besar disuatu hari nanti.Kesedaran yang jitu juga penting dan harus ada
dalam diri setiap individu untuk memastikan fenomena alam khasnya banjir kilat tidak akan terus
berlaku.Kita juga haruslah menyedari bahawa setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya dan
kadangkala berkorban kehendak juga menjadi faktor utama penentu kesejahteraan hidup.Trageditragedi yang menimpa khasnya banjir yang berlaku di Kuala lumpur suatu ketika dahulu seharusnya
sentiasa diingati terutama kesan yang ditinggalkan kepada kita
Oleh: Solehah
http://cikgusabarmohd.blogspot.com/2012/06/karangan-tingkatan-3-punca-punca.html
Karangan Tingkatan 3: Punca-Punca Berlakunya Banjir Kilat

Banjir kilat merupakan bencana yang sering berlaku di negara kita. Fenomena ini telah menimbulkan
pelbagai kesan negatif sama ada kepada masyarakat mahupun negara.

Banjir kilat berlaku disebabkan perbuatan manusia membuang sampah ke dalam parit, longkang dan
sungai menyebabkan aliran air tersekat. Akibatnya, hujan lebat akan menyebabkan air melimpah keluar
ke jalan raya dan kawasan petempatan hingga berlakunya banjir kilat.

Penerokaan hutan yang berleluasa turut menjejaskan kawasan tadahan hujan. Kawasan bukit atau
tanah tinggi yang gondola menyebabkan air tidak dapat diserap ke dalam tanah. Kesannya, aliran air
yang laju ketika hujan lebat telah mempercepat kejadian banjir kilat.

Ketika banjir kilat terjadi, keadaan lalu lintas akan menjadi sesak terutamanya di Bandar. Selain itu,
para petani mengalami kerugian apabila ternakan dan tanaman mereka musnah.Akibatnya, sumber
pendapatan mereka akan terjejas.

Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik supaya kejadian banjir kilat dapat
ditangani.

You might also like